Wednesday, July 4, 2012

Macam2 cerita yang tak sempat nak update~

Ketinggalan dalam bab posting. Sigh**

Ok, kita rangkulkan mudah-mudah je la..

1st, Abang Rayyan Ariff kita ni tak sihat. Lebih seminggu tak gi school. Bila dah duduk bertepek dengan Adik, Adik pun jangkitlah..

Kena neb satu round.. :P

Bila tak sihat, tak dapat gi school.. Bila tak gi school tu, tahap mengamuk pun bertambah.. Ada je benda yang tak kena. Semua benda yang tak appropriate dia nak main. Decoder astro tu sampai jam dah dia dok tekan2 remote Astro. Panjat sofa nak terjun tiruk la.. Panjat kusi nak main bukak tutup lampu. Bukak tutup pintu almari la..

We just learnt that there's a hyperactivity in Rayyan Ariff. So bila he doesnt channel out his energy properly, mula la mengamuk entah apa-apa.  Patut la budak ni tak tahu diam. Part yang paling tak tahan of course la bab pukul-memukul Adik.

Last 2 Saturday, sempat gi beli kasut baru Rayyan Ariff. Yang lama dah outgrow. Ingat dulu beli for RM700. Now dah jadi RM750 per pair. Katanya, semua barang dah naik harga.. Iyooo laa haaa...

 Peace ya'all.. Oh yea, Rayyan Ariff pandai buat peace dalam early this year kot.. Baru ajar.. Muahahaha.. Sebelum kuar 2 jari ni, 3 jari belakang yang biasa keluar..

  Dapat kasut baru mestilah suka.

Test jalan-jalan dulu..

On another note, siblings rivalry between Rayyan ARiff and Rifa Aleesya tiba-tiba mencanak. Boleh tengok la yang diorang tried to compete between each other. Yang jadi mangsa of course la Mama bila2 dua2 berebut nakkan Mama..

Ni dua-dua berebut nak duduk depan dengan Mama dalam kereta. Tapi ni dah dekat nak sampai pun.. Dah masuk perkarangan rumah. Takde la kerja mama nak beriba dua orang ni kat depan cenggini gaya. Balik raya ni, dua-dua dok dalam carseat kat belakang. Takde dengki2 dah..

 Ni masa Ayah belanja makan kat steamboat Taman Dagang. Memang mencabar la makan ngan bebudak ni.. No more la sampai korang besar nampaknya..
.
Actually, I'm hoping for something good out of this siblings rivalry. Harap2, bila Abang tengok Adik dah berjalan nanti, there would be some inner drive in him nak buat benda yang sama. Sebabnya, his balancing is good, his leg are strong enough tapi dia memang taknak try langsung to walk on his own.

Tapi boleh tengok la, bila Rifa Aleesya merangkak laju-laju, dia pun join sama.. Harap2 bila dia tengok Adik berjalan, he will build the confidence that he needs for him to try to walk..

 Mana ada Abang, situ ada Adik. And it will always end up with Adik nangis sebab Abang buat..
.
Berebut nak masuk dapur.. Harus la tak dapat.. Memang penat la mengurus budak berdua ni.. Macam handle anak kembar dah gayanya. One after another..

Rayyan Ariff dah starts going for hydrotherapy kat SDMC. Nampak mamat ni cam kemain susah nak handle Rayyan Ariff, so I asked him, semua budak pun hyper ke kat dalam air ni? "Not all. Some of them cry because they are scare. Tapi he's different. Hyperactive."

Ok. Dah 2 orang yang cakap tuan kecik ni hyperactive. Tapi maybe betul kot. Tak penat langsung even dah sejam berhydro therapy.. Padahal swimming kan tiring.. Pelik makk!!

Boleh tengok la camne gerak gaya yang diorang buat utk therapy ni. Rayyan Ariff ketawa mengekek for the whole session. Memang happy benar la..

Ok, kita end this entry with a sweet photo of Adik. Adik Rifa Aleesya dalam fasa berdiri jatuh. Kalau nampak Mama, sibuk la.. "Emm.. Ma.. Emm.. Ma.." Meraung-raung selagi tak ambik. Dah pandai marah bila orang amik barang dia. Kalo malam, Mama bawak masuk Abang nak tido, meraung-raung jealous nak masuk jugak..

Betul. Anak lebih dari satu adalah mencabar. Especially bila dua2 orang tag team bangun tengah-tengah malam buta nak itu ini. Sorang dok atas riba sambil berdodoi. Yang sorang lagi dok pegang paha Mama sambil tangan Mama suap roti jagung.

Macam mana la mak-mak kita dulu handle anak 4, 5 orang at one go! *Pengsan*

7 comments:

mila said...

anugerah yg tiada nilainye

Bonda Ryan said...

go kak go!! saya ade anak lelaki 4 orang n jarak umur setahun satu.paling besar pun baru 5thn..segala kepayahan buat kita lbih kuat sbnarnya..dah jadik 'supermak' dah saya..kih3!!.tapi semuanya pun perlukan suami sbg pmbantu kak :P

Lynn Abd Latib said...

jiey,

seronok tgk ian on hydrotherapy tuh.smg ada peningkatan +ve.amin

walaupun mencabar membesarkan 2 anak,still seronok kan.apapun smg Allah kurniakan jiey kesihatan yg baik serta kekuatan mental & fizikal.jd mama kena kuat kan,jiey?

take care dear:-D

Anonymous said...

cair mair hati tgk dua org budak neh..sorang hensem..sorang lagi comel sgt..adehhhh...cmner la ada org leh kata bosan jg anak...tk paham ar...

LeLa HuSaiN said...

tang makan tu..sama je..walau sorg xde nikmat nk mkn...ade je mulut nk minta suao nasi..hahaha..susu la..mcm2..cmna la mak kita jg dlu ek??

mirah said...

jiey,
khadijah juga ada 'problem' yang yet belum tahu apa. Dia punya jealous dgn kakak sgt kuat, main suka hati rampas brg, pukul, tarik rambut juga. Dgn baby Adam setakat ini takde pula. Pastu hari2 cakap tak nak gi skolah. hari2 hantar masuk depan pintu kelas pun sambil nangis. Hari ini je baik sket tak nangis.

Kekadang mirah terfikir juga nak bawa gi jumpa psychologist ke apa, ke kita parents sendiri kena juga jumpa psychologist pun tak tahu lah. Memang buat kita naik nagin je lah dgn karenah dia.

Tapi itulah membesarkan anakanak ini bukan mudah. Kita sedang membesarkan anak-anak yang suatu hari nanti boleh jaga kita dan berjaya dalam hidup dia dunia akhirat..

Moga Allah permudahkan urusan kita sebagai isteri dan ibu..

Anonymous said...

camni lah baru mencabar...saya ibu kepada 3 org anak..6,3,2yrs....yang mencabar tang 2 ngan 3yrs tu...tapi setiap hari kita blajar mende baru dgn our kids ni iaitu...camne nak handle n train dorang...nama pun ibu kan...takpe..usaha tangga kejayaan...mak kita dulu pun boleh..kita pun boleh juga...chaiyok..chaiyok...