A glimpse of Kerna Kasih Kita
Wednesday, December 31, 2008
Segala cinta yang ada..
Monday, December 29, 2008
And we took a break..
~Ian & Ayah~
~Mama & Mak E~
.
~Nampak tak? Nenek pakai kebaya.. Mama xleh coz mama gumuk!!~
Us.. eh salah! Ian @ home..
~Penat & Ngantuk!!~
P/s - Ni betul2 ni, saya dh gemuk yg amat.. Ingt nk try herbalife.. Ok tak?? Huhuhu.. Lg gemuk dr masa blaja dulu.. Camne nk buat ni? Utk kesekian kalinya, Xnak mkn nasi dah!.. =)
Sunday, December 28, 2008
Milestone..
Gaya tido feveret Ian!
P/s - Moga-moga dipermurahkan rezeki agar suatu masa nanti dapat saya bersama Ian 24-7 macam MommyOfTripletsPlusOne!! SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 1430HIJRAH
Thursday, December 25, 2008
Lagu untuk Ian..
Che Su buat jahat kat Ian nih..
P/s - Merry Christmas to everyone who's celebrating. Errr.. Saya ada satu problem pasal mandikan Ian la.. Kalau boleh, nak advice from kawan2 sekalian la.. Nnt my next entry la citer.. Baby takut air?? Bukan Ian tu..
Wednesday, December 24, 2008
My very own not-so-handy handyman
.
Suruh la orang lain buat!! Kan senang...
Pastu bleh la letak anak....
P/s - Sungguh tak mesra alam ini Fisher Price.. One of the rattle yang tergantung tu, ba alif ba ya.. Terus hubby tak bagi letak.. (Sila abaikan rumah yang kelam kabut.. Ms ni br smpi frm KB di hari accident yg sadis itu.. :P)
Tuesday, December 23, 2008
Monthly check up
.
Something need to be done on the crossed eyes!
The screaming is totally not because he was in pain ok.. Sajer jer.. We took a brake coz ada org beyakk.. Eeiiii..
We brought Ian to NICU since it has been a while from our last visit. This time, Ian got to see his Wan (nenek) in NICU. Since Ian was discharged about 5 and a half month ago, this is the first time ho got to see Wan NICU. Luckily, Wan @ Kak Ton was on duty this morning.. She was delighted to see him. Most of the staffs did. Some of them could not believe their eyes when they saw handsome-not-so-little-Rayyan is doing sooo fine.. He weight 2.26 when he left NICU.. No wonder they're surprised to see him. Diorg kata Ian panjang.. Dah bapak dia pun panjang..
Balik umah, pas mandi, titon la ini baby.. Mama leh la blogging.. Hehehhe.. Letih la tu kena jab.. Final dose of Pneumococal..
P/s - Doa sangat2, mintak2 la Allah SWT permudahkan jalan buat Tuan Rayyan Ariff Bin Tuan Alimin.. Aminnn..
Sunday, December 21, 2008
Hubby's 2nd luv..
.
Thursday, December 18, 2008
Private mode
Whisper*Sshhh.. Don't talk too loud.. There's a sleeping baby here..
Cucu Atuk..
.
Ian loves to sleep on my lap bila saya duduk bersila.. I always put him on my lap and tepuk pok*pok*pok* till he falls asleep. So I did that last Sunday.. I totally forgot that he can turn already! Tergolek la baby itu dari ribaan saya.. Nasib baik landing kat atas toto.. Saya immediately angkat. Dia pandang saya dgn muka terperanjat (sangat comel).. At first, he didn’t cry.. Tp bila Che Su and Ayah Chik dia menjerit panic, agaknya dia terkejut, meraung laa… Hahahhaha.. **Note – next time baby jatuh wat relax jer.. Jgn panic.
.
Abah baru siap mandi, he asked, “Nape? Jatuh ke? Kesian.. pakat2 buat jahat kat cucu atuk..” Mommy yg kat dapur pun keluar jenguk.. Saya wat slumber jer la.. “Jatuh ke?”Tanya mommy.. “Takde la.. Tergolek jer..” Menjawab lagi ni.. Abah pun menyampuk, “A’ah.. Tak jatuh.. Cuma tergolek ke bawah jer..” Huishhh.. Sarcastic nih.. Hadoiii.. Baru sikit dah camni, kalo jatuh katil ke ape, xtau la.. Muahhahaha..
