.
Hanya satu yang ada di minda tika dan saat ini, mahu terus kuat seperti dirinya!
.
Pada satu ketika yang mana kami menyangkakan semuanya sudah selamat, episod mimpi ngeri ini masih belum berakhir..
.
Jari ini masih berdenyut-denyut apabila ianya digunakan untuk cuba menahan Rayyan Ariff daripada tergigit lidahnya sendiri. Saya tidak pasti apakah ini cara yang betul, namun saya tidak dapat memikirkan sesuatu apa lagi kerana ini pengalaman pertama menyaksikan perkara sebegini.
.
Namun sakit di jari ini tiada ertinya berbanding sakit di hati sewaktu menyaksikan matanya mula terbeliak ke atas. Badannya bagaikan ditarik-tarik. Subhanallah, kasihan sekali tubuh kecil itu. Dan setelah seketika, dia kembali ke dalam lenanya yang dalam.
.
Perasaan saya waktu itu bagaikan dicarik-carik. Selepas satu perkara, satu perkara yang lain pula. Syaitan mula berbisik, mempertikaikan keputusan melahirkannya kalau hanya derita yang ada untuknya. Sukar untuk saya menjadi kuat apabila sumber kekuatan saya terbaring lesu..
.
Namun iman segera menyedarkan, tuhan beri nikmat sihat untuk dia sudah bertahun-tahun. Dugaan sakit hanya sekejap ini dan InsyaAllah dia mampu menghadapinya.. Ini janji Rayyan Ariff dengan Tuhan yang Maha Mencipta.. Sedari Loh Mahfuz lagi dia sudah menyanggupi perjanjian ini!
.
Dan sungguh, dia anak kuat!! Malu sekali apabila diri ini tidak sekuatnya.. Anak, InsyaAllah hari ini mama akan lebih kuat dari semalam. Dan hari esok dan hari-hari yang mendatang, mama akan bertambah kuat untuk kamu.
Terima kasih keluarga dan teman di atas sokongan dan doa!
.
Jari ini masih berdenyut-denyut apabila ianya digunakan untuk cuba menahan Rayyan Ariff daripada tergigit lidahnya sendiri. Saya tidak pasti apakah ini cara yang betul, namun saya tidak dapat memikirkan sesuatu apa lagi kerana ini pengalaman pertama menyaksikan perkara sebegini.
.
Namun sakit di jari ini tiada ertinya berbanding sakit di hati sewaktu menyaksikan matanya mula terbeliak ke atas. Badannya bagaikan ditarik-tarik. Subhanallah, kasihan sekali tubuh kecil itu. Dan setelah seketika, dia kembali ke dalam lenanya yang dalam.
.
Segalanya berlaku begitu pantas sewaktu kami di dalam kereta untuk menuju ke rumah setelah discaj daripada PMC, Bangsar. Laju sahaja Uncle F berpatah balik ke PMC, menongkah arus kesesakan lalulintas yang menggila kerana waktu itu adalah waktu puncak, jam 530pm.
.Perasaan saya waktu itu bagaikan dicarik-carik. Selepas satu perkara, satu perkara yang lain pula. Syaitan mula berbisik, mempertikaikan keputusan melahirkannya kalau hanya derita yang ada untuknya. Sukar untuk saya menjadi kuat apabila sumber kekuatan saya terbaring lesu..
.
Namun iman segera menyedarkan, tuhan beri nikmat sihat untuk dia sudah bertahun-tahun. Dugaan sakit hanya sekejap ini dan InsyaAllah dia mampu menghadapinya.. Ini janji Rayyan Ariff dengan Tuhan yang Maha Mencipta.. Sedari Loh Mahfuz lagi dia sudah menyanggupi perjanjian ini!
.
Dan sungguh, dia anak kuat!! Malu sekali apabila diri ini tidak sekuatnya.. Anak, InsyaAllah hari ini mama akan lebih kuat dari semalam. Dan hari esok dan hari-hari yang mendatang, mama akan bertambah kuat untuk kamu.
.Please keep this charming little boy in your prayers dearest friends, as much as he's smiling and playing again, we still don't know what is wrong with him and why he had the seizures attack. We'll have a visit to SDMC to see his neurologist after this.
.Terima kasih keluarga dan teman di atas sokongan dan doa!
29 comments:
Insyallah...
Ian akan menjadi lbh sihat...
syg Ian...
mas doakn kalian terus sabar dgn ujianNYA ini...
slm ramadhan....
Salam dan Selamat Menjalani Ibadah Puasa Jiey..
Alahai..menitis airmataku membaca ur entry..sememangnya Jiey seorg ibu yang tabah..
