Thursday, May 20, 2010

Setiap mereka yang menyokong perjalanan kisah kami yang panjang..

Cukup saya katakan, di sebalik setiap anak yang lahir, pasti ada ‘orang’ yang menyokong anak tersebut. Kerana secara amnya, tidak ada sesiapa pun yang dapat menguruskan dirinya sendiri sebaik sahaja dilahirkan. Orang itu, mungkin adalah seorang ibu, seorang ayah, seorang datuk, seorang ibu angkat, dan sesiapa sahaja yang bertanggungjawab menjaga, merawat dan mendidik anak itu.
.
Cara mana mereka memenuhi tanggungjawab itu, terpulanglah kepada mereka sendiri. Kerana kalau mahu dihuraikan di sini, pastinya akan panjang berjela-jela jadinya entri saya kali ini.
.
Kenapa tiba-tiba saya berbicara tentang hal ini? Kerana entri ini saya tujukan kepada seseorang yang saya tahu, sesekali akan singgah ke blog ini untuk ‘melihat’ apa yang ada di sini.
.
Beberapa hari yang lalu, saya menerima email daripada seorang journalist dari sebuah akhbar tempatan. Beliau memohon kebenaran untuk menemuramah saya dan mahu mengetengahkan kisah Rayyan Ariff kerana katanya, kisah Rayyan Ariff pastinya bisa menyentuh ibubapa yang berada di dalam situasi yang sama di luar sana..
.
Label “hebat” yang beliau berikan untuk Rayyan Ariff adalah terlalu tinggi untuk saya terima. Kerana seringnya saya berpegang, semuanya adalah di atas izinNya. Betapa kuat pun usaha yang kita letakkan, selagi belum diberi jalan olehNya, selagi itulah tidak akan kita nampak hasilnya. Cuma yang harus sentiasa ada ialah, jangan pernah berhenti berusaha dan berdoa.
.
Being me, saya memang teragak-agak untuk melakukannya. Malahan, ini bukan kali pertama saya menerima pelawaan sedemikian. Walau saya tahu kebaikan yang akan saya bawa kepada orang lain bukannya sedikit, namun saya masih tidak kuat. Untuk bercerita secara terperinci di sini juga saya tidak mampu, apa lagi mahu bercerita secara terbuka di dada akhbar.
.
Buat masa ini, cukuplah sekadar dengan apa yang ada di sini. Masa hadapan, Wallahualam.. Tidak pula saya tahu bagaimana pendirian saya nanti.
.
Saya mahu memberikan harapan kepada orang lain kerana saya tahu sakitnya di saat kita tidak diberikan sebarang harapan. Saya mahu memberikan sokongan kepada orang lain kerana saya pernah tergapai-gapai mencari sokongan. Untuk berada di tahap sekarang, bukan sesuatu yang mudah. Kerana itu, saya tahu saya punya peranan besar untuk dimainkan apabila tuhan memberikan saya anugerah seistimewa Rayyan Ariff. Dan peranan itu sedang saya cuba penuhi di blog ini.
.
OK. Cukup tentang itu. Berbalik kepada tanggungjawab ibubapa tadi. Mengapa tiba2 saya mengutarakan isu ini? Kerana ianya berkait rapat dengan jemputan temuramah itu. Disebabkan oleh perasaan yang berbelah bahagi itu, saya tanyakan pendapat beberapa orang rakan. Kebanyakannya positif. Namun salah seorang dari rakan sekerja saya menjawab,
