Tuesday, August 24, 2010

Janji tuhan itu pasti!

Apabila bercerita tentang seorang ayah dan anak lelakinya, pastinya banyak aktiviti yang terangka untuk dilakukan bersama. Begitulah juga dengan En.Hubby. Sedari kami mengetahui jantina bayi yang dikandung, hubby seringnya menyatakan inilah temannya ke surau nanti. Inilah temannya menonton saluran sukan nanti. Dan inilah juga teman yang akan di bawa ke padang bola dan ke mana-mana acara sukan pejabat yang akan disertainya kelak.
.
Dan harapan ini masih ada terletak pada Rayyan Ariff. Cuma keterbatasan fizikal Rayyan Ariff yang masih menjadi penghalang tika ini.
.

Alunan azan pada pelukan pertama di usia 17 hari @ PMC Bangsar..

Untuk seketika kini, kami seringnya membincangkan tentang perancangan memberi adik untuk Rayyan Ariff. Namun masih di fasa perbincangan. Saya sendiri akur dengan perancangan tuhan kerana Dia yang Maha Mengetahui. Tiada rasa kecewa kerana Dia pastinya lebih maklum bilakah masa yang sesuai untuk kami diberikan rezeki lagi.

"Mam, are you pregnant or is there any chance for you to be pregnant? If you are, you cant be in this room because you're exposing yourself to radiation." Kata petugas yang mengendalikan mesin CT Scan sewaktu saya sedang memegang dan menenangkan Rayyan Ariff beberapa jam sebelum pembedahan dilakukan ke atasnya tempoh hari.

Mujur saya masih belum berisi kerna jika tidak, pastinya saya tidak bisa bersama Rayyan Ariff sepenuhnya sepanjang tempoh getir itu. Sungguh Allah SWT itu maha mengetahui!

"Andai ada rezeki kita lagi, kalau boleh abang nak baby boy lagi.. Nanti boleh jadi kawan Ian.."

Saya cuma tersenyum. Lelaki atau perempuan, kehadiran cahayamata sebenarnya sangat membahagiakan. Anak perempuan pastinya comel dengan keletahnya yang tersendiri dan anak lelaki pastinya tampan dengan karektor lasak yang ada.

Sejujurnya saya masih punya rasa takut untuk sekali lagi melalui proses kehamilan setelah melalui satu siri kehamilan yang penuh dengan perkara yang tidak dijangka. Namun kerana menurut doktor kisah Rayyan Ariff terjadi secara rawak sahaja tanpa dipengaruhi oleh faktor genetik, maka kemungkinan kami untuk memperolehi anak yang sihat adalah tinggi. Selebihnya, kami hanya mampu berserah pada Yang Maha Esa sahaja.

Sebetulnya ketakutan saya bukanlah terbatas pada kehamilan sahaja. Yang paling menakutkan adalah sekiranya kasih sayang dan perhatian kepada Rayyan Ariff berubah apabila ada yang lain perlu diberi perhatian.

Bagaimana dengan perasaan Rayyan Ariff sendiri sekiranya hanya adiknya sahaja yang di bawa ayah ke padang bola? Bagaimana reaksi Rayyan Ariff apabila kami berbicara dan bergurau dengan adiknya sedangkan tidak dengannya.

Mungkin saya silap kerna berfikiran begini. Kerana seperti anak-anak lain, dia juga punya perasaan untuk bergurau senda dan bermain-main dengan kami. Semalam, sewaktu mahu menidurkannya, Rayyan Ariff yang sedang meniarap dengan kepalanya mengiring ke kanan dalam keadaan mukanya tertutup, tiba-tiba sahaja dia mengangkat kepala, menyergah saya dengan kuat sambil menggigit manja lutut saya.

Apabila saya dan hubby ketawa, dia turut tertawa kegirangan dan kembali berbaring sambil menutup mukanya.. "Owh Rayyan dah tidur la bang.." Kata saya kepada hubby. Dan sekali lagi, dia mengulangi perbuatan yang sama. Beberapa kali.

Bermain peek-a-boo rupanya. Dan kami beberapa kali tertawa dengan keletah lucunya.

"Hadir Ian membahagiakan. Hadir Ian adalah satu nikmat. Nikmat Allah SWT yang sangat besar. Selamanya Ian anak kami yang membahagiakan.." Ucap saya kepada Rayyan Ariff yang masih dengan senyuman dan tawanya.

"Tiada istilah anak kelas ketiga. Anak tetap anak walau bagaimana asal kejadiannya." Ujar hubby dengan yakin.

Moga dia berpegang pada kata-katanya. Kini dan selamanya.

Rangkulan yang menenangkan..

"Mommy, kalau dah ada cucu lain nanti sayang lagi tak pada Rayyan?" Soalan.

"Mestilah sayang. Tambah pula dengan keadaan dia, mestilah dapat tempat yang istimewa.." Jawapan.

Mudah-mudahan.

Untung nasib seseorang manusia tiada siapa yang mengetahui melainkan Dia. Siapa tahu, anak yang sama ini bakal menjadi pemain boal sepak terkenal suatu masa nanti.. Atau mungkin juga seorang imam..

Janji tuhan itu pasti!

18 comments:

Puteri Satu said...

