Tuesday, May 15, 2012

Apa khabar hero pujaan hati yang handsome dan bijak itu???

Hahahaha.. Tajuk tak hengat. Saja la, kata-kata tu kan doa.. Ramai yang baca, ramai yang berdoa.. Tak ke bagus tu.. :P

Rayyan Ariff. 

Kesihatannya masih belum stabil. Semalam muntah-muntah dan kelihatan cukup berlainan. Kecut sudah perut kami sekeluarga kerana risaukan ianya sesuatu yang serius sepertimana peristiwa yang berlaku pada tahun 2010. 

Sudah berkira-kira mahu ke A&E Pantai Med Centre sekiranya ianya berlarutan. Tapi mujurlah beberapa jam selepas itu dia sudah kembali OK. 

Tadi, kami ke SDMC lagi. Kali ini, Rayyan Ariff diberikan flu vaccine. Seperti biasa, anak kuat mama tidak menangis tatkala punggungnya ditusuk jarum halus. Sedikit meronta namun terkawal. Biasalah, hero remaja.. Eh salah, hero mama.. :P

Banyak yang ingin diperkatakan, namun masa agak suntuk. Cukuplah dengan status updates di FB ini menjadi ringkasan,:

Despite his unstable health condition, Rayyan Ariff has been getting good remarks from his neurologist.. More alert, more active, more playful and so on.. In fact, when we're at the clinic earlier, one lady that we met last year said "Hi" and told me that Rayyan Ariff looks strong and his steps are nice. He also looks cheerful and happier.. Hmmm.. Maybe the recurrent infections is a blessing in disguise because not only we got a stronger Rayyan, his hearing also improves! 

Tiada kalimah lain selain daripada Allahuakbar, Subhanallah, Alhamdulillah..
Lengkap dan melengkapi.

Ini cinta. Ini jiwa. Noktah.

8 comments:

Cik Cammy Lia said...

baju ian comelnye.hihi..mcm baby je dia pakai baju tu...xpenah ag nmpk size besar baju gtu..hihi

rizalhana said...

tiap kali bc tak sempat nk leave comment. Hope Ian sembuh cepat.

Baiknya la dua beradik ni. Yg cute nya abg ian pkai clr pink adik lak blue. Tapi super comel la pic ni

ieda said...

DAH ADA ADIK NI PROGRESS ABG RAYYAN MESTI LEBIH LAJU...
MOGA ABG RAYYAN TERUS DIBERI KESIHATAN YG BAIK OLEH ALLAH....
HAPPY BELATED BIRTHDAY.

AIN NAZRI said...

semoga abg ian cepat2 sihat n kuat.. membesar dgn ceria

Rozuan Ismail said...

semoga ian lagi cepat smebuh

Mamanurin said...

alaaa comey ni dua beradik ni. moga sentiasa dalam rahmat allah

Pnut said...

ahahahh comeinya dua-dua duk meniarap macam tu, tambah pulak rayyan dah beso pakai rompers cam tu.. ada ek?? nak la beli kat alesya

ch@ said...

hahaaa baru perasan kata rizalhana, adik blue abg pink. tehehehe... cutelah. jeles tgk mainan dua badik ni, cecomel dan warna warni.