Friday, November 7, 2008

Air mata yang tertinggal - kalaulah saya Angelina Jolie!

Hehehhe.. Tajuk cam bagus! Byk betul entry yang dh bersarang dlm draft folder. Don’t know for what reason, I can’t upload photo kat blogspot nih! No photo means; no updates la. Macam tak lengkap rasanya kalau nk post something without a photo.. hehhehe..

I have a new routine starting from last 3 weeks.. After we went for Ian’s checkup last month, his paed has registered him for “Early Intervention Programme” or in a simpler word, he sent him for physiotherapy.. Although it’s just once a week, we still have to do the exercise daily at home. At least 15min per session. It’s not that serious pun. The doctor just has some concern since Ian still cannot hold his head up straight. Other part of his body is just great. The physiotherapist even said that Ian’s body tone is good. I don’t know what that is actually. Whatever la.. janji semua ok.. They're looking at his corrected age. So still ok la..

And of course, Ian hates his exercise session. (I think he hates his physiotherapist even more.. hehhehe..). I don’t have video of him during the session except for this one. It’s not that clear tho.. Since Ian is doing good, they've reduced it to once in 2 weeks plak..


K, enough ‘bout Ian for now. Last Wednesday, my mom, my bro and I went to HUKM to visit my new friend’s baby – mind me, I have lots of new friends since I was pregnant to Ian. We exchange stories and of course, saya belajar dari mereka yang terlebih dahulu makan garam.. Back to our visit, this new friend of mine, her son was diagnosed with the same condition as Ian. HUKM is like their second home already. Ini yang menginsafkan saya. I always want more and more from Ian. Without realizing that he has reached so far then what everyone has expected. Saya sepatutnya bersyukur dgn keadaan Ian. He’s doing well and check up is only every 3 month (he’s seeing 3 diff specialists which make it sebulan sekali jgk.. susah nak selaraskan time..)

Di sebelah katil bayi kawan saya tadi, there’s another baby boy. I think he’s about a month or 2 months older than Ian. He was admitted due to problem with his lungs. Dia sangat cute and pandai bawak diri. Even my bro pn ckp the baby is cute (my bro ni high taste sket. Ian pn kena kutuk ngan dia tau). There’s no one accompanying the baby. Bila dia penat main2 sorang diri, dia akan tertidur sendiri tanpa perlu didodoi. Terjaga dari lena, dia kembali bermain-main dengan alat2 mainan yang tergantung di sekitar katilnya. Sangat berdikari. Menangis hanya bila lapar. Sebentar tadi, ada seorang wanita cina dtg bermain-main dgn anak itu. Kata teman saya. Wanita itu salah seorang doctor di HUKM. Dia selalu dtg bermain-main dgn bayi itu.

Berhadapan dengan bayi tadi, there’s another baby named Ahmad Daniel. He was admitted because of Hernia. Baru sebulan setengah. Sama macam baby tadi, he was accompanied by no one. Usai disusukan oleh nurse di wad tersebut, dia diletakkan kembali ke atas katilnya. Dia menangis untuk seketika. Ingin perhatian mungkin. Saya dan mommy bergerak ke katilnya untuk melihat dengan lebih dekat. Ada sisa air mata yang tertinggal. Di kelopak mata dan juga di pipinya. Namanya kami panggil berkali-kali. Dia memandang dan tersenyum. Mulutnya terkumat kamit seakan masih lapar. Cukup syahdu menyaksikan tubuh kecil itu. Saya tahu, peraturan hospital harus diikuti. Ada sukatan untuk minum dan ada juga jadual waktunya.

Saya tidak tahu perincian kisah anak2 ini. Saya cuma maklum bahawa mereka dari rumah anak yatim. Melihatkan mereka, cukup menyentuh naluri keibuan saya. Saat ini, yang saya rasa hanyalah satu. Alangkah bagusnya andai saya ini Angelina Jolie. Bukan kagum dengan bakat lakonannya atau bibirnya yang sexy, tapi kerana saya ingin melakukan apa yang dia lakukan. Seandainya saya ada apa yang Angelina Jolie ada, pasti saya akan melakukan perkara yang sama; iaitu mengambil kedua-dua bayi tadi sebagai anak angkat! Tapi apalah daya saya.. Terlalu banyak halangan.

Pulang dari HUKM, selain dari membincangkan kondisi bayi teman saya yang saya anggap senagai kakak, kami juga membincangkan tentang anak2 tadi. Daniel dan Hanape. Kata abg saya, andai dia sudah berkahwin, mungkin dia akan memohon untuk menjaga Hanape.. Tapi sekali lagi, ianya hanya "andai".. Sehingga saat ini, saya masih lagi tidak dpt melupakan wajah Hanape yang lena beradu dan sisa air mata yang tertinggal di mata Daniel. Ya Allah, permudahkanlah jalan anak2 ini.. Semoga ada keluarga penyayang yang sanggup berkongsi kasih dengan anak2 ini..

P/s – kepada sesiapa yang membaca entry ini dan mengenali sesiapa yang ingin mengambil anak angkat, boleh maklumkan kepada saya. InsyaAllah saya akan cuba tanyakan lebih lanjut mengenai mereka. Besar pahalanya kalau kita menolong mereka yang memerlukan. Dan anak2 itu, mereka perlukan perhatian dan kasih sayang..

7 comments:

lia said...

salam..

saya x kenal siapa2 yg nk amik anak angkat (buat masa sekarang)..

tp sy sgt tersentuh dgn penulisan awak...
same as me... tiap kali tgk anak kecil, yg d buang, yatim... mmg terdetik nk amik jadi anak angkat(@ anak susuan)...
InsyaAllah d permudahkan Allah suatu ketika nnt...
amin...

Jiey^Mien said...

Salam kenal..

Naluri keibuan kot.. Semulajadi..

Sedih bila memikirkan nasib anak2 ni kan.. The least we can do for now is, to pray that they'll be a better future for all of them.. Aminnnn..

Jiey^Mien said...

Salam kenal..

Naluri keibuan kot.. Semulajadi..

Sedih bila memikirkan nasib anak2 ni kan.. The least we can do for now is, to pray that there'll be a better future for all of them.. Aminnnn..

Anonymous said...

sedih.
and trus terkenangkn my plan to adopt tu.
myb one sweet day. when my ducks are already in the row.

anyway dear we call rayyan 'ian' ke skrg?

swit.

Jiey^Mien said...

Dh lama pggil Rayyan 'ian'.. Rayyan panjang sangat.. Hehehhe..

I was thinking of you tau when i looked at the babies.. Tp x personally bgtau you coz bukan girl.. :-)

mOmmy of Triplets plus One said...

mase i dok ulang alik tgk kat hosp for 4 months pun ade kes2 mcm ni. anak2 yang parents taknk. mmg sgt sedih.
ade satu baby ni, parents masih ade tapi nurses kate bleh kire brapa kali die dtg jenguk...

Anonymous said...

assalamua'laikum

terima kasih banyak untuk informasi ttg anak angkat tu. saya berminat, kerana satu tragedy that took away my ability to get pregnant again...ever again..
this is my email,
snooze9my@yahoo.com.
thank you very much again for the information