Monday, May 21, 2012

Untuk seorang anak??

Gunung pun sanggup panjat kan?
:P

Sekarang, tengah usaha cari a bigger place to stay.
Nak buat satu bilik untuk Rayyan Ariff. Bilik tidur dan bilik terapi.
Rumah sekaang cuma 3 bilik.
1 master bedroom. 
2nd bedroom aka bilik Rayyan Ariff dah occupied by Nenek.
3rd bedroom dah tentu2 bilik bibik.
So kena cari a house with 4 bedrooms.

Duit cukup tak cukup lain kira. 
Yg penting banyak ruang untuk Rayyan Ariff.
Doctor advised Rayyan Ariff tidur sendiri with certain things to be switched on as his therapy devices e.g. blinking lights and loud radio turned on. Nak stimulate hearing and vision.
Iyalah, kalau nak tidur dengan kita2 macam sekarang ni, mampu ke nak lelap kalau dah nk pasang loud sound? Rayyan Ariff lainlah kan..

Dilema betul.
Nak rumah besar-besar semi-d ke apa, kena la cari area jauh2 sket. Rawang ke, Sungai Buloh ke, Puchong ke, Puncak Alam ke, Semenyih ke.. Klang ke.. Memang heaven la kan? Rumah besar, halaman pun luas..

Nak cari area Ampang, memang ada yang within budget, tp saiz, MasyaAllah, kecik benar..
Nak cari area Subang Jaya or Shah Alam pun sama la jugak. Harga tinggi melambung.
Kalau tengok kat mudah tu, Ya Allah, rumah huduh yang amat tapi jual beratus ribu.. 
Tak menahan, laku wehhh...

Apa istimewanya nak area Subang or Shah Alam? Dekat dengan hospital Rayyan Ariff. Apa2 hal senang. Tiap kali dia admitted kat SDMC, memang bercinta la kami berulang alik from Ampang. Penatttt.. Bukanlah doa dia masuk spital ke ape, tapi dh memang chances tu tinggi.. Itu tak masuk ulang alik untuk terapi lagi.. *sigh**

Apa istimewanya nak area Ampang? Sebab sayang sekolah sekarang kot. Sekolah Ok, cikgu pun Ok, fasiliti Ok. Memang puas hati..  *Rate Ok, bukan superb.. Kalo nak superb, sila pergi skolah kat WQ Park, RM2k++ per month*

Kalau tukar tempat, kena tukar sekolah lagi. Kalau kena skolah yang Ok takpe la. Kalau yang tak Ok? Memang nangis sorang-sorang je la.. Nape nangis sorang-sorang? Ye lah, anak macam Rayyan Ariff ni, nak makan taktau mintak kalau makanan tu takde depan mata. Kalau ada baru dia leh tunjuk tanda nak.. Kalau pampers basah lencun pun tak reti nak mintak tukar. Buatlah apa pun, memang tak reti mengadu. Cuma bergantung harap pada orang yang menjaga sahaja. 

Kalau ada ehsan, Alhamdulillah.. Kalau tak ada, takpelah. Bukan tahu cara nak mintak kasihan belas.

Eh. Melalut pulak.. 

Tengah pikir. Yang mana hendak.
1) Rumah kat area kawasan jauh2. Sure murah. Rawang ke.. Sg Buloh ke. 
2) Rumah kat area Subang Jaya or Shah Alam so that dekat dengan hospital.
3) Rumah kat area Ampang so that boleh terus continue sekolah kat tempat sekarang.

Macam mana nak house hunting kalau area pun takleh decide. *sigh*


Kalau takde duit juta-juta lemon, jangan mimpi nak dapat rumah-rumah dari pakcik google kat atas ni.. Rumah cenggini kat area Ampang or Subang?? Mak aihhhhh, berpuluh tahun lagi pun tak tentu leh beli.. Lain la kalo jadi retis n ada kenal mana2 VIP. Ehhh..

Ish, kalau dapat rumah spacious cenggini with swimming pool, dapat pulak takyah keje, memang saban masa mama dedicate waktu untuk terapi kamu nak.

Eh, berangan plak. Takpe, tak kena bayar pun..

Jom pikir balik. Nak space ke? nak spital ke? nak sekolah ke? Bila dah habis pikir, baru kita decide next course of action.

