Hari isnin yang lalu, sekali lagi saya berpeluang menjenguk Alanna Qish di hospital. Hati cukup terhibur tatkala Alanna tersenyum-senyum apabila diagah oleh daddy nya. Sedang saya, asyik bercerita dengan mummy Alanna.
.Untuk kesekian kalinya, kami berbincang tentang diagnosis sakit Alanna dan prognosis yang diberikan doktor. Berbicara tentang pilihan yang ada dan sama ada keputusan yang diambil adalah tepat atau pun tidak. Sejujurnya, saya kehilangan bicara untuk memberi kekuatan kepada mummy Alanna. Yang ada untuk saya tenteramkan hati ibu yang gundah gulana adalah ungkapan jangan putus harapan.. Itu sahaja..
.Mungkin ramai yang telah tiba ke blog Alanna Qish dan mengetahui diagnosis dan prognosis kondisi anak comel itu. Menurut doktor, hayat Alanna mungkin tidak akan lama. Sampai bila? Tidak ada siapa yang dapat memberikan tempoh waktu yang pasti kerana semuanya di tangan Dia..
.
Saya minta Mummy Alanna; Ayu untuk membiarkan sahaja persoalan berapa lama itu.. Kerana kita takkan dapat menemui jawapannya. Walaupun kita berlari ke hujung dunia sekalipun, jawapannya tidak akan dapat kita temui.
.
Yang ada untuk kita hanyalah untuk hidup seadanya selagi kita punya waktu dan kesempatan. Anak yang sihat walafiat juga mungkin akan pergi apabila tiba ajalnya walaupun mediumnya tidak kita ketahui.
.
Namun yang menjadi kesakitan di dalam kisah ini adalah kerana kita diberitahu bahawa kita akan kehilangan. Kita dimaklumkan tentang hakikat perpisahan yang bakal menjelma walaupun kita tidak tahu bila.
.
Hati ini sedikit tersentuh apabila Ayu mengulangi kisah Rayyan Ariff. "Biarlah kan.. Doktor boleh membuat apa sahaja ramalan. Tuhan yang menentukan. Lihatlah Ian.. Takde sel otak pun masih boleh hidup.." Berkali-kali Ayu mengulangi kata-kata ini. Dan beberapa persoalan juga diutarakan untuk mengetahui sama ada Rayyan Ariff punya ruang untuk deteroriate ataupun tidak.
.
Waktu itu, yang ada di dalam hati ini adalah, "Kalau kisah Rayyan Ariff bisa menyentuh banyak hati, bisa menjadi pegangan buat mereka yang berada di dalam medan perjuangan yang sama, mengapa aku perlu takut untuk bercerita secara menyeluruh? Kalau semangat yang ada pada Rayyan Ariff mampu dirasai oleh mereka-mereka yang memerlukan, mengapa aku harus bimbang untuk bercerita?"
.
Mungkin sudah tiba waktunya untuk saya bercerita tentang diagnosis dan prognosis Rayyan Ariff. Mungkin sudah sampai masanya kami mengenengahkan kisah ini buat teladan dan pegangan mereka-mereka yang memerlukan. Mungkin sudah tiba masanya saya menjejaki ibubapa yang punya anak dengan diagnosis yang sama dengan Rayyan Ariff. Mungkin. Mungkin.
.
Dalam tempoh hampir dua tahun ini, baru sekali saya membaca kisah diagnosis yang sama dengan Rayyan Ariff di Harian Metro. Namun anak itu pergi di kala usianya mencecah setahun lebih. Dan saya juga menemui beberapa blog ibubapa yang bercerita tentang anak mereka yang mempunyai diagnosis yang sama dengan Rayyan Ariff. Namun kesemuanya milik mat saleh-mat saleh yang bermata biru.. Mungkin ada masyarakat di Malaysia dengan diagnosis yang sama, cuma mereka memilih untuk tidak bercerita, seperti saya!
.
Berbalik kepada persoalan Ayu, sememangnya saya sentiasa di dalam ketakutan. Apa sahaja nikmat yang ada pada Rayyan Ariff hari ini, bisa diambilNya pada bila-bila masa sahaja. Hari ini, mungkin dia kelihatannya sihat dan gembira, namun esok belum tentu. Kerana kegusaran yang sentiasa bersarang inilah menjadikan saya ibu yang mudah sahaja di landa kegusaran. Sakit sedikit sahaja, sudah bekejaran ke hospital. Muntah sedikit sahaja, buat saya bergegas ke unit kecemasan hospital.
.
Kerana Rayyan Ariff bergantung kepada alat luar untuk menyokong kehidupannya. Maka saya jadi takut. Takut yang teramat. Bimbang sekiranya alat itu berhenti berfungsi dan memberi lebih kemusnahan kepada Rayyan Ariff. Fobia. Itulah kata yang sesuai untuk saya. Kerana itu saya teramat takut apabila Rayyan Ariff jatuh sakit. Hatta demam yang sedikit sekalipun buat saya tidak keruan. Moga dijauhkan dari segalanya dan semoga Rayyan Ariff terus berada di dalam linkungan rahmatNya..
.
Sesungguhnya, hakikat kegusaran ini tidak sedikit pun membebani kebahagian kami. Kerana kami, memilih untuk melalui hidup seadanya. Menikmati hari ini dengan sepenuhnya agar kami tidak punya kekesalan di kemudian hari. Dan yang pasti, terus memberikan yang terbaik selagi termampu.. Hanya ini yang dapat kami lakukan.
.
Di saat entri ini ditulis, Alanna Qish sudah pun berada bersama Daddy, Mummy dan abangnya, Syafil Nadime.. Mungkin hati ibubapanya akan terus dilanda kegusaran yang sama, namun nikmat kebahagian itu pastinya tidak akan terjejas kerana Alanna Qish yang bersemangat waja sudahpun pulang untuk berada di pangkuan keluarganya..
