Sunday, March 7, 2010

Rayyan Ariff yang istimewa dari kacamata saya..

Kali ini, saya menulis bukan dari kacamata seorang ibu.. Katakan sahaja saya sebagai pemerhati bebas yang mengagumi kehebatan ciptaanNya.

"He's good ahh.. He's doing pretty good and he's not even 2 years old yet right? Maybe because he's just hydrocephalic, nothing else right?." Tanya Miss Tey, speech therapist Rayyan Ariff.

"No. He's real diagnosis is Alobar Holoprosencephaly which led to hydrocephalus. when he was born, there were almost no brain tissues. It was very thin..." Dan saya membalas sambil terus bercerita serba sedikit tentang Rayyan Ariff di awal kehadirannya.

Tidak cukup dengan itu, saya tunjukkan imej CT Scan yang dilakukan sewaktu 3 hari usia Rayyan Ariff. Gambar yang senantiasa ada di dalam handphone saya.

"Hmm.. Almost no brain cells.. He also doesnt have some brain components. Amazing haa.." Ms Tey kembali membalas.

Kami terus bercerita sebelum sesi terapi pertuturan berakhir.

Peristiwa ini membuat saya berfikir dan ingin berkongsi. Saya bukanlah seorang doktor. Maka secara amnya, saya tidak pandai untuk berkongsi secara total kerana bimbang andai tersalah ayat atau perkataan sehingga cerita yang ingin disampaikan bagai tidak kena.

Hadirnya Rayyan Ariff di dalam hidup saya membuat saya banyak belajar. Banyak terma perubatan yang asing dan berbelit lidah untuk disebut mula menjadi mainan dibibir saya. Namun semakin banyak yang saya cuba pelajari, makin banyak yang saya tidak tahu. Makanya, saya memilih untuk tidak bercerita secara terbuka. Bimbang andai ada banyak fakta yang salah.

Sewaktu mula dimaklumkan bahawa prognosis bayi yang saya kandung adalah "poor", banyak soalan yang saya hamburkan kepada gynecologist saya. Cuba memahami, cuba mendengar walaupun kebanyakannya, bagaikan mendengar drama berbahasa sepanyol di radio. Segalanya asing.

"The prognosis of the baby is poor. Most probably he will not be able to make it. Even if he survive, most probbably, he'll be no less than a vegetable."

"The brain damages is too bad. But we will assess the baby once he's born. For a human to survive, we need the lower part of the brain, but for a human to be intelligent, we need to have the upper part of the brain because that's where the thinking, rationalizing and other things that relates to intelligence comes from."

Dan untuk pertama kalinya, saya kongsikan di sini imej CT Scan pertama Rayyan Ariff seawal usianya. Rayyan Ariff, maafkan mama seandainya kamu rasakan tindakan ini adalah untuk memalukan kamu. Sama sekali tidak! Kerana keajaiban yang ada pada kejadian kamu membuatkan mama rasa betapa mama perlu berkongsi. Agar semua tahu betapa istimewanya kamu. Teristimewa!
.
Bahagian berwarna putih adalah sel otak. Dan selebihnya, kosong..

Kerana keadaan Rayyan Ariff yang istimewa, dia dikatakan tidak dapat melihat, tidak dapat mendengar, akan punya masalah dari segi pergerakan dan paling besar, tidak dapat berfikir.

Ini kata-kata mereka berdasarkan penilaian awal mereka terhadap dirimu. Tapi lihatlah di mana kamu sekarang.. Besar sekali anugerah yang Allah SWT kurniakan kepada kamu wahai anak.

Kalau ada yang melihat keadaan anak kecil ini dan meminta saya bersabar di atas dugaan Allah SWT, saya pula melihatnya dari sudut yang berbeza. Inilah kebesaran Allah SWT..

Dengan kurniaan yang sedikit ini, dia sudah menunjukkan tahap kepandaian yang tidak pernah sesiapa pun menjangka. Hanya dengan sedikit kurniaan. Sedangkan kita, punya segalanya yang diperlukan.

Bukankah itu menjadi bukti bahawa Rayyan Ariff adalah anak yang bijak? Pada saya, he's brilliant. Melakukan segala yang dilakukannya dengan keterbatasan yang bukan sedikit. Sungguh dia kuat!!

