Hari ini seperti kebiasaannya, masih menjadi sabtu yang sibuk buat kami.. Keluar dari rumah seawal jam 8am dan hanya tiba kembali di rumah pada jam 8pm. Penat? Sememangnya! Penat fizikal dan juga mental..
.
Ada waktu, minda ini bagaikan terlalu 'penat' dengan pelbagai permintaan dan arahan.. "Oh Rayyan is still not good at this, you need to do a lot of this at home.." Atau mungkin juga, "Hmm.. Rayyan is still not good at that, you need to make him do that over and over, and over again.."
.
Seringnya, banyak yang masih Rayyan 'belum tahu'.. Banyak yang Rayyan masih 'belum mampu'.. Yang mana akhirnya berbalik kepada, "You kena buat ni untuk dia.. You kena buat tu untuk dia.."
.
Ada waktu, tangan ini bagai mahu menutup telinga sambil mulut menjerit, "Enough is enough! When we managed to get him to do something new, there'll always be more and more and more and more that we need to do!! There'll never be enough for a child like Rayyan Ariff.. Just leave my baby alone!!"
.
Namun mata hati dan jiwa bagaikan terus memperingatkan, "Inilah namanya perjuangan.. Apabila kita tiada pilihan, kita akan terus menjadi lebih kuat di atas dasar kasih sayang.."
.
Sejujurnya, saya pernah berfikir, mungkin seharusnya saya menghentikan segalanya dan 'berehat'.. Sekadar menikmati hidup seadanya.. Biarlah Rayyan Ariff lambat dari segala segi, yang penting kami gembira.. Menikmati rasa kasih tanpa perlu memikirkan, "Oh, fisio masih belum dibuat.. Sensory masih belum dilakukan.. Speech masih belum dimulakan.."
.
Hanya hidup dan menikmati segalanya tanpa perlu ada rasa tanggungjawab.. Kerana semakin banyak yang kita melakukan, semakin banyak yang kita dedahkan dan semakin banyak sesutu yang baru perlu kita mulakan..
.
Tapi pemikiran seperti ini adalah terlalu kejam untuk anak-anak seperti Rayyan Ariff. Mengapa harus mengalah seandainya kita tahu potensi mereka adalah seperti seluas lautan? Mengapa perlu merasa 'penat' seandainya usaha kita baru sahaja diibaratkan seperti setitis air di lautan itu?
.
Biarlah mama penat untukmu di kala ini, kerana mama tahu kamu bisa.. Kita, akan terus melangkah meniti jalanan ini walaupun payah. Dan mama berjanji, hati ini akan menjadi lebih 'kering' apabila mendengar tangisan manjamu.. Kerna mama, seperti ibu-ibu yang lain, hanya mahukan yang terbaik untuk anaknya.. Untuk kamu anakku!

"He just slow, but he's not mentally challenged.." Ujar Sarjit semasa sesi terapi tadi.. Seraya itu, Rayyan Ariff memandang Sarjit dengan senyuman manisnya.. Dan memberikan satu pandangan tanda memohon 'kebenaran' untuk bermain dengan mainan kesukaannya dan menghentikan sesi terapi itu..
.
"See.. I told you he's smart.. This is smart.." Kata Sarjit sambil merujuk kepada wajah nakal Rayyan Ariff dan membenarkan dia bermain dengan alat itu buat seketika..
.
Rayyan Ariff, apabila kaki ini terasa berat untuk melangkah, kau sorongkan kekuatan itu melalui langkah kecilmu.. Mama tidak mungkin kan jatuh kerana mama mahu terus sekuat kamu! Terima kasih tuhan di atas kurniaanMu yang tak ternilai harganya ini!

PadaMu ku bersujud!
16 comments:
betul jiey..ina sokong..kdg2 kesian kat Nabila..perlu buat itu ini..siang dah kat sekolah..malam pun kena buat lagi..tapi apakan daya..klu tinggal..nanti dia akan ketinggalan..
so.. Ian & Nabila.. go baby go..! Chaiyok!
salam perkenalan dari saya dan keluarga...insyaAlla, bila saya baca mien punya pengalaman membesarkan rayyan pasti mien seorang yg kuat dan mampu bertahan kerna Allah uji seseorang itu kerna Allah tahu dia mampu (rasanya sume org tau kan...? :p)dan rasanya sy pon tak sekuat itu..huhu..semoga terus tabah ya..!!!sy hanya mampu memberi bantuan dari segi doa..kerna doa adalah senjata mukmin yg paling mustajab.. take care dear...
salam jiey, mungkin kalau diingat balik,rasanya tak terbuat semua tu kan....ya kekuatan tu dari rayyan...dialah sumber yang Tuhan kirimkan untuk Jiey....kuatla untuk rayaan.
slowly la jiey, payah gak eh kena push gitu. tp ian steady je. pada yg aku tgk la. :)
jiey..
mmg kadang2 rasa letih sgt...tapi ada masa rasa bersalah pd anak sb tak berikan apa yg sepatutnya dia dapat..just like nabila.patutnya bawa g speech therapy tp sungguh2 mmg tak sempat.so kami ajar sendiri kat rumah.alhamdulillah ada kemajuan walaupun lambat.
for rayyan...mmg banyak pencapaiannya jiey...u've done great.jgn risau sgt ttg apa yg dia belum dapat..just jadikan itu target not a burden.
jiey,
kdg2, kita rasa masa 24jam sehari tak cukup utk kita rangsang mental dan fizikal anak istimewa kita. saya pun mcm jiey jugak. walau saya hanya di rumah membesarkan anak2, masa saya amat2 terbatas, anak2 lain juga perlu perhatian kita....owh! mampukah saya jadi supermom yg saya impiankan...???
