Thursday, March 25, 2010

Elemen pembelajaran di dalam setiap sesuatu..

Sememangnya diterima umum bahawa anak kecil belajar melalui pemerhatian dan penerokaan yang mereka lakukan. Maka di sinilah banyak anak-anak istimewa yang ketinggalan. Kerana keterbatasan kebolehan fizikal mereka, membuatkan keinginan mereka untuk meneroka terbantut.

Inilah juga yang saya perhatikan daripada Rayyan Ariff. Seiring dengan mobiliti fizikal, peningkatan pada keupayaan minda juga berlaku. Namun kerana banyak waktu dia merasakan susah untuk dia bergerak kerana baginya ia memenatkan, Rayyan Ariff lebih memilih untuk berguling atau meniarap sahaja. Kalau disuruh creeping, bisinglah mulutnya. Walaupun dia mampu, namun seringnya, dia memilih untuk tidak mahu bekerja keras..

Lalu seboleh mungkin saya cuba menjadi kakinya dan tangannya.. Benda-benda yang kelihatan kecil pada pandangan orang lain, tetap menjadi ajaran buatnya..

Saya menunjukkan cara untuk menutup pintu kereta, saya mengajarnya cara untuk membuka dan menutup pintu almari, saya mengajarnya menghidupkan lampu dengan memetik suisnya, saya mengajarnya menukar saluran TV dengan menekan alat kawalan jauh, saya mengajarnya untuk menghidupkan penyaman udara dengan menekan alat kawalan jauh dan banyak lagi.

Mungkin ini kelihatan biasa. Namun sebenarnya dia sedang belajar fakta tentang cause and effect di sini. Apabila remote di tekan, channel TV bertukar. Apabila suis dipetik, lampu menyala. Dan begitulah seterusnya..

Semua ini tidaklah dilakukan melalui sesi khas. Semuanya secara tidak langsung, contohnya, jika saya ingin memandikan Rayyan Ariff, saya akan menyuruh tangan kecilnya untuk membuka pintu biliknya sewaktu dia masih di dokongan saya. Saya juga meminta dia menekan suis lampu, seterusnya membuka pintu almari untuk saya mengambil baju dan lampin pakai buangnya.

Secara tidak langsung, stimulasi pada otak berlaku dan proses pembelajaran pun berlaku. Namun banyak juga perkara yang ‘ditangkap’ sendiri oleh Rayyan Ariff. Contohnya, apabila kita mengambil tisu untuk mengelap mulutnya. The next time we were about to do it, dia sendiri yang akan mengambil tisu dari kotaknya dan diletakkan di mulutnya. Walaupun sekadar ‘diletakkan’, ia sebenarnya adalah peniruan ke atas aksi mengelap yang kita lakukan kepadanya.

Pernah hubby menjerit kegembiraan sewaktu kali pertama Rayyan Ariff membuka dan menutup pintu cabinet dapur ketika Rayyan Ariff berada di atas dukungannya. Namun saya hanya tersenyum. Kerana pada saya itu adalah biasa, apabila saya sendiri yang mengajarnya.

Namun apabila Rayyan Ariff membuka dan menutup pintu cabinet file di rumah sepupu saya tempoh hari , saya sangat teruja. Kerana dia sudah melihat ‘cabinet’ sebagai sesuatu yang boleh dibuka dan ditutup. Tidak hanya kabinet di rumah, tapi kabinet di tempat lain juga. Tidak terhad kepada sesuatu tempat sahaja. Inilah yang dinamakan konsistensi. Berjaya meneroka sesuatu perkara adalah bagus, namun apabila berjaya mengaitkan sesuatu perkara dengan perkara yang lain, itu lebih bagus bukan?

Melalui pemerhatian saya, Rayyan Ariff berkembang melalui pendedahan yang diberikan. Kerana itu dalam tempoh 6 bulan saya bercuti, dia berkembang pesat. Kerana saya sering mendedahkan dia dengan banyak perkara. Berbeza sewaktu dengan bibik atau dengan adik dan ibu saya.. Kerana mereka lebih kepada mengurus dan memanjakan sedangkan saya lebih banyak bermain dan mengajar *takkan nak expect bibik n nenek banyak main plak kan?*

Selain daripada itu, dari segi emosi juga lain impaknya apabila seseorang anak itu bersama ibunya. Rayyan Ariff sendiri senang untuk menghamburkan rasa sama ada ketidakpuasan hati ataupun kesedihan. Kalau dengan orang lain, tingkahnya lebih tersusun dan bersopan. Mungkin apabila kita perlu mengawal tingkah laku, perkembangan kita juga akan tersekat. Saya tidak pasti hal ini, namun itulah yang ditunjukkan oleh Rayyan Ariff.

