Seringnya, Rayyan Ariff memerlukan kedua-dua belah tangan kita untuk menuntunnya sewaktu berjalan untuk menyokongnya kerana dia masih mempunyai masalah keseimbangan.
.
..
Tadi abang ipar saya bertanya, kenapa Rayyan Ariff masih belum bisa berjalan sendiri? Adakah kerana kakinya yang belum kuat dek kerana sarafnya yang lemah? Saya cuma membalas, dia masih bergelut mencari keseimbangan..
. Kalau kakinya tidak kuat, masakan bisa dia mengatur langkah yang laju setiap kali berjalan. Semuanya berkait dengan proses menyeimbangkan badan. Kebanyakan waktu, melalui apa yang saya perhatikan, Rayyan ARiff takut untuk mencuba. Takut yang bukan sedikit.
.
Dan semalam, saya "memaksanya" mengorak langkah dengan hanya memimpin sebelah sahaja tangannya. Dan dia, kelihatannya teramat takut sekali. Mencuba sedaya untuk bertahan dan mencari keseimbangan. Yang seterusnya, berakhir dengan tangisan.
.
Bibik memberikan pandangan tidak setuju kepada saya dengan memberi alasan Rayyan ARiff belum bersedia, tanda dia membantah tindakan saya memaksa Rayyan Ariff.
.
Saya cuma menjawab, "Saya tahu dia boleh Kak.. Saya tahu potensi anak saya.." Dan semalam,juga menyaksikan dalam kepayahan menyeimbangkan diri dan ketakutan yang menggunung, Rayyan Ariff bisa mengorak beberapa langkah kecil dengan hanya sedikit sokongan dari saya! Nahhh..
.
Sudah saya katakan saya tahu potensi anak saya. Saya tahu bila dia mampu dan bila dia tidak. Mungkin dalam proses membesarkan Rayyan ARiff, banyak waktu saya kelihatannya kejam kerana tidak mengasihani dia. Namun hanya ini cara yang ada untuk saya melatihnya. Dunia tidak akan menunggu Rayyan Ariff untuk mencapai setiap sesuatu pada waktu lenangnya dengan alasan; Dia belum bersedia. Kalau bukan kami yang mengusahakannya, dia akan ketinggalan..
.
Beberapa hari yang lalu, ekoran dari entri saya sebelum ini, saya menerima emel dari seorang pembaca yang bertanya bagaimana mahu membahagi masa antara anak dan kerja apabila dia melihat banyak yang kami lakukan untuk Rayyan Ariff.
.
Sebetulnya, saya tidak punya cara yang khusus dalam mengejar waktu untuk anak. Memang banyak masa yang saya perlukan untuk Rayyan Ariff dan tempoh 6 bulan yang saya peruntukkan untuknya dengan 'berehat' dari tugas benar2 memberi impak yang besar. Seandainya saya bisa 'bercuti' lagi, pastinya lebih banyak yang mampu saya lakukan untuk Rayyan Ariff.
.
Namun apakan daya, itu tidak ada dalam pilihan kami buat waktu ini. Beban tugas saya seringnya memaksa saya untuk bekerja lebih masa. Makanya, sedaya-upaya saya cuba untuk meluangkan quality time dengan Rayyan Ariff. Mencari waktu untuk bersamanya dan memanfaatkan setiap ruang waktu yang saya ada untuknya.
.
Di mana saya mengajar Rayyan Ariff untuk bersalam-salaman? Sewaktu kami sedang menunggu giliran untuk pemeriksaan bulanan di klinik Dr.Yong. Dari hanya duduk menunggu, saya seringnya memanfaatkan segalanya dengan mengajarnya dengan sesuatu yang baru. Inilah contoh "mengejar waktu" yang saya katakan..
.
Makanya, saya percaya, anda yang bertanya itu juga pastinya bisa melakukan perkara yang sama untuk memanfaatkan ruang waktu yang ada.. =)
.
Owh tentang adik Rayyan Ariff.. Saya cuma terpanggil untuk bercerita tentang ini kerana pada hari jumaat yang lalu, Pn.Nurul, salah seorang therapist Rayyan Ariff bertanya pada bibik saya, "Mama Rayyan belum mengandung lagi ke? Bagus untuk perkembangannya kalau Rayyan punya adik.."
.
Jawapannya, tentulah belum.. :P
Niat untuk hamil lagi saya tangguhkan dahulu untuk sementara waktu kerana saya sedang mencuba untuk menurunkan berat badan. Setakat ini, saya baru sahaja kehilangan 5kg. Saya masih ada 15kg untuk 'dibuang'.
