Friday, July 23, 2010

Apa lagi yang perlu seorang ibu lakukan untuk anaknya?

Rayyan Ariff, satu nama yang menggambarkan selautan kegembiraan dalam hidup kami. Semangatnya kuat, seteguh karang! Dia melangkaui segala sesuatu yang diramalkan ke atasnya.. Dia bekerja keras untuk segalanya yang ada padanya..
.
Perjuangannya bermula sedari dia masih di dalam kandungan lagi.. Dan dia meneruskannya sebaik sahaja dia dilahirkan. Sedari awal kehidupan, dia merasai kesakitan demi kesakitan.. Dia melalui kepayahan demi kepayahan.. Pernah, jiwa ini menyesal melahirkan dia.. Bukan kerna tidak menerima kekurangannya, namun hati ini terasa berdosa kerana meletakkan dia di dalam kesusahan ini..
..
Namun semangatnya yang kental melenyapkan rasa itu.. Jika dia mahu hidup, biarlah dia hidup dengan izinNya.. Biarlah walau mereka sepakat meramalkan bahawa umurnya tidak akan melepasi tempoh 3 hari sekalipun.. Dia sudah berjanji dengan tuhannya..
.
Rayyan Ariff.. Satu demi satu pembedahan dilaluinya di saat dia masih tidak tahu satu apa pun.. Kesakitan bagaikan sebati dengannya.. Dan kini, setiap kali matanya singgah pada parut pembedahan di perut, jemari kecilnya tidak berhenti menguis.. Matanya berkerut seakan memikirkan apakah itu..
.
Fisioterapi adalah sesuatu yang biasa baginya.. Dia tidak menangis mahupun mengeluh.. Di saat anak seusianya enak beradu tidak tentu waktu, tidurnya terganggu apabila dia harus mengikut jadual yang ditetapkan. Dia perlu bertemu ramai doktor untuk melengkapkan senarai temujanji. Dia perlu menghadiri banyak terapi untuk dia menjadi 'sempurna'..
..
Sudah banyak kali dia terlena sewaktu di dalam kereta menuju ke hospital. Sudah banyak kali juga lenanya dikejut kerana sudah sampai waktunya untuk dia 'bersenam'.. Namun dia terus mengeluh apalagi memberontak..
.
Ujian demi ujian dilakukan ke atasnya untuk mencari satu kepastian, untuk menemukan jawapan:

.
Namun dia tetap teguh berdiri:

Walau ada waktunya dia perlu dipujuk untuk terus meneroka, kami mengerti kerna dia hanyalah anak kecil:

.
Kerna yang paling penting, dia tidak pernah mengalah, tidak pernah berhenti mencuba untuk menjadi lebih baik:

