Thursday, April 30, 2009

Cinta yang mengikat..

You have seen me in my highest high..
You have seen me in my lowest low..
Yet, you still loves me unconditionally..
And I'm thankful for that..
.
To both of us; Happy second anniversary ..
Despite all the ups and downs,
I hope there'll be more great years to come..
.
and hopefully, we will be blessed with;
2 more healthy, smart, and cute RAs in the future..
.
Amen.. =)

Bersama kita membina bahagia hingga ke akhirnya.. InsyaAllah..

P/s - Walaupun diijabkabulkan pada 30 April 2007, jam 930 malam, saya tetap mengatakan anniversary kami adalah pada setiap 1 Mei.. Rujuk entry ini.. Hehhehe..

Wednesday, April 29, 2009

Dan lagu cinta pun berkumandang..

Hanya tinggal sehari lagi untuk hari ulangtahun perkahwinan kami.. Tapi yang berkumandang ini, bukanlah lagu cinta kami.. Tapi lagu cinta bibik!!
.
Aduhai.. Begitu hebat penangan cinta.. Kalah anak remaja.. Bernyanyi riang di telefon.. Bergelak-tawa yang tidak putus-putus.. Senyum juga kian meleret.. Cintanya berputik sedari 3 atau 4 minggu yang lalu.. Sewaktu saya benarkan dia bercuti sehari..
.

"Hati ini.. Selalu sepi.. Lallalala.." - (Lagu band indon.. Mokcik taktau tajuk! :P)

.
Lebih ironi, dia mahu cuti lagi dua minggu dari skrg.. Si jejaka mahu membelikan cincin.. =(
.
P/s - Lagu dangdut dan lagu jiwang-jiwangan yang berkumandang, mungkinkah menjadi petanda Ian akan kehilangan bibik? Sayang sekali.. =(

Tuesday, April 28, 2009

Yang tersendiri.. dan teristimewa!

These are Ian's photos during the last physiotherapy session.. He was not cooperative at all.. He cried most of the time.. Luckily it was Ms. Sarjit who's handling him.. If it was me, haaa.. Siap la Ian kena marah!!
.


Kata mommy, budak dah besar.. Takkan nak suruh diam jer.. Dia pun tau protes jugak.. Betul. Ian is a big boy now. Dah ada personality tersendiri. Sudah tahu apa yang disukai dan sudah tahu apa yang tidak digemarinya..
.
Dulu, Ian jarang menangis.. Kecuali kembung perut atau perkara-perkara yang sewaktu dengannya.. Dia tersangat mudah di jaga. Hinggakan ada di antara ahli keluarga yang berkata, "Senangnya nak jaga budak ni.. Kalau macam ni la perangai anak-anak, empat atau lima orang pun boleh beranak.."
.
Itu dulu. Kini, Ian lebih sensitive.. Walau ada saatnya kesabaran saya tercabar, saya sangat-sangat bersyukur. Kepekaannya ini, menunjukkan dia mampu berfikir dan tahu mengekspresi apa yang dirasainya. Jauh sekali dengan apa yang dikhabarkan oleh doktor suatu masa dahulu.
.
Kelainan yang ada pada otak Ian menyebabkan doktor meramalkan dia tidak mungkin mempunyai personaliti tersendiri. Personaliti, dalam kata mudahnya, kelainan yang pada seseorang individu : set of qualities that make a person (or thing) distinct from another..*wictionary*
.
Dan Ian memang mempunyai kualiti tersendiri yang membentuk dia menjadi seperti dirinya hari ini. Alhamdulillah..
.
P/s - Asyik citer pasal Ian je kan? Sorry yea.. Nama pun "Kerna Kasih Kita".. Inilah kasih saya dan hubby - Rayyan Ariff!

Monday, April 27, 2009

Hanya selepas 60 hari..

Temujanji hari ini berlangsung dengan baik sekali.. Seperti kebiasaannya, waktu banyak yang terbuang kerana menunggu giliran. Kebetulan, hari ini Dr. Sofiah terpaksa menjenguk pesakit di wad (mungkin kerana kes kecemasan), menyebabkan pesakit-pesakit yang menunggu di klinik mula kebosanan dan ada juga di antara ibubapa yang tertidur..
.
Kami tiba di klinik pada jam 9.40am dan hanya dapat berjumpa Dr. Sofiah apabila waktu menghampiri detik 130 petang.
.
Mama, lama lagi ke turn kita?
.

Cepat la Ma.. Ian dah bosan ni..
.

K la.. Since mama tak bawak toys Ian, Ian main ngan pacifier la.. Boleh buat teether tau!

Uhh.. Sedapnya.. Auntie2 nak??
.

Saya maklumkan kepada Dr. Sofiah tentang pencapaian Ian dalam masa sebulan ini. Walaupun baru sebulan, Ian hari ini kelihatan cukup berlainan dengan Ian sebulan yang lalu. Lebih alert pada persekitaran. Badannya juga sedikit keras berbanding dahulu.. Kawalan kepala juga bertambah baik.. Dan Dr. Sofiah juga mengatakan Ian boleh duduk tanpa sokongan kerana sewaktu diperiksa, Ian mampu bertahan untuk beberapa detik.. Alhamdulillah..

Belum ada gigi la Doctor.. Coming soon..

Tapi Ian masih tidak mahu menjejakkan kaki. Dr. Sofiah meminta agar banyak rangsangan dilakukan pada kaki Ian. Dan juga pada telinga Ian.. Masalah pendengaran Ian, bukanlah kerana kekurangan pada telinganya, tapi kerana kecederaan otak. Hanya dengan rangsangan yang berterusan yang dapat membantu. Hmm.. It's ok sayang.. One is better than nothing.. :P

Saya juga memaklumkan kepada Dr. Sofiah tentang keengganan Ian melakukan fisio. Tangisan dan jeritan seakan-akan dipukul. "Takpe, biar dia menjerit.. Biar dia meraung.. Ini untuk kebaikan dia.." Kata Dr. Sofiah.. Hmm.. Baiklah Dr., saya akan terus berusaha..

