Sebelum pulang dari pejabat tadi, saya teraba-raba mencari kunci kereta di dalam beg tangan. Segenap ceruk habis diselongkar namun hasilnya tidak kelihatan. Rupa-rupanya, kunci itu berada di dalam tas make up saya. :P
.Dalam usaha mencari kunci tadi, tangan saya singgah di kocek belakang beg tangan yang jarang sekali saya buka. Di dalamnya, saya temui ini;
.Kad OKU Rayyan Ariff *Gambar adalah sengaja dikaburkan*
.
.
Sementara menantikan lif, saya membelek kad itu dan membaca setiap butiran di atasnya. Mata saya tertumpu pada baris kedua di bahagian atas kad tersebut.
Kad Kenal Diri Orang Kurang Upaya
Beberapa kali saya mengulangi perkataan Orang Kurang Upaya pada ayat tersebut. Otak seakan-akan cuba mencerna. Cuba dan mencuba.
Segalanya terhenti tatkala lif tiba. Saya terus sahaja masuk ke dalam lif dan berbual-bual dengan beberapa kakitangan lain yang sedia ada di dalam lif. Namun minda saya masih terpaku pada kata Orang Kurang Upaya pada kad tersebut.
"Terganggukah aku dengan label itu?" Tanya hati.
Berada di dalam kereta memberikan ruang untuk saya berfikir. Jawapannya tidak. Tidak langsung terganggu dengan label yang digunapakai itu.
Cuma saya bagai merasakan label kurang upaya itu bagai tidak sepadan dengan apa yang Rayyan Ariff tunjukkan.. Dia terlalu istimewa.
Bukan hanya dia, malah anak-anak lain yang senasib dengannya juga tersangat istimewa. Patutlah istilah Orang Kelainan Upaya diperkenalkan. Saya setuju. Keupayaan mereka mungkin berlainan dari kita. Namun untuk menilai sama ada ia kurang atau lebih, terlalu subjektif..
"Kak bersyukur pada tuhan kerana menjadikan Rayyan Ariff dalam keadaan sekarang. Barulah kita menghargai even the littlest things in life. Ada anak istimewa ni, challenge dia lebih.. Tambah-tambah kalau yang delay.. Bila kita ajar satu2 benda, memang akan ambil masa untuk dia terima.. Tapi bila dia dapat pick up, kak rasa macam kak la cikgu terhebat di dunia ni.."
Nikmat kepuasan yang tidak terperi.

Minggu lalu sewaktu saya 'mengajar' Rayyan Ariff sesuatu dan dia menerimanya dengan agak cepat, terus sahaja saya berpaling kepada adik saya dan berkata dalam keterujaan,
"Kak bersyukur pada tuhan kerana menjadikan Rayyan Ariff dalam keadaan sekarang. Barulah kita menghargai even the littlest things in life. Ada anak istimewa ni, challenge dia lebih.. Tambah-tambah kalau yang delay.. Bila kita ajar satu2 benda, memang akan ambil masa untuk dia terima.. Tapi bila dia dapat pick up, kak rasa macam kak la cikgu terhebat di dunia ni.."
Nikmat kepuasan yang tidak terperi.
Pernah saya katakan kepada seorang doktor, "At first, we went through a lot.. It's definitely not easy but we managed to get through it.."
Dan doktor itu membalas, "Who said it's going to be easy? Having a child is not an easy job, let alone a special needs child.."
Tapi, lebih dua tahun bersama Rayyan Ariff menjadikan dia begitu normal di mata saya.
=)
14 comments:
Seakan tidak dapat menerima gelaran OKU itu, bagi saya kanak - kanak seperti ini adalah istimewa, bukannya kurang upaya..mereka mampu menjadi maju seperti kita cuma, perlu diberi sedikit masa, itu sahaja..peluk cium utk rayyan ariff dari saya n haiqal
Jiey..OKU hanya lah label untuk mereka2 yang kurang bernasib baik, seperti anak kita kononnya. Walhal, di hati kita... merekalah ORANG KUAT USAHA yang sebenarnya! dan mereka bernasib baik kerana adanya kita, parents mereka yang tak pernah luntur cintakan mereka!
Ita lebih suka akan label Orang Kuat Usaha dari sebaliknya. Sebabnya, memang itu yang anak2 kita lakukan!
jiey...
mmg anak mcm ian sgt2 membuatkan mamanya teruja atas setiap benda yg dia pandai buat. mama jiey is the best teacher in the world!
septutnya kerajaan tukar lah ayat kurang upaya tu... kanak2 istimewa... kan Jiey kan??? rayyan dah nak berjalan dah... kurang upaya ke tu??
ye lah. rasanya Orang Kelainan Upaya lebih sesuai. Kalau Orang Kurang Upaya, boleh menyebabkan timbul rasa rendah diri. pendapat sayalah.
btul la, tukar istilah OKU tu ko istilah yg lebih sesuai ... tp gapo pon istilah yg di beru...abe Ian ttp istimewa di hati mama dio dan aunty2 lain ;)
Ian bukan kurang upaya tapi kelainan upaya !hebat jugak! cayalah.bila mahu bertemu lagi hero malaya sorang ni!
Rayyan punye kaler oren, Angah punye kaler purple :)
-org KURANG upaya tu BANYAK kelebihannye :)
setiap anak yang lahir adelah Anugerah..walaupun anak itu Istimewa...kerana dia pun tidak minta untuk dilahirkan begitu..kuatkan semangat yer jiey untuk membesarkannyer...
:)
kad tu untuk kemudahan Ian juga kan?
jiey simpan elok2 tau.
bagi kita, Ian anak yang rajin belajar. biar lambat macam amna pon, tapi dia tak henti usaha. itu yang buatkan dia istimewa di hati kita.
salam pelok cium untuk Rayyan Ariff ya!
jiey,
tahniah sebab dah daftar. Orang Kelainan Upaya lebih sesuai selepas kerajaan menimbang semula sensitiviti kaum-kaum istimewa.
ian is always special :)
apa2 pun istilahnya, yg sebenarnya OKU lg ada banyak keupayaan lain dr yg normal kan. Yg penting kami semua yg suka baca blog Jiey sentiasa doakan Ian.
Don't worry, pedulikan ape orang kata. Anak i, Arif pun ade kad ni tapi dia punya warna kuning. Yang penting, benefits yang u boleh dapat dengan adanya kad ni..
Post a Comment