Sunday, January 31, 2010

~@Saya tak suka PMS!!!@~

Serius! PMS buat saya jadi orang lain!
PMS buat emosi saya turun naik bagai takde hari esok..
Bila jiwa kurang stabil, yang jadi mangsa ialah En.Hubby!
.
*Gile saiko aku neh*
.
Benda kecik boleh jadik besar..
Benda besar lagilah, boleh meletop-letop..
.
Contoh paling kurang cerdik ialah pagi tadi..
Saya cakap kat Dia, "Bang dah lama kita tak makan nasi lemak Man Pis kan?
Pastu dia tanya balik, "Nape? Adik nak ke?"
Dalam hati terus membengkak!
"Kalo taknak, takdelah saya mentioned!!" Jerit hati kuat-kuat!
.
"Takdelah.. Saje sebut" Mulut menjawab walaupun saiz hati dah makin mengecik..
**Kalau la awak bleh baca hati saya time tu**
.
Pastu adegan meroyan dah mula kick in
Hanya sebab sebungkus nasik lemak ayam,
rajuk hati di bawak smpi ke ptg..
siap ungkit2 kata laki tak dah sayang lagi dah..
[Mentang-mentang aku dah tak cantik cam dolu2 kala] **Ni setan yang bisikkan
.
Puas la En.Hubby susun ayat mintak mahap..
"Laki mana yang tak sayang anak bini.. Cuba bagitau abang?"
Tanya dia lagi..
.
Hati saya dah makin lembut..
Air mata syahdu pun dah kering..
.
Ini part syahdu syahdan..
Belum lagi bab marah2..
En.Hubby jugak yang jadik mangsa..
Seb baik la PMS ni sebulan sekali..
Kalo hari2, pecah hati orang tua tuh..
.
Korang jangan la terperanjat kalo tgh drive, tetiba tgk kete sebelah
Ada driver pompuan tgh nangis
Tu pompuan tu tgh sesat la tuh..
Sebabkan PMS punya pasal..
Mudah je nangis meraung dlm kete bagai..
*Mau tak sakit ati, dr Bulatan Pahang nak gi Mont Kiara bleh terbabas smpi Loke Yew.. Tgh2 jam plak tu*
**Gile tak pro pompuan neh bwk kete**
.
Tadi terjumpe CD gamba2 lama.. Gamba masa pki baju saiz S & jeans saiz 28.. :P
.
Sesape yang baca entri neh & penah ngayat pompuan neh,
mesti dok tadah tangan syukur coz tak kawen ngan pompuan neh..
udah la badan bagai di pam2..
saiko plak tuh..

P/s - Saiko sebulan sekali takpe.. Sebab hari2 yang balance tuh, memang pompuan neh baik ati.. Takcaya, tanya bibik! *Bik, baik ckp yea.. Kang ujung tahun tak dpt bonus* Muahahhahha
.
P/s (2) - Wak, saya mintak mahap dari ujung rambut sampai ujung kaki ekk..

Friday, January 29, 2010

Tahun ini..

Berperang dengan waktu. Mencari kelapangan untuk berblogging namun seringnya saya tewas.. Serius, badan penat berlari ke sana sini..
.
Rayyan Ariff selsema dan batuk. Tidak tahu yang mana satu puncanya, mungkin kerana aktiviti berenang, atau mungkin juga kerana malam sebelumnya kami pulang lewat malam kerana sesuatu urusan. Atau kerana tidur tanpa mematikan penghawa dingin hingga ke pagi. Entahlah. Nasib baik ada bibik yang setia menjaganya sewaktu saya sibuk berkejar ke sana ke mari.
.Masih mampu tersenyum.. Kerana saya budak senyum! =)

Kami bertemu dua doktor yang berbeza, namun keduanya menyatakan perkara yang sama, secara kebetulan.. "Oh, tahun ini boleh berjalanlah ni.. Sudah pandai mengatur langkah.."

Kami? Tidak mahu lagi meletakkan sebarang sasaran untuk anak ini. Tiada tekanan. Terokailah hidup ini semahu mu anak.. Dengan caramu yang tersendiri.. Kerana segala yang ada mengenai kamu, adalah rahmat buat kami.. Alhamdulillah..


Wednesday, January 27, 2010

~Ini entri menunjuk-nunjuk. Sila baca yea~

Korang ada tak gadget riban2 letak main2 jer kat telinga anak?
.
Kami ada! Ni haa...
.
Ape barang kalo stakat pakaikan anak baju yang branded2.. Cuba try pkikan menda alah ni..
Hehhehe..
.
Ok. Serius jap.
*
*
Memang tak sanggup tengok bila Rayyan Ariff meronta-ronta ketidakselesaan dengan air mata yang berjurai-jurai..
Tak sanggup..
Tapi hati harus keras untuk masa depan dia..
*sigh*
.
Semalam selesai fitting, hingga ke hari ini Rayyan Ariff tergaru-garu telinga..
Tak selesa lah tu..
.
Alat ini hanya akan kami pakaikan apabila selesai satu lagi ujian pada minggu hadapan..
His hearing is improving. Kalau salah setting, boleh mengakibatkan hearing loss..
.
~@extra careful@~
.
Sebelum berhenti,

