Thursday, July 15, 2010

Perlukah kita diingatkan tentang satu kesakitan berulang kali?

Dan seringnya saya nyatakan bahawa kehadirannya membahagiakan.. Kerna hadirnya dia membawa selautan kebahagian ke dalam hidup kami.. Gelak tawanya dan raung tangisnya adalah penawar segala kesakitan.. Pengubat segala kepedihan..
.
Aksinya pelbagai..
Keletahnya bermacam..
Rasa ingin tahunya berterusan..
Penerokaan berlanjutan..
.
Inilah Rayyan Ariff saya yang sangat istimewa. Istimewa di mata saya, dan mungkin turut istimewa di mata mereka yang 'mengenali' kisah anak kecil ini. Anak yang sama yang diramalkan mungkin tidak dapat mengenali erti hidup.. Yang mungkin tidak akan mengenali siapa ibubapanya.. Yang mungkin tidak akan mengetahui sesuatu apa sekali pun..
.
Dan kerna itu, saya bersyukur di atas segala kurniaanNya.. Kerana meminjamkan kami amanah yang sangat berharga ini.. Kerana membawa Rayyan Ariff sejauh ini.. Hati ini sangat bersyukur Ya Allah..
.
Saya tidak mungkin dapat bercakap bagi pihak ibubapa lain yang punya anak istimewa, namun apa yang saya rasakan, sedayanya cuba saya zahirkan di sini. Setiap kali mata ini melabuhkan pandangan pada wajah manis Rayyan Ariff yang tersenyum kegirangan, ada satu rasa yang lahir..
.
Wajah itu terlalu polos dan suci. Dia tidak mengerti dengan apa yang dilaluinya. Yang dia tahu dan faham, dia hanyalah menjalani hidup ini selayak anak-anak lain seusianya. Dia tidak tahu hakikat kejadiannya terlalu istimewa. Setiap senyuman dan jeritan gembira yang dilontarkannya adalah terlalu kudus.
.
Dia tidak mengerti bahawa dia sedang 'diperhati'.. Dia tidak memahami bahawa dia sedang 'dilabel'..
.
Melihatkan senyuman yang suci itu dan memahami bahawa dia sedang diuji membuatkan hati ini menangis. Walau bibir ini mengukir senyum balas buatnya, namun ada rasa pedih yang bersarang.
.
Melihatkan wajah senyumnya sudah cukup untuk mengingatkan diri ini tentang perjuangannya yang masih belum selesai. Melihatkan perlakuannya yang tidak seiring dengan penambahan usianya sudah cukup mengingatkan diri ini tentang perjalanan kisahnya yang masih jauh..
.
Kalau segalanya sudah cukup untuk mengingatkan pada hakikat sebuah kesakitan, perlukah diri ini diingatkan lagi dengan iringan fakta-fakta yang menyesakkan?
.
Menurut doktor, mereka mahu melakukan Development test pada Rayyan Ariff dalam masa 3 hingga 4 bulan lagi. Ujian ini akan meletakkan Rayyan Ariff pada tahap yang mana dia sebenarnya berada.
.
Contohnya, dari segi fizikal, dia mungkin masih berada pada tahap 7 bulan.. Dari segi pertuturan, dia mungkin masih berada pada tahap 8 bulan, dari segi kemahiran motor, dia mungkin berada pada tahap 18 bulan, dan begitulah seterusnya..
.
Apa yang perlu digusarkan? Teruskanlah sahaja dengan ujian itu!! Tidak salah sekadar mengetahui.. Ahhhh.. Kalaulah segalanya semudah itu!
.
Saya takut untuk mengetahui kerna tidak mahu terus-terusan diingatkan dengan hakikat sebuah kesakitan. Kenyataan sebuah kelewatan pada seorang anak yang padanya tertumpah segala kasih.
.
Saya tahu, segala usaha perlu ada penanda aras untuk menilai sebuah kejayaan. Seperti mana kita belajar, ujian diambil untuk mengetahui di mana tahap kita. Dan andai perlu lebih bimbingan, kita akan dihantar untuk mengikuti kelas tuisyen. Begitulah juga dengan Rayyan Ariff.
.
Mungkin ujian itu akan memberi ruang untuk kami mempergiatkan usaha 'membangunkan' Rayyan Ariff. Mungkin ujian itu akan memberikan lebih cara untuk kami 'membantu' Rayyan Ariff.. Mengenalpasti satu tahap untuk mencari jalan ke tahap yang lebih tinggi.. Mungkin..
.
Maka, saya tidak boleh terlalu memikirkan kesakitan diri ini. Kerana tajuk utamanya bukanlah diri ini.. Segalanya adalah tentang Rayyan Ariff!!
.
Dan untuk semua itu, saya hanya perlu terus-terusan mempersiapkan diri.. Agar hari ini lebih kuat daripada semalam, agar esok lebih teguh daripada hari ini.. Sesuatu yang sudah seringnya saya lakukan semenjak hadirnya benih cinta kami; Rayyan Ariff Alimin..
.
Kuat, kuat, dan terus kuat!

