Hmm.. Kalau benar perkembangan Rayyan Ariff secepat rambutnya yang bertumbuh, maka dia pastinya tidak lagi tergolong dalam golongan GDD.. :P
Maka biarlah.. Lambat atau cepat perkembangan tetap perkembangan walaupun sebesar zarah.. =)
.
Kebelakangan ini, semenjak kami tidak mengenakan hearing aid pada telinga Rayyan Ariff, banyak benar bunyi yang keluar dari mulutnya.. Kebanyakannya meniru percakapan kami.. Kebanyakan waktu, dalam bahasanya yang tersendiri namun dengan nada yang sama yang didengarinya.. Comel!
.
Contohnya, apabila sesuatu terjatuh dan kita berkata "O' ooo.." Terus sahaja dia mengulangi nada yang sama.. "Hm' hmmm"..
.
Apabila kita mengangkat telefon dan meletakkan ke telinga sambil berkata "Helloooo", dia juga akan meniru aksi yang sama sambil mulut berbunyi, "Eee ooo"
.
Dan apabila kita bercakap sambil mengangguk-angguk dan berkata "Ha'aa lah", dia tiba-tiba sahaja menyampuk, "Heng' eee" Dengan nada yang sama.. Mengajuk..
.Maka biarlah.. Lambat atau cepat perkembangan tetap perkembangan walaupun sebesar zarah.. =)
.
Kebelakangan ini, semenjak kami tidak mengenakan hearing aid pada telinga Rayyan Ariff, banyak benar bunyi yang keluar dari mulutnya.. Kebanyakannya meniru percakapan kami.. Kebanyakan waktu, dalam bahasanya yang tersendiri namun dengan nada yang sama yang didengarinya.. Comel!
.
Contohnya, apabila sesuatu terjatuh dan kita berkata "O' ooo.." Terus sahaja dia mengulangi nada yang sama.. "Hm' hmmm"..
.
Apabila kita mengangkat telefon dan meletakkan ke telinga sambil berkata "Helloooo", dia juga akan meniru aksi yang sama sambil mulut berbunyi, "Eee ooo"
.
Dan apabila kita bercakap sambil mengangguk-angguk dan berkata "Ha'aa lah", dia tiba-tiba sahaja menyampuk, "Heng' eee" Dengan nada yang sama.. Mengajuk..
Tak sabar mahu menunggu dia berkata-kata.. Berapa lama lagi? Wallahua'lam..
12 comments:
hampir seminggu mamanurin tak mengadap lappy, seminggu juga tak tgk rayyan..wahhhh rayyan makin pandai..keep good work dear! makin handsome lak dia hahhha..insyallah ibu rayyan, lamabat laun dia pasti berjaya, mengajuk tu proses pembelajaran dia.
meme pong, killer eye lashes and killer eye jugop :)
ee ooo... pandai nye Ian..
yap.me pun suka tgk mata Ian yang besinar tu jiey.cm ade magnet nk tenung mata ian lama2..
good job dear...
insyaALLAh ian akn boley gak suatu hari nnt... teringin nak jumper ian...
kalaulah pertumbuhan rambut Azra secepat Rayyan...melepas mama Azra nak pakaikan klip rambut melaram raya nanti...dah macam boy pakai baju kurung,...hehe..
Ian memang comel sangat. Beso confirm hensem. :D
Selagi nyawa dikandung badan...selagi itu tiada titik noktah suatu perjuangan....apatah lagi perjuangan buat seorang pejuang...permata hati yang sentiasa bersinar di hati seorang ibu...seorang bapa....
Mana mungkin perjalanan pejuang2 ini begitu mudah...boleh dijangka yang bakal menanti...boleh merasai yang bakal dilalui...manakan mungkin itu terjadi.
Tetapi mana mungkin pejuang2 ini berputus asa...kerana pejuang2 ini percaya dan yakin...Allah Penentu segalanya...tiada yang lebih mengetahui...tiada yang lebih menyayangi...tiada juga yang lebih mengasihani...selain daripada Allah s.w.t.
Wallahu'alam...
Jiey.. aktiviti best utk rayyan... time time jiey dok golek golek dengan dia.. pandang muka dia straight.. lepas tuh sebut weee weee weeee weeeee...... atau bob bob bob bob bob atau... mi mi mi mi apa pa je bunyi.... musti dia follow.. sambil tu boleh latih lidah dia
ye la cepat rambut dia tumbuh...
Budak botak yang hensem!!!
if i were to meet him outside, surely i wont be able to notice apa yang kurangnya dia. he has such an adorable face. :)
airmata pasti menitis setia kali baca this blog... jie sgt tabah,,, salam perkenalan dari mama ADAMAN
Post a Comment