Wednesday, September 1, 2010

Nilai sebuah penerimaan yang tak terungkap oleh kata-kata..

Saya pernah membuat entri "Kasih tak terucap" dan "Tentang rasa dan penerimaan" yang mana kedua-duanya berkisar tentang penerimaan rakan-rakan terhadap kelainan Rayyan Ariff. Kedua-dua entri ini, bercerita tentang kasih sayang yang tercurah buat Rayyan Ariff. Dan entri kali ini juga akan bercerita tentang perihal yang sama.
.
Sewaktu saya sedang melihat-lihat baju yang tergantung di beberapa gerai di PKNS tempohari, saya disapa oleh seorang perempuan cantik berkulit putih.. "Ini Rayyan Ariff ke?" Sambil matanya melirik pada Rayyan Ariff yang kemas di dukungan saya..
.
"Yea, ini Rayyan Ariff." Saya menjawab sambil tersenyum. Kami berbicara seketika namun dek kerana keadaan ruang yang agak sesak, perbualan kami sedikit terbatas. Saya sangkakan dia juga seorang blogger, namun wanita yang mesra disapa sebagai Sya itu rupa-rupanya rajin mengikuti kisah Rayyan Ariff daripada link yang terdapat pada blog temannya.
.
Sebelum berlalu, saya mengucapkan terima kasih kepadanya kerana sudi menyokong perjuangan kami. Dan saya percaya, di sebalik pembacaannya, pasti terselit juga sedikit doa buat Rayyan Ariff.
.
Saya kembali meneruskan pencarian keperluan pakaian Rayyan Ariff.. Dan setelah selesai, saya terus ke sebuah gerai yang menjual pelbagai jenis tudung. Tiba-tiba sahaja Sya datang kembali dan menyapa kami.
.
"Kak, saya lupa nak bagi duit raya untuk Rayyan Ariff." Ujar wanita bertubuh kecil molek itu sambil ditangannya terselit not RM50.
"Eh, eh jangan dik.. Tak payah.. Tak payah susah-susah dik.. Adik tegur akak pun dah cukup." Saya bertegas untuk tidak menerima. Bukan tidak sudi, tapi kerana tidak mahu menyusahkan. Apa lagi ini pertemuan pertama yang pastinya tidak pernah dirancang..
"Ambiklah kak, betul saya ikhlas. Untuk Rayyan Ariff.." Seperti saya yang bersungguh-sungguh tidak mahu menerima, Sya juga bersungguh-sungguh mahu memberi.
.
Dan akhirnya saya mengalah. Menerima dengan hati yang berbaur. Sudahnya, sepanjang tempoh membeli-belah itu, hati dihambat rasa keterharuan.
.
Memang not RM50 itu besar nilainya, namun sesuatu yang tidak dapat dinilai di sebalik pertemuan dan pemberian ini adalah satu bentuk penerimaan dan satu bentuk sokongan. Penerimaan dan sokongan terhadap anak seistimewa Rayyan Ariff. Terima kasih. Terima kasih kerana menerima. Terima kasih kerana menyokong. Terima kasih sekali lagi.
.Imam muda Rayyan Al-Ariff bersama kopiah hari rayanya yang dibeli di PKNS..
.
Percaya atau tidak, ini bukan kejadian pertama. Sebelum ini kami pernah di sapa dengan cara yang lebih kurang sama oleh seorang lelaki di awal usia 40an. Sedari mula kami memasuki restoran itu, matanya tidak beralih dari memandang Rayyan Ariff sambil senyuman terukir di bibirnya tatkala menyaksikan keletah Rayyan Ariff yang asyik memerhati seekor kucing. Sebelum dia berlalu keluar dari restoran itu, dia singgah di meja kami, dia memberikan not sepuluh ringgit sebanyak dua keping ke tangan Rayyan Ariff. "Untuk dia. Comel sekali.." Katanya ringkas.
.
Saya jadi tergamam. Tidak berkata-kata. Saya tidak tahu apa yang perlu dirasa. Terhinakah? Atau berterima kasih? Sungguh saya kelu! Hanya bibik yang memberikan ucapan terima kasih kepadanya. Saya langsung terdiam..
.
"Kak, sebab Rayyan anak istimewa ke dia bagi duit ni? Tanya saya kepada bibik.
"Mana ada. Kalau tidak diberitahu Rayyan Ariff ini anak istimewa, mana mungkin dia tahu.. Memang dia ikhlas mahu bersedekah pada Rayyan lah.. Jangan fikir yang bukan-bukan Kak.. Dari tadi dia sudah memerhatikan Rayyan Ariff sambil tidak putus-putus tersenyum. Aura Rayyan la tu kak.. Dia kan murah rezeki.." Ujar bibik secara panjang lebar.
.
Lama saya berfikir. Sepanjang perjalanan pulang ke rumah juga. Dan keesokannya barulah saya dapat mencerna dengan sebaiknya. Mungkin dia tidak punya apa-apa niat selain daripada mahu memberi pada seorang anak yang nampak menarik pada matanya.
.
Saya sangat-sangat menghargai sebarang bentuk penerimaan terhadap Rayyan Ariff. Tidak perlu diukur dari sudut material, ucapan dan kata-kata semangat sahaja sudah cukup meninggalkan kesan di hati ini. Seperti yang pernah saya coretkan di dalam entri "Kasih tak terucap":