.
Ramai juga yang berkata, penatlah kalau diet sekarang, nanti selepas bersalin, perlu diet lagi.. Masalahnya, dengan berat yang 'terlampau' ini, kalau saya hamil lagi dan menambah 10-20kg sewaktu mengandung, Subhanallah, I'll be huge!! Dengan ketinggian yang tidak seberapa tinggi ini, sungguh saya tidak dapat bayangkan bagaimana!
.
Namun ini hanya perancangan saya, dan kalau ada rezeki pastinya saya tidak menolak. =P
.
Rindu pada bau bayi! Dan rindu pada 'saya' yang memakai baju saiz S! Okeh, antara bau bayi dan 'saya' yang dulu, saya memilih 'saya' yang memakai baju saiz S dahulu kerana dengan berat badan yang bersaiz XXL ini, self esteem saya sudah menjunam ke laut!! Sangat tidak selesa.. =(

15 comments:
ian kena cepat2 berjalan & berlari..nanti main kejar2 dgn mama.barulah mama cepat kurus..hehehe
aku la salah seorang yg ckp nak kurus lepas tu gemuk balik. hehehe.. man2 yg selesa la kan?
hi jiey...
izan seronok tiap kali baca coretan jiey ni. sume nya tersusun je.
apa pun, mmg jadi ibu kita ada instinct bila anak kita boleh buat sesuatu kn. harapkan yg terbaik juga buat ian.
**nnti kalau jiey dah kurus ke S, jgn tunggu lama2 ye...izan sokong jiey selalu!
Kak Ieda:
Kalau penat sgt, suh bibik kejar..
Hehehhehehe..
********************************************************************************************************
Aly:
Ko, B. E dan member2 offc aku!
hehhehhehe..
*************************************************************************************************************
Izan:
Thnaks dear coz sudi baca coretan mengarut yg ada kar sini.. =)
Okeh2.. Tanak tgg lama2.. Ank ramai best kan? =)
gambatte jiey utk kuruskan badan! pnting jugak tu. yelakan nnt dh preggy berat terlebih takut ada masalah plak. penat nk bwk bdn 1 hal. papepun moga sihat2 slalu ye :)
jiey,
semoga rayyan dpt mencari keseimbangan badan....lepas boleh berjalan sendiri, mama pasti tak terkejar rayyan. dan mama pun boleh kurus ....
rayyan manja.. kalau cuba lagi pasti rayyan boleh.. dia bukan tk boleh tp manja.. meh auntie geget meh... manja niiiiiiiiiii...
kita serupa jiey..saya pun dalam usaha untuk menurunkan berat badan kerana ingin sangat nak memberikan adik buat atif..tak kisahlah walaupun orang cakap nanti lepas beranak berat naik balik..saya pun rindu dengan bau dan tangisan bayi :)
kak jiey..masih comel la...lawa pulak gambar akak pakai tshirt hijau tu..
Nanti Ian dah jalan, nak kurus senang je, lepas pegi taman, jenuh le kejo.. alesya camtu le... dia ni memang suka berlari, asal lepas, bukan berjalan, tapi berlari.. huhuhu letissss
Oklah tu..
Tapi rasanya Ian dah boleh dapat adik dah tu....
tentang instinct seorang ibu tentang keupayaan anaknya, kite benar2 setuju.
awak dulu saiz s? oh. seumur hidup kite tak pernah rasa saiz s. huhuhu~
jiey, ada betul juga kata doktor tu. skang ni ian sorang2. kalau ada adik, dan bila ian tgk adik makin membesar, insyaallah ian punya kekuatan juga utk bersaing dgn perkembangan adik dia nanti. ian sgt positif la jiey... perkembangannya sgt bagus, tapi mungkin lebih berusaha kalau ada saingannya.
tapi rezeki tu drp Allah. Sue doakan utk jiey dan ian.. :)
salam, sy ni kdg2 je g blog rayyan ni..
mgkin betul kata therapist tu..elok untuk rayyan ada adik..byk lg benda yg akan develop bila dh ada adik, ye juga daripada sorang je..bila ada adik byk lg ragam sikit, secara tak langsung kita stimulate pembesaran secara keseluruhan..
ttg kuruskan badan, bg sy setiap kali berpantang n menyusu badan sepenuhnya, itulah peluang utk menguruskan badan..
salam perkenalan
tak pe la awak, w/pun dah bersaiz xxl ada juga zuriat yang keluar, aye ni tak dak zuriat tapi saiz naik dari s,m,l,dan sekarang xl huhu...
Post a Comment