Friday, November 14, 2008

Bukan Hanya Kami..

Saat yang plg menakutkan bagi saya ialah; saat yang bahagia! Kerana saya takut ianya akan berakhir. Saya tidak mahu bahagia itu pergi.. Sebolehnya, saya mahu waktu berhenti agar saya akan kekal bahagia selamanya..
.
Tp sebenarnya saya yang terlupa. Bukan hanya kami yang teruji. Apabila kita diuji, itulah cara Allah SWT menunjukkan rasa sayang pada hambaNya. Dia tidak lupa pada kita. Dengan itu, diujinya kita untuk meningkatkan keimanan yang ada dan agar kita terus bersyukur dgn rahmat yang diberikanNya.
.
Sudah beberapa hari menjadi pemerhati kerana kekeringan idea untuk menulis. Sehinggalah saya bertemu dgn satu blog yang cukup meninggalkan kesan pada hati saya. Saya kagum dgn keberanian si ibu menghuraikan kondisi si anak untuk tatapan dan teladan semua.
.
Niat murninya saya sanjung. Dia ingin memberi harapan kepada mereka2 yang ada diluar sana. Kerana apa yang pernah dilakukannya adalah sama dengan apa yang pernah saya lakukan. Di saat mendapat perkhabaran mengenai Rayyan, saya juga seperti mereka yang lain, terus melayari internet sebagai sumber utama. Untuk memenuhi rasa ingin tahu. Apa yang saya jumpa, hanyalah pengalaman dari 'orang2 putih' yang kebiasaannya tidak malu untuk bercerita. Dan lebih byk info yang negatif dari positifnya.
.
Dan kini, hati saya tiba2 terdetik untuk bercerita secara detail tentang Rayyan Ariff agar dapat menjadi pendorong buat mereka2 yang lain juga. Tapi saya masih takut. Sukar utk saya gambarkan ketakutan yang ada. Semoga Yang Maha Esa agar memberikan kekuatan kepada saya. Aminnnnn..
.
P/s - At first, I want to wait until Ian's 1st birthday before I'm going to share his whole story. But now, I dont know for sure. It could be earlier than that.. Huhuhu..
.
Bila kita diuji, kita selalu bertanya padaNya, "WHY ME??" Lupakah kita yang Allah SWT bisa menjawab, "WHY NOT???".. Ya, mengapa harus kita persoalkan. Apa istimewanya kita hingga harus diberi pengecualian dari dijui. Bukankah kita semua sama?? Hanya amalan padaNya yang membezakan kita..

No comments: