Monday, June 14, 2010

Rasa yang bercambah kebelakangan ini..

Rayyan Ariff.. Apa perkara terbaru yang dicapainya? Banyak. It could be minor to others but we happily celebrate every little things that he managed to do..
. Putting on his socks..
.
Now, Rayyan Ariff can take his pants off by himself. Comel. Untuk memakainya kembali, kami hanya menunjukkan seluar tersebut dan dia akan memasukkan kakinya ke dalam. Same goes to socks and shoes. Tunjukkan stokin atau kasut dan dia akan mengangkat kakinya untuk dimasukkan ke dalam tempat yang sepatutnya..
.
Dan setiap kali kami menanggalkan pakaiannya atau pun menunjukkan tuala mandi kepadanya, dia akan berkata, "Aiiirrr.." Which means, Air = bilik air.
.
Tentang makan sendiri, he managed to coordinate his hands better. Untuk hearing aid, he doesnt show so much rejection any more. In fact, bila kami pakaikan alat itu kepadanya, dia akan membuat bunyi-bunyian bernada sebagai tanda menguji keberkesanan alat itu. Very cute! InsyaAllah kalau ada kesempatan saya akan cuba rakamkan.
.
Sekarang ini, dia punya kecenderungan untuk meniru bunyi-bunyian yang didengarinya. Bukan sebutan yang jelas tapi dengan cara membuat nada yang sama. Honestly, with continous stimulation, effort, and more usage of hearing aid, I know he can talk well. Tapi itu la.. Segalanya terhad pada malam hari atau pun hujung minggu sahaja.
.
Masa yang sangat terhad. Hendak harapkan bibik? I wish I could. Hearing aid tu kalau tersalah pasang, boleh menyebabkan bunyi berdengung yang menyakitkan. Kalau dah sakit, he will reject it. Rayyan Ariff bukannya bodoh.
.
Most of the time, Rayyan Ariff is a very sweet boy. So far, sesiapa yang meminta ciuman darinya, dia tidak lokek. Tapi seperti anak-anak lain, ada waktunya dia memberontak dan memberikan tamparan kecil sebagai ganti ciuman. =P
.
Dia anak manja mama. Tiap kali ayah meminta ciuman darinya atau pun memberikan ciuman kepadanya, dia akan memandang mama dengan senyuman manja seakan-akan memohon kebenaran.
.
Gelagatnya sama sahaja dengan anak-anak lain. Walaupun ada delay, but we know that he's getting somewhere.
.
Kenapa tiba-tiba sahaja saya membicarakan soal ini? Kerana sesuatu sebab. Sebab yang sama yang membuatkan saya agak malas untuk menaip di blog ini. Perasaan yang bercambah ketika ini adalah mahu membiarkan blog ini suram tanpa sebarang entri.
.
Seorang teman, akan ada bersama temannya bukan hanya apabila dia berkeperluan. Setelah beberapa lama menyepi walaupun mengetahui ada sesuatu yang berlaku, kamu kembali. Bertanya itu dan ini. Soalan yang sepatutnya kamu ajukan lama waktu dahulu. Semenjak dari tahun 2008. Sekarang, kamu mengutarakan persoalan itu kerana kamu rasa kamu perlu tahu. Kerana sekarang ianya signifikan dengan keadaan kamu yang kononnya sebagai langkah berjaga-jaga.
.
Saya bukan kedekut ilmu. Tidak pernah terlintas untuk semua itu. Sudah seringnya saya berkongsi dengan ramai orang, namun pendekatan kamu langsung tidak sesuai.
.
Terima kasih kerana singgah di sini.

15 comments:

mas said...

sabar ye jiey...

Ibu Akidd said...

see!!! ian ibu nih pandai!!! yeayyyyy!!!! i think dier lagi pandai jiey.. my niece dah masuk tadika nih baru reti nak pakai baju sendrik okay!!!

nisa said...

Kenape ni kak Jiey?Macam orang kecik hati jer bunyinye..

Mayyonnizz said...

sama-sama...heheh... senyum sikit..:P

A.I said...

Nape ni Jiey? mmg dlm dunia ni ada 'kawan' yg mcm tu. yg sepatutnya menjaga hati kita.ini tidak, saje nk menambahkan pedih.. :(

-sronok tengok budak encem tu (^_^) cerdik! bila nk jumpa ngan auntie sengal ni cayunk?

orangorang said...

tahiniah atas semua pencapaian rayyan. tumpang gembira utk kak jiey.

Rizziela said...

Cutenya Rayyan...
dah pandai nak pakai kasut sendiri ek? cepat-cepat jalan yer sayang

Kauthar said...

membaca kisah ian..teringin sekali nak berjumpa dengan si comel rayyan itu..semoga suatu hari akan dipertemukan jua, insyaAllah :)

shaliza said...

Salam,
biarkan mereka yang selalu taken advantage, blog ini bnyk beri inspirasi khasnya untuk saya.
Saya suka dengan setiap achievement yang Rayyan tunjuk,bangga sebenarnya. Awak telah ubah persepsi ramai org terhadap anak2 kita yang istimewa-terlalu istimewa:-)

Pnut said...

akak senyum-senyum baca part Ian lps pakai hearing aid dia, bila dia buat bunyi-bunyi macam tengah test alat tu..
holaaaa mesti comei....

puterikurekure said...

aa.... dah banyak perkembanagn Ian ni. kita suka sangat!
:)

go Ian go!

Jiji said...

Jiey macam aku paham apa yg cuba di sampaikan..

Asz said...

clap! clap! well done Rayyan ... am so proud of u darling... and kudos to u & ur hubby coz x pernah jemu membantu Rayyan ... hope to see more from Rayyan ... take care all of u!

tina said...

Sama2..
Saya tak jemu membaca entry dlm blog ni, malah bg saya semangat sbb anak saya pun premature jugak.. teruskan berkongsi ilmu dn pengalaman...

misz_nierah said...

kak,nanti rakam la bila Ian nak pakai stokin or seluar nanti. kompem kiut ^_^