Abah taktau, yang sebenarnya anak dia nih dah selalu buli cucu kesayangan dia tuh.. Ini antara contoh bahan bukti.. Hahhaha..
Tapi kan, he doesnt mind being bullied by mama.. Dok sibuk pulun jari lagi ada tuh.. Muahhahha.. Box ni free gift from Perodua.. Gi service kete pun dpt gift ke?? Terror betul marketing strategy diorang nih.. Tp apa guna box nih?? Ntah la.. Wat letak baby jer la kot.. :P
P/s - Jangan la ada org tunjuk ni kat Abah.. :P
Wednesday, December 17, 2008
Ian's 2nd cousin..
Ian and Irfan masa last raya..
.
Alya when she was 5 months old. Baby Michelin nih.. 8kg time ni..
Mama Ian with Alya.. Fuh, penat dukung..
.
P/s - Masa family gath nanti, mesti riuh rendah jadinya bila diorg nih masing2 dah bleh berlari.. Camne kalau semua satu kelas?? Huishh.. Bleh la Mak2 n ayah2 diorg jumpa kat mesyuarat PIBG.. Hehhehheh..
My little baby..
***Oops.. Salah info.. Yang 2.39 tu 1 and a half month.. Another one tu, 1 month and 3 weeks.. :P
Tuesday, December 16, 2008
Strabismus: Crossed eyes..
.
Perasan tak mata Ian??
P/s - Last resort? Surgery.. Tp it just improve the eyes appearance, not the vision.. Huhuhu.. Mintak dijauhkan la.. Kalau boleh, no more surgery for Ian.. I guess we have no other option than to just bring him to see his ophthalmologist.. Hopefully there'll be no scratch or red eyes this time!! Hukhukhuk.. Siyan anak mama..
*Source : childrenvision.com
Monday, December 15, 2008
Finally..
Huhuhu.. Sgt terharu.. Hubby willing to go extra mile to get this for Ian.. Ampang to Babyland Summit tu agak jauh gak la kan?? Dh la naik motor.. Vroom.. Vroom.. Vroom.. Remp-it bang!!! Muahhahaha..
.
Close up skett..
.
Errr.. kami patah kaki seminggu dua ni.. Even just now, hubby asked me out for a dinner & tgk movie.. “Nak gi naik ape bang? Moto?” Saya senyum.. “A’ah kan.. Hadoiii.. Baru ingt nak dating takde takde baby nih” Turn hubby plak senyum.. We left En.Perdana in KB. Senang, nnt nak amik Ian.. Takyah drive gi blk.. Drive blk jer.. Ni salah satu sbb makcik blk naik bas smlm, xde transport nak blk from airport.. Xkan nak merempit kottt?? Stakat gi LRT brani la makcik.. Huhuhu – Saya mengalami fobia yg teruk lepas accident masa belajar2 dulu..
Ok la, let’s check out ape yang Ian buat last weekend.. Budak yg sudah malas nak meniarap.. lagi suka terlentang.. Haiyy.. Makin lama kepala makin leperlah.. Notice tak yg kepala dia panjang sket.. Ni akibat byk sgt terlentang nih.. Kita terbalikkan, dia pusing sdr blk.. Tak kira dlm tido or dlm sedar.. Ada apa2 cara tak nak bagi dia maintain meniarap??
Laying around doing nothing..
.
Still need help to support his head when sitting in his Bumbo.. (Tu tgn Mama yang gebu tuh.. )
But Ian is getting better at it, dulu, tersangat la tinggi darjah kecondongannya..
When I let my hand go.. His head will condong ke kiri.. Following the shape of his head.. But it's not that bad anymore. When we first put him on this chair, he was completely not able to hold his head straight.. But now, he manages to do it for a few second.. Good job son.. Great effort!
P/s - Usaha tangga kejayaan.. InsyaAllah, tak lama lagi, ok la tu.. Dulu ms first letak dlm Bumbo nih, Ian x berani nak lepas both of his hands.. Skrg dh berani dh.. Clap* Clap* for Strong-Will-Rayyan..
Friday, December 12, 2008
Rindu yang terpendam..
