Tuesday, July 20, 2010

Kalaulah dalam sehari itu saya punya 36 jam!!

Saya agak sibuk kebelakangan ini. Beban kerja yang menggunung dan sepertinya tidak akan habis membuatkan badan ini terasa penat sekali. Inilah bidang kerja yang saya pilih, jumlah kerja yang berpanjangan meningkat sedangkan kakitangan tidak pula bertambah.. Tidak mengapalah, mungkin ini ukuran bahawa rakyat Malaysia semakin bijak.. :P
.
Saya sudah kurang waktu untuk blogging, apa lagi bloghopping.. FB pun bagaikan terbiar *sigh*.. Banyak benar perkara yag perlu diselesaikan. Termasuklah untuk keluarga dan juga rakan-rakan..
.
Paling terasa kerana pada hari bekerja, saya seringnya pulang lewat.. Maka semua urusan lain sebaiknya saya cuba susun pada hari minggu. Namun sekarang, hari cuti saya hanyalah hari ahad kerana hari sabtu merupakan hari terapi Rayyan Ariff. Dua kali berulang-alik ke SDMC dari Ampang memang memenatkan. I'll blog about this later..
.
Sekarang ini, pulang sahaja dari pejabat, tidak banyak aktiviti yang dapat saya lakukan dengan Rayyan Ariff. Baru sahaja selesai satu atau dua aktiviti, dia mula menarik tangan saya dan berjalan ke arah pintu bilik kami. Pintu itu diketuknya berkali-kali dan sekiranya saya masih tidak membukanya, tangan kecil itu pantas menarik tombol sebagai cubaan membuka pintu tersebut..
.
Bila sahaja kami memasuki bilik, kaki kecil itu terus melangkah menuju ke katil. Yea, tanda dia mahu tidur. Sudahnya, memang tidak banyak aktiviti yang dapat kami lakukan apabila anak itu tidur seawal jam 9.30pm..
.

Rayyan Ariff in action.. =)
.
Rayyan Ariff sudah tahu melihat perbezaan objek. Rasanya, mungkin dia melihat berdasarkan perbezaan warna.. Apabila saya maklumkan pencapaian ini kepada Dr.Yong pada sesi temujanji pada minggu yang lalu, dia bertanya sama ada Rayyan Ariff sudah boleh menunjuk gambar binatang sebaik kita memintanya berbuat demikian..
.
"No, not yet. I havent teach him that.."
"Maybe you should start.. Since he can differentiate certain things, it will not be a problem for him to do that on animals.."
.
Saya hanya tersenyum sambil membalas, "I will.."
.Hmm.. Banyak sekali janji saya pada anak ini.. Mampukah ianya terlaksana?? *sigh*
.
Banyak aktiviti yang ingin saya lakukan untuk Rayyan Ariff namun tergendala kerana kesuntukan waktu. Kalaulah dalam sehari saya punya 36jam, 12 jam akan saya peruntukkan untuk kerja, 12 jam lagi untuk Rayyan Ariff, dan selebihnya? Saya mahu tidur yang banyak!! Hahahaha..
:P

P/s - Selalu berangan, ada jutawan yang land on KernaKasihKita pastu cakap, "Nah amik duit sejuta neh.. Takyah keje lagi, I nak tgk you develop anak you.."
Come to think of it, mana ada jutawan nak baca KernaKasihKita.. Jutawan sibuk baca Financial Daily.. Tak pun magazine Times.. Muahahhahha..
.
Ok friends, till then.. =)

16 comments:

Heartilyina said...

hihihi setuju part 12 jam lagi untuk tdo! itu pn penting tu. sbb kalau mama penat nnt semua benda serba xkena. ihsan gak yg terkena tempias nyer siannn. kiter pn byk sgt benda nk buat tp tula masih tercari2 rentak nk juggle in between everything. tambah2 bila anak makin membesar jadual pn kene ubah ikut perkembangan dia hmmm

nisa said...

betul kak Jiey, kadang - kadang kita rasa masa yg 24jam tu sprti x cukup utk diri kita, manakan fikir kerja, kerja2 di rumah dan anak lagi..paling terkilan bila kita balik rumah, anak pulak dah tidur..aduh, rasa mcam gagal jadi ibu yg baik pun ada jugak...aish!

ahkakbatik said...

akak ikuti perjalanan rayyan sebab akak bukan jutawan..heh...

be strong dik... dia amanat Tuhan yang priceless...

MaMaNuRiN said...

salam..makin ada perkembangan si handsome ni yerk..go rayyan go..chaiyok!!!

yatie chomeyl said...

hr sabtu gi SJMC ko mokcik? jd xdey la kito jupo kenduri aqiqah budok kecik SN sabtu ni? :(

shaliza said...

rasonyo bagilah bnyk mano waktu ttp rasa tok cukup.

pandai tu ajak masuk bilik nak tido...

Marsha~ said...

maju setapak lagi.... bravo Ian... takpe Jiey, slow2.. sy pun byk janji tak tertunai pd anak2.. haih.. ibu bekerja mcm kita ni mmg perlu lebih 24hrs satu hari.......

Noina said...

huhu..jiey..ina pun sama.. :(
Dah takde masa nak wat terapi utk Nabila waktu malam. balik je dah kul 9-10..huwaaaa!
klu ada jutawan baca kat jiey nih..ina pun nak tumpang skali..hehe..

ieda said...

12 jam pertama utk kerja...ok
12 jam ke dua utk rayyan...ok
12 jam ke tiga utk tidoooorrr???....

alyyani said...

sabajela aku tang p/s tuh. hahahah...

puterikurekure said...

tersenyum sengih kita sorang2 tengok Ian bijak menyuai padankan mainan ikut warna dan bentuk. cerdik sungguh!

kamalnzura said...

pandai la Rayyan differentiate warna tu..
good job Rayyan!

Rizziela said...

Bestnya kalau ada jutawan yg baik gitu kan? Saya pun nak gak :D

Rayyan memang handsome. Semakin hari semakin handsome anti tengok

Pnut said...

Jiey-mana tau ada jutawan baca betul-betul, kalau pun dia tak bagi duit, tapi dia kata, u boleh keja ngan i, gaji sama, benefit sama, time keja fleksible...eheheh mana tauuuu

Kerikil Kehidupan said...

Samalah dgn akak...harap kita dapat hada[i segalanya dgn penuh kesabaran...Buat Ian...semoga terus maju key...

adianiez AIDA said...

hi hi... takpe jiey. kena curi-curi masa la gamak nyer. at least ian ada bersama jiey. walaupun 15 minit or half an hour, masa tu masih lagi byk benda boleh dilakukan. biar sekejap, masuk kepala. jgn lama, anak boring, satu ilmu pun tak masuk kepala dia.

aida ni tak mengharap waktu yg lebih. cukup lah sekadar tiap mlm dpt bersama mendodoikan anak2 tidur pun cukup la. now, seminggu 3 mlm jer bersama. selebihnya, mereka tidur sendirian...