Wednesday, August 25, 2010

Erti sabar yang terungkap apabila terpaksa menunggu..

Kali pertama berbuka di luar sepanjang Ramadhan kali ini adalah pada hari jumaat yang lalu. Selalunya, saya akan bertungkus-lumus di dapur namun sesekali, apa salahnya bertukar angin.
.
Agak sukar untuk mengawal Rayyan Ariff sepanjang tempoh itu. Tambahan pula saya jenisnya tidak suka makan dahulu sebelum orang lain, maka saya setia melayani Rayyan Ariff sehinggalah semua selesai makan dan bibik mengambilalih tugas melayan Rayyan Ariff.
.
Mahunya berjalan ke sana ke mari dan naik turun tangga sahaja. Satu-satunya waktu yang mana dia diam di kerusinya hanyalah ketika diberikan menu untuk diselak berulang kali dan apabila diberikan beg duit saya untuk diterokai segala isi di dalamnya.
.
.
Kali pertama saya melihat seorang anak kecil meneroka beg duit milik ibunya adalah pada Alesya, puteri tunggal Kak Pinut. Dalam hati hanya terdetik, “Rayyan Ariff masih belum pandai meneroka sebegitu, mengeluarkan segala jenis kad yang ada satu persatu..”
.
Namun kini, masa untuk Rayyan Ariff sudah pun tiba. Lewat. Sangat lewat jika berbanding daripada kanak-kanak lain seusianya. Namun lambat bukan bermakna dia tidak mampu.
.
Secara peribadi, saya seringnya mahukan sesuatu berlaku dengan secepat yang mungkin kerana saya benci menunggu. Namun menjadi ibu kepada Rayyan Ariff benar-benar mengajar saya tentang erti sabar.
.
Dia mengambil waktunya sendiri untuk melakukan segala-galanya.
Untuk meniarap.
Untuk bergerak dari satu point ke point yang lain.
Untuk bertepuk tangan pada lagu yang kita nyanyikan.
Untuk bersalam-salaman.
Untuk memberikan ciuman.
Untuk mengangkat tangan apabila namanya di panggil.
Untuk melambai sebagai tanda mengucapkan selamat tinggal
.
Biarlah. Walaupun lambat, waktunya tiba jua..
Inilah petanda bahawa sesuatu potensi itu tidak terbatas selagi diajar dan diasuh. InsyaAllah..

15 comments:

aSmiDar said...

BIAR LAMBAT ASAL SELAMAT..:)

Rizziela said...

Teroka beg duit mama untuk bagi duit raya kat Haziq ke Rayyan? :D

produk ococ said...

comelnya rayyan arif secomel namanya, ye mrk mengajar kita erti sabar..

yatie chomeyl said...

biaos la jiey, hero x gaduh...abe ian key hero, rilek dulu awal2 ni ;)

Kak Rose said...

Jiey, kesabaran yang pasti akan berhasil...cuma berikan dia sedikit waktu dan yang sangat penting jangan ada perkataan putus asa... Insyaallah!

Anonymous said...

really fall in love with this boy... go IAN.. auntie will always pray for your happiness ;)

Pnut said...

yes Jiey, walau lambat, pasti dia boleh lakukan..Insya-ALlah... doa akak sentiasa ada untuk Ian.. Ian bukan je mengajar Jiey je.akak pun belajar banyak dari Ian dan Jiey sebenarnya.. iaitu sabar, syukur dan redha...

Anonymous said...

"Dan bersabarlah dalam menunggu ketetapan Tuhanmu, maka sesungguhnya kamu berada dalam penglihatan Kami, dan bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu ketika kamu bangun berdiri. Dan bertasbihlah kepada-Nya pada beberapa saat di malam hari dan di waktu terbenam bintang-bintang (di waktu fajar)."

(Surah Ath Thuur : 48, 49)

Wallahu'alam...

ICAZIESYIRA said...

ye la jiey. ape kata cerita sikit time bila jiey train ian ye? balik keje dah maghrib, masak dan makan dah malam.dapat la 30 min, ayesha dah nak tido. :(

Cool said...

hahah sam ala kita.... umpan purse tak pon menu!

izzahazfar said...

salam kak jiey!

ian sekali lagi berjaya right!

dia mmg insan terpilih..

Intan and The Boys said...

biar lambat yang. bila dia dapat buat, rasa seronok tak terkira.

fyi, khalish sampai skang tak reti nak babai. hmm...puas ajar ok.

adianiez AIDA said...

hi hi Ian cari duit nak tolong byr kan ler tu...
yes, jiey. sabar. anak-anak ni kalau dipaksa memang dia tak nak buat! but suddenly, dia buat benda tu di ketika yg tak disangka... lotsa surprise from time to time hingga mereka dewasa...

Mrs. Simplicity said...

BULAN NI TAK BER-PIZZA LAGI!

mahyudin said...

sama la kita...

kami pun sabar menunggu mawaddah untuk boleh semua itu... mawaddah dapat meniarap sendiri pun baru beberapa kali, dan kadang2 dia cepat letih. tapi itu sudah cukup menggembirakan kami... sekurang2nya ada perubahan yg dia tunjukkan... apa2 pun, kami serahkan semuanya kepada Allah. Dia Maha Mengetahui segalanya...

suka kata2 anda: "Biarlah. Walaupun lambat, waktunya tiba jua..."

bgdin & kakmin Leicester UK