Wednesday, May 30, 2012

Tentang rezeki dan anak-anak..

Lama tak update. Bukan taknak, tapi alasan yang sama kot. Klise pulak rasanya.

Banyak yang nak dikejar dalam masa terdekat ni. Harap-harap, selesailah semuanya. =)

Bulan ni, paling banyak kuar duit untuk tuan kecik ni.

Hydrotherapy RM472. Amik pakej untuk 5 sessions. Rasanya buat 1 session every 2 weeks je la kot. Kalo buat weekly, hamboiii.. Dah jadi RM472 sebulan. Tak mampu kot. Kalo buat every 2 weeks, kiranya RM472 tu dah leh cover for 2 bulan setengah. Boleh la bernafas sket. Almaklumlah, mak ko bukan director apa lagi minister nak..

Sarjit dok cerita ada parents yang antar anak dia 3 times per week. Takpe la, dah parents dia mampu. Kot semua nak ikut orang, memang tak terkejar la..

Bulan ni jugak, buat cermin mata untuk Rayyan Ariff. Pejam mata kuar RM350. Bulan ni jugak beli peanut ball untuk physio, dah kuar lagi RM330. Takpe, bola ni bleh pakai sampai lebam. Silap2, dengan Adik sekali mama tarik suh wat physio. Hehehehe..

Hah. Total dah RM1152 untuk yang ni je. Nasib baik hantar service hearing aids takyah bayar sebab still under warranty.

Kenapa semua bulan ni? Bulan lepas kan dok tumpu kat Rayyan Ariff's health issue. So memang tak terbuatlah. Bila buat semua sekali harung, terasa kesakitan pada poket. Hehehhee..

So nak gi jalan mana cuti sekolah ni? Balance duit dah takat hidung ni.. =P

Tapi takpe, anak macam Rayyan Ariff ni murah rezeki. Jangan dok berkira tang duit yang keluar sebab ada je jalan yang Allah SWT buka. Pernah dulu one of my friend transfer RM2K untuk Rayyan Ariff. Hadiah birthday kata dia. Ya Allah, taktau macamana nak cakap.. Segan giler nak ambik siap nak transfer balik tapi she refused to give her account number.

Syukur dan terima kasih je yang saya boleh cakap. Pernah jugak masa gi bank, staff bank tu bagi RM100. Jumlah tu besar kot untuk orang yang kita tak pernah kenal and first time jumpa.

Segan wehh. Bila mana kita refused to take, tapi orang still insist. "Rezeki dia, rezeki anak awak." Kata diorang.

Jauh di sudut hati, syukur sangat sebab ramai yang sayang Rayyan Ariff. Itu tak masuk lagi bab urusan jadi mudah and cepat. Kat kaunter imegresen ke. JPN ke. Management ke.

Bila list down macam ni, baru perasan yang banyak urusan yang dipermudahkan bila bawak Rayyan Ariff. Mungkin orang tengok kesian even tho kita tak meminta-minta. Tapi just like others, saya pun sama tak suka nak usung anak bila nak run errands. Susah. Leceh. Mana kita nak uruskan hal kita, mana kita nak layan kerenah dia. Tambah2 Rayyan Ariff bukan leh jalan sendiri lagi. Tapi kalau dah terpaksa, angkut juga la.. Especially bila takde orang nak jaga. 

Korang nak pinjam Rayyan tak? Eh.

Hahhahhaha..


Dengan Adik dia sekarang, dia dah boleh main elok-elok. Tapi kadang-kadang tangan melayang jugak. So memang takleh nak dibiar berdua. Adik pulak manja lebih. Gegurl la kata.

Satu hal Rayyan Ariff ni, taknak share toys dengan Adik. Adik pulak, bila barang yang dia pegang orang ambik or barang yang dia nak tak dapat, meraung la sambil menceceh.


Rasa awkward bila tengok Adik merangkak. Rasa macam cinonet sangat. Ialah, biasa tengok Abang yang toddler besar panjang ni merangkak, rasa macam pelik je la bila tengok Adik merangkak sana sini. Tapi Adik, movement dia ni lemah lembut sket. Gegurl la kata.

Adik manja sangat. Dalam fasa, nampak mama je nak melekat. Pagi2 dah tau ngikut mama nak gi keje. Sweet. Kalau balik keje, mama amik abang dulu baru amik dia, meraung la jawabnya.. Jealous tahap tak ingat.. :P

Ish, tak sabar nak tunggu dua beradik ni dapat kaki. Eh. Tetiba.


