Tuesday, August 17, 2010

Kerana langkah merapuh tanpa dirimu.. Kerana hati telah letih..

Saya cuba untuk mencoretkan kembali peristiwa tanggal 08.08.2010 yang menyaksikan putera tercinta terbaring tidak sedarkan diri namun minda ini bagaikan kaku untuk mengimbas kembali detik-detik itu. Foto-foto sudah di upload dan kemas tersimpan di draft folder. Namun bagaikan terlalu sukar untuk menyusun kata untuk menggambarkan segalanya..
.
Di saat ini, jiwa ini serasa bagaikan terlalu rapuh.. Banyak perkara yang bersarang di minda yang seterusnya menjadikan fikiran ini buntu apabila memikirkan jawaban dan cuba mencari penyelesaian..
.
Mahu sekuat Rayyan. Mahu sekuat Rayyan Ariff. Mohon agar dipermudahkan segalanya Ya Allah..
.
Ini status facebook hari ini..

"Saya pernah menjalani pembedahan di lutut kerana kemalangan 6 tahun yang lalu.. Sewaktu doktor menanggalkan 4 jahitan itu, saya mengaduh kerana rasa ngilu. Hari ini, di pangkuan saya, seorang anak kecil berusia dua tahun tidak sedikit pun mengeluarkan suara apalagi air mata sewaktu jahitan ditanggalkan.. Hanya sesekali... meronta kerana tidak suka kepalanya dipegang. Itu sahaja. Dan jumlahnya? 15 jahitan! *Malu kerana tidak sekuatmu Rayyan Ariff*"

Jahitan ditanggalkan tanpa menggunakan bius.. Mungkin tuhan bagi nikmat tidak merasa sakit pada anak kecil.. =)
.
Sempat berbincang tentang perkembangan sel otak Rayyan Ariff..
"So much brain cells growth, huh? Very different from the earlier stage! Is this the same baby?" Seloroh Dr.Wong..
"The same baby with the same miracle.." Saya membalas dengan senyuman..

"Doctor, he started vomiting at 6pm and by 4am he was already unconscious, why would that be? It was so fast.." Bertanya.
"Different people have different effect. Luckily he was brought to the hospital right on time.." Menjawab.

On time is just about being lucky. We should be fast rather than just depending on luck..
Jadi pengajaran.
Jangan berkira-kira.
Jangan mengira.
Satu nyawa tiada gantinya.

~Berjalan-Berlari-Jatuh-Bangun-Berjalan-Berlari-Jatuh-Bangun-Berjalan~
It's a cycle..

19 comments:

Kauthar said...

kekuatan yang ada pada anak2 kecil sememangnya lebih dari jangkaan kita..anugerah dari Allah..di sebalik kesakitan dan kekurangan yang ditanggung, ada kekuatan lain yang dikurniakan-Nya :)

transformed housewife said...

teringat pulok ko adik Knur yg sthn jah mudo dr Knur. Maso dio baby keno jaundis, otak dio was badly affected sampai dr kato maybe tokleh jln, kecek dgn mcm2 lg. Loni di umur 31 thn, dio bulih naik motorsikal, gi kijo ambik upoh bayar rdtax dgn lesen katt JPJ. Cumo meme otak dio slow sikit dgn bilo dio kecek tok jelas sgt. Semuo tu sbb parents Knur terlambat sikit hantar ke hosp. tapi kito sbg parents sokmo cuba buat hok terbaik utk anok. Don't be so hard on yourself Jiey. U are infact a strong mum.

Ina said...

cepat2 la sihat ye ian. sayu hati tgk ian. ian mmg kuat! moga mama ian pn sentiasa tabah n sabar!

Jiji said...

Kita tgk anak senyum rasa bagi sejuta ringgit utk ditukar ganti pon tak sanggup kan...

Min said...

Alhamdulillah! Syukur selamat semmuanya! memang anak2 kita ini sungguh tabah dan kuat. seolah-olah rasa sakit telah diangkat dari badan mereka... semoga kita juga terus kuat seperti mereka...

wanie_kashfi said...

berani sungguh anok jatey awk ni...izzat gak, sikit2 teriok, sikit2 teriok...hehehe...chaiyyok ian!!

p/s: alhamdulillah jiey... hebat sungguh kurniaan Tuhan

Marsha~ said...

itu yg paling ditakutkan.... membawanye ke hospital tepat pd masanya.. itu ayat paling sy takut... :(

ICAZIESYIRA said...

alhamdulillah... jiey bertuah punya ian. dan ian bertuah punya ibu seperti jiey :D

yatie chomeyl said...

teruskan berlari abe Ian :)

Naimatul Hafizah Nor Rodin said...

semoga rayyan cepat sembuh. rayyan mmg kuat.....

anissue said...

Addduuuyyyaaaiii... sakitnya auntie tgk bekas jahitan tu, tapi Ian is a very strong boy! Very proud of you, boy!!

Bukan Bidadari said...

salam Jiey...

anak kecil mmg sentiasa dibawah lindunganNYA.....

Ian mmg anak hebat... untie salute!

Lynn Abd Latib said...

syukur alhamdulillah.... :)

A.I said...

Auntie tau rayyan mmg budak encem yg KUAT!!

Normaliza said...

Rayyan mmg anak yang kuat & cekal. Moga cepat sembuh ye..

Mrs. Simplicity said...

aku suka part ko cakap dgn mengira dan berkira- kira. so very true! ish, aku yg kena jahit masa bersalin pun masih teringat2. ternyata lah ian kuat!

mahyudin said...

Inilah keajaibannya. Allah kurniakan anak yg kuat untuk ibu bapa yg kuat, insyaAllah anda akan beroleh kekuatan itu. Allah lah sumber kekuatan kita...

Farah said...

rayyan memang anak yg kuat dan tabah.

Eliss said...

moga Ian kuat sokmo tak lembek supo mama dio :p eh, eh dok, mama dia pun kuat jugok! :)