14 comments:

eRaY said...

rayyan ariff adalah anak yang sangat istimewa dimata saya
jiey kamu pula adalah ibu contoh, melakukan apa sahaja demi kebaikan ian :)
semoga segala urusan ian dipermudahkan oleh-Nya

nisa said...

Kuat dan terus kuat Kak Jiey, Nisa sentiasa ada di sisi dan memberi sokongan yang teguh pada kak Jiey... Sayang Rayyan..semoga Rayyan sentiasa dibawah kerahmatan Allah..amin

nisa said...

Kuat dan terus kuat Kak Jiey, Nisa sentiasa ada di sisi dan memberi sokongan yang teguh pada kak Jiey... Sayang Rayyan..semoga Rayyan sentiasa dibawah kerahmatan Allah..amin

jiji said...

jiey anggap ujian ujian tu semua sebagai majlis anugerah utk rayyan@!~ ye laa dengan keadaan dia sekarang berbanding awal dulu mmg 360 degrees perubahan dia.... kira ujian tu nanti ibarat amik sijil kecemerlangan hehehe@!~

Heartilyina said...

You have said it yourself Jiey at the end of the entry :) You have done great so far and kiter doakan Jiey akan terus2 kuat and sabar utk 'membangunkan' lagi Ian, InsyaAllah

Pnut said...

Insya-Allah, dengan izin Allah, dan kepakaran doktor merawat Ian, segalanya lebih mudah dengan 'penanda aras' yang akan ketahui.. bagus juga Jiey, kerana kita boleh juga tengok sejauh mana dia sudah capai, dan apa yang kita perlu buat next...

Ian tetap sweet... akak sukeeeeee

linziana said...

Walau di mana tahap lil rayyan berada sekali pun he is your angel...me as a mother knew that u will fight for it..till the very end.As a mother tak ade istilah give up dalam hidup kita kan?

Ya thuanku...semoga lil rayyan terus kuat ..semoga ibu dan bapanya terus tabah dalam menharungi ujian mu...Berkatilah keluarga mereka ya ALLAH...

amin..

Rizziela said...

Rayyan arif telah banyak berubah. Anti suka sangat dengan perkembangan Rayyan yg byk tu. Semoga Rayyan Ariff akan membesar seperti anak2 lain yg normal..

Anti sayang Rayyan

tini said...

aduh.. kuat lagi. betul, kadang2 terasa sgt terbeban untuk membuat keputusan bg pihak insan lemah yg kita lindungi. tapi demi kasih sayang kita mesti terus kuat jiey. akak sentiasa ingatkan jiey n mommies kawan2 ian bl diri terasa mula putus asa dan hampir mengalah. kuat jiey!

puterikurekure said...

Ian punya banyak peningkatan kebelakangan ni. biarpon pada ibu2 lain mungkin tak seberapa, tapi bagi kami peminat Ian, ianya adalah suatu pencapaian yang besar.

siapa sangka Ian mahu juga belajar berjalan? kita masih ingat dulu jiey masih berusaha menggalakkan Ian mencecahkan kakinya ke atas lantai. sekarang biarpon berpimpin, Ian tunjukkan kemajuan yang sangat menggalakkan!

kita bangga kenal Ian dan jiey. sebab Ian dan jiey adalah suatu contoh usaha yang tiada putusnya.
:)

Kauthar said...

saya sentiasa mendoakan yang terbaik buat Ian dan Jiey :D

wuzz_in said...

Jie memang kuat!saya doakan yg terbaik untuk Jie sekeluarga..setiap kesusahan akan datang kesenangan kan?kan? <-- ingatan utk diri sendiri jugak ni sebenarnya..huhu

MeMoRi Di HaTi said...

seronok mamanurin tgk pic2 ian ni..seronok betul dia mengemas and yang best time pegang remote control..a'haaaa ian, mamanurin rasa makin byk kemajuan dia kan mama rayyan..doakan yg terbaik utk dia..dia anak yang kuat pasti lebih byk keajaiban akan ian tunukkan pada semua org yg sayang dia..amin

nur.. said...

jiey..ian nampak dah besar dah..bila la dpt bertemu...
wanie mama najla...