.
“You tak boleh nak letak keadaan semua orang itu sama. You kena ingat, you ada good financial support for medication. Sebab tu anak you boleh sampai tahap macam tu..”
.
Kata-kata dan intonasinya bagaikan saya melepaskan segalanya kepada doktor dan sangat-sangat bergantung kepada pembiayaan perubatan yang diterima..
.
Seriously, saya terkesan dengan kata-kata rakan itu. Tidak marah, Cuma sedikit terasa. Yea, memang benar saya beruntung kerana dapat memberikan yang terbaik kepada Rayyan Ariff dari segi perubatan, namun usaha kami sekeluarga tidak hanya setakat bergantung kepada doctor dan hospital semata-mata.
.
Di sebalik Rayyan Ariff yang bertepuk tangan pada lagu “If you’re happy and you know it”, ada seorang ibu yang tidak jemu mengajarnya selama sebulan.
.
Di sebalik Rayyan Ariff yang tahu memasukkan ring ke dlm stacker, ada seorang ibu yang tak jemu mengajarnya selama dua minggu.
.
Disebalik Rayyan Ariff yang tahu mengangkat tangan untuk memberikan “high five”, ada seorang datuk yang tak pernah jemu mengajarnya berbuat demikian.
.
Disebalik perkataan mama yang disebut Rayyan Ariff, ada seorang ibu yang tidak jemu mengajarnya selama setahun setengah.
.
Disebalik Rayyan Ariff yang menyahut apabila namanya dipanggil, ada seorang ayah yang tidak jemu mengajarnya.
.
Di sebalik Rayyan Ariff yang tahu menyuap makanan sendiri, ada seorang ibu yang tidak jemu mengajarnya selama dua tahun.
.
Di sebalik Rayyan Ariff yang tahu memegang botolnya sendiri, ada seorang ibu yang mengajarnya selama 6 bulan.
. .
Disebalik langkah kaki Rayyan Ariff yang semakin teratur, ada KAMI yang setia menuntun tangannya.
.
Dan di sebalik semua ini, ada KAMI dan juga KAMU SEMUA yang tidak pernah berhenti berdoa kepadaNya..
.
Alhamdulillah, dengan izinNya, Rayyan Ariff bertemu dengan pasukan perubatan yang baik dan dedikasi. Ada Sarjit, Nurul dan Tey yang sedia melayan kerenahnya. Ada doctor-doktor yang berpengalaman yang merawatnya, Dr.Raman, Dr.Yong, Dr.Wong, Dato’ Dr.Ramani, Dr.Sofiah, Dr.Taayah, Dr.Md Hussin & Dr.Sumitra. Ada jururawat-jururawat yang baik, Kak Ton, Kak Ani, Kak Theta, Kak Aida, Kak Sumi, Ruby dan lain-lain lagi.
.
Namun, sesi-sesi terapi ini hanya sejam sehari selama 5 kali seminggu. Jumlahnya, 5 jam seminggu. Jam-jam selebihnya? Rayyan Ariff punya keluarga yang tidak pernah berhenti menyokongnya!
.
Maka, janganlah meletakkan sesuatu sewenang-wenangnya. Cukup saya katakan, Rayyan Ariff yang ada pada hari ini adalah kerana usaha semua yang ada di sekelilingnya dan yang paling penting; di atas izinNya..
.
=)