Cuba korang carik magazine Perempuan yang ada cover Maya Karin & Aaron Aziz kat depan..
Pastu sila belek page 64..
Ada gamba kawen me & hubby..
.
Muka saya tak nampak, cuma muka hubby sahaja yang jelas.. *Chett*
.
Kata teman adik saya : Eh, ni abg ipar ko? Yang ni sape?
Kata adik saya : Kakak aku la tu..
Kata teman adik saya lagi : Ko biar betul?? Tipu lah! Rampingnya!
Kata adik saya pula : Dulu memanglah kurus..
.
Saya mahu menunjuk-nunjuk lagi:
Badan saya adalah boleh lentur.. Kejap gemuk, kejap kurus, kejap gemuk, kejap kurus, lama gemuk, tak kurus2 lagi..
Hebat kan?
:P
Sekian.
.

P/s - Aly, jaga2 wehh.. Kang Ely masukkan gamba ko plak dalam magazine dengan tag *Gambar hiasan* :P

Tuesday, January 26, 2010

Of reading and cupcakes!

Entri 2 minit! Yup, it will be a short one!! Going for physiotherapy after this and later in the afternoon, nk gi pick up hearing aid.. *cuak*
.
Ian loves to 'read'.. *Bukan baca pun, sebuk nak selak from one page to another*. When we give him his book, he'll start to read by making a sound.. *lebih kurang cam nyanyi la.. Uuuu.. Uuuu*



Tengok betapa manja anak saya, once he realized mama is not sitting next to him, terus nak nangis! *Sila abaikan suara bibik yg jadik background tu.. Excited bercerita pasal bf*
.Owh, ini adalah iklan.. Pinut cuppies by mak pinut mmg best! Liverpool for ayah, babies for Rayyan Ariff.. Confirm tempah utk befday Ian!
=)
*sila click gamba utk link*

P/s - Sekian entri cacamerba!

Sunday, January 24, 2010

One tough cookie he is, and tougher he will be!!

We were at Taman Tasik Shah Alam earlier today, attending MBP First Anniversary Gathering. It was fun and I got to meet lots of bloggermommies in my bloglist. Too bad that I didnt bring my camera and too lazy to snap photos using my handphone.. I rather spent all those hours with eating and chit chatting with the mommies actually. :P
.
Nice meeting you guys!!
.
Feels like I've known them for years because there are such a bunch of friendly peoples .. And I really hope there will be more gath in the near future..
.
*~@sedang tunggu the mommies update blog coz nak cilok gambar.. :P~@*
.
One of the committee member was asking about Rayyan Ariff.. It's definitely because she has never come across this blog, let alone to read it.. **Maklumlah blog ini adalah tidak seberapa glemer**. One of her question that I remember the most is, "Nanti Rayyan boleh jalan ke?"
.
She's not the first one to ask that question. And I know for sure that she wont be the last one!.. =)
.
Honestly, I don't have the answer. But this is what I've gathered from the therapists and the doctors that have assessed him, they kept on telling me that;
.
"I'm very sure that he will walk! Once he can sit, the chances of him walking is high.. Because the balance is there and of course, human body works from upper to lower. First the head control, then the back which leads to creep and crawl, the sitting and last but not least, the walking. But don ask me when it will happen because I dont have the answer."
.
Having to have this idea, sometimes, it does make me wonder, what if it takes 3 or 4 years for Ian to walk? Or maybe longer than that since his muscle is still on the lower tone..
.
Well, we just have to walk through the pathway that has been set for us right? What more can we say other than to be thankful for what we have.. =)
.
My answer was that, "He will walk, and we're getting there.. But it's a hard work for sure.." With a smile..
.
Yes, it's a challenge for all of us. To make Rayyan Ariff put his feet down was surely a tough one. But later, we managed to make him bear his own weight. Then, we got him to stand against the wall by himself. And the next challenge is, to make him take step..
.
Owh it was not an easy one either.. He refused to lift up his feet because he needs both legs to balance himself. He needs both legs to support his body.. He also don't know how to hold his upper body straight..
.
And the biggest part of being a brain injured child is that, he doesn't has the idea of walking. He doesn't know that he needs to lift up his legs alternately to move from one place to another. When we made him walk, there were times where he just lift up both legs at one time which left him hanging in our hands..
.
But slowly and steadily, we're getting there..
.
And tonight, he took his steps more than he had ever did before. And most of the time, as expected, he walked towards the fan! =P

Sila ignore mama gemuk rambut pendek yang excited itu.. :P And sila focus pada Ian.. Look at how he changed his direction.. =)
.
At first, I was holding him under his armpit which gave him more support. Later, I held only his hands which gives him less support but amazingly, he can support his body by himself! =)
.
Since hubby was not interested to record it, I passed Ian to bibik and captured the moment by myself. But unfortunately, Rayyan Ariff was not cooperative with bibik. Malas kott.. Or maybe he just prefers mama more than anyone else.. :P
.