Saya tidak tahu ke mana masa akan membawa Rayyan Ariff pada masa hadapan. Apakah dia akan menjadi seorang pengurus, jurutera, eksekutif, mekanik atau operator pengeluaran? Saya tidak meletakkan sebarang sasaran untuknya. Terokailah hidup seadanya Rayyan Ariff! Kerana untuk kamu tiba ke saat entri ini ditulis, sudah merupakan satu rahmat dan nikmat yang bukan sedikit untuk kami.. Alhamdulillah..

Ini bukan entri perasan bahawa anak saya bagus. Seperti yang saya katakan, saya melihat asal kejadian Rayyan Ariff sebagai keajaiban ciptaan Allah SWT. Entri ini adalah dari sudut seorang hamba yang melihat kebesaran Yang Maha Mencipta. Tidak lebih tidak kurang.

Segala puji bagi Allah SWT, Tuhan semesta alam sejajar dengan kekuasaanNya..

Selebihnya, andai nilaikanlah sendiri.

22 comments:

misz_nierah said...

he's miracle. he's strong because he made his promise to Allah to fight for life in this world. and u kak jiey, u r a miracle mom. kekuatan akak buat saye kagum dan hormat akaker ,jadi sumber inspirasi saye untuk berdepan dengan dugaan berat yang saye lalui saat ini. fight for life and smile always. =)

maya amir said...

yup..agree.. ian is miracle! saya respect awak jiey..awak sgt tabah, belum tentu saya setabah awak.. sbb itulaa Allah duga & lihatlaa betapa keistimewaan ian adalah atas usaha, kesabaran & tawakal anda sekeluarga.. i adore you guys' spirit!

eiNa said...

tatau kenape bile baca jiey punye cite ni gegenang je air mata.. so proud for both of u..

hugs n kisses...

incik said...

subhanallah..Rayyan Ariff memang hebat..anugerah Allah yang tak ternilai...akak beruntung,dapat saksikan segala kebesaran Allah pada tumbesaran rayyan..insyaAllah..Rayyyan akn sentiasa menjadi lebih baik dr masa ke masa..sy doakan ian selalu..slm syg buat ian..

myfuzzyworld said...

Salam Mama Rayyan & semua pembaca blog ni,

Saya sangat memerlukan jasa baik anda semua utk participate dlm survey saya.

Disamping itu, anda juga berpeluang memenangi 4Gb Kingston Data Traveler atau 250GB Maxtor External Hard Disk.

Sila layari:
http://emilayusof.com/2010/01/blog-survey/

atau boleh terus ke:
http://www.surveygizmo.com/s/187637/blog-evaluation

TQVM
-zu-
>>Wahai Rayyan Ariff,kamu sungguh beruntung mempunyai seorang ibu yg sangat kuat dan sabar. Moga Allah merahmatimu dan ibumu.. Amiin..

aliaa said...

he can also be said as a medical miracle kn!

Don't believe too much on doctor(although i'll becoming one)
since we say things based on facts but the real deal is of course from Allah.

kak zue said...

salam jiey..sedari dulu akak melihat perkembangan ian sebagai miracle.Allah anugerahkan kebolehan menulis kpd jiey untuk memperlihatkan kekuasaanNya kepada semua yg mengikuti perkembangan ian.moga kita insaf dan sentiasa mengagungkan kebesaranNya.

alyyani said...

kalau ikut kan kat dalam scan tu akan penuh kaler putih la eh menunjukkan sel otak eh? uish, dahsyat la kamu ian. besar kuasa Allah.. segalanya mungkin!

Jiey^Mien said...

Misz_Nierah:
Dik, jgn gitu dik..
Jangan puji melambung, kang akak tenggelam..
=)
Dik, harap2 segala yang adik lalui sekarang akan berlalu dengan sebaiknya..
=)

***************************************************************************************************************************

maya_amir:
I think all mothers will do the same right?
And of course, the supports from everybody around me also need to be given credit as well..
including you..
=)

*******************************************************************************************************************************

eina:
ala.. ni bukan entri sedih ni..
tamau nanes.. nanes tau!!

hugs n kisses to you and aira too..

