Alhamdulillah, untuk kesekian kalinya, keluarga superkids kami dapat berkumpul pada malam minggu yang lalu..
Walau tidak lama, cukup untuk melepaskan rindu dan bertanya khabar..Dan pada pertemuan ini juga, kami menyaksikan air mata kerinduan pada seorang teman..
Air mata kehibaan..
Air mata tanda kehilangan..
Dan hati ini terasa kepiluannya..
Namun tiada apa yang dapat kami lakukan..
"Ayu dah tak ada anak.." Luahnya berserta tangisan kecil..
"Ini ada anak ni.." Serentak saya dan Ita memegang Nadime.
Walau kata kami bersatu, namun kami tahu maksud sebenar kata-kata Ayu..
Bagaimana getaran yang hadir di jiwanya di saat dia memangku Alisya..
Bagaimana hebatnya dia cuba melampias rindunya pada arwah Alanna..
Saat itu, walau tangan ini masih menyuap Rayyan Ariff yang sedang berada di ribaan,
mata ini meliar memandang Zura yang memangku Habib..
mata ini sesekali berpaling pada Ida yang sedang memangku Aiman..
Kami mengerti bahawa Ayu terlalu rindukan Alanna..
Yang sudah tiada untuk dipangku..
Yang sudah tiada untuk dipegang..
Dan Nadime, bagaikan mengerti gelodak di hati mummy..
"Daddy, mummy nangis.." Sungguh Nadime kelihatan matang walau usianya baru dua tahun lebih..
Mungkin pengalaman 'mendewasakan' anak kecil itu..
Saya sebenarnya tewas pada saat dan waktu itu..
Air mata masih bergenang tatkala menaip entri ini..
Kerana terbayang mata Ayu yang berair..
Kerana terbayang sinar mata Syarul tatkala mendengar ayat Nadime..
Sakit dan perit yang tak terperi..
Teman, andai sahaja diri ini punya kuasa untuk mengembalikan segalanya..
Andai sahaja..
Kalau sahaja hati ini ada ruang kosong setelah pemergian itu, apa lagi hatimu..
Kalau sahaja air mata ini tumpah apabila teringatkan perpisahan itu, apa lagi air matamu..
Satu kehilangan, yang sangat menyakitkan..
Namun dia kini tenang di sana..
Sementara menanti untuk bertemu mummy, daddy dan abgnya..
Al-Fatihah..
Alanna Qish Binti Syarulniza
24/8/2009-5/6.2009
Ayu, Syarul & Nadime, tiada sesiapa yang dapat menggantikan tempat Alanna Qish kerna dia terlalu istimewa.. Namun sudilah kiranya kalian terus melimpahkan kasih yang ada kepada Rayyan Ariff, Yasmin Nabilah, Megat Idris, Habib Azfar, Alisya Qaireen, Ammar Nazheef, Muhammad Irfan dan anak-anak yang seistimewa mereka.. Peluklah mereka semahumu kerna walaupun ianya tidak bisa menghilangkan rindumu pada Alanna, namun biarlah ianya menjadi sandaran walau seketika cuma..
.
.
"Dalam tahajjud cinta bersujud.."
16 comments:
sedih :( bergenang juga air mata ni. bcz i know rasa kehilangan anak yg disayangi. apatah lagi mommy n daddy alanna yg sempat spent masa a few months dgn alanna. alanna lahir 2 hari je beza dgn ihsan. now i tgh suap roti kt ihsan n looking at him, i can't imagine mcm mana la kalau tetiba dia xde... btw hanya masa dpt mengubati rasa kehilangan tu. moga mommy n daddy alanna akan sentiasa sabar n tabah slalu.
Ina:
I've tried to do the same!!
Cuba bayangkan ketiadaan Rayyan dgn brg yang penuh satu rumah..
Jumperoo dia, baby cot dia, children's bed dia, high chair dia.. rocker dia..
Ya Allah.. Sakitnya..
=(
mujur ayu ada korang kan. aku tak sekuat dia dan korang kot. :(
Jiey ni pandai menulis la...
berbunga-bunga ayat, terasa macam baca novel je...
meruntun jiwa baca coretan jiey...
sebak
Jiey,seandainya berjumpa dengan family ayu lagi, sampaikan salam saya untuknya.....terasa cam nak jumpa superkids faily ni...lin nak jadi sebahagian dari family u oll...bolehkan?walaupun lin tak dapat membantu banyak tapi lin nak jadi penyokong kuat superkids family.....
Al-fatihah untuk adik alanna yang tersayang......
sungguh perasaan itu akan hadir dlm setiap insan bergelar ibu-->takut untuk kehilangan anak yang dikandung...tapi Allah menetukan segalanya...moga ayu& syahrul tetap tabah menghadapinya.
Jiey ni pandai menulis la...
berbunga-bunga ayat, terasa macam baca novel je...
meruntun jiwa baca coretan jiey...
sebak
Jiey,seandainya berjumpa dengan family ayu lagi, sampaikan salam saya untuknya.....terasa cam nak jumpa superkids faily ni...lin nak jadi sebahagian dari family u oll...bolehkan?walaupun lin tak dapat membantu banyak tapi lin nak jadi penyokong kuat superkids family.....
Al-fatihah untuk adik alanna yang tersayang......
jiey.....
sedehnyer....al-fatihah
kami pun rindu pada alanna... ayu apetah lagi.... :(
gugur air mata membaca entry ni..hati ini pon terusik lagi la insan yg menghadapinya.
Semoga tabah...
Aduh..mmg sayu bila lihatkan wajah ayu yang sedih teringatkan alanna.
Dear ayu..kami tetap bersamamu..pelukalah anak kami andai kamu rindu pada Alanna. Kami juga amat rindukan dia.. :(
Jiey..sori yek tak dapat datang..mmg nak sgt dtg..tapi klu tak sihat tak seronok gak keluar..huhu..rindu betul kat Ian comel..rindu betul ibu nak peluk dia..huhu..
manakah bisa hati bila saat berkumpul beramai-ramai, tetiba ada yangtak lengkap..memang sakit rasanya mama ian, sakit sangat..dan insyallah lambat laun, mummy alanna akan menjadi mummy yg sangat kuat..
dimanalah kekuatan..
seorang teman sms akak slps bertanya kabar tentang mata fatimah (dia kehilangan satu2nya adopted child ~HIV):
"sabarlah, awak berdua cuma kehilangan satu mata, kami berdua hilang semuanya. bayang pun tiada yg tinggal untuk kami. kuat dan bersyukurlah"
hilangnya separuh dr nyawa dan badan, ayu sudah terlalu kuat untuk berada di tahap itu.moga tuhan terus merahmati keluarga ayu dgn ketabahan.
hati seorg ibu tersentap melihat gambar rayyan yg berbirat wayar..ya allah,lindungilah anak2 ini..panjangkanlah umur mereka,kembalikanlah kesihatan mereka.smg kasih-syg & rahmatMU berpanjangan hendaknya..amin
Saat menaip comment nih..airmata dah merembes keluar.Ya Allah, Kau kuatkanlah ibu2 yang mempunyai anak istimewa seperti kami.Kenapalah saya lambat mengenali jie dan kawan2 yg lain.saya juga nak jadi sebahagian dari family u all blh?Kepada ayu; semoga terus kuat!
Post a Comment