Tuesday, July 17, 2012

Have you done your part??

assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuhu. 

nama saya fynn jamal, dan saya meminta jasa baik sesiapa sahaja yang sudi untuk membantu saya mencari dana untuk anakanda saya Bakti Arjuna Fitri untuk pembedahan jantung. 

kami perlu mencari rm 35 ribu dalam masa terdekat ini sebelum jantung anakanda saya bengkak. anakanda saya berumur 1 bulan 2 minggu dan besarlah harapan saya kalau2 ada sesiapa yang sudi menderma walau sekecil mana. jenis pembedahannya adalah seolah bypass di mana dadanya akan dibuka utk memperbetul lubang di jantungnya.

kalau mahu diganti, berilah nama dan jumlah. saya berjanji akan memulangkan wang tuan / puan bila saya ada wangnya. insyaAllah sebelum hujung tahun ini.

panjang2kanlah rayuan saya ini. moga2 ada yang dapat membantu kami anak beranak.

nur affina yanti binti jamalludin
maybank
164810008992

terima kasih.



Jumpa ini di FB. Saya tidak pernah kenal ibu ini, namun baca sahaja ada rasa sebak yang memenuhi ruang. A mother would go to great lengths to save her child. Kalau sahaja kos rawatan Rayyan Ariff tidak ditanggung sepenuhnya, tiada beza saya dan ibu ini. Sanggup. Sanggup segala. 

Selalu saya bisikkan pada hati, kalau ubat untuk memulihkan Rayyan Ariff ada di hujung dunia, saya sanggup berlari ke sana. Namun untuk Rayyan Ariff, peruntukan masa dan waktu adalah ubat yang paling mujarab..

Dan untuk Bakti Arjuna Fitri pula, jalan sudah terbuka untuk kita sama-sama membantu dalam merawat anak ini. Semoga Dia permudahkan urusan Bakti Arjuna. Semoga. 

Mari sama-sama, doakan untuk Arjuna. Mari sama-sama, menderma untuk Arjuna.

P/s - Akaun MBB Fynn Jamal masih bermasalah. Begitu juga dengan suaminya. Untuk perkembangan lanjut, sila ke page FB Fynn Jamal


3 comments:

transformed housewife said...

Berat sungguh dugaan utk ibu & ayah Arjuna. Insyallah kita bantu setakat yg termampu.

Mummy Akmar said...

sedihnyer

JaSmIn said...

salam perkenalan kak jiey, penah baca blog ni tak http://yongnoina.blogspot.com

saya selalu baca blog akak dan blog kt url atas ni kalau rase down dlm bab membesarkan anak anak..;)