Bagi yang mengikuti blog ini dari awal, mungkin sudah sedia maklum bahawa kami tidak menyediakan banyak kelengkapan untuk menyambut kehadiran Rayyan Ariff. Khuatir jika apa yang diramalkan doktor menjadi nyata sedangkan kami sudah bersedia dengan banyak perkara, tentunya hati kami akan luluh setiap kali terpaksa melihat barang-barang kepunyaan bayi yang dikandung.
Sudahnya, kelahiran Rayyan Ariff kami sambut dengan 5 pasang baju bayi, satu set bantal, dua botol susu, 10 helai kain lampin, beberapa helai barut, kain panas dan sehelai kain batik jawa pemberian dari nenek Rayyan Ariff.
Pertama kalinya membawa Rayyan Ariff pulang, kami memang sibuk dengan persediaan mengejut yang harus dilakukan. Pembelian kot bayi dan barang-barang lain dilakukan sewaktu saya masih di dalam pantang. Tiada peluang untuk membuat survey dan tiada peluang untuk memilih. Sekadar mengambil apa sahaja yang tersedia.
.
Melihatkan wardrobe dan baby cot Rayyan Ariff yang semakin hari semakin menyedihkan, ia bagaikan memberi peluang untuk membeli-belah dan pastinya kali ini lebih mengujakan. Bagaikan kali pertama menimang cahaya mata. Sungguh! Peluang memilih dan meneliti kali ini saya gunakan sebaik mungkin sebelum membeli.
Makanya, kerana rasa keterujaan yang tinggi, sebaik sahaja barangan yang ditempah sampai, terus sahaja saya meminta abang saya untuk memasangnya. Lambat pula kalau mahu menunggu hubby yang setiap malam sibuk menghadiri latihan futsal. =)
An architect in action..
With a little touch up by mama, serious puas ati!
=)
Dan sang putera, beradu dengan lebih bergaya.. =P
Before this whole episode of a new baby cot, I bought Rayyan Ariff a very nice and simple white wardrobe.. Mabeles.. Sangat puas hati.. Before this, baju-baju Rayyan Ariff ditempatkan di dalam children wardobe yang diwarisi dari zaman bujang mamanya.. =P
.
I'm so in love with the color!! =)
*Tgk jenis-jenis diapers; Mamy Poko utk malam, Drypers utk siang, Dry Pantz masa Ian ngamuk tanak pakai diaper n cap carrefour utk pki dlm jangkamasa sekejap i.e. sejam dua.. Mau takpenuh almari.. =P
Dengan his new baby cot, saya tidak lagi rasa runsing meninggalkan Rayyan Ariff tidur keseorangan kerana untuk katilnya sebelum ini, penghadangnya sudah tidak dapat dinaikkan kerana skrunya hilang.. =)
P/s - Harap2, utk bakal anak2 yang mendatang, dapat peluang membeli belah dengan happy instead of menyediakan kain batik jawa untuk menutup sekujur tubuh yang katanya mungkin akan kaku dan tidak bernyawa.. Aminnn..
28 comments:
kak...bb cot akmal rasa mcm dah kena simpan...akmal tamo tido dlm tu...tp baru2 ni beli sofa...dapat fre single bed..ingat nak pasang dlm bilik...bagi akmal saya dan suami lebih selesa...hehehe
comel banget katil rayyan! i loike!
cantik the baby cot,...uii selesa nampaknya ni :)
Izzah:
Ian pun biasanya tanak tido kat katil dia, tapi bila dia da lena, akak alihkan jugak..
baru syok tido tak bersempit..
=)
***************************************************************************************************
zety:
me love it too!
sanggup tunggu lama coz color yang nak ni takde..
:P
**************************************************************************************************************
dila:
nampak selesa, tapi first time n 2nd time letak, nangis tanak..