Still shaky.. That's why we need to focus more on the balancing!
.
So aunties and uncles, InsyaAllah, I will walk.. Dont ask me when because I also dont know.. But I know, both of my parents are going to be there for me.. They will walk with me until I no longer need their help.. That's their promise.. =) ~Rayyan Ian Ariff~
.*mulut comot makan nasik*
.
P/s - Owh, saya tidak marah atau terasa hati.. Sudah terbiasa dengan soalan sebegini.. Lagipun, menjadi lumrah untuk kita bertanya pada sesuatu yang luar biasa.. Takkan la nak tanya "Nape anak awak ensem eh??" Tak menarik kan? So might as well tanya, "Kenapa anak awak lain?" =)
.
~Mode : Masih teruja dengan pencapaian Ian~ :P
.
Menjadi obligasi untuk saya berkongsi tentang pencapaian Ian di sini, secepat mungkin.. Kerana sebagaimana teman2 seringnya berdoa untuk kesejahteraan Ian dan memberi kata-kata semangat di kala kami 'sakit' dan 'jatuh', maka harusnya kami khabar gembira ini diberitakan kepada teman2..
.
Terima kasih.. =)

Friday, January 22, 2010

Hari ini bersama buah hati pengarang jantung! =)

Owh.. Hari ini hari cuti bg kami.. Hanya berehat-rehat dan bermalas-malasan.. Seronok! =)


 
 
Happy kan putera saya? :P
*
*
*
Selamat berhujung minggu buat semua..
Kepada yang akan ke MBP gath, jumpa di sanaaaaa...
=)

Thursday, January 21, 2010

Between these two; The cutest baby.. =)


Pada awalnya, saya mahu kekalkan dengan gambar ini sahaja untuk CUTEST BABY OF THE PLANET 2009 Contest..



Namun di FB abang saya, ramai pula yang mengundi untuk gambar di bawah ini:




Makanya, di atas pemilihan ramai, saya menghantar gambar kedua.. Walau hati saya sangat jatuh cinta dengan gambar pertama.. =)

~@Owh DSLR, mokcik tak pro pun tetiba jadik cam photog hebat! =P @~ *me loike*

Whatever it is, kalah menang adat bertanding.. Kalo menang, mokcik lompat2 sambil timang2 Ian.. Kalo kalah, mokcik tetap akan timang2 Ian kerana putera mokcik akan tetap menjadi the cutest baby in my heart!

Wednesday, January 20, 2010

CUTEST BABY OF THE PLANET 2009 – FINALIST

Harapnya saya bukan peserta terakhir yang menghantarkan entri. Menghadapi minggu-minggu terakhir cuti, sungguh saya mengejar waktu. Dan agak susah untuk menyelitkan waktu untuk berblogging. Namun kerana  rasa keterujaan apabila cinta hati saya terpilih sebagai salah seorang finalist CUTEST BABY OF THE PLANET 2009 CONTEST, maka haruslah diselitkan entri ini walau dalam kesibukan itu! =)



Tuan Rayyan Ariff Bin Tuan Alimin
12 May 2008

1. Create a STICKY post in your blog with title CUTEST BABY OF THE PLANET 2009 – FINALIST Done!

2. Add the banner above in your top sidebar with link to this page. Done!

3. Put ONE recent photo of your baby on top of the post. Done!
 
4. Mention his/her full name and date of birth below the photo. Done!

5. In your blog post, answer the following questions.
  • What is the meaning of your baby’s name?
  • Tuan : Hubby's family name, Rayyan : Pintu syurga bagi umat Islam yang berpuasa, Ariff : Yang bijaksana / berpengetahuan = Pintu syurga yang bijaksana
  • What is ONE of the most memorable moment about your baby since she/he was born until now?
  • Berada bersama Rayyan Ariff setiap hari adalah sesuatu yang melengkapkan hidup saya sebagai seorang ibu. Setiap gelak tawa dan tangis manjanya sering menjadi melodi terindah buat saya dan merupakan saat yang paling saya nantikan. Namun apabila berbicara tentang detik yang tidak pernah akan dapat saya lupakan adalah sewaktu selesainya pembedahan keempat Rayyan Ariff setelah lebih sebulan berada di NICU PMC sebaik dilahirkan. Sumpah, sehingga kini saya masih menyalahkan diri sendiri kerana tidak dapat sampai tepat pada waktunya untuk mengiringi Rayyan Ariff ke dewan pembedahan. Setelah pembedahan yang memakan waktu dua jam itu selesai, mata Rayyan Ariff masih lagi tertutup rapat sebaik dibawa masuk kembali ke NICU. Dengan mata yang bergenang, saya mengusap-usap lembut seluruh tubuh Rayyan Ariff. sambil mulut saya tidak jemu berselawat dan berzikir. Dengan segala tenaga yang ada, Rayyan Ariff membuka matanya dan memandang ke arah saya untuk beberapa saat dengan jari yang cuba digerakkan.. Setelah itu, dia kembali ke dalam lenanya yang dalam. Saat itu merupakan saat yang akan tersimpan kemas di dalam kotak ingatan saya selamanya. Pandangan anak kecil itu bagaikan memberikan semangat  dan kekuatan kepada seorang ibu. Pandangan yang mengatakan dia baik-baik sahaja. Pandangan yang mengatakan dia tidak akan berhenti berjuang selagi mendapat keizinanNya. Pandangan yang cukup menenangkan dan mengundang syahdu di hati seorang ibu. Kisah lanjut dan gambar mengenai detik ini pernah saya abadikan di dalam entri "Cinta terindah"
6. In your blog post, write a short positive TESTIMONIAL about MomBloggersPlanet
Owh, baru hari ini saya 'mempromosi' MBP kepada seorang teman yang baru bergelar ibu. =P

