Saturday, May 15, 2010

Kisah kelahiran yang dinanti.. Rayyan Ariff - 12 May 2008

Masih berkisar tentang kelahiran Rayyan Ariff kerana sebetulnya saya amat bersyukur di atas kurniaanNya yang membawa Rayyan Ariff sejauh ini. Satu saat yang tidak pernah saya gambarkan walaupun jauh di sudut hati, saya tidak pernah berhenti berdoa untuk kebaikan anak ini.
.
Apabila dimaklumkan bahawa bayi yang seringnya aktif menendang didalam rahim saya ini punya kemungkinan yang besar untuk meninggal setelah dilahirkan, tentu sekali ianya meragut nikmat kebahagiaan yang sedang kami kecapi. Waktu itu, sering saya bisikkan kepada Rayyan Ariff bahawa saya mahu dia terus berjuang selagi terdaya.. Dan seandainya tiba waktu untuk melepaskan, kami akan menerimanya dengan redha kerana tidak mahu dia terus merasakan kesakitan.
.
"Andai benar kamu akan pergi sebaik kamu dilahirkan, mama sanggup membawamu di dalam rahim ini walau untuk seribu tahun lagi.." Lafaz yang pernah saya ucapkan kepadanya sewaktu dia masih di dalam kandungan..
.
Di hari kelahirannya, iaitu pada minggu ke 31 kehamilan, suasana subuh yang hening bagaikan mengerti rawan di hati seorang ibu. Di saat saya disorong ke dewan pembedahan, hanya zikrullah menjadi penguat semangat. Segala kesakitan telah lama pergi dari diri ini. Mungkin rasa sakit itu terlampau remeh berbanding kesakitan yang bakal ditanggung Rayyan Ariff sehingga membuatkan saya bagaikan kebal dari segalanya.
.
"You are one strong patient that I've ever seen. You look so calm.. In fact, you can still laughing around.." Ujar pakar sakit puan yang melakukan pembedahan ke atas saya. Sungguh saya tidak tahu dari mana kekuatan itu datang. Mungkin dari Rayyan Ariff.
.
Tepat jam 812 pagi, Rayyan Ariff dikeluarkan. Hanya dengan sekali imbas, anak itu ditunjukkan kepada saya dan terus dibawa pergi. Rayyan Ariff cuba untuk mengeluarkan suara tangisan sebagai tanda dia sudah selamat tiba. Suaranya yang tersekat-sekat mengundang genangan air di kolam mata ini. Kuat sungguh kamu anak.
.
Segalanya berlaku dengan pantas. Hubby menyoroti Dr.Yong yang menolak Rayyan Ariff ke NICU. Bantuan pernafasan diberikan padanya. Dan segala prosedur yang selayaknya dilakukan, diteruskan ke atas anak kecil itu. Kata hubby, apgar score Rayyan Ariff adalah 6. Alhamdulillah.. Masih ada harapan. Bisik hati kecil saya.
.
Sewaktu hubby sedang sibuk berada bersama Rayyan Ariff, saya yang masih di dewan pembedahan asyik melayan perasaan dengan sesekali tertawa dengan jenaka doktor-doktor dan jururawat yang berada di situ. Setelah segalanya selesai, saya di bawa ke ruang menunggu dan seterusnya ke bilik pula.
.
Dikelilingi kaum keluarga membuatkan saya berasa lebih kuat. Hubby pula, tidak pernah saya lihat dia segembira itu sepanjang saya mengenali dia. Tidak habis2 bercerita bahawa Rayyan Ariff aktif. Sibuk menggerakkan kaki dan tangannya. Dan menurut doktor, cubaan untuk menangis yag dilakukannya sebaik dilahirkan mungkin menjadi satu petanda yang baik untuknya.
.
"Bagitaulah Alimin.. Jangan la terlampau excited.. Berpada-padalah.." Kata ibu saya apabila melihat tingkah hubby yang kebiasaannya kurang bercakap, malah lebih banyak diam dan tertawa sahaja. Mana mungkin saya mampu menyatakan kepadanya untuk berhenti bergembira kerana seluruh harapan dan impiannya, disandarkan sepenuhnya kepada Rayyan Ariff. Temannya untuk menonton bola suatu hari nanti.. Katanya lagi.
.
Alhamdulillah kerana Dia memberikan satu kelebihan kepada saya. Saya tidak merasa begitu sakit pada luka pembedahan. Sedikit nyilu dan adakalanya pedih. Itu sahaja. Malahan, saya masih boleh bergurau dengan pelawat-pelawat yang hadir. Pada mulanya, saya bagaikan tidak percaya kerana ada teman-teman yang menyatakan bahawa bersalin melalui kaedah pembedahan adalah menyakitkan.
.
Mungkin ini adalah rezeki masing-masing. Apabila saya mendengar kesakitan teman-teman, sungguh saya bagaikan fobia untuk melahirkan lagi. Moga-moga pengalaman yang mendatang akan semudah dan tidak menyakitkan sepertimana saya melahirkan Rayyan Ariff.
.