Kami juga menunjukkan rakaman ini kepada Dr. Sofiah, dan dia mengesahkan, inilah bentuk seizures Ian.. Sudden silence.. Takpelah.. Moga nanti, segala seizures yang mengganggu ini akan hilang..

Sewaktu mahu meninggalkan bilik Dr. Sofiah, dia menghadiahkan satu ciuman ke pipi Ian.. Dan saya selaku ibu, tersangatlah gembira! It's not everyday we can see a Dr. gives a kiss to her patient kan? Pada sesi fisio yang lalu, Ms Sarjit yang menghadiahkan satu ciuman kepada Ian.. I'm soo flattered. Ok la.. I know, Ian is so lovable.. Uwekkk.. Mama perasan!

Dalam kepenatan menunggu tadi, saya sempat berkongsi cerita dengan 'kakak-kakak' yang berkongsi nasib yang sama. Kak Zaimah dan Kak Lina. Masing-masing mempunyai anak-anak istimewa yang berusia hampir 6 tahun. Anak Kak Lina, sudah mampu membaca walaupun tidak lancar.. Dan anak Kak Zaimah, masih mencuba..
.
Saya kagum dengan kekuatan yang ada pada mereka. InsyaAllah.. Saya juga mahu menjadi seperti mereka.. Kami bertukar-tukar nombor telefon.. Dan mereka juga berjanji sekiranya ada apa-apa perjumpaan atau tempat pembelajaran yang dirasakan sesuai, mereka akan memaklumkan kepada saya. Di dalam gelak tawa mereka, mereka berkata..
.
"Nak harap jadi macam anak-anak lain takde la.. Kalau dapat urus diri sendiri pun dah cukup bagus.." Kata Kak Lina..
.
"Eh.. Eh.. Ini tiket kita ke akhirat nanti tau.. Bukan semua orang terpilih macam kita.. Kita ni memang istimewa lah.." Sampuk Kak Zaimah pula.
.
Dan saya cuma menyambut dengan senyum dan tawa sahaja. =)
.
Kerana segalanya berjalan lancar, temujanji seterusnya, hanyalah selepas 60 hari lagi atau pun selepas 2 bulan.. Alhamdulillah..
.
P/s - Saya suka doktor-doktor di SJMC.. Puas hati! Oh yea.. Doktor di PMC pun best jugak.. :P

Sunday, April 26, 2009

Sayang dia hanya untuk saya! =P

It's official, Ian knows how to kiss me!! :P
.
Malam tadi, saya meminta Rayyan memberikan ciumannya buat saya. 3 kali. Dan ketiga-tiga kali itu juga permintaan saya tertunai. Mommy yang ada di sebelah tertawa besar, seterusnya mengambil Rayyan dari pangkuan saya.
.
"Cium nenek.." Ian hanya tersenyum dan menyentuh lembut pipi nenek dengan tangannya. Berkali-kali mommy mengulangi permintaan yang sama. Hanya sentuhan dari tangan kecilnya. Dan giliran saya pula menyuakan pipi saya kepadanya. "Cium mama sayang.." Tanpa berlengah, dia memberikan saya ciuman yang keempat.. Hehehe.. Ian sayang mama! Ciuman Ian hanya untuk mama.. :P
.
Dan malam ini juga, untuk pertama kalinya, Rayyan berjaya menarik kaki ke dalam mulutnya.. Alhamdulillah.. Suatu waktu dulu, therapist Rayyan sering mengajar kami menolak kaki Rayyan ke atas. Biar sampai ke mulut. Katanya, kalau bayi tidak mampu membengkokkan badan sepenuhnya, mungkin dia akan mengalami masalah pada tulang belakang nanti.. Ataupun stiffness pada bahagian pinggang dan kaki..
.
Dan hari ini, pertama kalinya, tanpa bantuan kami, Rayyan berjaya memasukkan ibu jari kaki ke mulutnya.. Menyaksikan progress anak ini dari hari ke hari cukup mengujakan. Hanya syukur ke hadratNya yang terucap.. =) Ini bukan aksi mintak adik seperti kata orang tua-tua yea.. :P
.

Sekarang, Ian juga semakin 'hebat' menunjukkan 'protesnya' dalam banyak perkara. Waktu makan, sudu mahu dipegang sendiri. Mahu dijadikan teether. Fisio juga sudah tidak sesenang dulu. Dia bukan lagi seorang anak kecil yang hanya menurut. Segalanya harus mengikut kehendaknya, jika tidak, raungannya akan kedengaran!

Kerana sudah lama tidak berjalan-jalan, hari sabtu, kami ke Mines. Sekadar membawa nenek dan bibik bersiar-siar. Sudahnya, duitlah yang 'hangus'.. :P

Untuk Ian. Sleepsuits, rompers, jeans. sleeveless shirt dan kasut.

Untuk mama dan ayah.. Blouse, t-shirt dan shorts
.

Ian @ Food Court.. Tersengih2 dengan nenek..

Hmm Ian sekarang agak susah untuk didekati oleh orang-orang yang tidak dia kenali. Hatta dengan nenek sekalipun. Setelah beberapa hari, barulah mahu berbaik-baik dengan nenek. Hanya dengan nenek memegang tangan Ian sahaja boleh membuatkan dia menangis. Senyuman jauh sekali, langsung tiada..

Keesokan harinya, saya terpaksa ke office menyiapkan sedikit kerja. Dari office, saya dan hubby bergerak ke Midvalley untuk menghabiskan masa dengan teman-teman baik yang sudah lama tidak kami temui. Bergelak ketawa dan berbual-bual kosong. Namun tidak lama, kerana kasihankan Rayyan yang ditinggalkan di rumah.

Mokcik gemuk.. Amik gamba pun sorok2 belakang member2.. :P

P/s - Esok, kami akan ke SJMC sekali lagi. Temujanji dengan neurologist Ian lagi. Moga-moga segalanya baik-baik belaka.. Aminnn..

