One thing that I never thought Ian managed to do this early is; angkat kedua-dua tangan mintak diangkat atau didukung. Especially with me, his mama.. Regardless siapa yang tgh hold Ian, dia akan angkat tangan mintak mama ambik.. For typical baby, this is nothing. But to Ian, it's a huge thing. Honestly, I don't know how he manages to do all the things that he did. Even all his doctors doesn't know how he do it. Every single thing seems impossible for him. But he keeps surprising us with new things.. Allah knows the best. Alhamdulillah..
.
Being a working mother, I've missed so many big moment in Ian's life. Saya tertinggal senyum pertama Ian. Saya tertinggal saat pertama kali Ian bercakap bahasa bayinya. Saya tertinggal saat pertama kali Ian meniarap. Memang saya ralat. Tapi saya tau saya melakukan yang terbaik untuk diri saya dan Ian sendiri. Saya tahu, tanpa bekerja InsyaAllah kami masih boleh survive.
.
Tapi saya mahu lebih. Saya mahu Ian terus mendapat rawatan di hospital swasta yang menelan belanja yang bukan sedikit (bukan saya tidak suka hospital kerajaan, saya akui dari segi kepakaran mereka ada segalanya - even doktor2 yang merawat Ian juga berkhidmat dgn hospital kerajaan suatu masa dahulu. Saya cuma mahu keistimewaan dari segi layanan.. :P). Saya mahu terus membeli baju-baju cantik untuk Ian. Saya masih mahu membelikan Ian mainan yang mahal2 dan berkualiti.. Dan yg plg penting, saya mahu terus merasakan ada duit belasan ribu ringgit di dlm akaun bank saya walau hanya setahun sekali**bonus! - Kesian.. Tak macam orang lain yang sentiasa ada duit puluh2 ribu! Xpe, syukurlah.. =)
.
Walaupun tertinggal byk perkara penting dalam hidup Ian, saya terus cuba melakukan yang terbaik utk cinta hati saya itu.. Saya cuba sedaya utk menggantikan setiap waktu yang tertinggal. Dan saya bangga bila Ian tetap memilih saya berbanding orang lain tidak kira berapa lama masa yang dia habiskan dgn orang itu berbanding saya..
.
Memang saya bangga. Saya lupa di blog mana saya terbaca; si anak beria-ria mengangkat tangan minta di angkat apabila si ibu tiba di rumah pengasuh / nurseri setelah seharian di tempat kerja. Saya tertanya-tanya, bilakah saya akan merasai saat itu? Mungkinkah ianya akan berlaku? Alhamdulillah.. Persoalan saya sudah terjawab..
.
Gaya tido feveret Ian!
P/s - Moga-moga dipermurahkan rezeki agar suatu masa nanti dapat saya bersama Ian 24-7 macam MommyOfTripletsPlusOne!! SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 1430HIJRAH
6 comments:
GO Ryan, GO!!!!
continue to impress everyone!!! =)
..sesuatu perasaan yg tak dapat digambarkan...being a MOTHER..kan?
MommyOfTripletsPlusOne : Thanks Auntie Munirah.. I'll do my best - Rayyan..
Anon : Yang pasti, saat terindah.. Satu anugerah terhebat! =)
ian ni sharing same feberet pose time tido ngan nuha ;)
e.l.i.s.s.m.i.e - Nuha pun tido style tutup mata? Comel.. Comel.. Nanti kan, try tarik tangan dia, best tgk mata diorang blink*blink* silau.. Hahhaha.. :P
Post a Comment