Hari khamis yang lalu, saya tiba di rumah agak awal dan saya tidak perlu memasak kerna En.Hubby tiada, dan dua rakan karib saya akan berbuka di rumah kami bersama dengan nasi kerabu yang dibeli di pasar ramadhan Desa Pandan. Memandangkan tiada apa-apa yang perlu saya lakukan, terus sahaja saya membawa Rayyan Ariff berjalan di kawasan sekitar kediaman kami.
.
Tiba-tiba kami dihampiri oleh seorang lelaki, "Ni anak syurga, ni.. Besar pahala jaga dia ni.." Ujar lelaki yang mungkin di awal 60an itu sambil menggosok-gosok kepala Rayyan Ariff. Dari lagaknya, dia mungkin baru pulang dari surau dengan kopiah yang masih di kepala, berbaju melayu dan berkain pelekat..
.
Saya cuma tersenyum dan berkata, "InsyaAllah, berkat doa pakcik.." Sambil saya terus berlalu mengikut langkah kaki Rayyan Ariff sambil kedua-dua belah tangan ini masih menuntun tangan kecil milik Rayyan Ariff. Rayyan Ariff hanya melemparkan senyuman manisnya buat lelaki tua itu.
.
Saya tidak tahu mahu memberikan reaksi bagaimana pada pakcik tadi kerna saya tidak menyangka dia akan memberikan ungkapan itu kepada Rayyan Ariff. Dan sepertinya, ini bukan kali pertama dia melihat Rayyan Ariff.
.
Habis tentang itu.
.
Kami kembali meneruskan sesi terapi yang tertinggal. Dan rumusan yang kami dapat pada sesi terapi pertuturan dan fisioterapi Rayyan Ariff pada kali ini ialah:
.
"It's not that he cannot imitate sounds that we produced, but he doesnt find the need to do so because when he wants something, he just need to pull our hands and point it to the thing that he wants. Since we could understand him, he's comfortable with the way that he invented. He's pretty smart actually.. So, it's our duty to encourage him to talk.."
.
OK fine. Mama tunggu sampai kamu rajin. =)
.
"Hmm.. See.. The moment we let him sit on his own, he wont go into crawling position, to him, why should I crawl or walk which is pretty hard and can expose myself to danger, compared to the way I've invented; shuffling on my bottom. Broader base and definitely easier. What a smart way to escape the crawling part because he still can go from point A to point B using his own way.."
.
OK fine. Mama tunggu lagi. Dan mama takkan mengalah kerana mama tahu kamu pasti boleh melangkah sendiri. Sabar.
Making him to make sound..
Tengok, sempat pause therapy semata-mata nak senyum to camera.. :P
Rayyan Ariff sentiasa memberikan muka 'pelik' setiap kali melihat bayi dan anak sebayanya.. Mungkin kerana dia kurang bergaul dengan anak-anak seusianya. Kerna itu, kami mungkin akan menghantar Rayyan Ariff ke nurseri untuk memberi lebih pendedahan kepadanya. Sekurang-kurangnya 3 kali seminggu untuk 3-4jam sehari. InsyaAllah, by October..
Menikmati makan tengahari di dalam kereta sementara menantikan sesi fisioterapi..
Anak botak saya yang super comel!!
Alhamdulillah, he's back to his usual self. Mujur tiada further brain damage dari episod foreign body failure yang lalu. Rezeki Allah SWT. Seperti yang saya ingatkan diri saya sebelum ini, tuhan uji Rayyan Ariff dengan kesakitan hanya beberapa hari.. Namun Dia memberikan nikmat sihat kepada Rayyan Ariff sudah bertahun dan InsyaAllah, untuk berpuluh-puluh tahun lagi yang bakal mendatang. Aminnn..
15 comments:
anak syurga, aminnn. just like his name, pintu syurga yang bijaksana kan? :)
Memang anak syurga.. insyaallah... akak doakan sentiasa untuk rayaan ariff...
comel jer dgn kepala botak tu...hihihi..
Rayyan sayang... kamu begitu chomellllllllllll
anak syurga.. Ameennnnnnnnn
"Dan Tuhanmu menciptakan apa yang Dia kehendaki dan memilihnya. Sekali-kali tidak ada pilihan bagi mereka*. Maha Suci Allah dan Maha Tinggi dari apa yang mereka persekutukan (dengan Dia)." (Surah Al Qashash : 68).
*(Bila Allah telah menentukan sesuatu, maka manusia tidak dapat memilih yang lain lagi dan harus mentaati dan menerima apa yang telah ditetapkan Allah)
"Dan Tuhanmu mengetahui apa yang disembunyikan (dalam) dada mereka dan apa yang mereka nyatakan." (Surah Al Qashash : 69)
"Dan Dialah Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, bagi-Nyalah segala puji di dunia dan di akhirat, dan bagi-Nyalah segala penentuan dan hanya kepada-Nyalah kamu dikembalikan*."
(Surah Al Qashash : 70)
(*Maksudnya: Allah sendirilah yang menentukan segala sesuatu dan ketentuan-ketentuan itu pasti berlaku dan Dia pulalah yang mempunyai kekuasaan yang mutlak)
Wallahu'alam...
rayyan arif dah nampak besar la kak jiey!
take care!
insyaAllah jiey. kita doakan sama2 ye.
SYUKUR ALHAMDULILLAH..
anak syurga dah aktiv balik..
hehe
comel jer botak..
sama macam Ali..
hiihi
ya rayyan mmg anak syurga...
oways nak tau perkembangan dier...
sangat kagum...
wah.. Ian nampak matang la bila rambut botak! suka aunty ica nengok ian. Macam dah besar sangat gayanya. ehhehe
alhamdulillah
Jiey, kalau nak cari playmate utk Ian, boleh je singgah rumah kitorang. Mesti Azra suka ada kanak2 teman bermain.
wahhh..ni rambut raya nih.hensem la ian.take ur time ian,mama kamu akan bersabar.
amin....ya rabbal alamin
apa pun doa ibu....sy aminkan
(ibu pasti mendoakan yang terbaik untuk anak2)
so sweet ngan kepala botak dia :-)
yati
Ian hencem walau botak..
senyum tetap manis tu...
Post a Comment