Saturday, April 25, 2009

Rasa yang tidak terluah..

Kadang-kadang, kerana rasa yang tidak terluah dan kerana ego yang menggunung, rajuk pun datang.. Kerana itu juga, mengundang amarah di dalam jiwa.. Penyebabnya hanya kecil sahaja.. Kalau dinyatakan di sini, mungkin anda juga akan tertawa..
.
Tapi itulah asam garam rumah tangga. Rupanya tidak mudah. Di saat suka, "Ohh.. Abanglah yang plg sweet. Eii.. Geramnya, adik rasa nak lipat-lipat abang and letak dalam handbag pastu bawak gi keje.." Saat jiwa mula bergelora, "Eii geramnya, saya rasa nak tumbuk-tumbuk awak, letak dalam plastik sampah pastu gi campak kat hutan!!" Itulah ragam..
.
Bila si isteri mula merajuk, sang suami mula tak senang duduk.. Berbagai cara cuba memujuk, banyak perkara dia yang tunduk.. Tapi itulah, hati perempuan cuma sekeras kerak nasi seperiuk.. Di rendam air, mulalah sejuk..
.
Menjelang dua tahun usia perkahwinan..
.

Dari saya untuk dia..


Dari dia untuk saya..

Satu perbualan di petang hari..

"Eii nape hadiah abang bagi lagi mahal ekk?? Adik punya, siap topup ngan cash voucher Sogo tuh.. Hehehe.."

"Elleh, last year abang tak bagi apa2.. Adik bagi hadiah kat abang dekat seribu tau.."

"Eh, last year kan abang dah bagi.. Ni ha.." Sambil tangan menggosok-gosok anak di sebelah..

"Elleh.. Apa hal? Ni sape bagi sape ni? Ingat senang ke nak kuar yang ni sorang? Dah le kena kencing dalam bekas tiap-tiap bulan, pastu perut kena cucuk, darah pun kena amik.. Pastu perut kena operate plak tu.."

"Eh, abang pun penat ape.. Tiap2 kali bini nak kena wat semua tu.. Abg tolong jadik driver, tolong jadik tukang teman.. Jadik tukang teman lagi susah tau.. Kena tgk lagi.. Kena kesian lagi.. Pastu kena marah pulak kalo apa2 tak kena.."

Huh! Menjawab!!

Mama n ayah gaduh saya tak campur ok.. Saya sibuk makan biskut farley's.. Pastu saya kena exercise plak.. Susah woo meniarap ni.. Penat.. Tapi ayah pujuk saya, jgn give up.. Kena rajin tau..

P/s - Tahun ni tahun jimat cermat.. Tak sabar nak decorate umah sendiri.. =)

Kata teman saya, kenapa perlu berhenti menulis? Menuliskan bisa melegakan minda.. Kalau tidak puas hati, tukarkan saja rasa itu kepada kata-kata. Create another blog and restrict the access to yourself. Jadi la online diary.. Hehhehe.. Lawak!

Thursday, April 23, 2009

Cium tandanya sayang! =)

Saya sering mengucup lembut wajah Rayyan Ariff. Kadang-kadang mengetap bibir sendiri kerana geram.. Saya selalu katakan pada Rayyan, "Mama sayang Ian.. Sebab tu mama kiss Ian.. Tgk, mama kiss Ian lagi.." Saya berbisik seraya pipinya saya cium bertalu-talu.
.
Sekejap tadi, saya sua pipi saya ke mukanya.. "Ian, cium mama sayang.." Sejujurnya, saya tidak mengharapkan apa-apa balasan darinya. Biarlah sekadar bergurau senda keseorangan.
.
Diluar jangkaan saya, dia menolak mulutnya ke pipi saya. Saya agak terperanjat. Saya ulangi lagi permintaan yang sama. Tiga kali. Dan ajaibnya, ketiga-tiga kali itulah bibirnya menyentuh pipi saya..
.
Sungguh hebat rasa itu. Seperti di lamun cinta lagi.. Terima kasih Rayyan! Sebelum Rayyan terlena, saya minta ciuman darinya lagi. Dia hanya memandang saya dengan senyuman.. Seterusnya menyorokkan wajahnya seakan-akan malu.. Saya hanya tertawa kecil..
.
Saya berkira-kira di dalam hati.. Ciuman sebelumnya tadi hanya satu kebetulankah? Tidak mungkin. Bersungguh-sungguh dia mengangkat kepala untuk merapatkan bibirnya ke pipi saya. Hmm.. Kita tunggu dan lihat sahaja.. Sama ada dia 'mampu' mengulangi perbuatan tadi atau pun tidak..
.
P/s - Nawaitu awal sewaktu mula2 blog ini tercipta, mahu publish satu entry sehari. Tapi skrg, agak malas. Kerana itu updatenya agak ringkas.
.
Sekali lagi terfikir, betulkah rasa malas yang menyelinap atau kerana rasa sakit hati pada pakcik ini:-
.

Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri.. BOLEH SAYA GIGIT JARI AWAK SAMPAI PUTUS?? Makcik geram hokayyy!!!


Pernahkah anda terfikir untuk berhenti menulis? =)

Wednesday, April 22, 2009

Kaki yang kegelian..

Ian masih 'kegelian' setiap kali kakinya mencecah sebarang permukaan.. Secepat mungkin dia akan mengangkat kakinya ke atas. Untuk membuatkan kaki Ian biasa dengan sentuhan, saya turunkan walkernya serendah mungkin, menyebabkan dia tiada pilihan selain daripada melabuhkan kakinya ke lantai..
.

Ian yang khusyuk. He has discovered how to make the steering moves.. =)
.
Now, he doesn't mind being put in his walker for a longer period and he loves to explore all the toys on his walker..
.
Kaki yang terpaksa menjejak lantai.. :P
.
Kembali mengangkat kaki.. Hehhehe.. :P
.