Baby yang kerinduan!
P/s - Penatnya nak blk.. Dh la esok ponteng keje.. Xpe la.. demi anak..
Thursday, December 11, 2008
Tidak terlebih berbicara
.
Number two, because I don’t want people to look at him differently. For example, when the ophthalmologist said that he may not be able to see, most of the people who knew about it then, when they met him, they’ll show him something to attract him or wave their hands in front of his eyes. An unofficial test to know whether his eyes are working or not. And when he’s not looking at it, they jumped into a conclusion that my cinta hati cannot see or in shorter word, he’s blind. Even his paed said so. When he follows movements, they’re saying that he’s only reacting to sounds. Some of these people are under the assumption that my baby cannot see. Not until the ophthalmologist confirmed that he can, at 5 months of age.
.
Ketiga, I’m afraid that Ian might not like it when he read my blog in the future.. But this one, I can explain to him that he’s sooo special that it will be a waste to keep his story to just me, my family and my friends.
.
Yang keempat, saya malas. Diulangi, saya MALAS utk berdepan dengan perkara2 seperti ini. Ms dlm pantang, saya akui, mana mungkin saya bisa berpantang sebaik mungkin. Saya sering berulang-alik dari Ampang ke Bangsar, semata-mata untuk menjenguk cinta hati saya. Kalau bukan saya pergi dgn rela hati, saya ‘dipanggil’ oleh pihak PMC utk diambil darah sebelum setiap pembedahan Ian. Dan juga utk beberapa perkara lain. Setiap kali saya menerima perkhabaran buruk dari PMC, hati sy hanya akan tenang apabila melihat wajah comel dan tenang Ian. Ketika itu, diri saya bukan lagi subjek utama. Mungkin kerana itu, badan saya sakit2. Walaupun saya ada berurut dgn seorang bidan, ianya tidak mencukupi. Saya beralih ke bidan kedua, namun sengal2 dan bisa2 yang ditanggung masih terasa.. Dan saya terjumpa bidan ketiga. Dan dia memang pandai mengurut. Cuma mulutnya lebih 'pandai' dari tangannya.
.
Semasa diurut oleh makcik yang saya panggil nenek itu. Dia bertanya tentang amalan berpantang saya dan kenapa urat badan saya sebegitu teruk. Tanpa rasa curiga, saya bercerita tentang kisah saya dan kisah Ian. Apa yang saya dapat? Dipendekkan dan diringkaskan, biar saya ulang ayat nenek itu..
.
Dia bertanya lagi, “Ape yang doctor cakap masa ko mengandung dulu?”
“Doktor suruh buang” Esakan saya semakin kuat.
Dia menekan lagi, gaya seakan memarahi seorang anak kecil yang sudah melakukan kesalahan yang besar, seolah saya ini anaknya. Anak kecilnya. “Lain kali, kalau doctor dah cakap macam tu, ikut je lah.. Jangan dok buat pandai2 sdr.. Kadang2, ckp doctor ni betul. Kita kena ikut. Tgk skrg, ko jgk yang susah! Badan smpi macam ni jd nya.. Ni baru anak sulung. Anak kedua ketiga nanti, xtau la aku macam mana!”
Masih menekan. “Ade ke keturunan ko yang macam ni? Tak pun laki ko..”
Saya menjawab, “Xde nek..”
Dia menambah dgn angkuh, “Ntah ntah ada. Saje laki ko xnak bgtau.”
Dengan payah saya menjawab, “Tak ade nek, lg pun, doctor dh buat ujian dan sahkan, ianya bukan disebabkan keturunan.”
.
Bagai anak kecil yg baru sahaja dicubit, saya mengadu pada hubby kata2 nenek itu. Dgn esakan yang kuat. Dan seterusnya pada mommy. Keruh muka mommy. Katanya, tiada apa yang disimpan di dalam hatinya.
.
