Seperti yang saya nyatakan di dalam entry sebelum ini, jadual hari sabtu Rayyan Ariff sememangnya padat. Kami meninggalkan rumah sedari jam 800am dan hanya tiba di rumah pada jam 600pm. Sewaktu di dalam kereta, Rayyan Ariff yang mula menggosok-gosok mata dengan agak kuat. Naluri ini mula berkata-kata bahawa episod muntah-muntah akan bermula. Seterusnya Rayyan Ariff terlena.
.Dan telahan saya tepat. Setibanya kami di rumah, Rayyan Ariff mula muntah. Mengantuk dan tertidur. Bangun untuk muntah, memukul-mukul kepala, menggosok-gosok mata tanda ada yang tidak kena sebelum kembali tertidur. Perlakuan ini berulang sehinggalah jam 12 tengah malam dan kami seterusnya mengambil keputusan mengejarkan Rayyan Ariff ke hospital memandangkan tiada tanda-tanda bahawa ianya akan berhenti.
.
Tempoh 6 jam sebenarnya agak lama. Mengapa kami tidak membawa Rayyan Ariff ke hospital lebih awal? Kerana seperti yang telah saya maklumkan di dalam entri ini.. Kerna tidak mahu ianya menjadi satu lagi episod 'tarik-tali' Rayyan Ariff. Kembali tersenyum sebaik sahaja tiba di hospital. Maka kami mengambil keputusan untuk 'tunggu dan lihat' terlebih dahulu..
.
Setibanya kami di bahagian kecemasan Pusat Perubatan Pantai, Rayyan Ariff terus diperiksa oleh Doktor yang bertugas.
"I think it's the device.. It's a bit hard at the end of it.." Ucap doktor itu.
"No doctor, please tell me it's not the device! I cant afford to see his head being cut open again!" Membalas dengan mata yang mula berair.
"We need to do a CT Scan on him to get a confirmation. I'll discuss this matter with his neurosurgeon at the same time."
.
Saya terus membawa Rayyan Ariff ke pusat diagnostik. Mulanya, kami menyangka bahawa ianya adalah satu tugas yang sukar untuk melakukan ujian imbasan itu kerana Rayyan Ariff sememangnya tidak bisa duduk diam walau sebentar. Beberapa kali kami mencuba namun gagal.
.
"Let him sleep first and we'll try again, I dont want to start the machine and get him exposed to the radiation unncessarily. We'll only do it once he's ok. You just put on the jacket to cover yourself up and get ready." Arah petugas yang mengendalikan mesin itu.
.
Namun dalam masa 15minit sahaja, kami berjaya melakukan CT Scan pada Rayyan Ariff kerna dia kembali di dalam lenanya yang dalam. Saat itu, perlahan-lahan dia sebenarnya sudah tidak sedarkan diri..

Ujian imbasan
.
.
"Puan, confirmed. The device got blocked and not functioning anymore. I've discussed it with his neuro surgeon. We'll do the surgery as soon as possible. Doctor is on his way.." Ucap doktor kedua yang memeriksa Rayyan Ariff sambil tangannya memegang imej CT Scan.
"Cant we wait first? Who knows he might get better in just a few hours." In denial.
"Puan, when a specialist rushed to the hospital 4am in the morning, you should be able to tell your son's condition.." Ucap doktor wanita itu sambil tersenyum.

Ya saya patut tahu. Namun saya bagaikan tidak sanggup.
.
"But look at the bright side, the device has been working well. 2 years are surely long enough.." Sampuk doktor lelaki itu, cuba menenangkan.
"But look at the bright side, the device has been working well. 2 years are surely long enough.." Sampuk doktor lelaki itu, cuba menenangkan.
Saya hanya tersenyum tawar.
"Doctor, do whatever you need to do to save him. Because the next surgery that we are going to do on him will be in 30 to 40 years from now. Or maybe he doesnt has to go through it again at all.." Masih tersenyum.

Cubaan mencari urat Rayyan Ariff agak sukar kerana ianya seakan-akan pecah kerana dalam usia semuda ini, sudah berkali-kali urat-uratnya dicucuk untuk dimasukkan ubat ataupun drip untuk pembedahan sedari di NICU.
