Thursday, May 10, 2012

It takes a village to raise a child??

Bila tahu cucu dia admitted, my Abah came all the way from Kota Bharu. Sampai jer, tak balik pun rumah, terus gi hospital. He was here from Friday morning until Sunday afternoon, sehari pun tak balik rumah.

Tidur, makan, mandi semua kat hospital. Most of the time, sibuk cari food for his grandson who refused to eat this and that. 

At one time, dia pujuk Rayyan Ariff makan by pushing the wheelchair here and there. Satu lap, satu suap. Sudahnya, Abah buat 28 pusingan untuk habiskan sebungkus roti jagung Gardenia. 1 lap, berenti kat pit-stop, saya suap roti, then Abah pushed lagi.

Syahdu sangat bila tengok those moment.   

Pakcik umo 57 tahun pushed wheelchair cucu 28 pusingan, round ward semata-mata nk pujuk bagi makan.. =(

Hubby spent masa kat ward during the nights and saya pulak during the day. Malam susah la sebab Rifa prefers direct bf rather than taking EBM. 

One of the nights, Liverpool vs Chelsea. Hubby mintak tukar shift. Tapi my mom kata, "It's OK, biar Mommy stay dengan Abah je malam ni. Mommy pun tak tunggu Ian lagi.." At first, memang saya tak setuju la.. My hubby pun cakap, takpe la, nnt dia turun gi mamak kat depan SDMC tu je tgk. Sementara tu, biar Bibik la tunggu plak. Tp she insisted nk tunggu cucu dia.

My SIL? Datang dua kali with her parents and also her brother's family. 

My elder brother? He was away. Outstation. Tapi every now and then, mesti SMS tanya khabar. On Monday morning, OTW nak gi airport, my brother singgah lepak tengok anak sedara dia. Back to back dia outstation this month. Baru sampai malam from Kedah, esok dah nk gi Sabah, tapi still datang jenguk anak sedara.

My younger brother? Sama la dengan my elder brother. Later when Rayyan Ariff was discharged, baru ada masa nak borak dengan my mom. She told me, "Jek kata, kesian sangat-sangat tengok Ian. Badan panas, menggigil-gigil, separuh sedar.. Ish, kalau boleh tukar tempat, Jek sanggup tukar. Kita orang tua sakit takpe.. Kalau tengok budak kecik, kesian sungguh."

Saya cuba sorok rasa syahdu and just replied, " Tu dia baru tengok sekali. Kita yang dah tengok berulang-kali ni.. Hmmm.." Tapi the thought that he's willing to take Rayyan Ariff's place really touched me deeply.

These are some of the examples. Banyak lagi. During these tough situation, ramai lagi yang show their care and concern. My aunties, uncle, cousins and friends *you know who you are*.

Juga pada readers Kerna Kasih Kita. Terima kasih yang tak terhingga di atas setiap utusan doa dan air mata. Terima kasih.

And of course, 2 thumbs up to the nurses as well. Kaw kaw diorang jaga. Memang tiptop, to the extend tolong mandikan and cebokkan budak cirit birit ni sampai saya rasa canggung. Ye la, dah anak kita, haruslah kita nak mandi and cebukkan sendiri..

I guess it's true, it may take a village to raise a child. What more a special needs child kan? 
Terima kasih. 
Terima kasih dalam-dalam. 

13 comments:

littlehumblelynn said...

semoga ALLAH memberikan kesembuhan buat ian :(

yatie chomeyl said...

sob sob..terharu dgn kasih family Jiey ko Ian.

mamalisa said...

phewwww...syukur Rayyan Ariff dilimpahkan dgn kasih sayang org2 sekeliling yg menyanyanginya sepenuh hati..kamu anak yg terlalu istimewa Ian! Anak Syurga insyaAllah.

Anonymous said...

Baca post gie yang nie tingat anak yang sakit kat rumah. Nak tau nape saya admirer sgt ian nie. Sbb rupa dia macam anak saya Ahmad Faqih Hilman. Baru berusia 8 bulan, tapi skang tgh demam mgkn sbb nak tumboh gigi kot. Moga kita dipertemukan satu hari nnti..and for rayyan ariff keep it up sayang, u can do it!!..

AIN NAZRI said...

semoga abg ian cepat sembuh.. Allah selalu melindungi kamu nak.

Anonymous said...

sebak..terharu..
alhamdulilllah..masih ada ramai yg hidup kerna sebuah rasa kasih dan kecintaan..
moga-moga insan yg bersama Rayyan ini dipasakkan jutaan rasa kasih dan cinta..

Anonymous said...

sebak..terharu..
alhamdulilllah..masih ada ramai yg hidup kerna sebuah rasa kasih dan kecintaan..
moga-moga insan yg bersama Rayyan ini dipasakkan jutaan rasa kasih dan cinta..

Mamanurin said...

sangat syahdu entry ni Jiey, moga Ian akan terus kuat dan sihat berkat kasih sayang dan perhatian dari family, sanak sedara dan mereka yang berada disekelilingnya.

nureen safwa said...

hi jiey... hari ni i nangis lagi tengok rayyan... u know why? yesterday we heard news about baby being beaten by her own biological mother... and the video spread over thru fb and emails and even on berita... how lucky rayyan to have you and the whole village to pamper him, love him... this entry makes me feel so relief.. :)

bEe HoNeY said...

semoga RA trs kuat spt mamanya...kuatkan hati ya syg.
auntie doakan smga RA cpt smbuh, bgitu juga darwisy aunty....

pelok cium utk RA ya mamanya

Kak Ina said...

EVERYDAY, EVERYTIME AKAK BACA STORY TTG RAYYAN AKAK SLALU X SEDAR TEARS TUH LAJU AJA KELUAR. YA ALLAH, BERTUAHNYA ANAK NI DAPAT JIE N HUBBY AS HIS PARENTS. TAK TERLUAH DGN KATA2. ANW JIE, TAHNIAH DAN TERIMA KASIH KERNA JADI IBU YG CEKAL.

Jiji said...

your dad sama je mcm my dad... sanggup bawak jalan jalan kasi anis makan... sanggup segala-galanya

Siti Nur Amirah said...

ya Allah.harini first time baca blog akak.airmata mencurah2.cuma doa yg mampu iringi.semoga rayyan sehat dan membesar jadi anak soleh.semoga Allah rahmati akak dan keluarga.semoga dilimpahi rezeki kesihatan dan syurga buat akak.;') amin ya Rabb.;') Allah bagi ujian pada orang yang terpilih dan akak antara yang terpilih tu.Allah humma syafi..Allah bariklahuma.;') sebenarnya menangis jugak pasal atuk yg baik sangatttt!!!sampaikan salam buat pakcik.;')