Saturday, June 5, 2010

Andai mahu disimpulkan segala kekuatan, semangat juang yang tinggi dan hati yang waja menjadi satu perkataan..

Maka jawapan yang akan saya berikan adalah; Alanna!
.
Petang tadi, saya berkesempatan ke rumah Alanna. Walaupun tidak lama, cukuplah sekadar mengubat rasa yang terbuku di hati. Beberapi kali saya menahan batuk. Hampir sahaja niat ke rumah Alanna terhenti tatkala saya hampir muntah di dalam kereta.
.
Namun jodoh kami masih panjang. Sempat bersua muka walaupun Alanna tenggelam di dalam lena yang dalam.
.
Wajah itu cukup tenang.. Bagaikan sedang bermimpikan sesuatu yang indah.. Tidak tergambar lagi kesakitan pada wajahnya. Tiada lagi bunyinya mengerang kesakitan. Tiada lagi tarikan nafas yang dalam. Hanya tidur yang tenang. Sesekali, dia membuka matanya dan mengangkat tangannya.
.
Sedari mesin sokongan hayat dihentikan pada jam 10.00am dan Alanna dibawa pulang ke rumah, dia masih lagi bertahan. Kerna itu saya memandang tinggi kepada semangat juangnya. Tidak mudah mengaku kalah. Owh Alanna Qish!
.
Saya asyik menyaksikan lembut tangan Ayu dan Syarul membasahkan badan Alanna. Mengelap setiap ruang dengan teliti dan penuh kasih sayang. Momen itu terakam indah di dalam kotak memori ini. Sungguh hati ini teringin sekali merakamkan detik itu agar dapat diabadikan untuk selamanya. Namun tangan saya kaku untuk mencapai kamera. Minda ini begitu asyik mencerna momen yang indah itu. Lambang kasih sayang sejati seorang ibu dan ayah.. Sesekali, Nadime datang merebut botol bedak dari tangan mummy nya.
.
Saya tidak lama di sana. Saya juga tidak berkesempatan memeluk Alanna Qish. Kerana bimbang batuk yang masih menggila ini singgah ditubuh kecilnya. Saya tinggalkan kediaman Alanna dengan rasa berbaur-baur.
.
Dan sebentar tadi, saya menerima panggilan telefon daripada Ina, ibu Nabila. Dengan esakan tangis, dia membawa perkhabaran duka.. Bahawa Alanna Qish telah kembali ke rahmatullah..
.
Innalillahiwainnailaihirojiun..
.
Sebahagian dari petikan surah An-Nisaa ayat 78:-
ertinya : Di mana saja kamu berada, kematian akan mendapatkan kamu, kendatipun kamu di dalam benteng yang tinggi lagi kukuh..

Bersemadilah kamu dengan tenang di akhirat yang abadi wahai puteri yang bersemangat waja!

Al-Fatihah.
Alanna Qish Binti Syarulniza
24 Ogos 2009 - 5 Jun 2010

9 comments:

Dong, Dia & Azra said...

Turut bersedih.

Al-fatihah buat arwah.

nisa said...

Innalillahiwainnailaihirojiun...al-fatihah.

rozana said...

salam ziarah,
al-fatihah buat alanna..
Allah lebih menyayanginya.

puterikurekure said...

Takziah buat keluarga arwah Alanna Qish.

biarpun kita tak kenal keluarga ni, tapi kita ikut perkembangan Alanna dari jauh. sedih sangat rasa hati ni sampaikan laju airmata ni keluar. Jiey, minta sampaikan salam takziah kita ye.

Yang pasti, arwah Alanna gembira di alam sana. =)

m@y said...

Innalillah..al-fatihah utk arwah bb alanna.x tergambar kesedihan & redha hati ibunya melepaskan alanna.semoga dia tenang disana :(

Asz said...

Innalillahwainnalillahirojiun ... sejak saya tau ttg keadaan Alanna ... saya x sabar nk tau perkembangannyer ... kejap2 saya check blog ina & jiey utk tau update terbaru ...sebaknyer saya jiey ... x berhenti mengalir airmata ini ... saya pasti mmg pedih & berat buat ayu & family ... tp mungkin ini adalah terbaik buat semua ...Allah maha mengetahui ... sob sob sob :'((

alyyani said...

innalillahhiwainnailaihirajiun... al-fatihah untuk arwah dan takziah untuk arwah sekeluarga. aku sedih jiey, korang yang rapat lagi la. sampaikan salam untuk ayu & syahrul ye :((

Puteri Nuur At-Terawis said...

jiey, tiada kata yang dapat menggambarkan apa yang Alanna tanggung. sedihnya..

arin said...

al fatihah untuk arwah.
saya mengikuti cerita alanna ini melalui blog jiey.