Pada saya, MBP adalah satu platform yang sangat bagus untuk ibu-ibu berkumpul, saling mengenali, saling bertukar pendapat, dan satu laman web yang menawarkan banyak blogging tips. Saya sendiri pun banyak berkenalan dengan para ibu yang lain melalui MBP. Melalui perkenalan ini, walaupun tidak pernah bersua muka, namun kami dapat berkongsi cerita dan passion about parenting and being a good mother.. Dan tentunya, termasuk dengan kata-kata support and good advise! =)
Lagi pula, it takes one to know one.. And we're very proud to be blogger mommies! Kan kawan2? =)

7. In your blog post, put a link back to this page.
Done!

8. Please leave your blog entry permalink at the comment section on this page.
Done!

Sunday, January 17, 2010

Yang bersarang di hati..

Banyak yang ingin diluahkan di sini namun terasa berat.. Mahu berbicara tentang harapan, tentang kehidupan, namun penyakit malas teramat menguasai diri.. Biarlah dahulu.. Bila datang ubat rajin, boleh sahaja diteruskan nanti..



Owh semalam Rayyan Ariff luka di bahagian pahanya.. Kasihan pula melihatnya.. Kalau dia anak yang aktif berlari ke sana sini, wajarlah luka sebegini singgah di badannya. Tapi anak ini masih tidak punya keseimbangan diri untuk berdiri apalagi melangkah, namun sudah ada habuannya.

Sudah saya tanyakan pada bibik namun katanya dia tidak tahu.

Saya maklum ,dalam proses membesar, luka yang sedikit sebanyak ini bukanlah perkara besar. Dan saya bukan mahu menuduh sesiapa, namun cara menjawab soalan yang saya utarakan itu sedikit mengguris hati. Lalu membangkitkan emosi marah..

Biarlah. Malas mahu bercerita panjang dan memperbesarkan perkara yang kecil. Lagipun, Rayyan tidaklah kelihatan menanggung kesakitan yang teramat. Dan pula, selama  ini segalanya baik tersusun..



Ini sarapan putera kami pagi tadi.. Mini pancake with honey.. Alhamdulillah Rayyan Ariff sukakannya.. Susah benar mahu menarik minatnya untuk makan sehari dua ini..Terlalu memilih. Nampaknya saya perlu lebih rajin mencari resepi untuk anak bujang yang makin membesar ini.



Ini pula stok susu Pediasure yang kami perolehi dari klinik Dr.Yong tempoh hari.. With Ian's current milk intake, this amount of milk powder can last him for at least 11 days.. Alhamdulillah, rezeki anak.. =)

Ok. Ini sahaja random post utk hari ini. *mode teramat malas*

Friday, January 15, 2010

Temujanji yang berlangsung dua hari berturut-turut..

Dua hari berturut-turut kami berjumpa dengan pakar kanak-kanak. Sekadar follow up, di SDMC dan juga di PMC. Namun kami mendapat remark yang bagus pada kedua-dua temujanji. Ya sememangnya Rayyan Ariff banyak menunjukkan perubahan setiap kali kami bertemujanji dengan doktor2 yang merawatnya.

Sekarang, walau keseimbangan badan masih menjadi isu, namun Rayyan Ariff sudah mula mengangkat kaki dan melangkah.. Lalu dengan senyuman, Dr. Sofiah menetapkan sasaran baru bahawa Rayyan Ariff mesti berjalan pada tahun ini. Saya cuma menjawab dengan senyuman dan lafaz InsyaAllah...

Sebaik memasuki ruang klinik semalam, Dr. Sofiah memangggil nama Rayyan Ariff dengan nada biasa dan Rayyan Ariff berpaling memberikan senyuman. Bukan hanya itu, apabila Dr.Sofiah menyanyi, Rayyan Ariff akan bertepuk tangan kegembiraan. Ini bukanlah satu perkara luarbiasa bagi saya. Kerana seringnya Rayyan Ariff begitu.