"Doctor, are you sure you found it? I know that it's very hard to find a nice one. I just dont want him to be poked so many times.."
"Honestly we're just going to give it a try. Since you're not comfortable with it, we're not going to do it. We'll leave it to the anesthesiologist to do it so he wont be hurt so many times." Balas doktor itu dengan nada yang cukup menyenangkan.
.
Setelah Dr.Wong, neuro surgeon yang akan melakukan pembedahan itu tiba, saya bertegur sapa dengannya. Menjawab beberapa soalan yang dia kemukan.
"When was the last time I saw you?"
"It has been a while. We're supposed to see you in December but we've discharged ourselves.." Membalas dengan sedikit rasa bersalah.

"Eh, I thought I've just seen you recently.." Doktor membalas.
"You must have mistaken me for some other pretty lady.." Sekadar berjenaka.
.
Setelah dokumen ditandatangani, Dr.Wong menerangkan risiko pembedahan satu persatu. Jantung berdegup kencang mendengar tutur kata doktor itu. Setelah itu Rayyan Ariff di bawa pergi ke dewan pembedahan.
.
Selamat berjuang wahai anak.. .
Saya terus sahaja menelefon En.Hubby yang baru sahaja pulang ke rumah untuk mengambil keputusan ujian imbasan yang lama atas permintaan doktor, untuk dijadikan peerbandingan.
"Abang, it's Ok. They dont need the film. Nak terus operate.. Abang datang lepas subuh je la.."
"Tak sempat la abang jumpe Ian.."
"It's ok bang.. He's going to be OK. But next time we need to be fast la.. Jangan tangguh-tangguh bawak dia gi spital.. Eventhough it's going to be hundreds of false alarm.."
"Ok"
"Ok"
.
Talian diputuskan dan saya terus ke ruang menunggu. Walaupun mata terasa berat namun untuk tidur bukanlah sesuatu yang dapat saya lakukan. Bersendirian di dalam ruang menunggu membuatkan hati ini tidak keruan. Dari luar, kedengaran lagu Matahariku berkumandang dari radio pengawal keselamatan yang sedang bertugas..
"Ya Allah, kembalikanlah senyuman pada matahariku.." Mulut dan hati serentak berdoa.
.
Setelah seketika, saya menghantar SMS kepada abang saya yang menunggu di bawah dan meminta dia menghantar kakak ipar saya pulang dahulu. Tentunya mereka sudah penat kerana sedari jam 1200am lagi mereka keluar dari rumah dan menyertai kami. Syukur Alhamdulillah di atas pertalian kekeluargaan ini.

Kerana tidak keruan juga saya mula menghantar SMS dan mengemaskini status di FB meminta doa dari teman-teman buat Rayyan Ariff. Mahu ke surau, saya di dalam keadaan uzur. Maka terus sahaja saya duduk di situ.

Menghampiri jam 7 pagi, saya diberitakan oleh pengawal keselamatan bahawa pembedahan berjaya. Dan saya diminta untuk menunggu Rayyan Ariff di wad. Saya terus sahaja ke wad. Setibanya saya di wad, jururawat memaklumkan bahawa doktor mencari saya di ruang menunggu untuk menerangkan tentang pembedahan. Saya terus sahaja bergegas ke sana bersama En.Hubby.
.
Hanya seorang yang dibenarkan masuk dan kerana En.Hubby maklum bahawa Rayyan Ariff adalah mama's boy, dia mengalah dan kembali ke wad. Sebaik tersedar dan mendengar suara saya, Rayyan Ariff tersedar dan menangis minta diangkat. Terus sahaja saya mententeramkannya. Menghampiri jam 800am, katil Rayyan Ariff disorong ke wad.
.
Dan seperti seringnya, anak ini sememangnya kuat. Dia terus sahaja bangkit dari pembaringan dan duduk bersila. Kerana bius yang masih bersisa, dia terhoyong hayang sepanjang katilnya ditolak. Saya memujuknya untuk berbaring namun dia enggan. Sudahnya, sepanjang perjalanan dari tingkat 2 ke tingkat 5, dia hanya duduk di katilnya sahaja. Sungguh bagaikan tidak dibedah!
