Wednesday, July 25, 2012

Cabaran menjadi Rayyan Ariff~

Menjadi Rayyan Ariff memang mencabar. Hampir saban malam semenjak 2 bulan yang lalu, dia bangun dan menangis. Kesakitan? Tidak selesa? Tantrums? Mahu perhatian? Wallahualam kerana dia masih belum mampu berbicara.

Dan menjadi ibu kepada Rayyan Ariff adalah lebih mencabar. Perlu meneka sendiri. Perlu membezakan sendiri, yang mana satu tangisan tantrum dan yang mana satu tangisan kesakitan.

Dek kerana kegagalan si ibu mengenal pasti, kesakitan itu berlarutan untuk satu tempoh yang agak tidak logikal sebelum bertindak. Dek kerana kegagalan si ibu, Rayyan Ariff menjadi mangsa amarah yang tidak munasabah.

Kesal. Kesal. Kesal.

Menjadi ibu kepada Rayyan Ariff memang mencabar. Duduk di penjuru katil sambil memerhatikan si anak yang kesakitan tidak menjadi satu pilihan. Kalaulah tangan ini bisa menyembuhkan.. Kalau. Namun realitinya tidak begitu. Si ibu hanya mampu menenangkan dengan bacaan ayat suci Al-Quran. Si ibu hanya mampu memberikan ciuman kasih sambil tangan tidak henti-henti menggosok dan mengurut kepala yang kesakitan.

Hanya kasih yang ada.

InsyaAllah, kita usahakan untuk satu kesembuhan yea nak..

Betul kata ayahbonda, untuk anak seistimewa Rayyan Ariff, jangan pernah putus berdoa untuk kesejahteraan dan kesembuhannya yang berpanjangan. Bukan sekali tapi berkali-kali. Bukan satu tapi sepanjang waktu.

Rayyan Ariff @ 24/7/2012, 3:21am

InsyaAllah, anak-anak mama tidak akan tertinggal dalam setiap doa yang mama panjatkan kepadaNya.

11 comments:

Jiha Kamaruddin said...

I'M TOUCHING ...

Monamie said...

:( same here. be strong kak jie :(

Siti_btp said...

Kesian Rayyan ye!! kena marah dgn mama..

Akak pun begitu juga dgn kerenah 3 anak2 istimewa akak.Mrk tak bercakap tak tahu apa mahunya..Kdg2 menangis tiba2..

Kena tengking juga lepas tu menyesal tak sudah ..Rupa2nya semut penuh atas tilamnya..Semoga Ramadhan ini mengajar kita kesabaran demi kesabaran utk menjaga anak Syurga kita..

Eliss said...

mencabar sungguh jiey. semoga kita lebih memahami dia, hr demi hari.

mmyAlqayyum said...

kakjiey, meremang bulu roma bc entry ni!!!sy syg tuan Rayyan Ariff!!!insyaAllah mmy selitkan doa utk tuan Rayyan Ariff

Mama Kembar Tiga said...

Salam Jiey. Sayu rasa hati baca ni. Sian sgt kat Ian. Ian strong boy, moga doa doa Jiey akan dimakbulkan soon. By the way, bila dia sakit ada cuba bacakan surah Al Kausar tak? Ni tips Mama terbaca kat blog mana ntah. Baca Al Kausar 3 kali, doa, hembus kat tapak tangan & sapukan ke area yg sakit tu. Ulang sekurang kurangnya 3 kali. Mama dah try a few times bila si kembar bangun batuk teruk tgh mlm. Alhamdulillah tiap kali buat, tak lama lepas tu mesti brenti batuk.

Anonymous said...

Salam..
Jie..mama fyeza doakan semoga jie tabah dan sabar dalam menghadapi segalanya. Jie insan bertuah yang dipilih oleh Allah SWT untuk memberi kasih sayang..menjaga..dan mendidik Rayyan Arif.
Rayyan Arif...semoga anak mama nie sentiasa berada di dalam lindungan ALLAH SWT selalu...amin..

Anonymous said...

kuatkan hati ek...

Nour El AiN said...

Rayyan sayang...
Semoga mendapat kesembuhan berpanjangan .. Ameen..

Bicara hati ibu aisya said...

;( kamu buat saya sebak!

Speechless...jiey, ayu juga sedang melalui keadaan yang sama.Adakala sukar membezakan tangisan itu untuk apa.Sakit ker..xselesa ker... atau lapar ker.Yang pasti doa utk anak2 ini xpernah putus agar dipermudahkan segalanya buat mereka.Semoga senyuman sentiasa terukir pada wajah mulus mereka.Amin.

transformed housewife said...

doa ibu insyallah akan dimakbulkan Allah.