Tuesday, May 8, 2012

Pejuang kecil itu kekal hebat~

Sekadar update untuk teman-teman. Terima kasih di atas doa semua. Dia sudah kembali tersenyum..

Sibuk main bukak tutup switch lampu..

Alhamdulillah, Rayyan Ariff sudah kembali aktif. Kembali dengan kegemarannya memetik suis lampu, kembali dengan aktivitinya menolak rollator, kembali memaksa mama membawanya turun naik escalator dan lif, kembali bermain air di bilik mandi. Kembali menjadi Rayyan Ariff kami yang sihat..

Menurut doktor, hasil ujian darah menunjukkan kadar jangkitan virus yang tinggi. Doktor mahu mengambil sampel darah sekali lagi pada esok hari. Sekadar untuk memastikan antibiotik yang diberikan benar-benar berkesan.

Kasihan. Dalam masa seminggu, sehingga 3, 4 kali sampel darah di ambil. Dia kan masih anak kecil. Tengoklah. Akan saya cuba memohon agar prosedur itu tidak dilakukan seandainya bisa. 

Tidak sabar rasanya mahu membawa Rayyan Ariff pulang. Penat benar berulang-alik dari Ampang ke Subang Jaya begini. Paling penat, melayan kerenah anak kecil yang kebosanan ini! Jadual saya adalah pada waktu siang hari dan ayahnya pula akan menjaga Rayyan Ariff pada malam hari. Maklumlah, Rifa Aleesya menyusu badan dan tidak mahu EBM waktu malam hari..

Memandangkan sudah agak lama saya meninggalkan pejabat, saya kembali pagi ini. Tengahari tadi, terus sahaja bergegas ke Subang Jaya untuk mengambilalih tugas menjaga Rayyan Ariff. Agak mencabar apabila hanya saya seorang. Puaslah melayan kerenahnya mahu itu dan ini.. Senget-senget badan ini mendukung tubuh panjang Rayyan Ariff ke surau yang terletak di aras bawah untuk tiga waktu; Zuhur, Asar dan Maghrib. Salah sendiri, siapa suruh lupa bawa telekung! Kalau tidak, senang sahaja solat dibilik beralaskan tikar.. =P

Habis wad pediatric ditawaf. Sampai ke kafe bawah. Ke Subway di aras B1. Turun naik lif. Turun naik escalator. Semata-mata mahu memastikan Rayyan Ariff tidak mengamuk dek kebosanan. Malam tadi, jam 8 dia sudah terlena kerana kepenatan. Sebaik sahaja ayahnya tiba, saya bergegas pulang ke rumah. 

Kalau ditinggalkan Rayyan Ariff yang belum tidur, bisa sahaja dia mengamuk. Maklumlah, anak manja mama.. Terbiasa tidur dengan Mama, maka hanya mama yang boleh tidurkan dia. Kalau tidak, proteslah anak kecil itu. Jam 11pm pun belum tentu tidur kalau dengan ayah.. :P 

Setelah bertukar 3 jenis antibiotik, yang terbaru inilah paling berkesan. Rocephin. Namun ianya mengakibatkan diarrhea pada Rayyan Ariff. Kesan sampingan yang biasa, namun menjadi isu kerana episod demam ini memudarkan selera makan dan minum Rayyan Ariff. Mahu atau tidak, kami pujuk jugalah sedikit demi sedikit.. Kalau tidak, mungkin drip terpaksa dipasang kembali. Takut dehydrated. 

Esok, selain pediatrician neurologist, pakar ENT juga akan memeriksanya sekali lagi.. Semoga ada berita baik untuk kami.. Flu vaccine akan diberi di dalam masa seminggu dari hari esok.. Ventolin dan inhaler akan diberikan sebagai salah satu langkah menguatkan paru-parunya agar kurang sedikit terdedah pada jangkitan kuman. Entah apalah lagi ubat yang akan diberikan. Banyak benar campuran dadah di dalam badannya yang kurus dan tinggi itu.. 

Dan kelakarnya tadi, sewaktu saya sibuk bercakap dengan doktornya, dia yang duduk di katil bersebelahan doktor, terus sahaja mencapai stetoskop yang bergantungan pada leher doktor. Alat itu ditekap ke dadanya sendiri beberapa kali.. Super comel! Hehehehhehe.. Bijak sungguh anak mama! We have a doctor in the house ya'all!! ;P

Semoga esok kami akan dibenarkan pulang. Semoga esok dan hari-hari seterusnya, Rayyan Ariff akan kekal sihat dan kuat. Tidak sakit-sakit lagi, bisa kembali ke sekolah dan terus membangun.. Aminnnn...

9 comments:

mama_kimey said...

kuat lh hati wahai sang ibu.. kerana kami juga menyayangi dan merindui anakmu..seperti kamu..

nureen safwa said...

Hi Jiey, I'm new here... really hope that one day we can meet... maybe orang lain dah selalu cakap kata-kata ni dekat you, but i nak cakap lagi... Anak, yang Allah kurniakan pada kita, punya ujian tersendiri dalam kita membesarkannya... I kagum dgn u yang sangat strong... I really wish we can meet some day... Sampaikan salam peluk cium untuk Rayyan - from Ummi Fara.

Siti Aishah Ibrahim said...

alhamdulillah
syukur,syukur syukur Ya Allah
memang kamu pejuang kecil yang hebat wahai anak.teruskan perjuanganmu.Allah sentiasa bersamamu wahai anak.


ALLAH YA ALLAH

Ummi ini gembira mendengar kamu telah pulih.

Anonymous said...

Lega hati ini mendapat berita rayyan ariff kembali sihat. Semoga kamu kuat little caliph RAYYAN ARIFF!!. Rayyan Ariff semacam sebati dengan diri saya, walau mengenalinya hanya melalui blog, serasakan kamu berdarah daging dengan saya. Kedengarannya melampau tapi itulah hakikatnya. Membaca blog mamamu juga seakan wajib setiap pagi sebelum memulai kerja. Entah kenapa?? mungkin kerna mamamu dengan auntie dari negeri sama!!

Anonymous said...

Salam... I've been ur silent reader for years now... watching every step tht Rayyan made & Riffa's progress from womb till now. Alhamdulillah, ur courage & determination compels me... My niece has a `special' son too.. & ur journey widens my mind. I too become very protective when ppl kept on staring & saying `KESIAN'. Dear, thx 4 ur blog.. & May Allah bless u always...

Jiji said...

Rayyan.. ketabahan dia mmg jadi penguat orang lain..

Anonymous said...

antibiotik rocephine jiey?it must a strong one...rocephine ni la antara antibiotik yg diberi pada yusuf 5 years ago bila yusuf kena meningitis...semoga ryan terus sihat..amin..
-haryati yaacob-

Mamanurin said...

Cepat sembuh hero!

UmmiQusyairi said...

Alhamdulillah... kte doakan abg rayyan chumell semoga sentiasa sihat dan dalam lindungan allah s.w.t.. aminn...