"Saya pakai mask dan dia tidak nampak pergerakan mulut saya. It's definitely not lip reading! Berdasarkan ujian pendengaran yang lepas, keputusannya severe dan profound hearing loss. Sesiapa dengan severe hearing loss bukan begini. Panggillah macam mana pun, takkan ada respon." Kata Dr. Sofiah dengan nada terperanjat.

"Kami tahu itu Dr. Setiap kali saya buka atau tutup pintu di rumah, cepat sahaja dia berpaling ke arah pintu walaupun dia sedang sibuk menonton TV." Saya membalas bersahaja.

"Awak dah order hearing aid? Mould dah buat?" Tanya Dr. Sofiah.

"Sudah Dr. Cuma tunggu dapat sahaja lagi. Maybe kalau tak ambik, deposit burn lah.. And they may sell off the devices la.."

"Ok, in that case, kita repeat hearing test as soon as possible. His hearing ability has definitely improved!"

Apa lagi kata yang ada untuk saya lafazkan selain dari Alhamdulillah. Besar sekali kurniaanNya buat kami. Dari jangkaan bahawa anak ini tidak akan mampu hidup, dipanjangkan usianya untuk memberi kasih dan sayang buat penambah seri keluarga kami.. Dari keputusan ujian bahawa anak ini tidak mampu melihat, diberikanNya penglihatan yang baik buat dia meneroka alam di sekelilingnya..

Dari fakta bahawa dia mungkinnya terencat akal, diberikanNya akal yang baik untuk Rayyan Ariff berfikir walaupun limitasi tetap wujud (Rayyan Ariff has now been categorized under mild to moderate Global developmental delay.. Hoorayyy!!). Dan terkini, diberikanNya peningkatan di dalam deria pendengaran.. Syukur Alhamdulillah.. =)

Terima kasih di atas doa kalian. Moga akan terus ada peningkatan di masa akan datang sehingga memungkinkan Rayyan untuk tidak menggunakan sebarang alat bantu pendengaran. Aminnnn.. Sekaligus menidakkan kata2 doktor bahawa deria pendengaran Rayyan adalah sesuatu yang tidak mungkin pulih.. =)



Adoii Mama.. Lama lagi ke nak amik ubat ni?? Ian boring la tunggu lama2.. =(

And sadly to say, seizures mungkin masih ada. And this time around, we need to record it and show it to Dr.Sofiah.

 "There are only two ways to live your life. One is as though nothing is a miracle. The other is as though everything is a miracle." -Albert Einstein.

P/s - You guys should see how cheeky he is when he's playing with his image in the mirror.. And the better part, how he react to other person's image in the mirror and relate it to the person outside. Amazing.. =)

Wednesday, January 13, 2010

Bagai menantikan kehadiran cahayamata pertama.. =)


Bagi yang mengikuti blog ini dari awal, mungkin sudah sedia maklum bahawa kami tidak menyediakan banyak kelengkapan untuk menyambut kehadiran Rayyan Ariff. Khuatir jika  apa yang diramalkan doktor menjadi nyata sedangkan kami sudah bersedia dengan banyak perkara, tentunya hati kami akan luluh setiap kali terpaksa melihat barang-barang kepunyaan bayi yang dikandung.

Sudahnya, kelahiran Rayyan Ariff kami sambut dengan 5 pasang baju bayi, satu set bantal, dua botol susu, 10 helai kain lampin, beberapa helai barut, kain panas dan sehelai kain batik jawa pemberian dari nenek Rayyan Ariff.

Pertama kalinya membawa Rayyan Ariff pulang, kami memang sibuk dengan persediaan mengejut yang harus dilakukan. Pembelian kot bayi dan barang-barang lain dilakukan sewaktu saya masih di dalam pantang. Tiada peluang untuk membuat survey dan tiada peluang untuk memilih. Sekadar mengambil apa sahaja yang tersedia.
.
Melihatkan wardrobe dan baby cot Rayyan Ariff yang semakin hari semakin menyedihkan, ia bagaikan memberi peluang untuk membeli-belah dan pastinya kali ini lebih mengujakan. Bagaikan kali pertama menimang cahaya mata. Sungguh! Peluang memilih dan meneliti kali ini saya gunakan sebaik mungkin sebelum membeli.

Makanya, kerana rasa keterujaan yang tinggi, sebaik sahaja barangan yang ditempah sampai, terus sahaja saya meminta abang saya  untuk memasangnya. Lambat pula kalau mahu menunggu hubby yang setiap malam sibuk menghadiri latihan futsal. =)



An architect in action.. 



With a little touch up by mama, serious puas ati!
=)


Dan sang putera, beradu dengan lebih bergaya.. =P

Before this whole episode of a new baby cot, I bought Rayyan Ariff a very nice and simple white wardrobe.. Mabeles.. Sangat puas hati.. Before this, baju-baju Rayyan Ariff ditempatkan di dalam children wardobe yang diwarisi dari zaman bujang mamanya.. =P
.


