First thing first, buat teman yang meminta untuk melihat keseluruhan rekabentuk pelamin, here it is.. It's very simple because the groom prefers it to be that way.. It fact, he designed it himself.. =)
.
Sebelum ketibaan rombongan pengantin perempuan..
.
Ni plak, pengantin yang dok risau coz bini dia tak sampai2.. Siap tunggu depan rumah kau.. Muahahhaha..
Ok, back to the main topic..
=)
.
Bila sahaja kita berpeluang berkumpul dengan sanak-saudara yang jarang sekali dapat bersua muka, tentunya masing-masing tidak akan melepaskan peluang bertanya khabar dan bercerita tentang perkembangan terbaru. Begitulah pada majlis perkahwinan ini. Sama juga seperti hari raya.
.
“Anak dah berapa?”
“Yang ni dah berapa tahun umur?”“Bila nak menambah?”
Dan sebagainya.

Saya juga tidak terkecuali daripada menerima soalan yang sama. Cuma pastinya ada soalan-soalan tambahan kerana sedia maklum, jalanan hidup kami bukanlah likuan yang biasa.

Kepada yang ‘mengenali’ siapa Rayyan Ariff sedari awal kelahirannya, persoalan-persoalan seperti “Eh, masih belum berjalan”.. “Masih belum boleh bercakap?” tidak akan timbul kerana apa yang sering mereka ungkapkan ialah, “Alhamdulillah.. Dah dapat macam ni dia yea..”

Namun bagi mereka yang tidak mengetahui dalam luar Rayyan Ariff pastinya akan mengemukakan soalan-soalan lazim yang seringnya saya terima. Saya tidak salahkan mereka kerana pada usia 2 tahun, Rayyan Ariff masih tidak dapat melakukan apa yang anak-anak sebaya dengannya lakukan.

Mahu mendengar panggilan mama daripada mulutnya amat sukar, inikan pula mahu mendengar dia menyusun ayat yang penuh. Mahu melihat dia berdiri sendiri tanpa berpegang kepada sesuatu pun sukar, inikan pula mahu melihat dia berjalan sendiri. Berilah dia waktu. Dia sedang berusaha. Inilah anak saya yang kuat..

Seperti kebiasaannya, saya akan memulakan cerita mengenai Rayyan Ariff kepada yang bertanya. Dan seperti kebiasaannya juga, saya akan menerima maklumbalas daripada mereka..

“Takpe la.. Sabarlah.. Jagalah elok2.. Tuhan nak duga kita..”
“Redha la.. Kita kena kuat.. Dah tuhan pilih kita.. Budak macam ni bawak rezeki ni..”
Dan macam-macam lagi.

Saya? Sejujurnya, saya tidak gemar dengan ayat-ayat di atas. Apa perlunya saya sabar? Apa perlunya saya kuat?

Saya sudah melepasi semua fasa di atas. Saya sudah jauh melepasi fasa ‘redha’ dengan keadaan Rayyan Ariff. Saya tiada rasa sedih. Saya tiada rasa ralat. Semua itu sudah lama berkubur.

Dia membahagiakan hati seorang ibu dengan gelak tawanya.
Dia membahagiakan hati seorang ibu dengan keletahnya.
Dia membahagiakan hati seorang ibu apabila dia memeluk dan mencium saya bertalu-talu bagaikan tiada hari esok.
Dia membahagiakan hati seorang ibu apabila dia menunjukkan satu demi satu kesungguhan dan kemajuan.
Dia membahagiakan hati seorang ibu dengan wajahnya yang comel dan senyuman nakalnya.

Kalau kehadirannya dalam kehidupan kami adalah membahagiakan, bagaimana kami mampu memanggilnya sebagai ‘satu dugaan’? Tidak sama sekali.

Dia istimewa. Dalam semua segi. Dan dia, punya tempat yang sangat istimewa di dalam hati saya. Sungguh sebagai ibu yang bakal melahirkan, kita seringnya memohon agar dikurniakan zuriat yang sihat dan sempurna. Dan Alhamdulillah, tuhan kurniakan saya dengan anak yang sihat, dan cukup sempurna di mata saya.

