Friday, January 29, 2010

Tahun ini..

Berperang dengan waktu. Mencari kelapangan untuk berblogging namun seringnya saya tewas.. Serius, badan penat berlari ke sana sini..
.
Rayyan Ariff selsema dan batuk. Tidak tahu yang mana satu puncanya, mungkin kerana aktiviti berenang, atau mungkin juga kerana malam sebelumnya kami pulang lewat malam kerana sesuatu urusan. Atau kerana tidur tanpa mematikan penghawa dingin hingga ke pagi. Entahlah. Nasib baik ada bibik yang setia menjaganya sewaktu saya sibuk berkejar ke sana ke mari.
.Masih mampu tersenyum.. Kerana saya budak senyum! =)

Kami bertemu dua doktor yang berbeza, namun keduanya menyatakan perkara yang sama, secara kebetulan.. "Oh, tahun ini boleh berjalanlah ni.. Sudah pandai mengatur langkah.."

Kami? Tidak mahu lagi meletakkan sebarang sasaran untuk anak ini. Tiada tekanan. Terokailah hidup ini semahu mu anak.. Dengan caramu yang tersendiri.. Kerana segala yang ada mengenai kamu, adalah rahmat buat kami.. Alhamdulillah..


10 comments:

eiNa said...

go Ian go!!! insyaallah bleh jalan cepat nih..

AppleCrux said...

Get well soon dear..mmg tgh musim agaknya skrg ni, kami anak beranak selsema..

kak zue said...

jiey...kejap jer rasanya kan...tinggal sebulan jer lg jiey dah nak kena g kerja semula..

yatie chomeyl said...

puh masin mulut doktor2 tuh...mokcik pong doa sokmo abe Ian leh cepat2 berhungga, baru kurus mama nok hambat abe Ian nanti ;)

abe Ian, kito jupo di kelate rayo cino ni nok? baby SN nok kelik kutip ang pow hehe

Izan Ishak said...

Allah Maha Mendengar doa hambanya.
InsyaAllah...izan doakan moga Ian dpt berjalan thn nih!:)

My Life My Journey.. said...

Betul tu Jiey,
Dah puas berusaha, serahkan selebihnya pdNya. Biar yg Khaliq pula laksanakan kerjaNya yg terbaik, kerana Dia Maha Adil..

Get well soon yer Rayyan..!!

BabyIntan said...

Insya'Allah Ian can do it mummy :) Get well soon kay Ian.

Yasmin Nabilah.. said...

Jiey..Ian berjangkit ngan Nabila kot..huhu..sian Ian..sorry yek Ian..Nabila bawak virus aituh..huhu

Liana Manjaku said...

go..go..go.. Ian... InsyaAllah... Ian akan jalan tahun nie... :)

gina marna said...

yeayy Ian x lama lagi leh jalan dah...ermm rsnye Irfan lmbt lagi leh jln, aritu jumpe paed dia ckp selagi x leh duduk tegak, lmbt la leh jln...huhu