I'm so in love with the color!! =)


*Tgk jenis-jenis diapers; Mamy Poko utk malam, Drypers utk siang, Dry Pantz masa Ian ngamuk tanak pakai diaper n cap carrefour utk pki dlm jangkamasa sekejap i.e. sejam dua.. Mau takpenuh almari.. =P

Dengan his new baby cot, saya tidak lagi rasa runsing meninggalkan Rayyan Ariff tidur keseorangan kerana untuk katilnya sebelum ini, penghadangnya sudah tidak dapat dinaikkan kerana skrunya hilang.. =)

P/s - Harap2, utk bakal anak2 yang mendatang, dapat peluang membeli belah dengan happy instead of menyediakan kain batik jawa untuk menutup sekujur tubuh yang katanya mungkin akan kaku dan tidak bernyawa.. Aminnn..

Tuesday, January 12, 2010

Masih kepenatan..

I was away for a couple of days.. Atas tuntutan kerja, to be exact.. I left Rayyan Ariff with my younger sister.. The first day when I was not around, Rayyan refused to eat and only took his milk. But the next day, he was ok already.. Though at times, he'll make sounds like he's protesting..

.

Where I was..
.
I was so tired and only today I managed to get back the normal me.. Seriously, if just I have loads of money, I would certainly choose to be at home without have to think of masalah negara.. (Yup, my job requires me to think about masalah negara yang tak akan pernah selesai! ~@Sudah bosan@~)..
.
Not just that, I'm catching up with physiotherapy for 3 times a week, occupational therapy and speech therapy  for once a week. Driving with a spoilt brat from Ampang to Subang Jaya for five times a week is no joke when most of the time, the lil' brat will try his best to pull his mother's arm, shirt and even tudung because he wants to hold his mother's hand throughout the journey.. How can one drive with just one hand when she's yet to be a pro driver? Seriously, he needs to sit at the back on his own!
.
Luckily bibik will be back by end of this week.. So I can now focus more on Rayyan and let her handle the house chores.. =)
.
When things are getting out of control, this indescribable feelings of sadness and emptiness starts to kick in.. It seems like no matter how hard I've tried, I still cant put  all the puzzles in place.. So it makes me wonder, when I'm not around later, who'll be taking care of Rayyan and most importantly, how independent can he be? I know it's a question that no one can anwer, but all of us can still pray for the best right? =(
.
And today, another hectic day. I'm quite occupied with something that really need to be done before I go back to work in less than 2 months time.. The registration for OKU card. Yes, I've been scolded for doing this but seriously, this is the best for Rayyan Ariff. To me, by holding the card, he will never be less normal compared to us, but the fact that he's different, will be addressed. So to heck with those who just know how to talk.. If you wanna talk or even scold me for this, let's "walk the talk" with me.. Coz everytime I talked, I'm looking for solutions.. Bukan simple talk sahaja kerana ini bukan NATO ok.. =)
.
Ok peeps, just a quick update.. Need to get back to work.. *~muah to all~*

Sunday, January 10, 2010

Cutest Baby of the Planet 2009


Name : Tuan Rayyan Ariff Tuan Alimin
DOB : 12 May 2008
.

Here are the two links that need to be included:
Link to MomBloggersPlanet : http://mombloggersplanet.com
Link to the nomination page :


And of course, banner on the sidebar.. =)
.
Looking at the number of participants and the prizes offered, this contest is seriously big.. Bigger than AJL (in the context of bloggermommies at least!)..  Though we won a consolation prize for November's contest, it's definitely not enough for us to secure a place to the finale. So here we are again.. Hopefully, luck is on our side this time around.. =)
.
There are still 6 hours left until 12am.. So come on proud parents, do submit your entry!! =)
.
P/s - Dalam kesibukan sana sini, serious tak sempat nk redeem gift.. Pastu bila tgk org pki purse hook, rasa nak gi curik jer org tu punya.. boley?? Buruk nar perangai!! 

Wednesday, January 6, 2010

Tentang sempurna seorang wanita..