.
Tubuh kecil yang kental ini benar-benar menyuntik semangat kami agar jangan mengalah. Dan kami juga mahu dia terus bersifat begitu.. Tidak sesekali mengalah! Kami sangat-sangat beryukur dengan pencapaiannya pada hari ini.
.
Namun kami seringnya terlupa, bahawa dia juga punya fasa kehidupan.. Dan saat ini, dia berada di dalam fasa lebih kepada 'bermain' dan 'bermalas-malasan'..
.
Dia sudah kurang inisiatif untuk memajukan diri. Sebagai contoh, dia tahu merangkak, namun dia tidak punya inisiatif untuk melakukannya.. Dan lagi, dia tahu berjalan dan mengatur langkah, namun dia tidak punya inisiatif untuk melakukannya sendiri. Saya tahu mungkin ianya susah dan menakutkan untuknya, namun saya kecewa apabila dia banyak bermain daripada mencuba!
.
Lihatlah wajah nakalnya!!
.
Siang tadi, kami ke sesi fisioterapi seperti lazimnya. Sewaktu Sarjit mahukan dia memanjat badan saya, dia mencuba.. Dan apabila merasakan kepayahannya, dia berhenti dan berpaling pada Sarjit. Dengan senyuman manja, dia mendepakan tangan tanda memujuk Sarjit untuk mengangkatnya.. Itu tidak dikira lagi dengan beberapa kali Sarjit cuba membuat dia merangkak dan dia sewenang-wenangnya bertukar ke posisi duduk sambil ketawa.. Sudah saya katakan dia semakin berakal!
.
Dirumah juga tidak terkecuali. Di kala bibik baru mengangkat tangan sebagai amaran untuk memukul sekiranya dia terus bersikap nakal, tangan kecilnya sudah terlebih dahulu singgah di badan bibik sambil mulutnya melepas keluhan marah. Kemahuannya jangan dihalang kalau tidak mahu amukannya meletus..
.
Aduhhh.. Apa lagi yang perlu saya lakukan untuk mendapatkan Rayyan Ariff yang sangat patuh seperti dahulu. Rayyan Ariff yang ini, kalau saya meninggikan suara, dia akan memberikan senyuman memujuk beserta ciuman untuk menyejukkan hati.. Kalau Sarjit sahaja sudah cair dengan 'lakonannya', apa lagi saya!
.
Perlukah saya lebih tegas dengannya? Apa lagi yang perlu saya lakukan untuk menyatakan padanya bahawa diri ini terlalu ingin untuk melihat dia berjalan dan mendengar dia bercakap. Tidak, saya tidak berniat memaksa kerna saya sudah sangat beryukur dengan pencapaiannya. Namun saya bercakap berdasarkan pemerhatian.. Bukan hanya saya, malahan seperti yang diungkap Sarjit tadi, "We know that he's doing good, but we also know that he can do better!"
.
Aahhh anak.. Kami tahu kamu mampu.. Kerna itu kami berikan sasaran kepadamu.. Namun kamu, perlahan-lahan berpaling dari sasaran itu.. Nak, kembalilah dengan semangatmu yang kental.. Mama hilang punca nak.. Sungguh!

17 comments:

Min said...

sabarlah wahai ibu ian... usaha dan doa adalah asam garam mereka yang berjuang... anak2 ini sgt kuat sebenarnya, kita juga sbg ibu mereka perlu kuat ok!

nisa said...

Kak Jiey, jangan paksa kalau rayyan tak nak lakukannya, seperti mengatur langkah untuk berjalan...tp cuba lakukan aktiviti sekerap mungkin dalam sehari seperti bermain dgnnya..sesuatu permainan yg mendorongnya utk mengatur langkah, tak pun kita cuba bantu dia utk mengatur langkah, mcm baby saya, malas betul dulu nak meniarap, tapi setiap pagi sebelum pergi kerja saya akan golek2 kt badan dia...lama2 baby saya buat sendiri, dan skrg sy sdg latih baby saya berdiri pulak...kita sama2 berusaha yg terbaik utk baby kita ya...selamat berusaha kak Jiey

Anonymous said...

sabar mama Ian..
pernah dlu Jie katakan ian sperti bayi 8 bln..ye betul bgitu la tingkah baby 8 bulan..seperti Luna, da malas mrangkak, da malas tepuk tangan sperti slalunya..
marah bl dminta buat ini or itu..ikut sja mahunya..bl perlu tepuk tangan..bla perlu tepuk meja..jika dbantah, marahnya mmuncak..
sabar karenah anak,sukar dduga :)

wanie_kashfi said...

Bijok sungguh ank teruna awk ni...biaso la jiey, ibu mano2 pun meme akn raso gitu kalu ank 'malas', izzat pun tok jale2 lagi, kalu oghe pimpin, dio duduk, tapi sebenarnyo buleh doh diri balance, cumo bilo sedar dio tok gantung ko gapo2 terus duduk...hmmm

wuzz_in said...