Ian..semoga kembali sihat ye sayang..cik iela sentiasa mendoakanmu..
semoga Rayyan Arif sihat selalu..tabah ye kak..Amin
saya doakan yang terbaik untuk si pintu syurga yang bijaksana ini.... amin...
doa ibu buat anakanda Rayyan..moganya tiada apa2 yang buruk berlaku padanya..aduhai..Rayyan anak yang kuat..Ya, ibu tahu Rayyan boleh bertahan..Ya Allah..Kau kuatkan semangat sahabatku..Amin...
jiey.. moga jiey n husband kuat ye.. klu u both xkuat.. camana rayyan tu nnt.. nnt doc explain tuh.. dgr dgn tabah ye.. redha apa yg berlaku.. insyallah.. jiey kuat.. :)
Rayyan Ariff yg comey...senyumanmu bukti kekuatanmu sayang....semoga ian cepat sihat tau...
kuatkn semangat ye akak...saya akn sentiasa doakan utk ian.....
rayyan sayang...
semoga cepat sembuh supaya untie dapat melihat keletah rayyan yang semakin cerdik ni...
Jiey^ be strong,sesungguhnya doa ibu adalah paling makbul sekali , nak-nak di bulan yang mulia ni, bertahanla wahai ibu demi anakmu..
Insyaallah setiap kali lin berdoa, nama rayyan tak pernah lupa lin doakan..
Sayang cepat sembuh k rayyan...
jiey, eray doakan agar abg ian kembali seperti sediakala.
rindu dengan cheeky smile die.
Salam...Selamat berpuasa jugak.
InsyaAllah...semuanya dengan izin Allah. Doa untuk Rayyan & ank2 superkids InsyaAllah takkan pernah miss...kuatkan semangat itu. Bisikan setan itu mmg untuk melalaikan kita.
Salam jiey,
apa khabar Rayyan?
Moga baik-baik saja tu, dan moga tiada komplikasi besar utk dia. Banyakkan doa ya..
Salam kenal jiey...kuatlah mama, kuatlah rayyan, saya doakan dari jauh...sebab rayyan arif sangat istimewa seistimewa mamanya...
jiey.. be strong...
ian.. get well soon my lil son..
take care sayang..
aunty doakan ian cepat sembuh dan sihat2 selalu
Allahuakhbar!!
kau kene kuat jiey. kene kuat nk hadapi dugaan ni. aku doakan semoga budak encem tu akan sembuh ceria cam biasa balik..Insyaallah..
Semoga doa bulan ramadhan ini dimakbulkan Allah. He is a miracle of life. Strong boy and strong mommy for sure ;)
Take care :) Semoga diberikan yang terbaik dan dilapangkan kesihatan dan rezeki buat Rayyan Ariff.
Aku mampu doa utk rayyan..
tp utk tolong ko jadi kuat jiey.. aku tak tau mcm mana...
Aku doa jugak eh...
Tak pon tolong bawakkan beg ko?
*hugs*
semoga prince Rayyan semakin kuat menghadapi dugaan ALLAH..
Mama lebih kuat yer...Rayyan memerlukan semangat mama utk meneruskan kehidupannya
mcm mana dh keadaan ian jiey? dh sedar? moga jiey kuat. byk2 berdoa ye.
Insya Allah..dengan keberkatan ramadan..kami akan terus doakan rayyan agar kembali sihat
ya allah..
kau berikanlah kesihatan yang baik kepada anak ini..
kau kuatkanlah hati mama nye..
dan kau permudahkan segala urusan mereka.. amin..
Ian sayang, mokcik ti doa sokmo ko Ian.
sblm buka posa, doa byk2 jiey..sutazah ore oyat..waktu nok dketa buka posa tu, doa di makbulkan..insya Allah
everything gonna be ok kakak!
sy doakan selalu
Speechless...Kuatkan hatimu Jiey...Moga rahmat Rmadhan terus bersama Ian...
Insyaallah Ian akan selamat. Ramai hok dok doa utk Ian ni Jiey.
jie,rocky dah rasa tgk my ayern kena sawan.memang rasa mcm tak tau nak kata.nak2 saya pulak di ofis masa ayern kena.dia feet almost 1 hour!cukuplah sekali dia kena,saya pun sanggup tukar tempat dgn ayern bila tgk dia gitu.pengalaman paling tak mau saya igt kalau boleh...huhuhu
Kami sentiasa mendoakan Rayyan dan anda dikurniakan Allah ketabahan sentiasa. RAyyan indeed is a fighter, Allah dah uji dia sedari kecil2 maka nanti sudah tentu dia biasa lebih tabah menghadapi sebarang ujian.
Mawaddah pun mengalami sawan pada rabu minggu lepas 4 Ogos 2010. Allah Tuhan sahaja Maha Tahu perasaan kami ketika itu... cerita lanjut di dinoor entry tajuk epilepsy.
Kita melalui satu perjalanan hidup yang sama. ia satu lorong asing yang menuntut tawakkal dan kebergantungan yg sangat tinggi padaNya. ia sukar mulanya namun berkat doa semua, ia akan menjadi mudah.
bagi kami setiap hari Mawaddah membuka mata dan tersenyum, itu adalah hadiah terindah utk kami melalui hari tersebut. usah dirunsingkan masa depan mereka, Allah telah menentukan yg sebaiknya.
peluk cium kami utk Rayyan...
jiey,cute sungguh ian masa nih.semoga jiey terus tabah.
Semoga Ian sembuh & lebih kuat dr sebelumnya.. AMin...!!!
Post a Comment