"Pada saya, satu 'rasa' yang tidak dapat digambarkan apabila Ian diterima dan disayangi sedemikian. Pernah saya kerisauan kerana memikirkan penerimaan masyarakat terhadap anak-anak seperti Ian. Paling saya takuti, Ian akan disisihkan kerana kelainan yang ada padanya. Saya perlu 'menyiapkan' Ian untuk menghadapi semua ini bukan? Ian, untuk kesekian kalinya Mama mahu kamu tahu, terpilih bukannya tersisih! InsyaAllah, kita pasti akan dapat melaluinya..

Mama tidak akan dapat melindungi kamu dari pandangan liar mata yang melihat kamu, atau pun menahan teman-teman sebayamu andai kamu diejek. Tapi Mama pasti akan cuba menyiapkan kamu untuk menghadapi semua itu. Menjadikan kamu anak yang kuat dan tabah. Rayyan, dunia sudah menetapkan piawaian pada setiap perkara. Namun harus kamu ingat, kamu tidak memerlukan kelulusan dari sesiapa untuk mengiktiraf kebijaksanaan mindamu dan kecantikan paras rupamu. Kamu sudah cantik dan bijak di mata Mama dan Ayah. Noktah."

Dan ternyata saya tersilap sama sekali. Kesempurnaan Rayyan Ariff bukan hanya di mata kami, malahan di mata ramai lagi mereka yang memandang wajah polos anak kecil ini.
.Alhamdulillah.. =)

21 comments:

Heartilyina said...

eh eh xaci ian ni xraya lg dh dpt duit raya. lgpun org xposer xleh dpt duit raya tau hihihi. alhamdulillah org tgk ian rasa sng hati. murah rezeki ian n byk pahala ian sbb secara xlgsg org tgk ian dpt melapangkan hati :D

Anonymous said...

Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

'Bukankah Kami telah melapangkan untukmu dadamu?, dan Kami telah menghilangkan daripadamu bebanmu, yang memberatkan punggungmu?. Dan Kami tinggikan bagimu sebutan (nama)mu. Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain, dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap.(Surah Alam Nasyrah : 1-8)

~Perintah Allah S.W.T kepada Muhammad S.A.W agar terus berjuang dengan ikhlas dan tawakkal.~

Wallahu'alam...

transformed housewife said...

rasanya lg ramai yg dpt terima dr yg megejek Ian, Jiey. Jge dok rusin sgt.

nisa said...

comelnya Ian dengan kopiah tu..hihihi...Ian dan Kak Jiey akan sentiasa dapat big support dari saya dan mereka yang lain...

Min said...

memang anak2 kita hakikatnya membawa sesuatu yang istimewa ke dalam diri kita malah ke dlm keluarga kita. mereka membawa rahmat dan kasih sayang yang tidak bertepi dari insan2 sekeliling tanpa kita sedari...alhamdulillah!

Anonymous said...

Salam,
wajah Ian membuat saya jatuh cinta dan sayang padanya.Kekuatannya membuat saya terpegun.Ketabahannya memukau hati...
Semoga Ian terus maju.Ian takde cacat celanya...Ian sempurna di mata saya...dan kalau boleh saya nak anak saya handsome mcm Ian...

Zety Zin said...