Look aunties, I'm getting better at holding my head and turning.. But I still don't know how to crawl on my tummy yet.. But Mama said it's ok to take one thing at one time.. =)

Sekian update untuk hari ini. Cerita ekpress dari ibu yang mengantuk kerana anaknya terjaga dari tidur pada jam 4.30pagi semata-mata ingin bermain-main.. :P

P/s - Skrg, kat office dah blacklisted blogspot. Malam2 ada masa sekejap shj untuk meninjau blog kawan2.. Maaf andai tidak sempat meninggalkan comment. Ada yang ingin dinyatakan, tapi kesuntukan masa.. =(

Tuesday, April 21, 2009

Landasan takdir..

Siang tadi sewaktu di pejabat, saya berbual-bual dengan seorang kakak yang baru sahaja menyertai jabatan saya. Dia bertanya beberapa soalan mengenai kehidupan saya.. Keluarga saya dan beberapa perkara lain..
.
"Oh.. Ada anak kecil.. Sudah 11 bulan yea? Mesti sudah mahu berjalan bukan?"
"Hahahha.." Saya tergelak kecil. Tiada yang kelakar tapi hati bagai digeletek.. "Masih belajar meniarap.." Jawab saya bersahaja.
.
Kakak itu memandang saya kehairanan. Saya memulakan cerita.. Seringkas yang mungkin. Sedari awal saya mengandungkan Rayyan, segala ramalan doktor, sehinggalah kepada kebolehan Rayyan hari ini. Mungkin tidak sepenuhnya, tapi cukup untuk 'mengalihkan' perhatiannya dari "Rayyan anak yang lambat" kepada "Rayyan anak yang hebat" kerana sudah berjuang sejauh ini..
.
"Kamu kuat.. Sungguh kamu kuat.." Kata kakak itu lagi.. Dia memohon maaf kiranya pertanyaannya di awal perbualan membuat saya terasa hati..
"Tiada apa untuk dimaafkan. Dan tiada kuatnya saya. Yang kuat itu Rayyan. Dialah sumber kekuatan saya.." Saya masih mempamerkan riak bersahaja. Masih menghadiahkan senyuman untuknya..
.
Kuat. Tabah. Sabar. Gigih.
.
Perkataan ini sudah sering tiba di telinga saya. Dengan rasa rendah diri, saya berfikir, di mana kuatnya saya? Saya hanya seorang ibu. Dan sama seperti ibu-ibu lain, saya hanya mahukan yang terbaik untuk anak saya. Kerana itu saya tidak mahu mengalah. Dengan izin Yang Kuasa dan dengan usaha kita, tiada yang mustahil untuk dicapai bukan?
.
Saya bukan superwoman. Sesungguhnya, saya sudah berkali-kali jatuh. Rasa itu amat perit namun saya tahu, andai itu landasan takdir yang harus saya lalui, apa pilihan yang saya ada? Hanya redha yang mengikat hati supaya terus melangkah..
.
Saya pernah berkongsi cerita dengan seorang teman baru, walau kami tidak pernah bersua muka. Hanya internet yang menjadi pengantara. Tapi saya selesa bercerita dengannya. Dia cukup pandai menyusun kata. Dia menceritakan kisah dirinya yang kehilangan anak yang dikandung, dan saya menceritakan perincian kisah Rayyan.
.
Apa yang ditulis setelah membaca kisah Rayyan, cukup berbekas di hati saya, kerana dia menyuarakan rasa yang terpendam di hati saya.. Rasa yang tidak pernah terluah di mana-mana.
.
"Of course there were times when u feel like giving up, desperate, disappointed, frustrated, angry, miserable and all. Sometimes u might be questioning the fate set for u. I knew because I sometimes fell in that dark situation too no matter how hard I tried not to. We are normal human being, for God sake! We are not superwoman, angel or prophet! But what matter most, is that u keep crawling back to ur knees to move on and continue fighting. Yes... we are not really that strong actually. We never wished to be so strong sampaikan Allah nak uji kiter mcm tu kan? Tapi kiter tak pernah diberi pilihan kan? Tp Allah tau kiter kuat. It already happened and betapa susah pun kiter nk mengharungi hari2 yg mendatang but we got no choice rather than to keep forcing ouselves to move on kan? Lainlah kalau kiter mampu nak matikan diri kiter sendiri sebab sedih sangat2 betul tak? The sadness itself is so unbearable, painful n sangat2 memenatkan!"
.
Betul. Saya setuju dengan kata-katamu teman.. Dan tangisan boleh menjadi terapi terbaik. Sungguh, saya masih menangis hingga ke hari ini. Bezanya, ia bukan lagi esak tangis seperti hari pertama saya dikhabarkan 'berita duka' itu. Kini, ia hanyalah titisan air mata yang secepat mungkin akan saya seka. Tidak mahu ia jatuh. Dan ia hanya hadir setiap kali saya saya dikhabarkan dengan sesuatu yang 'baru'. Benar kata orang, alah bisa tegal biasa.
.
Berbalik kepada persoalan 'kuat', sekali lagi teman, kamu betul apabila kamu ungkapkan,
.
"what we have faced are different from each other's. But our objective is always the same that is to struggle and pray as best as we can in order to give the best for our loved ones. Honestly... sometimes when I read to ur stories, I said to myself how lucky I am not to be u. I may sound selfish and proud here. But there were also times when I said to myself... yeah but I don't have my baby with me at least she still has him with her. I think... the same might be crossing ur mind too. U might think that it is easier to be like me instead to be having to take care of a special-needs child."
.
Sungguh. Kata-kata jahat ini pernah mengganggu fikiran saya suatu masa dahulu. Saya sering bertanya, apa kah yang akan terjadi kiranya dulu saya memilih untuk tidak melahirkan Rayyan? Itu saat kejatuhan saya yang paling teruk. Dan setelah saya disedarkan oleh hakikat perjanjian dengan tuhan, saya berhenti mempersoalkan dan berfikiran begitu. Lebih-lebih lagi apabila melihat wajah mulus si anak.
.
Dan hari ini, saya bangga menjadi ibu kepada anak ini. Tiada satu detik pun saya mahu dia pergi dari hidup saya. Dia mengajar saya erti kekuasaan Allah SWT, dia mengajar saya untuk lebih menghargai apa yang kita ada, dia mengajar saya erti cinta yang tidak bersyarat, dan dia mengajar saya erti pengorbanan.. Dialah yang meminjamkan kekuatannya kepada saya untuk terus melangkah.. Segalanya dari tubuh kecil itu..
.
Dulu, sewaktu dia masih di NICU, setiap kali saya berjalan menuju ke katilnya yang berada di hujung wad, setiap langkah yang saya atur, hanya ada wajahnya.. Dia tidak comel. Sama sekali tidak. Berbanding dengan anak-anak lain yang ada di situ, dia jauh ketinggalan. Kulitnya gelap. Kepalanya lonjong dan tidak terbentuk dengan elok.. Matanya juga seakan-akan bengkak. Kulitnya kering dan menggelupas.. Terutama selepas pembedahan pertamanya.
.

