Thursday, March 11, 2010

Saya benci rasa itu!! Rasa yang sering menghantui..

Semalam, saya tiba di rumah tatkala jarum jam sudah menjejak ke angka 10.15 malam. Satu hari yang panjang dan memenatkan.. Setibanya saya di rumah, Rayyan Ariff sedang berada di dalam walkernya.. Sibuk mengelilingi stand fan yang sedang berpusing..

Tatkala melihat sahaja wajah saya, Rayyan Ariff tersenyum manis dan berjalan ke arah saya.. Dia bersuara kegirangan sambil menghulur tangan mohon diangkat.. Saya hanya tersenyum sambil memberitahu bahawa saya perlu mandi terlebih dahulu..

Saya menuju ke bilik tidur dan sebaik sahaja pintu bilik tidur di buka, Rayyan Ariff meluncur laju dengan walkernya.. Saya Cuma tersenyum dan memaklumkan bahawa saya perlu mandi dahulu sebelum mengambilnya. Lantas saya menolak walkernya keluar dan menutup pintu.

Dari dalam, kedengaran hentaman berkali-kali pada pintu bilik. Saya tahu, itu adalah bunyi walker Rayyan Ariff yang ‘menyentuh’ pintu apabila dia cuba merempuh masuk. Setelah beberapa kali cubaannya gagal, suara tangisan syahdu memohon simpati mula kedengaran. Dan diikuti oleh suara bibik yang memujuk.

Usai mandi dan bersiap-siap, terus sahaja saya keluar dari bilik tidur dan mengambil Rayyan Ariff dari pangkuan bibik. Saya ke dapur untuk mengeluarkan ikan dan sayur-sayuran yang akan digunakan keesokannya harinya. Sudah menjadi kebiasaan saya untuk memotong dan menyediakan segala keperluan makanan Rayyan Ariff pada malam hari kerana paginya, saya hanya perlu terus memasak kerana bahan-bahannya sudah tersedia ada.

Rayyan Ariff yang masih di dalam dukungan saya pula sibuk merengek kerana mahu membuka dan menutup pintu peti sejuk. Setelah kemahuannya saya turuti, dia masih lagi merengek sambil menunjuk-nunjuk kepada tin susu Pediasure di atas cabinet dapur.

Oh, mahu susu rupanya. Selesai membuat susu, saya membawa Rayyan Ariff ke ruang hadapan dan memberikan tubuh kecil itu kepada ayahnya. Dan seterusnya, menghulurkan sebotol susu kepada Rayyan Ariff. Dia ketawa kecil sewaktu menyambut botol susu itu dari tangan saya. Comel.

Saya terus ke dapur dan menyiapkan dua keping roti untuk mengisi perut yang berbunyi sedari tadi dan kembali ke ruang hadapan. Melihatkan saya, Rayyan Ariff kembali meminta untuk diangkat. Sewaktu diribaan saya, dia menolak susunya ke tepi dan menarik tangan saya sambil meminta makanan yang berada di tangan saya.

Saya memberikan cebisan demi cebisan kecil roti kepadanya dan setelah kehabisan, dia beberapa kali melihat pada tapak tangan saya dan membelek-belek di bahagian belakang tangan juga. Mencari roti. Comel lagi.

Setelah itu, saya mula mencapai hearing aid untuk dipasang kepadanya. Belum pun sempat saya memasang alat itu, dia sudah menggaru-garu kepala tanda mengantuk. Lantas tubuh kecil itu saya angkat ke bilik tidur. Sewaktu di bilik tidur, dia merengek-rengek sambil menolak-nolak mulut saya. Saya faham, itu tandanya dia mahu dinyanyikan dengan lagu kesukaannya, namun tubuh yang terlalu penat dan mata yang sudah mengantuk membuatkan saya tidak mampu menunaikan permintaannya.

Lantas saya berikan sebotol susu lagi kepadanya dan entah bila, saya terlelap. Saya hanya sedar apabila sang suami memasuki bilik tidur dan saya lihat, Rayyan Ariff juga sudah berada di dalam lena yang dalam. Kasihan bukan??

Dan hari ini, dalam kekalutan kerana terbangun lewat, saya tidak sempat menyediakan bubur Rayyan Ariff. Bukan sahaja itu, campuran ubat dan vitamin-vitaminnya juga tidak sempat saya sediakan. Hanya meninggalkan pesanan kepada adik saya dan bibik sahaja.

Sungguh saya benci rasa ini. Rasa bersalah kerana tidak dapat meluangkan banyak masa dengannya. Terkadang, serasa ingin sahaja saya memulakan pencarian kerja baru yang tidak memerlukan saya mengorbankan sebegini banyak masa. Namun pastinya sukar apabila difikirkan dari segi perks n benefits yang ditawarkan oleh tempat kerja sekarang. Hmmm.. siapa sangka bekerja di agensi kerajaan akan menjadi serumit ini bukan? *sigh*

Selamanya mama mahu menjadi sebahagian daripada penyumbang kemajuan mu anak!