Hartanah meletup-letup harga sekarang ni.. Advertised la berapa pun, ada je yang sanggup beli.. Bila saje2 je google harga jualan rumah yang kami duduk sekarang, telan air liur tengok orang letak berbanding harga belian kami dulu. Ishhh.. Sangat tak rugi beli..

K la, nak pergi berfikir sambil layan the RA siblings. Semoga dipermudahkan setiap urusan. Aminnnn..

8 comments:

shaliza said...

aminn...insyaAllah dipermudahkan segala urusan Jiey sekeluarga.

Yaati Nor said...

Beli rumah besar sikit kot tok terapi rayyan.nnt sekolah insya allah ada sekolah elok.klu saujana putra puchong. dekat highway elit sambung nkve.shah alam dekat puchong dan subang pun dekat..cuba la tgk dulu..skrg ada projek Semi D cluster..cantik tempat tu kwsn baru nak naik..hehehe saya mcm egen pulak..gi la tgk dulu kot-kot nnt kita blh berjiran ke..

littlehumblelynn said...

jiey


bab cari rumah nih..mmg nak yang selesa & mampu -jauh sikit jiey..area shah alam tgh naik skrg..baru nih ada nampak rumah semi-d Seksyen 29 249K-UNDER CONSTRUCTION,mgkn boleh survey kot jiey..


mula2 survey tpt yg betul2 berkenan, kalo dah berkenan, survey sekolah utk ian dulu..then baru carik rumah..

smg Allah permudahkan hdknya..amin

Eliss Mie said...

kat klang pun dah naik harga esp area bukit raja ni..haishhh.. semoga mendapat rumah idaman yer.

AIN NAZRI said...

kalau akak dapat area Puchong pon ok.. sbb dekat kalau nak lari ke spital.. ada jalan highway belakang tuh.. or pinggir putrajaya pon ok.. tapi harga tu bagi ain ok laaa.. compare to tempat lain.. ye la kan nak buat mcm mana..skrg semua harga mak aiihhh..

*ain rasa akak leh try time tdo, pasangkan ayat2 al quran pada rayyan @ dalam bilik tdo akak (since RA sibling tdo ngan akak). bagus tuk stimulate brain dua2 tu. mana tahu ada perubahan.. kita mencuba.. tdo dgn alunan al quran mmg superb.. (ain amalkan ni.. banyak perubahannya..)

Pnut said...

betul jiey harga rumah ngeri dan gerun nengok...

macam akak, beli rumah ni 7 tahun lepas, harga rm180K je, org fasa pertama beli rm130-145K je, bergantung keluasan tanah. tp value org dah jual rumah standard, tak renovate apa pun, dah cecah 360K.. huhuhu untung...

kalau rumah dah renovate sikit, dah cecah 450K... gile betul..

akak fikir balik, kalau 7thn lepas tak 'pejam mata' keluar duit beli rumah, nak beli sekarang tak mampu la... loan boleh lepas, tapi monthly nak bayo tu hazabbb

ieda said...

memang pening bila fikir nak beli rumah ni esp bila ada banyak perkara yg perlu dipertimbangkan.rumah plk makin lama makin naik harganya.
whatever it is...all the best to jiey..moga dapat apa yg diidamkan.

Heartilyina said...

salam mama ian. lama xcomment sini. cuba la tgk rmh yg baru nk naik lbh murah (which is xdela murah sgt jugak). cari yg a bit outskirt tp xjauh drpd hospital ian n tempat2 terapi. easy access to those places. i dok semenyih ni pn tgh naik mcm2 dh ada. nk kata murah rumah tu bolehla kata murah kalau compared to subang n shah alam etc. i just go to know my ihsan ada autism. agak jauh sbnrnya drpd tmpt2 terapi yg kebanyakannya dkt kl sana. seb baik inlaw dok subang. so ada terapi transit kt sana. i pn dh bercerita kt hubby my cita2 sumday kalau perlu we should pindah ke belah2 kl sana utk kebaikan ihsan. kalau nk cari rmh area subang, shah alam, ampang ada je kot yg murah tp kena pandai carila. maybe yg intermediate sket, owner nk jual cpt ke, yg tamannya a bit terkebelakang ke etc. all d best ye.

mama ihsan