******************************************************************************************************************************

incik:
time kasih di atas doa adik..
harap2 dia akan sentiasa improve, day by day kan?
=)

**********************************************************************************************************************************************

Jiey^Mien said...

myfuzzyworld:
insyaAllah saya buat..
pnjg tak surveynya..
huhuhuhu..
tak cukup masa nak online la..
=(

Rayyan ARiff yg kuat. Mama pinjam his strength jer..
=)

***************************************************************************************************************************

aliaa:
normally, i'll always accept what the doctors told me, but i'll keep telling myself that Allah is above all..
and created my own way of hoping.. =)

*********************************************************************************************************************************

kak zue:
betul kan kak.. semoga kita semua terus menginsafi kejadian diri..

******************************************************************************************************************************

Aly:
A'ah Ly, yang putih tu sel otak. The rest are history.. :P
Tu la kan.. Besar kuasa tuhan..
Ms dia lahir Ly, about 5% jer sel otak.. Kalo nak compare ngan kita nih, satu bulatan penuh..

Tu yg aku dok pikir, kalo sel otak dia penuh mesti bijak tak hengat.. Ntah2 masuk U umo 12 tahun.. Tp kang takut jadik Safiah Yusoof plak.. Hish tanak aku..
So aku redho la Ian ada brain cell byk tu jer..
Biar tak hover pandai..
Pandai biasa2 jer cam aku..
Muahhahahhaha..
Gile kejam statement aku!
:P

Nadiah Sidek said...

subhanallah..i'm speechless. kuasa Allah mmg tak terjangkau dek akal fikiran kita, kan?

orangorang said...

Subhanallah....

idlanlovemama said...

Salam jiey.

Tuhan pilih Ian, Tuhan Pilih Jiey.

Jiey mengolah Kebesaran Allah yang ditunjukkan pada Ian dengan kata-kata yang sangat indah.

Kami insafi diri, kami mensyukuri Nikmat Allah.

Tahniah for both of you.

Jiji said...

I baca bukuk kan Jiey, (aku ni suka baca buku pelik-pelik sket)

+ ve energy is very very powerful!! (ni omputeh cakapla) sebab tu dalam Islam ditekankan SIFAT REDHA.

Kita pulak selalu anggap redha "terima saja lah!"

Padahal redha itu untuk menerima dengan fikiran yang +ve.

I think uve already master it!

Hug! Hug Hug!

Zety Zin said...

yes, he is brilliant. sungguh besar dan agungnya kuasa Allah... Subhanallah!

ayu said...

i learned a lot from ur stories.. keep on writing :)

*i have a special child myself.. still learning tho :)

Sue said...

Yea..Ian mmg brilliant!! Dan comel sgt :)

cerita jiey dan ian selalu beri sy semangat. semangat dlm menjadi ibu yg tabah dan sabar. :) demi anak2.

puterikurekure said...

terasa berdiri bulu roma dan ber'goose bump' tangan kite ni jiey. hati kite betul2 sebak bila tengok gambar CT scan Ian. sungguh tak tergambar kegembiraan kite skarang ni tau jiey. macam kite pula mak Ian.

Ian betul2 anak yang menggunakan setiap inci otaknya. bayangkan je la macam mana sel otak yang sedikit tu boleh berkembang seiring dengan pertumbuhan umurnya. betul2 kite tumpang bangga.

apa saja pencapaian baru Ian, kite tahu Ian usaha sungguh2. meh nak polok2 korang berdua.
:)

ummisofea... said...

Subhanallah...
Alhamdulillah..
Allahuakhbar...

miezrina said...

jiey, jiey sekeluarga adalah idola saya.... teruskan semangat juang kalian... pasti boleh pergi lebih jauh..... pasti!

A.I said...

Allahu Akhbar!!

Rayyan mmg SPECIAL la jiey...SANGAT-SANGAT SPECIAL!!

Qarissa's Parents said...

Jiey, watie nih...sempat lagi duk godek2 ur blog sementara menanti lahirnya baby baru ..hehehe...

wah ..kagumnya i Jiey ..besar sungguh kuasa Tuhan kan .. tak sabar i nak baca cerita seterusnya lepas i bersalin nanti ..dont forget to emel me tau yang .nanti i meg u once i bersalin kay ... take care dear ...

kagum giler dengan pencapaian rayyan skang especially bila tgk the CT scam picture! Mmg brilliant!!