Kata seorang teman, Alhamdulillah hidupmu sudah sempurna sebagai seorang wanita.. Kerana menjadi isteri dan menjadi ibu adalah impian semua wanita.. Katanya lagi, anak merupakan satu kelahiran yang menyempurnakan kitaran hidup seorang wanita.. Katanya..
.
The one who made me a mother:
Dan dia berkata-kata lagi, tiada ketidaksempurnaan pada jiwa kecil ini apabila hadirnya memberikan kesempurnaan pada takrifmu sebagai wanita..
.
Dia terus meluahkan rasa yang berbaur dihati.. Apabila perkahwinan selama sebelas tahun masih belum dikurniakan zuriat sebagai penyeri. Lebih menyakitkan apabila dikhabarkan dia tidakkan mungkin dapat melahirkan benih cinta untuk suaminya kerana penyakit kronik yang dihidapinya.. Penyakit yang membuatkan dia bergantung sepenuhnya kepada ubat-ubatan dan membataskan segala pergerakannya.. Musnahlah segala harapan.. Terpadamlah segala impian, katanya juga..
.
Hingga satu saat, dia menyifatkan ini sebagai pembalasan tuhan kepadanya.. Kerana dia punya adik beradik seramai 13 orang. Sebagai anak perempuan sulung, tergalas dibahunya beban membantu ibunya menguruskan adik-adik dan keperluan rumah.. Menyebabkan dia sering merungut setiap kali ibunya hamil lagi.. Dan kini, dia nyatakan segala kekesalan di atas kata-katanya yang lalu.. Sungguh kesal, katanya.
.
Dan kala itu, saya hilang punca dan tiada kata-kata untuk menenangkannya.
.
Kawan, aku tidak sesekali melihat ini sebagai pembalasan tuhan kepada dirimu.. Kerana suatu waktu dahulu, kamu hanyalah seorang gadis sunti yang inginkan kebebasan dan inginkan ruang untuk diri sendiri. Lalu kamu melihat tugasan itu sebagai bebanan dan melepaskan keluhan yang bukannya sesuatu yang benar-benar kamu maksudkan. Dan tika itu, kamu juga masih jauh dalam menjejak kematangan. Kerna itulah kamu melafazkan sesuatu yang tidak pernah ingin kamu katakan..
.
Jangan menghukum dirimu di atas sesuatu yang bukannya menjadi kesalahanmu. Aku tidak layak menasihatkan kamu supaya bersabar dan terus tabah.. Kerana aku tahu, kekuatan yang ada padamu wahai sahabat, cukup kuat untuk menongkah segala arus yang mendepani! Aku kan senantiasa disisimu wahai sahabat!

Tuesday, January 5, 2010

Yang teristimewa, kini dan selamanya... =)

Alhamdulillah, setelah sebulan merancang dan mencari-cari tarikh yang bersesuaian dengan semua, akhirnya majlis perjumpaan rasmi ini berjalan lancar.. Kebiasaannya, kami bersua muka di majlis hari lahir anak-anak, rumah terbuka ataupun di tempat Kak Raw, namun kali ini, satu pertemuan khas telah diatur untuk mengeratkan lagi silaturrahim yang telah terjalin..
.
Pertemuan kali ini dapat menghimpunkan 7 keluarga dengan 7 anak-anak yang cukup istimewa.. Walau ada yang tidak dapat hadir, namun majlis diteruskan seperti yang telah dirancangkan. Semoga di perjumpaan yang mendatang, keluarga Kak Reenaz, Kak Suealeen, Achek Zalina dan lain2nya dapat turut serta memeriahkan suasana..=)
.The superkids: Top L-R; Irfan, Ridhwan, Idris & Aiman. Bottom L - R : Rayyan, Nabila, Sarra & Habib..
.
Aturcara pertama adalah perlawanan bowling. Kami semua berkumpul di Alamanda Putrajaya dan perlawanan bermula sebaik sahaja semua keluarga tiba. Untuk menghabiskan dua games bagaikan terlalu lama sehinggakan anak2 mula merengek.. Kesemua mereka bagaikan mengantuk namun peliknya, tiada seorang pun yang mahu melelapkan mata. Dan saya sendiri, agak sukar mengawal Rayyan Ariff.. Kerenahnya sukar ditenangkan.. Segalanya tidak kena..
.Permainan kerap kali terganggu kerana 'handbag' masing2 mula tidak keruan..:P
.
Setelah selesai permainan, kami sepatutnya piknik di sekitar tasik Putrajaya kerana ada yang mahu mengikuti aktiviti lake cruising. Namun kerana hujan yang turun mencurah, kami terus sahaja ke rumah Put untuk acara surprise birthday party Ita dan makan-makan.
.Sebahagian daripada hasil 'potluck' yang melimpah ruah.. =P
.Supermommies (with one superdaddy terselit) + the Superkids
.
Sepanjang tempoh itu, suasana tidak pernah lekang dengan gelak tawa dan suara masing-masing bercerita. Malam kami diakhiri dengan acara bertukar hadiah sebelum masing-masing bergerak pulang dengan bungkusan bekalan makanan kerana makanan yang berlebih-lebih.
.
.
Malam itu juga menyaksikan kaki masing-masing bagaikan berat untuk melangkah pulang. Meletakkan noktah pada sesuatu momen yang indah memang susah bukan? =)
.
Sesungguhnya, perjumpaan ini benar-benar menyentuh hati saya. Satu pertemuan yang sangat saya nantikan. Pertama kalinya, there are sense of belonging.. Kerana kami berada di dalam landasan yang sama.. kerana kami punya persoalan yang sama.. kerana kami di dalam debaran yang sama.. Kerana kami saling merasai..
.
Inilah wajah-wajah cinta tak bersyarat yang benar-benar menggetar hati saya.. Sungguh, rasa sebak dan terharu menerjah ruang rongga sepanjang saya melihat betapa besarnya nilai kasih sayang yang mereka pamerkan.. Dan kawan2, sungguh saya lebih bersemangat untuk menempuh jalanan ini! Terima kasih teman..
.
*Pertemuan di alam maya membawa persahabatan ke alam nyata.. Syukur Alhamdulillah..*
.
Tiada rasa tersisih di sini.. Terasa seperti inilah ruangnya untuk kami bernafas dengan selesa.. Di sini, kata 'kekurangan' diganti dengan ucap 'keistimewaan'.. Istilah 'tidak sempurna' diganti dengan lafaz 'anugerah terindah'.. Kerana segalanya tanpa hipokrasi.. Bukan saya paranoid untuk menghadapi dunia luar, tidak pernah sesekali kerana dunia luarlah yang telah dan sedang kami hadapi.. Namun ada sesekali waktu, berada di zon selesa sangat memberikan ketenangan.
.
Buat anak-anak, kamu semua adalah yang teristimewa dihati kami untuk selamanya!! Dan kami ibubapamu, tidak akan pernah berhenti untuk menjadi tulang belakang kamu..
.
P/s - The benefit of blogging; monies from the ads can be big.. but friendship; it's priceless! =)
Pic credit to Shah & Zura.. =)