20 comments:

Izan Ishak said...

hi jiey...
lama tak jalan2 sini. sememangnya ian jadi seperti hari ini adalah dgn izinNya... juga sokongan kuat dari jiey, suami dan semua ahli keluarga. apa2 pun izan mmg sentisa mendoakan yg terbaik buat ian! sayang ian...

My Life My Journey.. said...

Teruskan langkahan Jiey..!! Rayyan adalah anugerah yang mendewasakan kita yang semakin berusia namun sering lalai..

Ina said...

Terharu baca entry Jiey yg ni. Tahniah utk utk org2 kuat di belakang Ian selama ni dan terutama skali mestila Mama Ian! Teruskan mencipta kejayaan utk Ian! :D

transformed housewife said...

Dlm banyak2 yg memberi komen positif pasti ada terselit juga komen negatif. Sabar sajalah senjata Jiey. Tahniah utk Jiey dan ahli keluarga yg tak jemu2 mengajar Rayyan.

Kak Rose said...

tahniah untuk Jiey dan keluarga yang tidak jemu2 untuk membawa Ian hingga sejauh ini...teruskan usaha agar Ian mendapat segala yang terbaik dengan izinNya.

SJNathaniel said...

hai jiey..
saya jrg singah tp sekali saya singah saya baca pukal pasal Ian.i love to spent my time here..very sweet n touching story..

keep it up momma..u r strong,Ian is an amazing boy..

nisa said...

Kak, ni pendapat saya scra peribadi, saya sbenarnya tak suka kalau de journalist yg berminat nk dedahkan cerita ttg rayyan scra umum, sy mrupakan seorg pnulis dan pernah berkhidmat utk sbuah akhbar tempatan, apa yg sy lihat, kebnykan journalist lebih kepada utk mengaut keuntungan shj dan utk mnsensasikan crita trsbut, melainkan journalist tu benar2 ikhlas n jujur dgn kerjanya,tp itu trserah pd akak yer..ni just pendpt nisa jer..

tini said...

walau apa pun kata org jiey, yg pasti mama ian ttp satu. hanya mama dan org2 sekeliling yg sentiasa bersama tahu dan memahami erti pengorbanan dan usaha. kuatkan semangat dan jgn berhenti berdoa.. moga ian trs menunjukkan keajaiban!

Pnut said...

Teruskan menjadi 'orang kuat Ian'
walaupun dengan pasukan perubatan terbaik pun, kalau tiada usaha dan semangat dari keluarga tidak bermakna kalau setakat usaha berubat semata-mata...

Itulah akak katakan korang ni insan istemewa yang terpilih, ALlah pilih hambaNya untuk diuji kerana dia tahu kalian boleh laluinya, melihat kesungguhan korang, akak rasa kalau akak sendiri tidak mampu rasanya untuk lalui semua itu, dan tidak begitu kental juga rasanya,

izzahazfar said...

kak jiey...

pada zah,tak salah akak berkongsi rasa dengan masyarakat melalui saluran akhbar atau majalah...

mungkin akak tak akan kongsi semua cerita..kerna ada yg terlalu peribadi...tp akak boleh kongsi rasa sebagai ibu dan ayah yg cukup kuat menerima,mengajar dan cuba bersama-sama tanpa jemu melihat pencapaian Ian hari ini..

2 tahun penuh dengan dugaan,kejayaan tp kekuatan akak sebagai ibu,kesabaran akak itu akan jadikan ibu-ibu dan ayah-ayah diluar sana menerima anak mereka seadanya...percayalah...

*bukan akak perlu kongsi semua tp sekurang-kurangnya beri kekuatan itu sama pada semua keluarga..

*saya sendiri kagum dgn akak!

Kauthar said...

sekali lagi terharu membaca entry jiey..bagi saya financial support bukanlah segala-galanya..apabila kita menghadapi keadaan seperti yang jiey alami..kita akan mengerti apakah sebenarnya yang membuatkan kita kuat dan bertahan..tahniah buat jiey dan org2 yang sentiasa menyokong perjalanan jiey membesarkan ian..

Anasfadilah said...

all i want to do is hug u

*BigBearHug* to u :)

Jiji said...

Well Jiey, ikut dari sudut mana penulis itu ingin megupas kisah rayyan.

Tidak adil jika meletakan kejayaan Rayyan pada "financial support" yang merupakan salah satu faktor perkembangan Rayyan.

Tp jika Jiey terima temuramah ni, pastikan perbincangan tertumpu dan berfokus.. cth membincangkan dari segi ..keperluan kekuatan mental atau
..cara utk redha dan menerima anak2 istimewa atau
..pengalaman pahit manis etc

Cuma penerimaan umum nanti mungkin berbeza dengan niat dan tujuan.

Intan and The Boys said...

Jiey, kita sokong kalau awak nak berkongsi cerita kepada mereka di luar sana. lakukanlah. kongsilah segala2nya.

