Sunday, April 1, 2012

Yang cedera itu Rayyan Ariff saya~

Jiji, aku lom dapat nak cerita panjang lebar tentang bibik baru. Sorry.
Kak Lynn, tak sempat nk cerita macamana n prosedur apa yg we went thru to get this new bibik..

Kalau ada masa, kita cerita nanti eh.. *Tengok, janji lagi! Janji kan hutang.. Aarghhhhhh*
OK, kita terus kepada cerita macam mana hero kacak tampan kita ni boleh jatuh.  

Hari Ahad 2 minggu yang lalu, saya meminta Bibik bawakan Rayyan Ariff berjalan-jalan di luar rumah bersama rollator merah kepunyaan hero kecil itu. Seperti biasanya, terujalah jiwa kecil itu tatkala melihat rollator merahnya..

Tidak sampai beberapa ketika, Bibik kembali bersama Rayyan Ariff.. "Buk, Rayyan jatuh Buk.." Tatkala mendengar ayat si Bibik, saya hanya bertanya perkara yang wajib sahaja.. 
"Macam mana boleh jatuh?"
"Kamu tak pegang ke?"
"Kamu biar dia jauh-jauh ke?"

Jawapan Bibik? Tentu sahaja defensif. Kononnya dia sudah menjaga sebaik baik. Saya biarkan sahaja kerna bagi saya, kalau sudah tertulis dia akan jatuh, dengan sesiapa sahaja dia bisa jatuh. 

Kami terus sahaja bergegas ke klinik panel berhampiran namun kerana di klinik itu sudah kehabisan glue stitches, kami diminta ke hospital. Lantas, kami ke Ampang Puteri. Selesai di hospital, kami pulang ke rumah dengan badan yang sudah keletihan. 

Tiba di rumah, ibu saya memaklumkan, "Memanglah jatuh. Lantai kan licin sebab baru lepas hujan. Bibik biar dia jalan kat lantai yang penuh air. Mommy tanya kenapa, dia jawab, dah Kak yang suruh.."
.
Ok, kali ni saya marah! Akal di lututkah? Kalau duit gaji kamu saya minta separuh, pasti pandai sahaja mulut kamu bertanya kenapa dan mengapa. Tahu pula berakal. Belum waktu gaji pun sudah bertanya itu ini. Tapi bila bab begini, tiba-tiba sahaja jadi "Yang Menurut Perintah" tanpa perlu menggunakan otak? Kalau bab lain, berulangkali kita suruh masih tak berbuat!
.
Esoknya, saya nasihatkan si Bibik agar berhati-hati dalam menjaga anak kecil. Baik Rayyan Ariff atau Rifa Aleesya, keduanya belum sampai akal untuk melindungi diri sendiri. Kita sebagai orang dewasalah yang harus tahu menilai sesuatu situasi itu sama ada selamat atau tidak. Kalau kamu maklumkan pada saya bahawa ada air di lantai, takkanlah saya mahu paksa kamu membawa Rayyan Ariff ke luar? Kalau dalam kes kecuaian yang membawa kepada kecederaan teruk, jika bukan ibubapa, pihak hospital masih boleh membuat laporan polis. Kamu tidak mahu sesuatu terjadi sewaktu dia dibawah jagaan kamu bukan? Maka kamu perlu lebih berhati-hati.. Bila kamu berhati-hati, kamu bukan sahaja melindungi anak-anak saya, malah diri kamu sendiri juga..

Ya Buk.. Ya Buk.. Dia mengangguk faham. Kononnya. 

Tidak lama selepas itu, dia menelefon dan menangis pada ibunya kerana saya mengugut mahu membuat laporan polis.. Hahahaha.. Tak kuasa! Lain ayat, lain maksud, lain pulak yang dia tangkap!

Luka di dagu Rayyan Ariff tidak pulih dengan kadar yang segera. Maklumlah, budak tengah melasak.. Kata doktor, jangan terkena air untuk 3 hari pertama, kena juga.. Kalau bukan air di sinki, air liurnya yang meleleh tatkala dia menangis mengamuk. Itulah Rayyan Ariff, kalau tak ke sekolah, tantrumnya menjadi-jadi.. Kebosanan di rumah mungkin. Oh, anak ini juga sudah pandai membuka pintu bilik air, berpaut pada sinki, bangun dan membuka pili air.. Sudahlah pintu jenis plastik lipat yang tidak boleh dikunci dari luar, maka memang pantanglah budak panjang akal ni!

