Monday, March 15, 2010

Kejayaan Rayyan Ariff adalah kejayaan saya!

Merujuk kepada entri sebelum ini, mengapakah tiba-tiba sahaja datang rasa mahu menyambung pelajaran ke peringkat sarjana? Mungkin kerana itulah yang saya tanamkan di dalam diri setelah sekian lama.

Malahan, surat tawaran untuk mengikuti program sarjana dari Universiti Malaya dan Universiti Kebangsaan Malaysia yang diterima pada tahun 2007 dahulu pun masih lagi tersimpan kemas. Ada waktu, timbul rasa kesal di hati kerana tidak menerima tawaran itu dengan alasan morning sickness yang teruk. Padahal, masih ramai lagi yang mempunyai masalah yang lebih teruk.

Namun ada juga rasa syukur di hati kerana tidak menerima tawaran itu. Sekiranya tatkala itu saya sedang mengikuti program sains kewangan di UM ataupun applied finance di UKM, bagaimana agaknya saya menghadapi segalanya? Dengan komplikasi pada bayi yang dikandung dan awal kehadiran Rayyan Ariff yang meletakkan saya di dalam situasi turun naik yang memerlukan kekuatan dari segi emosi dan fizikal, mungkin sahaja pelajaran saya akan hanya sampai ke separuh jalan sahaja.

Maka saya akur, jalan yang Allah SWT tetapkan itu adalah yang terbaik.

Namun suatu waktu nanti, saya pasti akan kembali menyambung pelajaran. Kerana ini cita-cita saya dan juga impian ibu saya. Lagipun apa salahnya berusaha untuk meningkatkan keupayaan diri.

Kenapa tiba-tiba sahaja isu ini kembali timbul?

Kerana beberapa hari yang lalu, saya terserempak dengan rakan saya di surau pejabat. Dia sedang mengepam susu sambil di tangannya memegang nota subjek perakaunan. Rupa-rupanya dia baru sahaja mula mengikuti program Sarjana Perakaunan.

Tabik untuknya. Bergelut dengan dua anak kecil yang cuma setahun beza usianya bukanlah sesuatu yang mudah. Tambahan pula, usia anak sulungnya adalah sebaya Rayyan Ariff. Anak keduanya pula, baru pulih dari pembedahan jantung yang dilakukan 7 bulan yang lalu setelah melalui detik2 cemas di awal kelahiran. Lebih ironi, teman saya itu hanya dibantu bibik di sini kerana dia dan suaminya hanyalah weekend husband&wife sedari awal perkahwinan sehinggalah sekarang.

Maka hati saya berkata, andainya dia mampu, pasti saya juga bisa kerana bebanan kerja kami sama sahaja walaupun berada di jabatan yang berlainan.

Setelah mengunjungi UiTM Shah Alam untuk taklimat Bijak Wang, makinlah hati saya meronta-ronta untuk menyambung pelajaran. Terasa hati ini tersangat rindu pada dunia kampus yang sudah 5 tahun saya tinggalkan apabila melihat wajah-wajah muda dan ceria pelajar-pelajar yang mendengar taklimat itu.

Dan kemuncaknya, apabila bebehari yang lalu, bekas teman serumah saya menelefon untuk bertanya pendapat dan meminta pertolongan tentang subjek Current Issues Management. Ahhh! Betapa saya rindukan semua itu.

Saya rindu pada weekly assigments yang perlu disiapkan untuk subjek itu. Saya rindu pada sesi perbentangan berkumpulan yang dilakukan di hadapan bilangan pelajar yang bukan sedikit. Saya rindu wajah senyum ibu saya tatkala saya memaklumkan kepadanya saya mendapat anugerah dekan. Saya rindu kata-kata ibu saya yang menenangkan apabila saya kecewa kerana hanya kekurangan sedikit sahaja point untuk mendapat pointer 4.00. Saya mahu merasai semua itu kembali.

Namun untuk dua atau tiga tahun ini, saya perlu akur dengan keperluan Rayyan Ariff. Kerana kejayaannya adalah kejayaan buat saya juga. Dia adalah matlamat saya kerana dia adalah amanah tuhan yang tak ternilai harganya.

Saya yakin dia mampu berjaya. InsyaAllah seandainya diberi bimbingan yang betul.

Berikan sudu bersama semangkuk bubur untuk anak seusia Rayyan Ariff, pastinya cepat sahaja mereka akan menghabiskannya. Tapi untuk Rayyan Ariff, arahannya lebih panjang.. Rayyan take-Rayyan scoop-Rayyan eat. Dan diakhiri dengan pujian dan kata dorongan.

Secara peribadinya, melihat kejayaan Rayyan Ariff melakukan sesuatu, pasti sama sahaja manisnya dengan menggenggam segulung ijazah. Sekurang-kurangnya, pada waktu ini. =)

InsyaAllah, saya akan kembali meneruskan apa yang saya inginkan suatu masa nanti. Moga pada masa hadapan, saya tidak akan pernah melupakan rasa ini.. =)

6 comments:

Jiji said...

im back@!~ hahaha. I jadi temp. housewife for a week. ANis berat dia turun, br baik muntah dan cirit birit. ni dpt online baru ni tang tang tu jugak aku jenguk sini tgk bf anis apa ceta skang! hahahaha@!~ Oh jiey hang buat PJJ aar

Iron Butterfly said...

Gilo mu Gee rajing nok ngaji. Aku hok takdop laki takdop anok ni pong mmalah hapah CiMA pong pah ceroh tok habih2.

Meme biso laa mu rajing bulih dekat 4 flat dulu. pah rrano ssepak pah ko kelah Sigma maso skoloh dulu nyo? Hahaha..

mirah said...

Jiey, insyaAllah suatu hari nnt moga jiey dpt sambung study tu.
Takpelah buat masa ni concentrate utk rayyan dulu, dia perlukan jiey lebih lagi..

puterikurekure said...

kite pon ada rasa nak sambung master tau jiey. tapi rasa tinggal rasa.

kite suka je orang yang ada keinginan untuk majukan diri. macam kawan kite, buat degree sampai dapat anak 2 orang baru habis. ni dia tengah plan nak sambung master plak. betul2 kagum dengan semangat dia.

Kite doakan Jiey akan dapat teruskan cita2 Jiey k.

izzahazfar said...

kak...saya yg sedang belajar.bekerja punya suami dan punya anak yg sedang membesar..

kesimpulan saya penat..dan tipu jika zah kata yang zah pernah terabaikan akmal,suami kerana lelah mengejar deatline,meeting dan pelbagai benda...dan satu masa zah terpaksa gunakan waktu tidur suami dan anak utk membisikkan rasa cinta zah pada mereka...



*insyaallah satu hari akak boleh sambung belajar lagi..mau @ tidak sajer..percayalah!

alyyani said...

jiey, ada orang mengembangkan ilmu di dada, kita pulak mengembangkan keluarga. harap nanti 2 2 pun bole seiring kan?