Esoknya, saya sudah bisa bangun untuk mandi sambil bersiap-siap menunggu doktor untuk datang memeriksa. Setelah diperiksa, saya turun ke tingkat 2 untuk menjenguk Rayyan Ariff. Kali pertama melihat Rayyan Ariff yang nyata kelainannya, saya bagaikan tidak percaya bahawa ini adalah anak yang saya kandung untuk 31 minggu. Comel. Comel sekali. Walau hanya pada mata saya.
.
Waktu itu, saya cuba mewujudkan jurang kasih sayang pada Rayyan Ariff, kerna tidak mahu ada rasa kecewa yang menggunung sekiranya dia tidak mampu bertahan untuk kami. Limitasi yang saya cipta sendiri. Namun rasa itu tidak lama.. Kerna tidak mungkin saya bisa melenyapkan lautan kasih sayang yang ada sedari hari pertama saya mengandungkan dia lagi.
.
Esoknya, saya dibenarkan pulang kerana saya "sihat".. Dan sebelum pulang, sekali lagi saya menjenguk Rayyan Ariff yang setia dirawat di NICU. Sampai sahaja saya dirumah, saya menerima panggilan telefon dari pihak hospital bahawa saya perlu segera ke sana kerana mereka terpaksa mengambil sampel darah saya untuk pembedahan ke atas Rayyan Ariff.
.
"He's strong and stable. I think we can proceed with the surgery as soon as possible. The more we wait, the worst it can be.." Kata Dr.Wong, pakar bedah neuro. Waktu ini, sebenarnya saya sudah maklum dengan keadaan sebenar otak Rayyan Ariff kerana ujian imbasan lengkap sudah pun diadakan. Ada sedikit rasa sedih, namun redha menutupi segalanya kerana saya tahu, tuhan pasti membantu Rayyan Ariff.
."The white one are his brain cells.. It's so thin. At this juncture, we dont know how much it can affect your son. Later, when he's bigger and older, then only we can assess him.." Kata Dr.Wong.
.
Mujurlah, selepas pembedahan dilakukan, sel otak Rayyan Ariff mula tumbuh dengan perlahan-lahan. "Tho it's growing, it will never be the same as normal human beings. In fact, it will be too far to even trying to compare him with us.." Kata-kata yang diucapkan oleh Dr.Wong lagi.
.
Melihat tubuh sekecil Rayyan Ariff melalui satu demi satu prosedur pembedahan di dalam tempoh 45 hari sangat menyeksa hati ini. Hanya doa yang mampu saya iringkan untuknya kerana saya tahu, dia anak yang kuat.
.
Berpantang? Tiada di dalam diari saya sepanjang tempoh 40 hari itu kerana seringnya, saya mengulangi melawat Rayyan Ariff di NICU berselang hari. Mujur ada adik saya yang menjadi pemandu tidak rasmi saya. Dan setia melayan kerenah kakaknya yang satu iti. Hubby juga tidak jemu melawat Rayyan Ariff setiap hari, untuk memberikan semangat untuknya.
.
Memang kami pernah dimaklumkan agar bersedia kerana Rayyan Ariff mungkin tidak akan dapat melihat, mendengar, bergerak dan berfikir disebabkan oleh kerosakan otak yang teruk. Namun pernyataan 'bersedia' tidak akan sama apabila kita berada di dalamm situasi itu.
.
Itulah saat kejatuhan saya yang paling dalam. Saat paling menyakitkan. Saat di mana doktor menyatakan Rayyan Ariff tidak bisa mendengar dan melihat. Hubby juga menyatakan kekecewaan yang mendalam apabila 'teman'nya untuk menonton perlawanan bola sepak nanti tidak mampu untuk berbuat demikian.
.
Setiap kali terdengar laungan azan, menyelinap rasa syahdu di hati saya kerana Rayyan Ariff pastinya tidak akan mampu mendengar kelunakkan alunan memuji Allah itu. Dan setiap yang ada di alam ini juga, tidak mampu untuk dia nikmati. Langit yang membiru.. Awan yang memutih, tidak akan dapat dikecapinya.
.
Namun kami tidak mengambil masa yang lama untuk kembali berdiri. Kerana seburuk manapun dia, dia adalah darah daging kami. Sebagaimana kami pernah membuat keputusan untuk tidak menggugurkan dia sewaktu dia masih di dalam kandungan, samalah juga keadaannya sekarang. Tiada istilah mengalah atau kecewa yang harus kami pegang. Kerana kehadirannya adalah satu kelahiran yang dinanti-nantikan!
.My superkid; Teman ayah menonton TV.. :P
.
Pengalaman mengandung, melahirkan, mendidik dan membesarkan Rayyan Ariff adalah sangat berharga buat kami. Terima kasih tuhan kerana memberikan kami peluang yang tidak semua orang dapat merasakannya.. Semoga Rayyan Ariff tidak akan berhenti mengejutkan kita semua dengan pencapaiannya.. Aminnnnn..