.
Kelaparan kerana perutnya kosong sedari jam 6pm.
.
Muka serius mama yang sedang menjawab panggilan mereka yang bertanyakan keadaan Rayyan Ariff. Terima kasih!
.
Abang saya terus sahaja pulang ke rumah apabila menyaksikan Rayyan Ariff di dalam keadaan baik-baik sahaja. Seterusnya, kami menerima kunjungan dari rakan-rakan dan kaum keluarga. Terima kasih Mama Put, MommyLyna, Mummy Nadime & Alanna, Ibu Nabila, Auntie Chah dan ramai lagi. Terima kasih teman!
.
Hari pertama itu, Rayyan Ariff hanya tersenyum dan tidak mengeluarkan sebarang suara. Kepada semua yang datang menziarah, hanya lambaian "bye-bye" sahaja yang diberikannya. Mungkin dia pelik kenapa ramai yang datang melihatnya tiba-tiba. Dan dia juga masih kelihatan penat dan mengantuk. Sudahnya, kami mengambil kesempatan tidur sepuas-puasnya.. :P
.
.
Hari kedua, Rayyan Ariff sudah kembali aktif. Sibuk mahu dipimpin ke sana dan kemari. Penat pula melayan kerenahnya kerana dia bagaikan bosan terkurung di dalam bilik. Mahunya berulang-alik turun naik menaiki lif. Bermain air juga menjadi perkara wajib buatnya. Pantang ada yang memasuki bilik air, pantas mulutnya berbunyi, "Aaiiiiirrr.."
.
Doktor sangat berpuas hati dengan keadaan Rayyan Ariff. Tiada muntah-muntah dan kembali makan dan bermain seperti biasa. Mujurlah abah rajin melayan cucunya ini. Abah saya juga tidak ketinggalan menjadi orang kuat di sebalik cerita ini selain daripada abang dan kakak ipar saya.
.
Kami diminta untuk tinggal satu malam sahaja lagi demi menghabiskan antibiotik. Keesokan harinya, jam 400pm kami dibenarkan pulang.
.
Namun cerita ini tidak habis di sini sahaja. To be continued.. :-)
.
P/s - Pagi ini ada kesan darah pada luka jahitan Rayyan Ariff. Mungkin kerana tidurnya yang lasak.. *sigh*
30 comments:
rayyan mmg kuat.. dr dulu lagi kan Jiey kan?? kalau tak, dia takkan berada disini skrg ni....
saya doakan agar Rayyan Arif akan sembuh..Amin..
alhamdulillah Ian mmg kuat ..
syukurr padamu ...
Salam..saya sentiasa doakan yg terbaik utk Rayyan. Hopefully lepas ni dapat akal baru utk pandai berjalan. InsyaAllah..
sedih sungguh membacanya,teringin sekali melihat IAN yg sgt cekal hatinya spt mamanya jugak!
alhamdulillah ian semakinn sihat..
semoga kesihatan ian berpanjangan..
semoga senyuman dibibir jiey jua berpanjangan..
aunty hanya mampu berdoa dari kejauhan agar segalanya dipermudahkan untuk ian dan family.
luluh hati melihat ian sakit...
sayang ian...
be strong dear.. i know u can do it..
jiey.. ketabahanmu mengkagumkan akak.
kak jiey,
tak boleh nak komen..mata dok kaca2 ni..
hope ian ok ya...
salam dari jauh,
izzah
semoga kamu tabah dear...
me baru d uji anak demam da gelabah.. biler bacer ur kisah, ternyata me insan lemah... hopefully, ur son will get better.. ya allah berilah kekuatan untuk hambamu ini... sesungguhnyer hambamu ini insan yg memerlukan MU di saat ini... berilah sinar padanya YA ALLAH...
pernah rasa sugguh tidak keruan dan berdebar disaat anak hendak dilakukan 'minor operation' di hospital Putrajaya.. ini pula pembedahan di kepala... Allahuakbar!! sesungguhnya 'kekuatan' itu milik jiey n rayyan..