Ian memang punya aura tersendiri :)

Handsome boy!

Azma said...

Salam perkenalan..

menitis air mata saya membaca post ni. Saya juga punya anak istimewa -Sindro down- dan saya juga selalu berdoa agar anak saya diterima oleh semua org wpun dia berbeza. :(

rafiza said...

hmm..mgkin kerana rayyan ariff begitu, sampai macam tu sekali penerimaan jiey terhadap 'penerimaan' org lain..

anak2 sy keduanya normal..tetapi mereka mmg sekali sekala menerima ole2 atau 'note' daripada org lain samada tak dikenali atau baru dikenali..

anak2 kita ni ada daya penariknya..anak2 kita ni tak semestinya istimewa kerana kebijakan, kepintaran, kecantikan tetatpi juga apa2 kekurangan fizikal dan dalaman nya..mereka masing2 ada keistimewaan tersendiri..samada disedari oleh ibu bapa atau org lain..

kita sebagai ibu bapa, anggap sahaja pemberian org lain tu ikhlas dari hatinya..mungkin mereka hendak mensucikan diri dan harta mereka dgn cara mereka yg tersendiri..iaitu dgn bersedekah..ada org bersedekah wang ringgit, ada bersedekah doa dan ada juga bersedekah senyuman..

ada byk 'tarikan', 'penyebab' dan 'platform' nya jiey...

mommy nazeef said...

alhamdulillah...murah rezeki ian :).ian pose x?klu xpose, autie xnak kasik duit raye...hehehe

emellia said...

g - mungkin rezeki Ian ni murah.. Saya pun setiap hari akan mengikuti perkembangannya.. sungguh comel.. jangan berfikiran negatif apabila ada mata yang liar melihatnya.. Ian sememangnya ada daya tarikannya sendiri..

eRaY said...

siapa yang tak cair hati bile tgk ian
ian ada tempat tersendiri di hati kami2 :)

izzahazfar said...

ian nak duit raya dr untie tak?hehehe

shaliza said...

betul tu kak, Rayyan dah cukup sempurna dah...
Raya balik bila,lama ke bercuti?

alyyani said...

rayyan arriff = bintang kecil. glamour sungguh kamu!

mamasoffy said...

Saya x pernah miss untuk baca kisah rayyan arif setiap hari..dan alangkah bertuahnya saya kalau boleh terserempak dengan rayyan arif seperti sya....

Kauthar said...

tak pernah jemu membaca coretan jiey di sini..anak syurga ini terlalu istimewa di mata saya..

Pnut said...

wahhh awal Ian dah dapat duit raya..

Encem tau Ian berkopiah tu..terpikat ai...

Kiss muaahhhss
Alesya..

iCaLoVeZiE said...

:D suka baca entry ni

Anonymous said...

Btul mamasoffy, sy sendri rse sungguh bertuah & amat tak sngka dpt b'jmpa Ian di tmp yg sebegitu...sungguh tak menyangka & teruja..tak sngka sbb dpt sentuh & cium Rayyan & teruja bile dpt melihat sndri wajah comel Rayyan ...rsenye bagai mimpi..

Tak sebesar mna pemberian sy tu kak Jiey (wat malu sy je tau..ehehe..) Rse sayang yang timbul dng sendiri nye sejak mengikuti perkembangan Rayyan melebihi segalanye..sesungguhnye, sy sentiasa mendoakan yg terbaik utk Rayyan & Rayyan amat istimewa di mata sy..akak amat bertuah kerana di 'pilih' utk ini..

Sampai ke harini kenangan "rezki" sy utk b'jmpa Rayyan tak akn sy lupakan..

Semoga Kak Jiey akn terus tabah & cekal dlm mengharungi hari-hari mndatang. Sy percaya ramai di luar sna yg sentiasa memberi sokongan penuh pd akak & Rayyan tanpa akak sedari ..Moga doa kita semua akan selamanye mengiringi perjlnan hidup Rayyan Ariff...

Hug & kisses for Rayyan,
Auntie Sya

Anonymous said...

kak jiey, rayyan memg sgt istimewa tau...

sy x pernah jumpa kak jiey mahupun rayyan, tp ht sudah terpaut...

tenangnya melihat dia...

rayyan, smoga kamu akan jadi anak yang solleh...

kak jiey, luv u... may allah bless u n ur family sis...