Memang janji tuhan itu pasti... Akak doakan Ian membesar dengan sempurna....
Kalau akak ditempat kamu... mungkin akak tak sekuat kamu Jiey... cuma yang mampu akak katakan... doa akak sentiasa untuk JIey dan Ian...

aSmiDar said...

InsyaAllha Ian xkan kurang kasih sayang..
dapat mama dah ayh macam korang..:)

Kak Rose said...

Kak Rose x sekuat Jiey... selalu sebak cuma hanya memandang wajah Ian... x taulah bagaimana kalau kak rose ditempat mu..Muga satu hari nnti harapan Jiey n hubby akan jadi kenyataan untuk bawa Ian ke padang... malah lebih dari itu.

adianiez AIDA said...

Setiap anak yg lahir ke dunia pasti bersama rezeki masing-masing. Semua di tgn Allah. Pasti Allah akan beri yg terbaik utk Ian. Kiranya Ian ber'adik', pd Aida, ia mungkin akan menggembirakan Ian. Teman dia bermain. Teman dia bergolek. Mungkin menjadi satu peransang pd Ian. Tentunya kasih kita as ibu bapa takkan berbelah bagi, terutama utk anak se istimewa Ian...

jie said...

betul tu jiey,
pernah terfikir gak, macam mana lah nak bahagikan kasih sayang pada anak-anak nanti. Takut..hehe kalau boleh biar lah sama rata..

Angah said...

Perasaan yang sama yang dikongsi semua mak ayah tentang kesamarataan kasih sayang untuk anak2 bila lahir anak kedua dan seterusnya.

insyaAllah tiada yang akan berubah, percayalah..

izzahazfar said...

allah memberi sebab tahu kita mampu..allah uji sebab tahu kita kuat...
zah suka pic last..teringat akmal peluk ayah dia camtu...sama..

Tutup Blog said...

banyakkan berdoa yer dear... moga ALLAH beri yg terbaik... tak kisah samada Ian ader adik or tak, cumer doakan la maner yg terbaik untuk sumer... me alwayz doakan moga sumer selamat n d lindungi ALLAH=))

ICAZIESYIRA said...

tiba-tiba rasa sedih plak baca catatan Jiey. Tapi, bila kita tak cuba, kita tak tau macam mana keadaannya kan? Kita cuma boleh predict. Insyaallah, jika ditakdirkan Ian ada adik, dia akan seronok. Dan adik mesti akan tolong Ian. Pasti!

ICAZIESYIRA said...

Lagi satu kan Jiey, Ica ada sorang sepupu yang CP. Memang hanya boleh merangkak diumur 20yrs. Dan dia ada adik. Selama ni pun, adik dia yang uruskan kakak dia. Termasuklah bab-bab keperempuanan. So, ica rasa Allah tu Maha Adil. Dan apa jua yang dia takdirkan, punya hikmah tersendiri.

Min said...

jiey,
ya betul... semuanya sudah tertulis. insya Allah, Allah berikan kita anak2 ini. pastinya Allah juga akan membantu kita menghadapinya. cuma kita jgn sesekali mengeluh atau merasa yg ini adalah suatu ketidakadilan buat kita. jgn terlintas pun dlm fikiran kita... lagi satu, hari ni byk sungguh mereka yg bercerita nk memberi adik kepada anak sulung msg2 yg special. bagi kak min, mmg kita perlu bersedia untuk mengandung lagi... tapi having a sibling mmg sgt baik untuk anak2 yg special ni. dia akan byk membantu kita secara langsung dlm terapi kepada anak pertama. Insya Allah, Allah Maha Tahu, serahkan dan tawakkallah kepadaNya... semoga Ian cepat dapat adik...

Anonymous said...

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu'." (Surah Al-Baqarah : 45)

"Kerana itu, ingatlah kamu kepada-Ku nescaya Aku ingat (pula) kepadamu, dan bersyukurlah kepada-Ku,
dan janganlah kamu mengingkari (nikmat)Ku." (Surah Al-Baqarah : 152)

Firman Allah :
"Ingatlah hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram."

Wallahu'alam...

transformed housewife said...

kalau sudah ditakdirkan nanti, insya Allah Jiey dan ur hubby dpt memberikan kasih syg kpd anak2. Knur pernah ceritakan yg anak sulung kakak ipar pun anak istimewa. Slps 5 thn, kakak ipar knur dpt seorang lg puteri dan alhamdulillah puteri yg normal.

Anasfadilah said...

ian,sebelum kamu pemes sok jadi imam muda,bak mai otograph awai-awai.hehehe

xoxoxox

Elyn Sani said...

i yakin u all pasti takkan beza kan kasih sayang kalau ian ade adik!!

Intan and The Boys said...

yang penting, Ian yang hensem ni tetap istimewa di hati auntie tau!
:)

syiekin azam said...

salam jiey,

awak seorang ibu yang tabah..kebetulan saye terjumpe blog awak dan membace dr mule kisah rayyan, saya sangat kagum dgn diri awak yg kuat, tabah..saya mendoakan yg terbaik utk awak sekeluarga..

salam pelok utk rayyan..die sgt cumil..

fatonah said...

jiey..nanti2 kalo ian ade adik, cite ian yg kite nak baca dulu tau..hihi...(boleh?..)