Sunday, January 3, 2010

Detik-detik menjelang tahun baru 2010

It was a wonderful evening..
.My boys are around..
.
So as my BFFs.. (well, at least some of them! :P)
.
The food are simple yet irresistible..
.Last, but not least.. Midnite movie for 4! And Rayyan, he behaved nicely and fast asleep almost throughout the movie.. =)
.
Th movie finished at 1215pm.. So we missed the countdown.. When we stepped out of the mall, there's no more firework left for us.. But it is not a big thing when you have the important peoples around, right? =)

Friday, January 1, 2010

Segala cinta yang ada (II)

Entri pertama di tahun 2010. Kesinambungan dari entri Segala cinta yang ada..
.
Awalnya, saya bagaikan tidak bersemangat untuk membuat recap 2009.. Namun memandangkan ianya tahun yang membawa seribu kisah bahagia buat kami sekeluarga, lantas saya rasakan ianya perlu walaupun ianya tidaklah terperinci seperti tahun 2008..
.
Alhamdulillah, 2009 berlalu dengan membawa pelbagai catatan cinta untuk kami sekeluarga, walau ada juga terselit beberapa kisah duka.. Tahun yang lebih merapatkan saya dan teman-teman juga.. =)
.
Secara amnya, inilah kenangan tahun 2009 kami;
.

Family vacation to;
.

Cameron Highland
.

and Langkawi..
.
Bibik menyertai keluarga kecil kami.. Alhamdulillah.. =)
.
Dua ujian dijalankan ke atas Rayyan Ariff, EEG dan BAEP dan keputusannya;


EEG - ada imbalance brain waves dan mild seizures yang mengganggu perkembangan Rayyan Ariff.
.

BAEP : Profound for left ear and severe hearing loss for right ear.. He can only detect sounds at certain frequency level..
.
Rayyan Ariff juga menunjukkan banyak peningkatan dari segi fizikal:
.

Better head controls.
.

Managed to finish a bottle of milk by himself
.

First physiotherapy session with Ms Sarjeet.. If we had found her earlier, mungkin perkembangan fizikal Rayyan Ariff akan lebih pesat.. Sadly to say, kami hanya berjumpa Ms Sarjeet pada usia Rayyan Ariff sudah 11 bulan.. Banyak peningkatan yang Rayyan tunjukkan di bawah bimbingan Ms Sarjeet..
.

Semakin cheeky.. Gigi pertama pada usia 12 bulan.. =)
.

Rayyan can officially sit without support at the age of 13 months..
.

Pertama kali berdiri tanpa dipegang pada usia 15 bulan..
.
Dan banyak lagi yang boleh dirujuk pada entri: Milestone Updates
.
Sambutan hari lahir Rayyan Ariff yang pertama
.

Moody kerana mengantuk..
.
Hari ulangtahun kedua perkahwinan kami
.

.
Berpindah ke rumah sendiri

.

.
Lebih waktu bersama keluarga dan teman2 kerana saya bercuti tanpa gaji..
.


.
Dan bakal ada pertambahan ahli keluarga yang akan berlaku nanti..Alhamdulillah..
.

.
Segala kenangan yang tercipta akan terus terpahat meskipun 2009 telah pergi meninggalkan kita..
.
Dan hari ini, 1 Januari 2010, merupakan hari lahir seorang insan yang sangat penting didalam hidup saya;


HAPPY BIRTHDAY MOMMY!! SEMOGA BAHAGIA SENTIASA MILIK KITA!!

.


Terima kasih cinta untuk segalanya..