Ian adalah anak contoh untuk ibu bapa yang masih terkapai2 apabila dianugerahkan anak seperti Ian.

meh nak polok2 jiey. nak polok2 Ian juga.
:)

yatie chomeyl said...

btol tu jiey, xsemsetiny adgn duit berkepuk2 jah abe Ian leh sampai ke tahap lo ni. berkat doa dan sokongan ore2 g syang dio tu yg paling utama. lgipun semua ketentuan Allah.

go abe ian go, x sbr raso nk jupo abe Ian nanti aunty & baby SN ado di msia bule 6 & 7 nanti

Mrs. Simplicity said...

amboi, sape tu yg cakap da duit, ian bole sihat mcm skang. mulut takde insurance ni. org pandai bercakap je kan. tak de kat tmpt ko. sabojela wei, aku tau ko da lali.

Radhiyatul Mardhiyyah said...

ya Allah, patutlah lidah itu lebih tajam dari pisau, hati lembut macammana pun pasti akan terasa...

masuk akhbar pun bagus, lebih baik baca berita ibu rayyan daripada baca berita artis, betul tak

semoga rahmat Allah buat puan dan rayyan sekeluarga :)

Jiey^Mien said...

Izan:
Thanks for the prayers dear! *hugs*

*************************************************************************************

My Life My journey:
Thanks for the support kak.. Sgt mendewasakan!
=)

************************************************************************************************

Heartilyina:
Tahniah untuk Ina juga.. Coz you've also touched me in one of your email.. =)

************************************************************************************************************

temp.housewife:
*belajar sabar sedari kehadiran Rayyan*
=)

Thanks for the support! =)

**********************************************************************************************************

mommyYen:
Kekuatan yang datang dari Dia.. =)

Thanks for dropping by.. =)

**************************************************************************************************************

Nisa:
Thanks for the 2 cents.. =)
Actually, before entri ni ditulis lagi, akak dah 'menolak' cara baik..
Baik yang kena kita pikirkan.. Timbangtara itu dan ini..
=)

*****************************************************************************************************************************

tini:
InsyaAllah kak.. Aminnn!!
Moga ada keajaiban buat Imah juga..

Jiey^Mien said...

Kak Pinut:

Kak, thanks a lot for your support..

Kak, jgn mengangkat terlalu tinggi.. Kami pun org biasa jugak..
Rasanya, kalau dah diletakkan di dalam situasi ni, sesiapa mesti akan kuat utk menghadapi..

*hugs utk alesya* ~Ian yang suruh!

********************************************************************************************

izzahazfar:
berkongsi tu mmg tak salah..
cuma banyak aspek yang perlu kita fikirkan..

selepas timbangtara dibuat, keputusan yang diambil adalah: biarlah perkongsian itu hanya di sini sahaja dulu..
thanks for your 2 cents dik..

Take care tau..

**********************************************************************************************************

Kauthar:

terima kasih juga buat Kauthar yang sudi mengikuti kisah kami dan mendoakan Rayyan.. =)

****************************************************************************************************************

Kak Rose:
Terima kasih di atas sokongan Kak Rose juga..
*Semoga tuhan membalasnya..*
=)

***************************************************************************************************************************

dila:
balas hug dia~~
@*polok*polok*polok*@

***********************************************************************************************************************************

Jiji:
Thanks for the words dear..
InsyaAllah.. Bila sampai masanya nanti..
=)

*hugs utk Anis Manis*

**********************************************************************************************************************************

Jiey^Mien said...

Puterikurekure:
*polok-polok Intan*
*polok-polok Khalish*

Thanks dear.. InsyaAllah, tiba masanya nanti.. =)

***************************************************************************************************************************

Yatie:
Hoh keno jadi la jupo kali ni.. Kito keno kiro set date mmolek la..
=)

******************************************************************************************************************************************

Aly:
Mulut dia mmg bangsa takde insurans..
Kalo leh amik insurans pun, aku syak takde insurans company yg nk cover..
Muahhahahha

*****************************************************************************************************************************************************

Radhiyatul:
Terima kasih sebab sudi singgah.. =)
Cantik nama Radhiyatul Mardiyyah tu.. Gabungan yang unik dan tersendiri..

Hehhehehe.. Agaknya, dalam dua org yang nak baca kisah Rayyan, mesti ada 8 org yg nk baca citer Siti Nurhaliza..
:p


=)