Selama saya bekerja di sini, selama itulah saya akan dihantui rasa bersalah kepada Rayyan Ariff. Yang paling saya takutkan adalah sekiranya perkembangan pesatnya akan terhenti atau pun menjadi perlahan kerana saya tidak mampu meluangkan banyak masa dengan cinta hati saya. Benci. =(

14 comments:

LiAnA said...

nmpak gayanya Jiey kena ganti masa utk Rayyan bila time weekend..
terpaksa jugakkan..antara kerjaya dan keluargs.. kedua-duanya saling perlu memerlukan...

Noina said...

Betul Jiey.. bila tak de masa untuk anak..rasa bersalah sgt..

huhu..susah gak yek nak wat pilihan. Tu lah..org ckp keje gov senang..Mana ada senang skrg ni..Semua pun balik lambat..huhu..

p/s : comel la Ian..geram lak ina..hehe..Terbayang2 wajah dia bila jiey cerita.. :)

Noina said...

Betul Jiey.. bila tak de masa untuk anak..rasa bersalah sgt..

huhu..susah gak yek nak wat pilihan. Tu lah..org ckp keje gov senang..Mana ada senang skrg ni..Semua pun balik lambat..huhu..

p/s : comel la Ian..geram lak ina..hehe..Terbayang2 wajah dia bila jiey cerita.. :)

Marsha~ said...

Kita serupalah Jiey, kalau boleh nak berhenti kerja dan menjaga anak2 dan lihat perkembangannya di rumah.. sejak ada adik, dan sy mula bekerja, sy langsung tiada ms utk Qila.. tiada ms nak bacakan buku utk dia.. :(

mungkin kita boleh share cara terbaik utk membahagi dan meluangkan masa utk anak2 kite? pagi tadi sy pun terlewat bangun kerana terlewat tido. melayan karenah Qila yg tanak tido smlm.. habis kena marah dgn mak sbb tak sebab basuh berak ariq sbb perlu cepat ke opis.. yelah, dah 2 hari punchcard merah.. :(

sedih, tapi nak buat mcm mana.. kalaulah sehari ada lebih 24jam.. :(

Rizziela said...

sabar Jie...pasti ada hikmah dengan apa yg berlaku...

Saya pasti...Jie kuat menghadapi apa jua rintangan yg datang....Pasti Ian akan terus membesar dengan sihat & berjaya. Insyallah....Ian sangat kuat dalam menghadapi hidupnya

Nieza Ishak said...

alahai ... kesian jugak kan kali jiey dah start busy ..

kalo jam 10 tue mmg dah lewat kan .. kesian pulak kat rayyan.

kalo anak2 nieza ambik jam 6.30ptg pun .. derang dah mogok.

yatie chomeyl said...

sabar jiey deh. insya Allah abe Ian akan terus maju melangkah wpon masa mama semakin sikit utk dio. abe Ian kan hero :)

Sue said...

tersenyum sendiri bila baca part Ian tolak2 mulut jiey nk minta dinyanyikan. Lagi satu, comel sgt bile membaca sambil terbayang (walau tak penah jumpa) Ian membelek2 tangan jiey mencari roti. Comel sgt.... ian budak yg bijak sbnrnye, jiey. Yea la kan.. mungkin dia berharap jiey sentiasa ada dengan dia. tapi jiey pun perlu keluar bekerja. lama2 nnt dia faham la tu.

kak zue said...

kalau difikirkan ttg masa bersama anak mmg rasa bersalah itu akan sentiasa ada..tambah2 bila balik kerja anak dah tidur & kita nak pergi kerja dia tak bangun lg..

gee ryder said...

he is a good boy!
slm kenal ;)

Adinina said...

Hang on there Jiey. Jgn ada rasa bersalah. Pagi2 jika kita niat pegi berkerja kerana Allah, itu juga dianggap ibadah. InsyaAllah, walau pun masanye terhad utk Rayyan, he has still proven it before that he did progress. Ni bukan pertama kali Jiey pegi bekerja kan. So, be strong! Like I noticed before, Jiey ni mmg ada ups and downs. But u still pull through kan. Kagum! :)

Elyn said...

i pun jiey kekadang tiba masa letih sgt.... wafiq pulak buat hal. rase cam hangin je. tp bile tgk die dh tido awal kite lak tak sempat nk layan die. rase nyesal je..... sedih benci sume ada!!

ayu said...

yes, i know that feeling.. and totally understand u.. tp nak buat mcm mana kan?.. sedangkan dgn anak2saya yg normal n sihat segala pun rasa guilty.. ini pulak dgn anak saya yg bongsu yg 'extra special'.. rasa guilty dgn anak2 and rasa guilty juga dgn Tuhan sbb tak dpt nak jaga amanah-Nya dgn cara yg terbaik :(

Mamapinkie said...

Jiey, Rayyan's progress is really great, khamis baru nie dapat tengok dia, memang akak rasa bangga dengan perkembangan Rayyan, you have done well mummy! never give up yea Jiey, we are only human, we try our best to be the best mummy to them, akak pun ada masa malas gak walaupun duk umah sebenarnya, which buat akak rasa laagi guilty, but i try my best as much as I can..no ones perfect, yang penting kita banyak doa kat Allah and do what we can Insya-Allah.. u take care dear!