Setiap kali saya tiba ke katil bayinya, saya akan melihat tag namanya dahulu. Kerana seakan tidak percaya dia bayi saya.. Hehehe.. Jahatnya mama!

.Pernah satu ketika, saya menggelarkan dia ultraman.. hingga saya dimarahi hubby. Sungguh, dia kelihatan seperti ultraman kecil.. Terutama pada bahagian kepalanya. Tapi walau begitu fizikalnya, dia tetap cinta hati saya. Tetap kebanggaan saya. Inilah yang dikatakan, cinta tanpa syarat.. =)

Anak mama yang coklat suatu masa dahulu.. :P

Rayyan Ariff, terima kasih kerana meminjamkan 'kekuatan'mu kepada mama.. InsyaAllah, kita akan terus mencuba yang terbaik!

P/s - Saya bukan supermommy.. Saya hanya insan biasa yang masih meneroka jalanan kehidupan yang pastinya penuh likuan. Ingatkan saya sekiranya saya terjatuh lagi wahai teman-teman.. Terima kasih.. =)

Monday, April 20, 2009

Little brother for Rayyan..

Rumah kami dikunjungi tetamu, nenek saudara saya dan keluarganya.. Riuh rendah rumah jadinya.. Saya tentu sekali rasa gembira.. Sekurang-kurangnya ada wajah2 lain untuk dipandang.. Ian, sentiasa dengan senyumannya.. Ada kalanya, menangis bila diambil.. Iya lah.. Dia sudah dapat mengecam wajah2 hariannya..
.
Sewaktu moyang saudara Ian memangku Ian yang tidak berbaju, dia tersenyum.. "Nampak gayanya, lepas ni hero lagi la Mama Rayyan.."
.
"Kenapa?" Saya bertanya, kehairanan..
"Ini ha.. Puting Ian terkeluar, kalau ikut orang2 tua, pasni nak dapat adik lelaki.. Kalau tak tersembul, rata sahaja.. Tandanya, nak dapat adik perempuan.."
.
Saya cuma membalas dengan tawa sahaja.. Sebetulnya saya tidak kisah sama ada lelaki atau perempuan untuk anak seterusnya. Kerana hajat mahu anak pertama lelaki sudah tercapai.. Selebihnya, serah pada tuhan sahaja.. Cukuplah kalau dia sihat dan sempurna.. Aminn..
.
Bayi baru lahir, baunya wangi! :P
.
P/s - Ini entry tiada makna ya.. Yang pasti, Ian belum mahu dapat adik lagi.. :P

Sunday, April 19, 2009

Membiarkan dia seadanya.. Semahunya..

Dua hari kebelakangan ini, Ian kembali kurang meniarap.. Hari ini, hanya sekali dia mencuba.. Dan saya tetap meneruskan aktiviti-aktiviti latihan seadanya.. Tidak terlalu memaksa dan tidak terlalu mengikut..
.
Saya sendiri masih menyesuaikan diri dengan penggunaan core ball sebagai salah satu alat untuk senaman.. Mudah sahaja apabila melihat Ms. Sarjit melakukannya.. Tapi rupa-rupanya, ia memerlukan banyak tenaga.. Berpeluh-peluh saya dibuatnya.. Elok juga.. Senaman untuk Ian dan saya sekaligus..
.
Berbalik kepada meniarap, bolehkah saya bertanya di sini kepada ibu-ibu yang sudah berpengalaman? Saya tahu saya tidak boleh membandingkan anak saya dengan anak-anak anda.. Tapi sekadar ingin tahu.. Untuk dijadikan panduan..
.
Apabila anak-anak anda mula belajar meniarap dan akhirnya dapat melakukannya sendiri, adakah mereka akan melakukannya berulang kali, setiap kali diletakkan atau ada ketikanya mereka masih mahu berada di dalam posisi terlentang? Sebetulnya saya tidak tahu..
.
Pada fikiran saya, apabila seseorang (regardless anak kecil atau org tua.. ) mengetahui 'pergerakan' baru, tentu sekali mereka akan cuba memahirkan diri untuk lebih menguasai pergerakan itu bukan? Atau pun memang kita semua memerlukan waktu, apa lagi kalau pergerakan itu sesuatu yang susah bagi kita.. Entahlah buntu di situ..
.
Baru sahaja kegusaran bertapak di hati kerana Ian sudah kurang meniarap, sekali lagi dia mengejutkan kami semua.. Semalam, dia berjaya duduk tanpa sokongan untuk jangkamasa 15 saat.. Itu lama sekali bagi dia.. (cuba anda kira 1 hingga 15.. Lama bukan?? :P ). Saya betul-betul bangga dan gembira.. Sebelum ini, setiap kali kami letakkan dia di dalam posisi duduk, dia hanya mampu bertahan sesaat dua sahaja sebelum jatuh..
.
Tapi itu cerita semalam. Hari ini, badan Ian kembali condong hanya selepas 2 saat.. Hahaha.. Saya tidak tahu sama ada saya harus berpegang pada teori saya tadi, atau membiarkan sahaja dia mengambil masa seberapa lama yang dia suka.. Tanpa memaksa, tanpa perlu kecewa.. :P
.
Semalam juga, dia menghabiskan sebotol susu sendiri.. Sebelum ini, hanya beberapa minit sahaja dia mampu memegang botol susunya, tapi kali ini, sudah mampu menghabiskan sebotol susu.. Kalau sebelum ini juga, saya masih boleh memegang botolnya, kali ini, dia 'merampas' botol susunya dari saya.. Mahu melakukannya sendiri.. Menangis andai tidak di beri.
.