Jiey-tumpang iklan sat... akak nak bagi kek free kat blog.. saper nak jom pegi blog akak, semua berpotensi utk menang sebab akak just buat lucky draw...
jiey pun leh join, kek teddy bear
mungkin ukuran kemampuan utk anak2 istemewa sebenarnya terlalu tinggi kerana ukuran tu mengikut kemampuan anak2 normal. Knur rasa kdg2 itu tidak adil utk anak2 istimewa mcm Rayyan.
Ina:
Itu la Ina kan.. Bila sama2 dok dlm situasi yang sama, baru la kita rasa lebih difahami..
tu jugakla yang jiey rasa..
hari sabtu jer, sure mlm tu ian tido lena smpi ke pagi..
penat punya pasal sbb byk sgt terapi..
=(
Moga ian n nabilla terus kuat!!
******************************************************************************************
fatonah:
salam perkenalan juga..
terima kasih sgt2 coz sudi singgah..
=)
Terima kasih di atas doa fatonah..
=)
***************************************************************************************************************
shaliza:
salam.. =)
kuat, kuat dan terus kuat..
insyaAllah..
************************************************************************************************************************************************
aly:
dia steady je sbb dia tatau ape..
kita yg tgk plak syahdu..
hahhaha..
takpe2, makin kita push makin kuat agaknya budak2 ni kan.. :P
*****************************************************************************************************************************
kak ieda:
nabila nampak ok jer..
bercakap pun bleh..
fizikal pun ok..
jauh sgt kalo nk banding ngan ian..
tapi tu la.. condition tiap2 anak tu kan lain.. mana bleh nak compare yea tak kak?
:P
Nabila cam budak2 lain jer kak.. tak nmpk beza pun.. kira ok sesangat dh tu..
*******************************************************************************************************************************************************
naimatul hafizah:
jiey pun penat stay at home ngan ian for 6 months sblm ni kan, mmg tak terkejar nak buat everything..
padahal tu anak sorang jer..
apa lagi fiza yg ada 4..
hhehehehehe..
kita kena pikir cara lain nak jadi supermom neh..
:P
************************************************************************************************************************************************************
kak pinut:
harus acik terjahhhhhhh.......
***************************************************************************************************************************************************************
transformed housewife:
itu la kak nur..
kdg2 jeles gak anak2 lain leh je enjoy their life to the fullest..
macam anak member jiey yg sebaya rayyan, sgt takut mandi kolam..
so mak dia tak bwk gi kolam.. tak jd isu pun..
macam rayyan, takut mandi kolam.. kata therapist, kena selalu bwk pegi, bia dia familiar.. dia takut tu sbb masalah sensory tu.. kalo tak overcome bahaya..
ni la contohnya..
smpi kadang2 jiey confuse, whether i should just let him be a baby or i need to treat him like a special child..
*sedih*
skrg2nya u tahu ada ruang unt improvement n u berusaha ke arah itu, my in laws family dulu jahil ttg perubatan bg anak istimewa, akibatnya adik ipar i hidup perlu d uruskan sepenuhnya 4 28 yrs. after i got in2 eir family i initiatekn fisio but it was too late, semua otot tgn kaki dh keras.. v hard work menguruskan segalanya a 2 z my sister in laws..:(
salam jiey & my macho boy ian.... teruskan usaha kalian... lin tak penah merasa ada ian.. tp lin paham... pengorbanan jiey sebagai ibu amat berharga n bererti buat si macho ian.. tanpa jiey n kekuatan jiey, ian takkan sampai ketahap sekarang.... lin terus doa n sokong jiey sentiasa....
Jiey Jiey... setiap kali masuk sini, sy dpt satu kekuatan dr kamu dan rayyan! sayu sangat tgk video clip yang ini.... rasa sayang mcm anak sendiri......
syahdu aida membaca coretan hati jiey. kalau terjadi pada aida, tak tertanggung agaknyer dek bahu ku ini. perpisahan yg sementara ni pun buat aida lumpuh separuh hati. betul kata yg lain, jiey da buat segala2nyer utk ian. he is so cute.
Tiap kali baca tulisan Jiey pasal Ian, mesti bergenang je air mata..tabah sungguh Jiey.Semoga Jiey terus tabah supaya Ian menjadi superkid yg hebat!
he is cute n strong!! don't ever feeling down.. doaku sentiasa untuk Rayyan..
Post a Comment