.
Dan saya, mungkin sudah menemui kekuatan untuk bercerita tentang Rayyan Ariff secara menyeluruh.. Andai benar kisah anak kecil ini mampu memberikan kekuatan kepada mereka yang lain. Mungkin.
.
Saya minta Mummy Alanna; Ayu untuk membiarkan sahaja persoalan berapa lama itu.. Kerana kita takkan dapat menemui jawapannya. Walaupun kita berlari ke hujung dunia sekalipun, jawapannya tidak akan dapat kita temui.
.
Yang ada untuk kita hanyalah untuk hidup seadanya selagi kita punya waktu dan kesempatan. Anak yang sihat walafiat juga mungkin akan pergi apabila tiba ajalnya walaupun mediumnya tidak kita ketahui.
.
Namun yang menjadi kesakitan di dalam kisah ini adalah kerana kita diberitahu bahawa kita akan kehilangan. Kita dimaklumkan tentang hakikat perpisahan yang bakal menjelma walaupun kita tidak tahu bila.
.
Hati ini sedikit tersentuh apabila Ayu mengulangi kisah Rayyan Ariff. "Biarlah kan.. Doktor boleh membuat apa sahaja ramalan. Tuhan yang menentukan. Lihatlah Ian.. Takde sel otak pun masih boleh hidup.." Berkali-kali Ayu mengulangi kata-kata ini. Dan beberapa persoalan juga diutarakan untuk mengetahui sama ada Rayyan Ariff punya ruang untuk deteroriate ataupun tidak.
.
Waktu itu, yang ada di dalam hati ini adalah, "Kalau kisah Rayyan Ariff bisa menyentuh banyak hati, bisa menjadi pegangan buat mereka yang berada di dalam medan perjuangan yang sama, mengapa aku perlu takut untuk bercerita secara menyeluruh? Kalau semangat yang ada pada Rayyan Ariff mampu dirasai oleh mereka-mereka yang memerlukan, mengapa aku harus bimbang untuk bercerita?"
.
Mungkin sudah tiba waktunya untuk saya bercerita tentang diagnosis dan prognosis Rayyan Ariff. Mungkin sudah sampai masanya kami mengenengahkan kisah ini buat teladan dan pegangan mereka-mereka yang memerlukan. Mungkin sudah tiba masanya saya menjejaki ibubapa yang punya anak dengan diagnosis yang sama dengan Rayyan Ariff. Mungkin. Mungkin.
.
Dalam tempoh hampir dua tahun ini, baru sekali saya membaca kisah diagnosis yang sama dengan Rayyan Ariff di Harian Metro. Namun anak itu pergi di kala usianya mencecah setahun lebih. Dan saya juga menemui beberapa blog ibubapa yang bercerita tentang anak mereka yang mempunyai diagnosis yang sama dengan Rayyan Ariff. Namun kesemuanya milik mat saleh-mat saleh yang bermata biru.. Mungkin ada masyarakat di Malaysia dengan diagnosis yang sama, cuma mereka memilih untuk tidak bercerita, seperti saya!
.
Suatu waktu dahulu, anak ini kelihatan tidak kurang seperti little alien yang super comel.. :P
.Berbalik kepada persoalan Ayu, sememangnya saya sentiasa di dalam ketakutan. Apa sahaja nikmat yang ada pada Rayyan Ariff hari ini, bisa diambilNya pada bila-bila masa sahaja. Hari ini, mungkin dia kelihatannya sihat dan gembira, namun esok belum tentu. Kerana kegusaran yang sentiasa bersarang inilah menjadikan saya ibu yang mudah sahaja di landa kegusaran. Sakit sedikit sahaja, sudah bekejaran ke hospital. Muntah sedikit sahaja, buat saya bergegas ke unit kecemasan hospital.
.
Kerana Rayyan Ariff bergantung kepada alat luar untuk menyokong kehidupannya. Maka saya jadi takut. Takut yang teramat. Bimbang sekiranya alat itu berhenti berfungsi dan memberi lebih kemusnahan kepada Rayyan Ariff. Fobia. Itulah kata yang sesuai untuk saya. Kerana itu saya teramat takut apabila Rayyan Ariff jatuh sakit. Hatta demam yang sedikit sekalipun buat saya tidak keruan. Moga dijauhkan dari segalanya dan semoga Rayyan Ariff terus berada di dalam linkungan rahmatNya..
.
Sesungguhnya, hakikat kegusaran ini tidak sedikit pun membebani kebahagian kami. Kerana kami, memilih untuk melalui hidup seadanya. Menikmati hari ini dengan sepenuhnya agar kami tidak punya kekesalan di kemudian hari. Dan yang pasti, terus memberikan yang terbaik selagi termampu.. Hanya ini yang dapat kami lakukan.
.
Di saat entri ini ditulis, Alanna Qish sudah pun berada bersama Daddy, Mummy dan abangnya, Syafil Nadime.. Mungkin hati ibubapanya akan terus dilanda kegusaran yang sama, namun nikmat kebahagian itu pastinya tidak akan terjejas kerana Alanna Qish yang bersemangat waja sudahpun pulang untuk berada di pangkuan keluarganya..
.
Dan saya, mungkin sudah menemui kekuatan untuk bercerita tentang Rayyan Ariff secara menyeluruh.. Andai benar kisah anak kecil ini mampu memberikan kekuatan kepada mereka yang lain. Mungkin.
2 comments:
Tak sabar nak baca kisah Ian..ia memberi banyak keinsafan & kekuatan kepada ibu bapa
jiey,thanks for sharing..
Post a Comment