Anak kecil mama yang sedang membesar.. Pada mama, kamu masih seorang bayi kecil walaupun bau mu sudah tidak seenak semasa kami membawamu pulang dari NICU.. :P

Patutnya saya berasa senang hati kerana dia mahu berdikari dan mencuba.. Tapi ada sebahagian dari diri saya yang tidak mahu ia berlaku.. Saya mahu dia terus 'memerlukan' saya.. Mungkin kerana saya tidak menyusu badan, jadi saya mahu ada 'keistimewaan' memegang botol susu untuknya.. Hahahha.. Sentimental sungguh menjadi seorang ibu.. Nampaknya saya terpaksa menerima hakikat bayi saya semakin membesar.. =)
.
Semalam, selepas diperiksa oleh Dr. Yong, kami diberitahu agar tidak risau dengan kesan ubat yang diambil Ian.. Masih terkawal. Lagi pula, ruam di badan Ian sudah berkurang.. Masih bisa dirawat dengan krim travocort yang dibekalkannya.. Tentang keguguran rambut, kata Dr., biarkan sahaja dahulu..
.
Di perjumpaan ini juga kami sempat berbincang tentang keputusan ujian pendengaran Ian.. Hmm.. Biarlah pakar ENT yang membuat penilaian lanjut mengenai telinga Ian.. Selagi ada harapan, kami akan meneruskan perjalanan.. =)
.
P/s - Sudah membuat keputusan, hari ulang tahun Ian, kami buat kenduri kesyukuran dan sembahyang hajat sahaja.. =)
Kak Pnut, bleh order cupcakes tak?? Ada special price for special baby tak?? Hehhehehe..

Saturday, April 18, 2009

Putera mama..

Dari dulu, saya sering memanggil Ian dengan panggilan, putera mama.. Dan sesekali bibik menyampuk, putera semata wayang (saya tidak pasti ejaannya.. :P).. Ia bermaksud putera satu-satunya.. =)
.
Sememangnya dia satu-satunya putera kebanggaan kami (satu-satunya pada masa ini.. Hehehhe..).. Tahu apa putera mama buat sewaktu saya tinggalkan dia untuk menyiapkan sarapan paginya?
.

Ian reaching out for his toy..

.
Bersungguh-sungguh putera mama meniarap dan cuba mencapai Mr. Bebo.. Permainan berwarna ungu kegemarannya itu..
.
Teruskan usahamu nak.. =)
.
P/s - Hari ini, ke hospital lagi kami.. Ian develops allergy towards his epilim medicine.. Rashes and hairfall.. Kasihan kan? Masih kecil sudah mengalami sindrom keguguran rambut.. :P

Thursday, April 16, 2009

Tanpa rasa jemu..

Hari ini, hari yang agak sibuk. Ada sesi terapi di SJMC dan seterusnya temujanji dengan ophthalmologist di PMC.
.
Untuk fisioterapi, Ms. Sarjit agak terperanjat dan gembira kerana melihat ada peningkatan yang ditunjukkan Rayyan walaupun baru sekali kami menjalani fisioterapi dengannya. "I'm so impressed to see such improvement in a week. For some babies, it's not just a matter of weeks, sometimes, it could be months.. Good.. Good.." Dia berdecit-decit kekaguman di hujung ayatnya.
.
Sejujurnya, saya juga agak terperanjat.. Tapi mungkin kerana terlalu mahu 'banyak' dari Ian, saya lupa menghargai pencapaiannya yang sedikit itu. Ian sekarang, cukup rajin meniarap dan mengangkat kepalanya.
.
Terbaru, dia mula menggerak-gerakkan tangannya, seakan mahu bergerak ke hadapan. Mula menolak badan untuk belajar creeping.. Alhamdulillah.. Koordinasi antara anggota badan juga ada peningkatan. Walaupun dalam keadaan meniarap yang memenatkan, dia mampu mencapai permainannya dan bermain dengan permainan tersebut.

Sedikit sedutan sesi fisioterapi Ian dengan Ms. Sarjit..
.
Baby yang moody!
Dari pagi, Ian agak moody.. Mudah sekali menangis.. Mungkin kerana rasa kehilangan.. Atuknya datang semalam. Dan pagi ini, Atuk pulang sewaktu Ian masih tidur. Dan Ian seperti tercari-cari kelibat Atuknya..
.
Sewaktu dalam perjalanan ke SJMC, Ian tertidur.. Sebelum memulakan sesi fisioterapi, kami terpaksa mengejutkan dia. Apabila tidur terganggu, berubah sama sekali perangai anak kecil ini. Dia masih memberikan kerjasama yang baik kepada Ms. Sarjit, tapi tiada langsung senyum di bibirnya..
.
Temujanji seterusnya, jam 3 ptg.. Sementara waktu masih ada, kami singgah di Subang Parade untuk membeli core ball yang digunakan untuk sesi latihan fizikal Ian seperti di dalam klip tadi.. Sesudah makan tengahari, kami bergegas ke PMC.
.
Setibanya di PMC, Ian sekali lagi tertidur.. Lebih kurang jam 230pm, mata Ian mula dititiskan dengan cecair khas bagi membolehkan pemeriksaan dilakukan. Sekali lagi, tidurnya terganggu. Kasihan Ian..
.
Alhamdulillah.. Mata Ian baik sahaja. Optic nerve ok.. Optic Disc ok.. Dan bola matanya juga tidak bergoyang-goyang.. Kedua-dua matanya bergerak elok. Crossed eyes juga sudah berkurang. Doktor menyarankan agar tidak melakukan sebarang pembedahan kerana segalanya di dalam keadaan yang bagus.. Melainkan keadaan memaksa.. Alhamdulillah.. Tentu sekali kami pulang dengan hati yang berbunga riang..
.
Doktor itu juga agak kagum melihat perkembangan Ian sekarang.. Bersungguh-sungguh mencapai objek-objek yang ada di hadapannya, bermain-main dan asyik 'berbual-bual' dengan orang-orang di sekelilingnya.. Dan mampu membuang dan memasukkan pacifier ke dalam mulutnya sendiri.. "What about feeding bottle? Can he put it in his mouth and hold it by himself?"Tanya Doktor itu di samping beberapa soalan yang lain.
.
"Definitely he can, but only for a few minutes before he started to play with his feeding bottle.." Saya menjawab soalan tadi sejujurnya.. "From what I can see here, he's just like any other normal baby.. It's amazing huh.." Sambung doktor itu. "We know he is.." Saya dan hubby hanya tersenyum..
.
Kami tiba di rumah jam 5 ptg. Saya dan bibik ke dapur untuk menyiapkan makanan Ian dan air mandiannya.. Apabila kami ke ruang tamu, agak terperanjat bila melihat dia tertidur.. Kasihan.. Penat!
.

