Monday, August 30, 2010

Bersama keluarga Superkids tersayang..

Alhamdulillah, pada hari sabtu yang lalu, sekali lagi keluarga superkids dapat berkumpul dan berbuka puasa bersama. Namun kali ini tanpa kehadiran keluarga Zura dan Put kerana masing-masing punya agenda tersendiri.
.
Restoran Le Lac di Shah Alam menjadi saksi kemesraan dan keriuhan keluarga besar kami. Agenda kali ini adalah simple iaitu iftar dan ke kompleks PKNS untuk melengkapkan persediaan berhari raya nanti. Sesekali membeli belah bersama memang sangat menyeronokkan! =)
.
Sinar mata anak yang baru terjaga dari lenanya.. =)
.Aiman yang terlena dalam senyuman.. =)
.Sarra dan Nabila yang berbaju sama.. Persis anak kembar.. =)
.
Kak Long & Abg Long sekeluarga yang turun dari Perak.. Irfan tersangatlah well-behaved!
.
Membeli-belah di tempat yang sesak bersama Rayyan Ariff adalah sesuatu yang sangat saya elakkan kerana tenaga Rayyan Ariff bagaikan tidak tahu berkurang! Banyak waktu, dia tidak mahu di dukung. Mahunya adalah berjalan sambil tangannya di pimpin dan seandainya di halang, meraunglah dia. Benar-benar menguji. Habis merata ceruk kedai orang dimasukinya.
.
Mata Rayyan Ariff pula liar memandang kipas yang ada pada setiap unit kedai. Paling comel apabila beberapa kali Rayyan Ariff menarik-narik belon yang dijual di situ. Namun kali ini hubby hanya memandang sepi dan tiada belon lagi untuk Rayyan Ariff. Kalau dibeli sekali pun membazir kerana apabila tiba di rumah, belon itu langsung tidak akan disentuhnya!
.
SACC Mall menjadi saksi kegilaan Rayyan Ariff kepada escalator. Berkali-kali kami naik dan turun namun dia masih lagi belum puas. Apabila kami mahu beredar, raungannya bergema bagaikan dipukul. Lama dipujuk barulah dia terdiam.. Memang penat melayan kerenahnya kebelakangan ini. Namun kami turuti sahaja kerna maklum dia mahu meneroka..
.
Dari SACC Mall, kami beramai-ramai terus bergerak ke Subang Jaya untuk supper dan bertemu keluarga Ayu Mummy Nadime & Alanna. Bersama mereka semua, waktu berlalu dengan pantas sekali. Tidak cukup waktu rasanya untuk perbincangan yang berlangsung. Dari satu topik ke topik yang lain. Kak Noni dan Ieyda memilih untuk menunggu di dalam kereta memandangkan Irfan dan Aiman yang sudah terlena.
.
Apabila jam menghampiri detik 1230am, masing-masing bergerak pulang. Penat, namun hati puas kerana kebelakangan ini, jarang kami dapat berkumpul dengan keluarga superkids kerna sering sahaja ada halangan. Hasil membeli-belah? Hanya sepasang baju melayu dan kopiah untuk Rayyan Ariff. Yang lainnya sudah selesai sebelum ini lagi. Tahun ini kami berbelanja dengan sesederhana yang mungkin kerana dua kereta perlu diperbaharui insurans dan cukai jalan menjelang pertengahan September.. *sengkek* :P
.
Next entry? InsyaAllah saya akan bercerita tentang pertemuan dengan seorang silent reader KKK dan tentang pemberian.. =)
.
P/s - Sya, thanks yea.. Jangan lupa drop email or add akak @ FB.. =)

6 comments:

Anonymous said...

Masa akan tetap berlalu sama ada kita menghargai kehadirannya atau pun tidak...

Masa berupaya mengubati pada hati2 yang terluka..jua memberi kita pengalaman dan kenangan yang kadang2 sukar untuk dinyatakan...

Meskipun demikian...masa itu juga cuma lah masa...
...hanya mengikut ketentuan-Nya...hanya menurut perintah-Nya...

Membawa kita kembali semula kepada-Nya...bermohon bersertakan doa dengan solat dan sabar..agar sentiasa tergolong dalam hamba-Nya yang bersyukur...redha akan segala ketentuan-Nya...hingga hayat dikandung badan...sehingga lah kita dipanggil dan kembali kepada-Nya...

Wallahu'alam...

kasihibu said...

balik rumah mesti tidur lena si Rayyan Ariff kan..
sbb penat.. ;p

Papa, Mama & Azra said...

Wah!!! Rugi tak pergi SACC sabtu lepas. Mula2 cadang nak merendek cari persiapan raya di sana tapi cancel sebab rasa macam penat. Haha!!! Macam kanak-kanak berpuasa. :P

zura_habibhaariz said...

bestnya lepaks2...xde rezeki nk join mggu nie:-(

Rizziela said...

Bestnye berkumpul ramai2

ICAZIESYIRA said...

Jelesnya.. hehe