Friday, June 11, 2010

Semenjak pemergian sang puteri..

Hati ini benar-benar teringatkan Ayu, mummy Alanna..
Andai mahu seringnya bertanya khabar, bimbang pula akan mengganggu..
Sesekali SMS dihantar tanda dirinya sentiasa di dalam ingatan..
.
Dan semalam, kami dapat bersua muka..
Tidak lama kerana saya hanya berkejar ke Kota Damansara dari pejabat sewaktu rehat tengahari..
Alhamdulillah, sahabat saya ini kuat orangnya..
Riak yang tabah dan manis bila berbicara tentang kenangan bersama sang puteri..
.
Dan dia juga, kelihatan lebih manis dengan tudung yang melitupi kepalanya..
Satu penghijarahan katanya..
Syukur kepada yang maha esa..
.
Dan saya sendiri, malu untuk kelihatan lemah di hadapannya..
Kerana saya juga mahu menunjukkan semangat juang yang sama..
=)

7 comments:

My Life My Journey.. said...

Jiey,
Terima kasih krn menemukan saya dgn adik Alanna Qish yg sungguh istimewa. Dulu, ada teman mengkabarkan blog Fajar, ayah kepada Anakanda Amir Yusuf yg juga penghuni syurga. Alhamdulillah dpt kami bertemu muka ketika ke Scotland baru2 ni, kini menjadi rakan baik di sini.. Kisah Alanna amat menyentuh hati..

Fa Yahya

nisa said...

Alhamdulillah, allah telah memberi kekuatan kepada kak Ayu..smoga kekuatan dan ketabahan terus ada untuk kak ayu dan juga kak jiey..

mas said...

slm jiey...

sayu rasanya membayangkn situasi kalian saat itu...
mmg mas juga harus rs malu dgn lemahnya jiwa mas ini seandainya menangisi pemergian bidadari2 syurga kami...

adex-aieda said...

jiey...ayu mmg seorang sahabat yg cekal....walaupon sesekali airmata jatuh...tp dia tetap tenang,..masih boleh senyum & ketawa...menutupi rasa sedeh dlm hatinyer...
tp..dlm hati...hanya dia & Tuhan saje yg tau,.....

untung jiey ada kesempatan melawat ayu..adex belom punya waktu nak melawat dia....

Eray Majid said...

alhamdulillah...penghijrahan yang baik
alanna telah mengajar kita semua tentang sesuatu

Kauthar said...

Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya...kagum dengan ketabahan ayu..semoga saya juga akan menjadi seorang ibu yang sekuat ayu dan jiey :)

wanie_kashfi said...

al-fatihah untuk alanna...pasti alanna akan tersenyum menanti keluarganya di pintu syurga...

p/s : tak sanggup nak lawat blog mummy alanna...bimbang tak terkawal esakan