Sejujurnya, saya tidaklah terlalu bersungguh-sungguh dalam semua perkara yang melibatkan pembangunan Rayyan Ariff. Tegas sememangnya ada, namun malas tetap juga berbaur.. Berikut adalah jadual yang saya jadikan sebagai panduan setiap hari. Selesai melakukan satu2 aktiviti, saya akan meletakkan tanda X pada kotak terbabit. Jarang sebenarnya saya mendapat tanda X pada semua kotak tersebut kerana masa yang terhad dan kerja yang tidak pernah berhabisan. .

Gambar tak jelas kan? This is the things-to-do-list:

Ian's daily schedule

1) Mandi + Titik ubat atuk (2x )
2) Minum air penawar & sapu kat belakang (1x)
3) Cranial tapping (2x)
4) Sapu ubat Atuk (malam) (1x)
5) Propriaception (6x)
6) Face massage (2x)
7) Wrapping (6x @ 20min)
8) Flash cards (4x @ 10min)
9) Physio (3x @ 15min)
10) Feeding by himself (2X)
11) Speeh i.e. play, sing and work (at least 4x)
12) Swimming (1x)
13) Teach how to get dress
14) Brush teeth
15) Head shaping
16) Milk (at least 8x)
17) Play with the mirror (1x)

Kalau diikutkan permintaan therapist , segalanya perlu dilakukan berulang-kali dengan jumlah yang bukan sedikit. Namun saya hanya mampu melakukan setakat yang terdaya sahajalah..

Nama pun anak kecil.. Punya mood tidak menentu, perlukan tidur yang cukup dan sebagainya.. Maka, seadanya sahajalah. Yang penting, kita terus berusaha.

Kalau dilihatkan pada jadual, saya melakukan keduanya, cara tradisional dan juga moden.. Bukan konservatif, tetapi sekadar mencuba selagi termampu.. :P

Bekalan ubat tradisional adalah dari atuk Rayyan Ariff sendiri. In fact, sedari dalam kandungan lagi abah memberikan saya beberapa ayat Al-Quran dan Zikrullah untuk diamalkan, terutama selepas mengetahui kondisi anak yang dikandung. Alhamdulillah, dengan izinNya, Rayyan Ariff masih di dalam rahmatNya sehingga kini. Jauh dari segala ramalan yang pernah di buat doktor. =)

Menjadi ibu kepada anak istimewa memang berlainan bukan? Namun saya gembira kerana saya dapat merasai pengalaman ini sendiri..

P/s - Bahasa pada jadual adalah berterabur, nama pun untuk rekod dan reminder kegunaan sendiri sahaja.. :P
=P

9 comments:

::Mrs.Bubu:: said...

jiey, thanks. good info.

Izan Ishak said...

moha jiey terus kuat untuk mendidik ian ye!

izzahazfar said...

kak jiey,

byk dan besar pengorbanan seorg ibukan!\

dan kak jiey buktikan 6 bulan bercuti telah berhasil...

Rizziela said...

Wah! itu dah cukup bagus untuk perkembangan Ian

MAMAFAWWAZ said...

gigihnya..saya rasa saya sendiri tak termampu nak buat semua list2 tuh. saya rasa saya pun nak start macam jie buat semua tuh..

Adinina said...

kagum! sgt sistematik, & gigih!

Mamapinkie said...

Waah, hebat mama Rayyan nie..akak dulu ada gak timetable something like this pastu new things kena buat tak update dah...also tengah akak dalam 'condition' nie sume slow and tiring aje so kena buat alik sume as soon dah 'feeling better' ..heheee..insya-Allah ;)

Rose Nieza said...

darling,even u ckp not much yg u can do for Ian.But for me is PERFECT.Keep It Up Mama! :)

mrs_zura said...

kak jiey..mmg btl kalu kita jar2 lama2 dieorg dpt ikut..habib cthnya bila kereta brenti akan capai pintu nk bukak..tp byk benda terbatas coz otot dia x dpt nk ikut arahan...stakat nie kami xde jadual coz sy nie jenis x sistematik..tabik spring to you..kak jiey mmg bersungguh2 n amat2 berdsiplin utk ian...