18 comments:

eiNa said...

Ian, happy besday.. sungguh sy kagum dengan semangat ian n jiey!!
hugs n kisses for Rayyan Ariff =)

Papa, Mama & Azra said...

touching...sob sob...

Alhamdulillah Ian dapat sampai tahap ini. Semoga terus pulih yer sayang!

Nadiah Sidek said...

"Semoga Rayyan Ariff tidak akan berhenti mengejutkan kita semua dengan pencapaiannya.."

ameen..

CikNon said...

comel nyaaaa ... happy Birthday Rayyan hadir kamu bahagiakan ibu n ayah ... kamu istimewa untuk ibu dan ayah yang amat istimewa ...

Jiey, maaf kalau akak bertanya, apa khabar Alanna yea ... ada jiey tanya khabar mereka ...? Akak doakan Alanna kuat sama cama Rayyan .. hanya Allah penyembuh segala, semoga Allah berikan nikmat sihat pada Alanna.

Jiey^Mien said...

Eina:
Thanks for the support dear!! *hugs*

**************************************************************************

Dong:
Alhamdulillah.. Nikmat yang paling besar.. =)

***************************************************************************

Nadiah:
Thanks for the prayer dear!! *hugs*

****************************************************************************************

CikNon:
Terima kasih di ats sokongan akak.. Really appreciate it! =)

Alanna, keadaan dia turun naik kak.. According to some of the medical practitioners yang 'tgk' dia, her condition is not too good. Jiey tau ni pun from update yg daddy dia bagi..
We just keep on praying for her health yea kak.. =)

Drama Mama said...

sebak baca nih. alhamdulillah..ian adalah kurnian Allah untuk keluarga Jiey. Pray for u giys insyaAllah.

http://twinkywinkystars.blogpsot.com

Intan and The Boys said...

Ian...auntie sangat kagum dengan kamu tau!

dan jiey, kite sungguh admire semangat kamu.

Marsha~ said...

sangat sayu dan terharu.... kamu ibu paling kuat yg pernah saya kenal Jiey!! :)

Jiji said...

Nikmat Allah tu bermacam rupa, kadang musibah yang kita sangka sebenarnya nikmat yg tak terhingga pada kita...

kasihibu said...

Terpaku seketika membaca en3 nih
sungguh banyak dugaan
selamat hari lahir Rayyan Ariff

Rizziela said...

Doc hanya mampu meramal..kuasa ALLAH penentu segalanya..

Semoga Rayyan akan terus membesar dengan sihat & sempurna...banyak perubahan dalam hidup Rayyan..semoga Rayyan dapat memberi kebahagian kepada mama & papanya

A.I said...

(^_^)

Rayyan adalah anak yg TERBAIK!!!

mamaelly said...

jiey...sorry..membaca cerita tentang rayyan betul2 mengingatkan saat elly melahirkan arwah anak2 kembar elly tu...dari saat elly kat labour room..kat nicu..melihat anak sekecil itu berperang dengan perasaan sakit dengan wayar berselirat di badan..ermm alhamdulillah rayyan sangat kuat...

arwah anak2 elly mgkn sudah Tuhan takdirkan hanya dipinjamkan sementara selama 6 bulan dalam perut...

tak ape la..sekurang2nya elly bersyukur sebab pernah merasai pengalaman mengandungkan anak kembar kan.dan alhamdulillah Tuhan sudah memulangkan semula perasaan itu..elly ngah tunggu hari nak melahirkan anak ke 3 elly nie jiey...insya Allah semoga Allah permudahkan segalanya kan..

kiss utk rayyan...sangat encem ok itu boboy

Kakmim said...

puan adalah seorang ibu yg tabah dan cekal... bersabarlah atas dugaanNYA ini... rayyan sgt comel... at the 1st time sy ke sini sy xtau pun yg rayyan ni sakit...

cik puan akish said...

sgt sedih bace entry kakak neh..tp apepon...kakak mmg sorang ibu yg sgt2 kuat & tabah...dan ryyan sgt cute...

Ms. Fiena said...

omaigod. saye dah nanges bace entry ni

Unknown said...

Salam Puan...sy terbaca n3 puan,sy sgt terharu dan kagum dgn semangat yg ada pada puan...kalau syla..x kuat rasanya nk hadapi semua nie...sy doakan adik rayyan arif pun kuat dan cepat² sembuh...

Luna Khasyaf said...

there are tears in my eyes while reading this.. be strong! May Allah Bless u n ur family..