aku baca entry ni in suspense mode. bila tgk ian senyum gitu. betul la, dia sgt kuat :)
tentu jiey berdebar-debar menantikan saat ian selesai dibedah..alhamdulillah, ian kembali ceria :D semoga ian terus sihat ye sayang..aunty mendoakan dari jauh :)
terharu baca entri ni. tinggi betul semangat juang rayyan..
ian anak yg kuat..mama ian pon kuat....semoga ian gembira selalu...jiey, salam ramadhan utk keluarga suma ya!!!!
aduh..sungguh la jiey. rayyan kuat semangat sungguh. jiwa kental...
Insyaallah, Tuhan sentiasa melindungi dia Jiey.. :)
Ian u r such a strong boy..a precious gem to the surrounding. may Allah always keep u in HIS thoughts and safe always...be strong d Ian miracle boy...
hug n kisses for Ian n kak jiey..take care
p/s: kak jiey u r such a supermom bcause u r having 1 superboy n super fantastic family... :)
Ian budak kuat, Ian budak ajaib. Jiey, next time, ada apa-apa je kat Ian, royat taw. Takde istilah 'susah' taw.
semoga Ian tak perlu lah kena bedah2 ni.Amin.
What a strong boy, impressed by his will akak....
Semoga Alah sentiasa pelihara Ian dan akak sekeluarga
~Salam ramadhan~
ya allah sayu tengok ian..
tapi auntie tahu ian kuatkan..terus kuat ye sayang sekuat mama kamu!!!
Alhamdulillah....saya yakin ian semakin sembuh & kuat.
Doa saya mengiringi.
Alhamdulillah Ian is doing well. Sebenarnya Jiey sangat kuat! Cuma Jey je yang tak sedar. Jika diletakkan Ian sebagai anak saya, belum tentu saya setabah Jiey.
alhamdulillah..tgk muke ian senyum manis cam tu sejuk hati kan jiey..ian mmg kuat! mama ian pun sangat kuat..
Go..go..miracle rayyan...Semoga rahmat Ramadhan bersamamu...
Rayyan ni memang superherolah...kuat betul Rayyan ni..after operate pun still boleh senyum2...semoga Rayyan terus kuat dan sihat selalu... kak Jiey pun mesti kuat mcm Rayyan tau k...syg selalu....
Sebak la baca ni...
pastu kagum sangat ngan Ian, kuat betul, lepas pembedahan, terus cool..
Jiey-akak doakan dibulan Ramadhan ni... doa agar Ian dan rakan-rakan Ian yang lain itu akan sentiasa diberi kesihatan yang baik, dan akan bertambah baik dari hari ke hari...
aminnnn..
moga2 doa jiey yg abe Ian x keno bedoh lg sampai bilo2 di makbulkan Allah..amin
aduh mengalir air mata ni melihat kuat nyer rayyan!!!
Salam Jie,
Sebaknya...lama ummi tak ikuti kisah ian! Ummi sentiasa doakan yg terbaik buat Ian. Dan Semoga ian sihat selalu yer...
"Sifat-sifat yang baik itu tidak dianugerahkan melainkan kepada orang-orang yang sabar dan tidak dianugerahkan melainkan kepada orang-orang yang mempunyai keberuntungan yang besar." (Surah Fushshilat : 35)
"Dan jika syaitan mengganggumu dengan suatu gangguan, maka mohonlah perlindungan kepada Allah. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui." (Surah Fushshilat : 36)
Wallahu'alam...
Rayyan is such the very miracle..
Rezekinya banyak dan murah, mendapat banyak doa daripada semua orang..Sudah tertulis sejak azali that this world will have this miracle...
Indeed Jie sudah membuat keputusan yg terbaik utk memiliki Ian, merangkulnya dan menyayanginya..He proved to be a miracle sign of Allah walking on this world, captured all people's heart esp mommies with his strong will..Doa ummi dan Nur mengiringi setiap langkah Rayyan, semoga sihat-sihat sentiasa..
Post a Comment