12 comments:

Noina said...

klu nak kasi pinjam rayyan..ibu org pertama angkat tangan dulu..hahaha!!!

rezek budak2 ni mmg sentiasa murah..nak tanya buat hydro kat SDMC ke jiey?

Syaz said...

rezki anak ada dimana2..datang dalam macam2 rupa...bila tengok perkembangan +ve anak --> priceless..:)

AIN NAZRI said...

saya pon x sabar tggu bot RA ni dapat kaki kak.. mesti x terkejar akak main2 dgn diaorg.. semoga both RA sihat2 hendaknya.. geram tgk Rifa.. chumelll

transformed housewife said...

baby dah merangkak ye. Biasola tu sama2 akan jealous kalu keno ambik salah sore jah dulu.

bEe HoNeY said...

hydoterapy tu kat s.alm tu yg iklan remidi tu eh? peanut ball tu bli kat na rm330?klu kat overseas sure murah g kan?ada x blog yg kat UK nya?mber ade sna.sya ade oder brg2 fisio darwisy kt sna.klu ada web peanut bal dia leh tgk & bli kat sna je...lampu disco sna bru rm100, cni rm250 sya jmpa

Anonymous said...

ya Allah... saya kagum dengan semangat akak.. Doa saya semoga akak sekeluarga mendapat rahmat dari-Nya.

mama arra alisa said...

Jiey.... syukur alhamdullilah. MOga segala urusan untuk Rayyan Arif dipermudahkan sentiasa olehnya. Teruskan usaha dan tekadkan semangat untuk anak ini, insyallah dengan izinNYA jua anak ini boleh melangkah sendiri. Doa dari kami semua semoga Rayyan Arif akan membesar menjadi insan yang taat akan perintahNYA, diberkati hidupnya di dunia ini mahupun di akhirat kelak... Sayanggggg Ian... tak juga juga buat adiknya yang cute manja tuh....

Jiey^Mien said...

Ina:
Tuka dgn Cik Bella.. Hahahaha..

A'ah Ina. Wat kat SDMC Ara Damansara. Baru nak start je pun. Dapat 17/6 ni..

Kata mak Jiey, ko gi blaja tgk apa yang dia buat, pastu balik wat kat swimming pool kat depan umah tu.. Takyah nk gi every 2 weeks. Dapat sebulan sekali pun jadi la.. Sekarang ni utk tahap pembelajaran, gi je la 2 weeks sekali pun..

Hmm.. Akan dipertimbangkan.

Jom la Ina, bawak Nabila skali.. Ada geng gitu. =)

**********************************************************

Syaz:
Stuju. Mmg priceless. :-)

*************************************************************

Ain:
Kot dua2 dapat kaki serentak, kurus la Mama diorang!
:P

*****************************************************************

Transformed H. aka Kak Nur:
Dia start merangkak at the age of 5m n 19days. Now dh smpi bwh mejo.. Hehehe..

***************************************************************

Bee Honey:
Hydro buat kat SDMC Ara Damansara. Peanut ball tu beli kat Dr Sham.. Rasanya brg2 cenggini kalo kat oversea mmg lagi murah kot.

*****************************************************************

Anon:
Terima kasih untuk setiap doa yang diutuskan Dik. Moga kaki akan terus kuat melangkah walau sering tersadung.
;-)

**************************************************************

Mama Arra Alisa:
Terima kasih.
Terima kasih banyak-banyak.
Aminnnnn...
:-)

shaliza said...

eh...nak ke kasi pinjam..kalau dok KB boleh jer kut kidnap sekejap budak comey tu..

zura_habib said...

kak jiey..habib wat hydro kt HKL stat 15 june nie...dieorg suh gi tiap2 mggu...mak kena blaja merempit ke hkl sorg2 sbb tok laki busy mcm menteri:p

littlehumblelynn said...

Jiey,boleh ke pinjam ian?kot dia meraung dgn strangers.kalo boleh mau jgk nk pjm.

ch@ said...

dpt dua kaki, omak pening kepala. mengejar anak2. comel-comel. takpe janji dorg sihat sejahtera jiey, itu pun dah buat omak bahagia.

kita lak tersengih baca entry ni, hahaaa. comel sgt.