Itu hanya satu darinya. Pernah saya mengeluh tentang ramalan doctor dan teman office saya menjawab, “Doktor ramal byk keburukan dan hanya 1 atau 2 yang menjadi nyata.. Cubalah bwk bersyukur. Tak usahlah tamak dan mahukan kesemuanya. Bukankah pernah dikatakan dia xkan hidup lama. Redhakanlah kekurangannya yang satu itu” Senang dia berkata-kata. Sedang dia inginkan kesempurnaan pada anaknya, salahkah saya kalau saya menginginkan perkara yang sama pada anak saya. Dan saya bukanlah tidak redha, sekadar melepaskan apa yang terbuku di hati dengan niat mengurangkan beban. Tp sekali lagi saya disalahtafsir. Kerna itu, saya semakin berat untuk bercerita. Dia juga menambah, “Kamu agak “naïve” utk dikatakan berdosa, mungkin ini dugaan di atas dosa2 orang yang terdahulu sebelum kamu. Mungkin nenek kamu, mungkin bapa mertua kamu, atau mungkin sesiapa saja di dlm keluarga kamu.” Sekali lagi, saya terpukul.
.
Dan yang terbaru, seorang pegawai yang baru memasuki jabatan kami membuat satu kenyataan kepada seorang kawan yang lain setelah mengetahui kisah saya, “Aiyooo.. Poor baby have to suffer. If I were her, I would have terminated the pregnancy. So that I don’t have to go through what she’s going through and the poor baby doesn’t have to suffer like that. 4 times of operations and still, the baby’s future is uncertain. Better not to keep the baby lah..”
.
Apa reason saya utk meneruskan kandungan saya?? Jawapannya ada di sini --> hanya seorang ibu.. Ini hanyalah sedikit daripada apa yang saya pernah dan akan terima. Kerana itulah saya tidak mahu berkongsi secara total. Saya juga yang akan mendapat habuannya. Masih ramai yang berfikiran sempit walaupun sudah ramai yang mengamalkan dasar ‘keterbukaan’.
Wednesday, December 10, 2008
Doa dari kejauhan..
Tatkala mendapat perkhabaran tentang “kelainan” pada Ian, saya jadi tidak keruan dan terus-terusan melayari Internet utk mendapatkan jawapan kepada segala kekusutan yang bersarang. Di sini, saya temui Mar.. Saya layangkan beberapa email dan Mar membalasnya dengan sabar. Kata2 sokongan yang diberi cukup melegakan. Saya cekalkan hati utk menerima segala kemungkinan walaupun rasa takut dan sedih bercampur.
Seterusnya, saya mengenali Akak Pnut. Masih berkongsi pengalaman dan kata-kata dorongan. Melalui Akak Pnut, saya mengenali insan yang cukup mengagumkan dari kaca mata saya.. Abg Fajar.. Walau tidak mengenalinya secara langsung, saya beranikan diri melayangkan emel buat dirinya yang jauh di bumi Glasgow. Kami berbalas email. Berkongsi apa yang patut. Tp kesibukan membataskan segalanya. Dan Abg Fajar dan isteri masih cekal berdiri buat putera tercinta; Amir Yusuf. Begitu juga Najla yang belajar mendewasakan diri di dalam usia yang begitu mentah.. Walaupun jauh dari kaum keluarga, Abg Fajar dan isteri tidak pernah tewas dgn dugaan yang mendatang..
Saya juga mengenali beberapa rakan yang lain, rakan yg penuh dgn informasi utk dikongsi.. Terima kasih buat Munirah kerana sudi berkongsi kisah dan memberi panduan.. Melalui blog Kak Suealeen, sekali lagi hati saya terkesan bila membaca kisah Syafiah dan terbaru, kisah Fahry.. Semoga Kak Lina tabah dalam mengahadapi hari-hari yang mendatang. Inilah juga bait2 yang saya ulang di dalam doa saya. Mohon ditabahkan diri utk menghadapi hari2 yang mendatang.. Mohon dicekalkan hati utk menggalas amanah Allah yang merupakan satu jalan ibadah.. Mohon dipermudahkan segala urusan..
Dari kejauhan ini, saya memohon kepada semua, agar sama2 terus menitipkan doa untuk anak2 ini.. Untuk Ayyash, untuk Amir Yusuf, untuk Fahry, untuk Syafiah, untuk Rayyan Ariff dan untuk bayi2 lain yang bertarung demi sebuah kehidupan.. Mohon untuk kesihatan yang berterusan dan sebuah kehidupan yang sejahtera.. Aminnnn..
Rayyan Ariff @ day 1