See.. Rajinkan? Meniarap sampai tertidur.. :P

Dulu, doktor tadi pernah berkata, "I'll be so surprise if there's nothing wrong with his eyes.." Dan saya tahu, sekarang ini pun dia sudah cukup surprise melihat perkembangan Ian. Jauh bezanya dengan bayi yang dilihatnya di NICU 11 bulan yang lalu. Dan dia juga tidak menjangka Ian akan sampai sejauh ini..

Kalau tubuh kecil ini rajin berusaha tanpa rasa jemu, mengapa kita mahu mengalah bukan? InsyaAllah.. Akan ada sinar buat kita.. =)

P/s - Sewaktu di PMC, saya cuba memotong kuku Ian yang sudah agak panjang dan tajam.. Tanpa sengaja, terkena isinya.. Mulanya, tiada darah menyebabkan saya tidak perasan terkena isi.. Apabila Ian menangis, dia dimarahi kerana 'manja'.. Setelah melihat ada sedikit darah, saya pula dimarahi hubby.. Hehehhehe.. I'm sorry sayang.. :P

Wednesday, April 15, 2009

Gelora di hati..

Mata sudah terasa berat. Tiada niat untuk menulis. Tapi ada yang mahu diluahkan. Ada yang mahu dikongsi. Dari malam semalam, hati tidak keruan. Kerana ada sedikit rasa kecewa menyebabkan tiada keinginan untuk menulis atau membalas komen. Entry sebelum ini hanyalah scheduled post.
.
Semalam, beberapa kali saya cuba melakukan senaman-senaman yang diajar di sesi fisioterapi yang lalu pada Ian. Semalam juga, tiada kerjasama dari Ian. Beberapa kali dia menjatuhkan kepalanya dengan sengaja. Sambil ketawa.
.
Mungkin dia hanya ingin bermain dengan mamanya. Benar-benar bermain. Bukannya melakukan rutin-rutin fisioterapi yang memenatkan. Saya betul-betul kecewa. Ada rasa putus asa di situ. Masa saya dengannya cukup terhad. Saya mahu dia faham. Biar dia seperti saya, memanfaatkan segala waktu yang ada dengan sesuatu yang dapat membantu 'masa hadapan'nya.
.
Sukar untuk membuat dia faham. Dia hanya seorang bayi yang tidak mengerti kegelisahan seorang ibu. Dia hanya mahu melakukan rutin-rutin yang dilakukan bayi-bayi lain. Terlalu 'keras' kah saya dengan anak saya? Saya bukan zalim. 'Kekerasan' saya hari ini kerana mahu melihat dia berdiri sebaris dengan anak-anak lain pada masa akan datang. Saya tidak mahu dia disisihkan.
.
Membaca coretan terkini dari Puteri Nuur, membuatkan hati saya tergerak untuk menulis. Secara sengaja atau pun tidak, perasaan 'tersisih' akan datang tanpa diundang. Mungkin hanya mereka yang berada di posisi yang sama dengan kami yang lebih memahami. Senang untuk melemparkan kata-kata, membuat pelbagai andaian, namun sesungguhnya, ia tidak mudah untuk berada di dalam situasi ini.
.
Membesarkan seorang anak sudah cukup susah. Apa lagi seorang anak istimewa. Tahu apa rasanya? Lebih hebat dari rollercoaster ride! Debaran sudah menjadi kelaziman. Kalau hari ini kami diberi harapan, selang beberapa ketika, berita yang kurang enak mungkin menyusul. .
.
Sebagai contohnya, Ian sendiri.. Yang dikatakan hanya akan lahir, namun tidak mungkin akan hidup. Ada kekecewaan di situ. Ada juga harapan. Tapi apabila melihat semangat juangnya, harapan semakin menggunung. Elok sahaja 'gembira' hadir, duka menyelit.. Pembedahan pertama di kepala tidak berjaya. Teruskan hingga 'ia' sesuai.
.
Sesudah itu, Ian dikatakan tidak dapat melihat dan mendengar pula. Kami belajar untuk menerima. Tapi kembali disogokkan dengan harapan. Beri masa sel otaknya untuk berkembang. InsyaAllah dia akan dapat melihat dan mendengar.
.
Apabila disahkan Ian bisa melihat, kami gembira. Tapi sekali lagi terdiam kerana dia mungkin memerlukan pembedahan pada matanya agar tidak mengganggu penglihatannya pada masa hadapan. Agak mengecewakan.
.
Telinga? Kata doktor, dia mungkin bisa mendengar kerana apabila 'bercakap', dia mampu mengawal nadanya. Hati berbunga riang. Harapan kembali menggunung. Tapi sekali lagi, ia memeritkan apabila ujian demi ujian yang dilakukan, tidak membuktikan dia bisa mendengar. Apa rasa hati kami? Setiap kali azan berkumandang, hanya mampu berkata, "Duhai anak, indah sekali laungan azan yang memuji Allah SWT. Kami benar-benar berharap kamu bisa mendengarnya." Dan biarlah, andai hanya sebelah telinga buat masa ini.
.
Ini hanya cebisan dari apa yang kami lalui. Banyak lagi 'kemungkinan' yang diletakkan di hadapan kami. Penat untuk menghuraikan di sini kerana dalam jangkamasa tidak sampai setahun, terlalu banyak turun dan naiknya. Tiada siapa yang mahu jalan ini melainkan orang yang tidak waras. Tapi kami insan-insan yang terpilih, hanya pejamkan mata dan terus berjalan di atas landasan yang telah ditetapkanNya.
.
Kalau dikatakan menggunakan anak istimewa sebagai alasan untuk mengambil cuti, itu terlalu cetek pemikirannya. Kalau diberi pilihan sama ada mahu 'kemudahan' mengambil cuti atau anak yang normal, tentu sekali kami memilih pilihan kedua. Cuti dari kerja tidak bermakna kami 'berehat'. Berada di hospital seharian amat memenatkan.
.
Kalau anda di hospital, menunggu giliran untuk suntikan imunisasi sudah memenatkan, cuba bayangkan 'kepenatan' kami, cuba bayangkan 'kebosanan' Ian. Setiap inci badan Ian sudah tepu disentuh oleh pelbagai pakar. Pediatrician, neurosurgeon, neurologist, ophthalmologist, pakar ENT dan segala jenis therapy yang perlu dia lalui!
.
Itu belum lagi dikira dengan 'pandangan' segelintir pihak. Kami sendiri, pernah diajukan dengan pertanyaan seperti, "Pandaikah dia menangis?" "Kalau dia lapar, tahukah dia menangis untuk meminta disusukan? "Bolehkah dia bercakap bahasa bayi?" "Kesian dia, tentunya dia hanya tahu minum susu dan tidak pandai makan bukan?"
.

