Hari ini, saya membawa Rayyan Ariff ke NICU PMC untuk bertemu dengan “makcik-makcik” yang pernah menjaga dan merawatnya dahulu. Telatah Rayyan Ariff mencuit hati mereka dan mereka juga gembira dengan apa yang dicapainya kini.
.
“Ada sorang yang macam Rayyan kat sini..” Kata salah seorang daripada mereka.
“Oh ada ke? Excited nya..” Saya menjawab sambil tersenyum.
“Bukan, dia lain lah.. Rayyan lagi teruk daripada dia..” Tambah yang seorang lagi sambil menyambung tentang diagnosis anak itu.
Perkataan “teruk” itu benar-benar membuat saya terfikir, bahawa suatu waktu dahulu, keadaan anak saya adalah lebih dari apa yang saya tahu, lebih dari apa yang saya jangkakan. Dan yang pasti, mata mereka yang memerhati juga melabelkan anak saya dengan sesuatu yang tidak pernah saya nampak atau mungkin sengaja saya abaikan.
Bersama Rayyan Ariff setiap hari, membuatkan dia begitu biasa di mata saya. Bersama Rayyan Ariff sedari detik kelahirannya membuatkan dia begitu normal di mata saya. Mungkin kasih sayang telah membutakan mata hati saya untuk menilai segalanya dan menentukan halatujunya.
Kini, sedarlah saya bahawa suatu waktu dahulu, segala yang ada pada Rayyan Ariff adalah dipenuhi dengan pelbagai ketidakpastian dan ketakutan. Rupa-rupanya, orang-orang yang berada di sekeliling kami memandang dengan kegusaran di hati. Dan setelah melihat Rayyan Ariff pada hari ini, barulah mereka berani meluahkan sesuatu yang tersimpan sejak sekian lama.
.
Dan saya juga tidak terkecuali. Cuba menjadi ‘ubat penenang’ selagi termampu. Kerana saya percaya, keajaiban itu ada di mana-mana.. Yang penting, kita tidak pernah putus harapan untuk memohon kepadaNya!
Hari ini juga, saya membawa Rayyan Ariff bertemu dengan ophthalmologist. Dan sekali lagi, mata Rayyan Ariff diperiksa dengan cara yang sangat menakutkan sehinggakan saya tidak sanggup melihatnya.
"His eyes is not as shaky as before. I mean, it doesnt move that frequent anymore."
Sesuatu yang baru juga bagi saya. Rupa-rupanya, mata Rayyan Ariff tidaklah sebaik yang saya sangkakan. Tidak pernah ada di dalam pengetahuan saya bahawa bola mata Rayyan Ariff bergerak-gerak. Namun Alhamdulillah, saraf matanya OK. Menurut doktor, mungkin dia mempunyai sedikit masalah penglihatan apabila saya rujukkan tabiat Rayyan Ariff yang suka menonton TV dalam jarak yang dekat kepada doktor itu.
Kata doktor lagi, 6 bulan dari sekarang, satu lagi ujian akan dilakukan untuk menentukan sama ada dia memerlukan cermin mata ataupun tidak. "His eyes will not be like a normal person's eyes.." Hati saya cuma tersenyum tatkala mendengar ayat itu. Selagi dia dapat melihat, itu sudah cukup besar bagi saya. Semoga ia kekal begitu.
"I'll be surprised if there's nothing wrong with his vision.." Ini juga kata-kata doktor itu setahun setengah yang lalu. Dan ayat itu juga, saya benamkan sahaja ke lubuk hati yang paling dalam. Kerana saya masih mahu menjadi saya, hidup dengan menikmati segalanya selagi termampu. Mungkin kerana itu kami dapat bertapak sehingga sejauh ini.. Kerana kami memilih untuk melepaskan..
P/s - Normalkah saya apabila saya juga memakai cermin mata? =P
13 comments:
salam jiey;
akak suka baca blog jiey, faham akak dengan apa yg jiey rasa, sbb kami sekeluarga juga ada dugaan tapi tak seberat jiey, adik akak yg bawah akak pengidap thalasemia major, detect masa umur 4 tahun, kira2 26 tahun yang lalu, yealah dulu mana ada teknology mcm sekarang so, hospital rumah no 2 kami, masa tu kata doktor peluang adik tipis, tapi kami tak putus harap, tapi alhamdulillah now dan 30 umurnya, insyaAllah tahun depan bakal mendirikan rumahtangga. Cuma smpi besar ni mcm2 dugaan dia tempuhi, hidup tanpa hempedu dan limpa. Itulah kebesaran Allah. Kami sekeluaga macam jiey juga, terima seadanya, dan bahagia dengan apa yang ada. Hanya kita yang boleh mencorak apa yang ada depan kita. Percayalah Rayyan akan jadi seorang anak yang baik.
Comel anak kamu Jiey.
mokcik pun pakai spek Ian..cumo sbb takut tudung tok jadi, mokcik x pakai la spek wpon x berapo nok napok hehe. dale kela sbaru pakai..jd klu Ian pakai spek pong takpo, samo jah dgn mama & mokcik :)
rasa baru je pegi 1st bash b'day party ian, dah nak 2 tahun dia kan? weh, kita normal weh!
huhu...sy pon pkai speck jghk....no worries, its normal=)
ok apa pakai speck???
nampak lg bergaya nanti
uhuk uhuk i pun pakai spec la jiey.....
macam baru semlm pi bday ian!!
kiter pn pakai spek je. adakah daku xnormal? hihi. insyaAllah mana tau dgn kuasa Allah Ian will be ok. if not pn rabun2 biasa je :)
Happy Birthday Ian sayang!!!!
semoga Ian dikurniakan kesihatan yang cemerlang dan auntie dan khalish doakan Ian sentiasa jadi anak yang baik dan mendengar kata ye!
jiey, really happy that Ian has reach 2 years old today!
:)
Tumpang gembira dan bersyukur dengan segala pencapaian Ian sehingga hari ini..
Happy Birthday Ian...
assalamualaikum jiey..
salam kenal..saya baru terbaca blog jiey hari ini...tersentuh rasanya..saya juga mungkin pernah merasai perasaan yang sama dgn jiey walaupun keadaanya sedikit berbeza..anak saya disahkan leukemia tahun lepas..walaupun sekarang dah sihat alhamdulillah namun masih perlu jalani rawatan..
perasaan saya sebagai ibu sukar digambarkan..sentiasa ada rasa resah..takut dan macam2 lagi..bersamalah kita berdoa utk kesihatan anak2 kita..
jiey....lama adex x jenguk blog jiey nih....rayyan dah 2 tahun eik....alhamdulillah...dia kuat semangat hadapi hari2 yg penuh dugaan ni..
baca blog jiey ni jugak..menambahkan kekuatan dalam diri adex jugak utk hadapi saat2 gusar..sebelom aqilah jd bayi normal cam kanak2 lain...
walaupon ujian dariNya...x seberat yg jiey alami...melihat ketabahan..ketenangan...kekuatan yg ada pd jiey....buat adex semakin kuat jugak utk hadapi ujian dariNya....
insyaallah..doa adex juga utk ian agar terus sihat.....jgn putus asa..kerana kita insan yg terpilih...
salam jiey,
happy birthday Rayyan!
Jiey, mirah pun sampai skrg bila bawa khadijah pergi jumpa paed yg jaga dia masa di nicu dulu, dia akan cakap 'oh ini lah baby yg sungguh eventful dulu..'.
Tuhan punya kuasa kan jiey...
happy birthday ian... u're doing greattt
Post a Comment