:P
Saye pon suke jugak. Sangat comel & menarik. Jiey, sile delete P/s kamu itu. Nak kena babab ni. :P
Rose Nieza:
Simpel tu yang penting.. =)
Betul, tu yg doktor cakap dulu, so mmg mak jiey bagi kain batik lepas in case of anything..
skrg ni, selalu doa.. mintak ngan tuhan cukup la skali..
nk rasa smooth pregnancy plak..
=)
aminnnn banyak2..
tuhan tu maha adil kan? =)
Ye ke. Hm..ALhamdulillah, semuanye selamat kan.Tuhan sangat Maha Adil. :). Birthday Ian nye party tahun ni, jangan lupe ajak Rose yer. Hehe. Leh Mierzan guling2 ngan Abg Ian dalam coat tu. Main gusti. Haha. :)
Yer la kak.. P/S tu jgn touching mocing sgt.. sedey ai tau..
Jiey... sungguh jeles dengan Ian... cot tu memang idaman ummi sejak dulu lagi! Tp, Husna tak nak tido dalam cot! So, tak jadi lah membelinya... tunggu yg 2nd..insyaAllah... hehehehe
jiey...
fall in love with both of itf...
terasa nak sambar satu
nampak selesa tol dia tido dlm tu.
ayoyo...'batik jawa' tu mintak dijauhkan la..huhuhu
Cantikla baby cot tuh and nmpk mcm spacious..babycot di rumahku jadik gajah putih..anak mmg tak nak tido dlm tu..sib baikle tak beli yg mahal..
Wah! ian dapat new bb coat. Sangat cantik & cute...
berkenan dengan colournya itu....
makin ensem putera raja ni beradu....
cantiknye baby cot ian yang baru!
Takde baby cot! ingat nak pakai baby abang punya (abang masa kecik dulu baby cot kayu jati kauuuuu@!~) Hahaha!@~
tapi malas nak cat cat, lepas tu fikir jugak malasnya nak bangun angkat menyusu... alih alih anis atasy katil abinya kat bawah huhuhu@!`
putih itu suci :)
last time i painted my room white.. all the furnitures pun kena spray cat putih. my mom n sis cakap, macam bilik kat hospital. mentang2 keje hospital. huhu.. cantik ape.. apa la diorg ni.. takde taste kan.. hahaha
yeayyyy Rayyan dh boleh tido cot cantik dgn lena.. sorang-sorang lak tuu bessttt!!!
eh..sama la ngan cadar Nabila..hehe..
amboi katil abe ian berhias ala2 peraduan putera mahkota gitu eheh..comam katil dio
aku tekedu tgk stok pampaers itu. mcm dah ade anak 3. heheh.. tp theme putih tuk bilik baby mmg best. cantik baby cot & wardrobe baru ian
jiey..nak tanye nie..pampers mmg kene beli lain2 eh utk malam n siang.heheh
Jiey-masa kelahiran Najmi dulu lagilah..
sehelai sepinggang budak tu lahir...hatta sekeping pampers pun tadak...
apa taknya, masa check up 6 bulan, (26mggu) akak kena tahan di wad sebab high BP, pastu tak turun-turun, maka kena duduk di wad sampai 30mggu dia dikeluarkan due to high bp, doktor tolak masuk labour room, turunkan bp bagai tgh malam, esok pagi, dah q utk c-sec, lps tu keluarkan baby kecil 1.2kg tu sehelai sepinggang, eheheh mujur duk kat hospital, dalam incubator, jadi tak pakai baju, pakai pampers je, eheheh tu pun hospital kasi, lps setel semua baru hubby pegi beli...
katil Ian sangat gorgeous! jeles mama khalish tau. hehehe~
cutenya..all white!!!! nampak kemas. tak sabarnye sya nk hias bilik anak dara...
ian nmpk selesa je tidur dlm tu.. :)
salam jiey..
elly ada buat entry khas pasal Rayyan.. tk der apa.. sekadar berkongsi rasa. kalu tk suka harap dimaafi...
Salam kenal
Elly
eh.eh.saye berkenan nengok almari rayyan tu...nak kene beli cmtu gak le nnti ;)
cantik.. perfect... suka sangat!! putih menawan.
Post a Comment