Bukankah kesempurnaan itu suatu yang subjektif. Mungkin ada yang melihat Rayyan Ariff sebagai kurang sempurna kerana mereka biasa melihat kesempurnaan pada anak-anak mereka. Namun mereka sebenarnya terlupa bahawa saya juga begitu. Kerana keterbiasaan saya bersama Rayyan Ariff, saya pernah melihat anak-anak lain sebagai sesuatu yang berlainan..

“Wahhh.. Bulatnya kepala baby tu.. Kenapa ek?” Betul. Saya terlupa apabila melihat bentuk kepala bayi adalah bulat kerana sudah terbiasa melihat bentuk kepala Rayyan Ariff yang berlainan. Inilah satu contoh bahawa pada kita, sesuatu yang rutin itu adalah sesuatu yang normal. Makanya pada saya, Rayyan Ariff adalah terlalu normal.

Di mata kami, tiada apa yang kurang pada anak kecil ini. Wajahnya bersih. Dan dihati kami pula, melimpah ruah kasih untuknya..
.Di mata kami, tiada apa yang kurang pada anak kecil ini. Wajahnya bersih. Dan dihati kami pula, melimpah ruah kasih untuknya..
11 comments:
betul jiey, bukan tidak bersyukur bila dilomparkan kata-kata 'sabar' atau 'kuat' tetapi rasanya memang kita 'sabar' dan kita 'kuat' dos :-P Ryan anak yang kuat. Ryan anak yang membahagiakan ibu dan ayahnya.
titik. itu erti bahagia!
bak kata kakak aku lepas korg dtg melawat di hospital ari tuh...
Rayyan tu hensem kan!! berkali2 plak tuh ckp..
heeee hai ensem untie.... biler nak outing nih!!!
Ian hensem pakai baju oyen... hehe
jiey sihat? lama tak dtg sini :)
Kadang manusia tak berapa.. tactful. Jiey matta rayyan dark choc eh?? sexy laaa@!~
jiey...apasal pengantin lelaki tunggu kat rumah?kan ke pengantin lelaki pergi jemput pengantin perempuan kat rumah dia pastu sama2 ke rumah lelaki?just nak tahu kot2 adat yg berbeza..
hurm..sama la jiey..gi mana2 pun soalan yang sama dorang tanya kat ina gak..kdg2 malas nak layan.sebab klu terangkan pun bukan dorang faham. Tapi telan jelah dorang nak ckp apa kan..huhu
Puteri Nuur:
Sangat sokong Mama Put!
Membahagiakan.
Titik.
Hahhahahha.. :P
**************************************************************
Ibu Akidd:
Jom Da, umah Joja sok.. Aku plan nak gi ngan B..
Jom ah..
*********************************************************************
Hanie:
Hehhehe..
Sehat sgt2..
A'ah.. Lama tak nampak..
Kalo tak jumpe kat MBP kan?
cutest bb photo contest..
=)
******************************************************************
Jiji:
Itulah.. Nama pun manusia..
Sexy? Meh chup untuk Anis Manis meh..
:P
*******************************************************************
ieda:
Patutnya camtu.. Turun dr umah pengantin pompuan.. Tp dlm kes ni pengantin pompuan dok kat guest house ngan sedara mara dia, adik jiey gi amik pastu abg Jiey tgg kat simpang jalan..
Pastu jalan la masuk lorong nk gi umah jiey sesama..
:P
*****************************************************************
Noina:
Pekakkan telinga pastu tulis dlm blog je Ina..
Hehhehehe..
Therapy sungguh..
:P
Jom la lepak2 sok..
Lama dh tak jumpe ank2 Mama Jiey neh..
Tiru ayat terakhir Jiey
Sayang Ian sepenuh jiwa...
sayanggg Ian yang kacak itu..
Itulah istimewanya kita ibu anak2 istimewa ni...yg tak ada pada orang2 biasa...kita ada kekuatan jiwa dengan bantuan yang maha Esa...
Keep in touch...
ala Ian...kan dah cakap jgn tengok camtu...jatuh pulak hati acik kang...amboi budak comei ni pakai gelang....
alaaaa cutenya rayyan ni..mata mcm pakai contact lens je..mamanurin suka sgt dgn bibir halus dia ni..eee geramnya kat dia..
biasalah..yang macam mamanurin pun tak larat nak jawab..tak tahu nak jawab camner bila org tanya brapa lama kawin, anak dah berapa org..aiseyyy camner nak jawab..
Post a Comment