Maybe Ian nak rehat2 sambil bermanja2 kot..biasalah anak2 ni..Anak saya pon masa kecik dulu, dah tau sumthing, terus tak mau buat.Kekadang kita plak yg lebih teruja berbanding dia.hihi..Insyaallah nanti ok lah tu.. :p

cik puan akish said...

sis sabo yah...budak membeso mmg nakal sket...same cm anak me juge..:)

Anonymous said...

hi Jiey,

akak is one of ur silent reader but dunno why after reading this post, i am so eager to post a comment.
anyway, rayyan is a very brave and strong boy. just enjoy every moment and don press him too much... :)

Kak Siti

ICAZIESYIRA said...

punya anak istimewa, buat sifat sabar kita meningkat! saya punya anak sulong yang normal dan dia telah "immune" dengan cubit marah dari mama dan papa sebagai pengajaran di atas kesilapan yang telah dia lakukan.

Walaubagaimanapun, Ayesha mengajar kami erti sabar. Dan dia juga mampu membuat kami tersenyum tatkala hati memang geram dengan apa yang telah dia lakukan! Itu sebenarnya kelebihan nikmat yang ALlah turunkan pada anak istimewa seperti Ayesha dan Rayyan...

Cool said...

semangat semangat jiey!!
ni kasi idea.. pertama mungkin rayyan dah bosan dengan persekitaran dia....


cuba jiji bawak dia ke taman.. bentang tikar.. buat sesi terapi kat situ?

Naimatul Hafizah Nor Rodin said...

tiap kali singgah blog jiey ni, saya punya kekuatan utk terus berusaha demi sofie.
ian mmg anak yg kental

Kauthar said...

semoga ian terus kuat semangat! Jiey, jangan putus asa ya..kami sekeluarga mendoakan dari kejauhan..

Unknown said...

Ian macam anak-anak lain juga, dia tahu nak buat sesuatu, tapi dia takmo tunjuk/buat. Nampaknya ibu nya lah kena lebihkan effort :)

adianiez AIDA said...

hmmm, apa yg bleh aida komen krn aida juga spt jiey. dia ok, but kita nak lebih dari tu. moreover, setiap saat bersama adalah penting. setiap saat dlm kehidupan ni penting. may be jiey bleh beri pendorong like present ke, food yg dia suka ker, so that dia terpengaruh utk kembali spt dulu. ntah ntah ada something dia nak, tapi tak dpt tak ???

ian so chumel. nampak nakal dlm gambar tu. hi hi...

Mamapinkie said...

Don't give up Jiey! Memang sebagai ibu kita nak anak kita yang special nie tu progress even more kan but sometimes it really does takes time for them and yes, they do go thru their phases tapi Jiey jangan give up kay! Pencapaian Rayyan is a real miracle for me, after what he has gone thru before birth and after birth, he is a true fighter and he will always be ;) Maybe Jiey kena ubah approach nak pujuk dia, sometimes ngan Ridhwan pun dah besar nie akak kena approcah lain sikit cause dah makin besar and makin pandai, hehee...anyway, way to go Rayyan! Mama don't give up kay, so Rayyan also won't give up!!

ibu wawa said...

sabarlah Jiey Mien. akak faham perasaanMU dik.

setiap insan mahukan yang terbaik buat anak2 mereka.

apa yang berlaku menambahkan lagi ketabahan dan kasih sayang yang erat antara Jiey Mien sekeluarga.

insyaAllah kesabaranMU di balas syurga kelak.

Tutup Blog said...

sorry... sy b'BW terjumper blog ni.. sayu hati n sy respect kat awak.. awak sangat tabah... sy doakan sumer yg terbaik untuk awak sekeluarga... will follow u=)

Aisya said...

Don't give up jie..saya juga ada anak istimewa mcm Rayyan.Aisya juga masih menjalani sesi carakerja, fisioterapi, terapi pertuturan dan sebagainya.kita kena kuat supaya anak kita kuat!(walaupun dalam hati selalu menangis)
jgn terlalu memaksa mereka tp jgn lgsg xstimulate mereka..lakukan perlahan-lahan.insyaallah mereka akan dapat melakukannya.