Monday, March 22, 2010

Hati yang terpujuk..

Rayyan Ariff @ Speech therapy; 20.03.2010..
.
Look at his face, the cheekiness is obvious kan? Owh, he loves to make funny faces to the camera nowadays.. =)

Sekental mana pun hati seseorang manusia, tipulah kalau dikatakan tidak pernah terlepas keluhan di hatinya.. Saya juga sama, tidak terkecuali.

Nampakkah tali merah di belakang telinga Rayyan Ariff? Itu adalah paed clip yang dikepilkan pada bajunya sebagai pemegang hearing aid. Sejujurnya, sewaktu di awal makluman bahawa Rayyan Ariff memerlukan alat bantu pendengaran, saya tidak dapat menerima.

Malah, sewaktu berada di kelompok superkids yang lain sewaktu acara bermain bowling satu waktu dulu, hati saya pernah terdetik, "Betapa beruntungnya anak-anak ini kerana tidak memerlukan sebarang alat untuk menghiasi fizikal mereka, tidak seperti Rayyan Ariff.."

Ya, kerana apabila sesuatu itu adalah nyata berbeza, maka ianya akan mengundang banyak mata untuk memandang. Dan apabila mata sudah memandang, mulut juga akan mula bertanya. Bukan hanya malas, namun saya sebetulnya penat untuk menjawab "kenapa" dan "apa" yang terjadi..

Di sesi terapi pertuturan yang lalu, Ms Tey sekali lagi berkata, "He's smart ah.. For someone of his age with such condition, he's consider smart. Well, from our observation here, most of the children with hearing problem are smart.." Senyuman tidak pernah surut dari bibirnya..

Terpujukkah hati dengan kata-katanya itu? Jawapannya tidak. Kerana seboleh mungkin, saya masih mahukan yang terbaik untuk Rayyan Ariff..

Namun sebagai umat islam yang percaya pada jalan takdir yang Allah SWT, hati ini sudah terasuh untuk terus menerima. Tidak perlu sebarang ayat untuk melembutkan kerana pada saya, apa yang Allah SWT tetapkan, itulah yang terbaik.. =)
.
Kalau kita sering melihat kepada sesuatu yang lebih baik, pastinya tidak akan wujud rasa syukur di hati. Inilah yang saya lakukan untuk memujuk hati. Kalau dulu, kata doktor, Rayyan Ariff tidak bisa mendengar. Penilaian yang akan dilakukan apabila Rayyan Ariff semakin besar nanti, akan menentukan sama ada ianya bisa dibantu atau tidak.
.
Kalau kerosakan pendengaran ini adalah kerana ketiadaan sel otak, kita tidak mampu melakukan apa-apa. Namun jika ianya melibatkan telinga itu sendiri, mungkin ianya boleh dibantu dengan koklear implan. Dan saya menanti dengan penuh debaran.
.
Dan terima kasih tuhan, kerana Rayyan Ariff tidak memerlukan kokler implan. Aided hearing assesment menunjukkan bacaan adalah di dalam spektrum pertuturan and it has compensated the degree of the hearing losses.
.
Melihat segala yang dicapainya, seringnya saya mengucapkan rasa kesyukuran kepadaNya kerana diberikan kesihatan yang baik untuk Rayyan Ariff. Dan juga diberikan peluang untuk terus membangun dengan sebaiknya. Alhamdulillah..

8 comments:

Unknown said...

Jiey... doa dan harapan seorang ibu buat anaknya amat besar makna buat sikecil... insya'allah dipermudahkan segala urusan jiey...

Yasmin Nabilah.. said...

Penah juga terfikr,,mahu saja beri mata ini pada Nabila.. Masalahnye..Doktor jugak kata mata ok..otak juga masalah! huhu..Camner ni Jiey.? huhu..

A.I said...

SYUKUR Iyan budak sihat(^_^)..

Rayyan budak encem, bila nk jumpa auntie ni?

izzahazfar said...

akak ibu yg kuatkan!

well done Ian!

Mrs. Simplicity said...

alhamdulillah.. bukan sebab takde sel otak tapi sebab telinga tu.

jiey, mata ian tu aku tgk dah ok kan?

Jiey^Mien said...

MamaAdwan:
InysaAllah.. =)

*************************************************************************************

Ina:
Samala Ina, Ian pun tinger ok jer..
Takpe Ina, kalo brain, still leh stimulate..

*******************************************************************************************

Kak A.I:
Ian ni slalu gak gi Rawang, umah atok n nenek dia.. dekat je tu ngan umah akak kot..

*************************************************************************************

Izzah:
Moga terus dipermudahkan segala urusan..Aminnnn..
**************************************************************************************

Aly:
It's because of his brain condition la Ly.. Kalo tinger, dah kena rectify dah.. Tp tu la, brain ni, makin kita stimulate, makin better.. Agaknya, sbb tu la hearing dia improved..

Rose Nieza said...

Jiey,rindunye pd Ian & ur post.Lame x menjengah.Sgt bz dgn keje baru.Jiey..Dr Fadzilah Kamsah bgtau,Setiap anak-anak adelah pintar..But yg memberi impak adelah cara kite merangsang mereka..And U did it darling! :)

Angah said...

salam, anda tetap beruntung kerana punye zuriat. saya tekah tujuh tahun menunuggu dan entah bila sampai cahayamata yang ditunggu itu..pasrah