Tuesday, March 16, 2010

Bagaimana kita melihat sesuatu yang ada..

Petang sabtu yang lalu, saya membawa Rayyan Ariff ke taman permainan. Tiada foto yang saya dapat ambil kerana bateri telefon bimbit saya yang sudah lemah. Kami tidak lama di sana kerana banyak masa dihabiskan di dalam perjalanan yang mana saya sibuk mencari taman yang mempunyai buai yang sesuai untuk bayi.

Saya memandu sehingga ke Taman Mawar mengikut arahan Sue, namun hampa kerana padang permainan mini yang ada juga tidak mempunyai buai sedemikian. Lalu saya terus sahaja ke taman permainan di Pandan Indan.

Hanya saya, bibik dan Rayyan Ariff sahaja kerana En.Hubby ke luar daerah. Terbit juga rasa cemburu di hati melihatkan anak-anak lain bersuka-ria dengan ayah mereka. Hmm hati, mengapa mesti terlalu mudah mengundang rasa negatif?

Itulah manusia.

Di taman itu juga, saya melihat seorang ibu bersama anak kembarnya berjalan-jalan di sekitar taman itu. Anak-anak itu sungguh aktif dan asyik memanjat ke sana-sini. Dan tanpa disangka, fikiran jahat menerjah ke minda.

"Sudahlah dua anaknya, dua-dua pun takde masalah!".. Kata-kata yang menerjah ke dasar hati itu terhenti di situ.

Mujur hanya sampai di situ. Kerana apabila saya kembali melabuhkan pandangan pada Rayyan Ariff yang erat memegang tangan saya sambil kakinya tidak henti mengatur langkah kecil, saya terus melafazkan lafaz Alhamdulillah tanda kesyukuran dan beristighfar tanda kekhilafan diri.

Saya terus-terusan dihambat rasa bersalah.

Suatu waktu dulu, saya benar-benar ingin membawa Rayyan Ariff berjalan-jalan di taman permainan.. Dan sekarang ini, dia sememangnya sudah mampu berjalan walaupun tangan saya masih perlu menuntunnya. Alhamdulillah, rahmat tuhan..

Dan seandainya diberikan kami beberapa bulan lagi, mungkin tatkala itu Rayyan Ariff saya juga sudah mampu berlari ke sana sini. InsyaAllah.

Kisah ini mengajar saya agar sentiasa ingat pada rahmatNya. Mengingatkan saya bahawa tidak perlulah memuja kecantikan bulan yang tinggi di awan hingga terlupa pada keindahan rumput yang dipijak.

Syukur kerana saya masih diberikan peluang olehNya untuk meneruskan muhasabah diri. Alhamdulillah..

9 comments:

izzahazfar said...

saya kagum!...kesabaran seorang ibu ada maknanya kak!

Elyn Sani said...

alhamdulillah sebab kite semua masih di beri peluang....

Unknown said...

kalau zai jd jiey p0n mungkin perasaan zai same juga..

yg pentingkan jiey,
jiey beruntung sbb punya rezeki dr tuhan.. yg x punya rezki tu menunggu 5,6,10 tahun p0n ada nntikan zuriat.
w/pon rayyan istimewa,dia sihat. perkembangan dia pon smakin membransangkan kan..
smoga jiey tabah selalu..

yatie chomeyl said...

mitok2 impian jiey tu akan tercapai dlm maso terdekat ni..go abe Ian go!

Sue said...

alahai sorry jiey.. x tau pulak dah takde buaian tu kat situ. tapi sue pegi last month masih ada dan khalish pun guna buaian baby tu jugak masa pegi tu. ermm takpe balik kang sue lalu situ tgk kot2 ada ke..nnt sue inform ok.

jiey, rajin2 la bwk Ian gi taman. At least pimpin dia jalan2, n dia tgk budak2 lain.. nnt dia bersemangat dan maybe bole bantu dia punye progres lagi cepat. insyaallah... tapi ian sure happy dpt ibu mcm jiey :)

Naddiea said...

jiey,apa saja yg kita ada semua anugerah ALLAH.apa yg kita dpt tu la yg terbaik utk kita.mungkin x ada yg lebih baik dr apa yang kita ada sekarang ni.Semoga jiey lebih kuat okeh.Insyaallah perkembangan Ian akan lebih lagi lepas ni n jiey mungkin x percaya yang Ian buleh sampai ke tahap itu.Take care!!

Yasmin Nabilah.. said...

Alhamdulillah..andai Nabila diberi peluang yang sama seperti Ian..mesti hati dah berbunga2 skrg ni..

Ina said...

syaitan tu ada aje sntiasa utk bisik2 n hasut2 hati kiter. mungkin sbb tu kdg2 kiter mudah utk terlupa drpd bersyukur dgn nikmatNya. xsabar jugak nk tgk ian lari2 n mama nyer kejar nnt, insyaAllah ;)

Adinina said...

buaian tu ada di Titiwangsa Lake..tp maybe jauh utk Jiey kot.