Hasil insiden ini juga meninggalkan kesan biru pada pipi comel Rayyan Ariff. Lebam. Maklum sahajalah, jatuh dari ketinggian berdiri..

Habis di situ. 

Hari Khamis selepas seminggu lebih insiden pertama, Rayyan Ariff jatuh lagi. Tersadung semasa merangkak. Dagunya terhantuk pada lantai dan darah mengalir deras dari luka yang kami ingatkan sudah hampir sembuh itu. Namun kerana lukanya kelihatan besar, kami terus kejarkan dia ke Ampang Puteri..

Dalam sakit, tetap melasak!

Kata doktor, luka Rayyan Ariff besar dan dalam. Maka perlu dijahit dengan bius penuh. Under GA. Sudahnya, dia perlu dimasukkan ke wad. Perlu berpuasa sekurang-kurangnya 6 jam dan setelah itu barulah disorong ke OT. 

Penat. Sangat penat. Sudahlah sewaktu hari kejadian, saya baru tiba di rumah pada jam 9pm. Belum sempat membuka tudung, berlari pula ke hospital.. Tapi takpelah, kalau tak lasak, bukan anak lelakilah namanya kan? =P

Abang Rayyan menunggu giliran untuk ke OT

Esoknya, 8 jahitan terjalin kemas pada dagu Rayyan Ariff. Segalanya berjalan lancar.. Tiada kesan sampingan ubat bius walaupun hero kecil ini tidak sihat sepenuhnya *Part ni kita citer lain eh*.. Petang itu juga kami dibenarkan pulang..

Mujur juga Atuk KB datang. Memang ringan sedikitlah. Bukan senang mahu mengawal budak kecil yang mengamuk kelaparan dan kebosanan ini. Ialah, dari malam kejadian, hanya pada jam 1pm keesokannya baru dia dapat makan. Kalau kita pun tak tertahan, apa lagi anak sekecil dia..

Menurut doktor, lukanya agak panjang dan dalam kerana ianya terkena pada bahagian yang sama. Tambahan pula, luka kali pertama juga masih belum benar-benar sembuh. Tisu-tisu di sekeliling luka sudah tidak elok, kerna itulah agak teruk sedikit.

Tidak mengapalah, Allah SWT menguji mengikut kemampuan hambaNya. Mungkin Dia melihat Rayyan Ariff sebagai hambaNya yang gagah untuk melalui episod kesakitan ini. Anak, yakinlah bahawa kamu sedang mengejar syurga tuhan.. Syukurlah kerana kamu bertuah menjadi insan yang terpilih.. :-)

Semoga tiada lagi kecederaan untuk kamu di masa hadapan. InsyaAllah. Pulih ye nak.. :-)

10 comments:

Anonymous said...

no no no.....,please forgive me,our child our responsibility,no matter how much we pay for helpings!i for one stop working after seeing my child growing thinner and thinner.We brought them here,we must look after them,albeit all those luxorious toys we can provide,no one else other than us the mother will give them hundred percent!

littlehumblelynn said...

Allahhuakhbar.sedihnya rasa kalo k.lynn d tpt jiey.
Sabarlah jiey.smg Ian cpt smbh.sdh keluar hosp ker dia?

Mamanurin said...

isk!!! ngilunya mamanurin tgk. mamanurin pulak yang rasa sakit but rayyan hero!!! bibik ni nak kena babab la tu

Mamanurin said...

isk!!! ngilunya mamanurin tgk. mamanurin pulak yang rasa sakit but rayyan hero!!! bibik ni nak kena babab la tu

gina marna said...

Moga hero kecil cpt sembuh...:)

Lynn said...

Sian Rayyan..ye lah..tak sama orang menjaga anak kita sebagaimana kita sendiri atau ahli keluarga yang jaga...tapi,nak buat macammana..kita juga perlu bekerja...

(Teringat Najah yang jatuh di rumah baby sitter dan luka hampir sangat dengan mata..dia tak bawa pun ke klinik..)

Anonymous said...

uhu..ciannya abg ian.cepat sembuh eak.

Angah said...

aduh cerita bibik sebegini lah yang kita tak mahu dengar...

tak pe la - abang Rayyan kuat! semoga cepat sembuh ya

Anonymous said...

itu pun mintak rm799 untuk satu tugas...itu mmg betul akal kat lutut.

~~ZusUliYaiNi mAMaT~~ said...

sbar ye k.jiey, sye doakan Rayyan cepat2 smbuh..Amin