Untuk pengetahuan semua, saya cukup pandai menangis, sedari lahir lagi.. Saya juga tahu meminta makanan.. Saya seorang yang suka membebel, walau hanya bahasa bayi.. Saya juga suka makan, bubur nasi yang di blend.. Lauknya: ayam, daging atau ikan, dan sayurnya : brokoli, carrot dan potato. Tapi mama juga tambahkan kismis atau kurma.. Saya juga suka makan apple, banana dan papaya. Nasi saya setiap hari mama yang masak coz kata Mama Qaisara, kena ajar anak makan air tangan ibu, bukannya orang lain..

Oh yea, hari khamis nanti, selain dari fisio dan occupational therapy, saya ada appoinment dgn opthalmologist.. Doakan mata saya ok yea.. =)

Tapi saya tidak salahkan mereka yang bertanya. Kerana mereka hanya ingin tahu. Cuma yang saya bimbangkan, perasaan Ian apabila dia pula yang diajukan dengan soalan-soalan begini. Bukankah dia akan rasa tersisih jika kebolehannya diragukan? Mungkin di masa akan datang, 'tugas' saya akan bertambah. Kerana saya mungkin terpaksa pertahankan dia dari 'dunia' luar.. Mungkin saya juga terpaksa menerangkan mengapa dia istimewa.. Dan mempersiapkan dia untuk mempertahankan dirinya sendiri.

Put, walaupun tidak pernah bersua muka, Jiey tahu 'rasa' itu. Persetankan mereka yang agaknya terlupa tentang kekuasaan Allah..

P/s - Actually, saya mahu tinggalkan anda dengan cebisan email yang saya dapat dari teman siber saya, Ina. Catatannya cukup meninggalkan kesan apabila dia dengan jelas mengeluarkan apa yang terbuku di hati saya. Namun saya takut dia tidak 'selesa'. Saya simpan email itu kerana apa yang ditulisnya, cukup memberikan kekuatan kepada saya. Kalau dibenarkan, mungkin saya boleh berkongsi bahagian-bahagian tertentu, iaitu kata-kata semangat yang dia pegang dan simpan.. =)
.
Dari entry : Selamanya cinta.. Penat dan lelah akan berlalu bagaikan angin, kerana cinta yang menggunung..
.
P/s/s - Put, nok la video tuh.. =)

Tuesday, April 14, 2009

Gagal berulang kali bukan bererti tewas..

Melihat foto bayi-bayi yang menjalani fisioterapi, saya agak terperanjat menyaksikan ia melibatkan banyak peralatan bantuan. In kerana, pada setiap sesi terapi Ian, dia hanya dipastikan meniarap dan mengangkat kepala. Saya tanyakan pada teman saya, "Mungkin kerana Ian masih kecil." Jawab teman saya itu..
.
Sesi terapi dulu..

Sekarang, Ian mengikuti terapi di SJMC. Di bawah pemerhatian Dr. Tunku dan therapistnya ialah Ms. Sarjit. Dia sudah berpuluh tahun bekerja dengan bayi dan kanak-kanak. Cukup berpengalaman. Orangnya teliti dan mempunyai personaliti yang baik. Lembut sahaja dia apabila dengan bayi.

Nampak kan kesan parut di kepala Ian

Cubaan membuat Ian meniarap..
.
Saya tanyakan pada Ms. Sarjit, pada usia berapa dia mula menggunakan peralatan pada bayi? "Seawal usia dua bulan. Tapi jangkamasanya tidaklah lama. Sekejap, sekejap sahaja sudah memadai.." Jawabnya di dalam bahasa Inggeris. Dia agak kekok bila berbahasa melayu.
.
Saya agak terperanjat. Di tempat lamanya, Ian hanya disuruh meniarap, mengangkat kepala dan duduk dipangku. Dengan mulutnya yang bising, setiap kali Ian tidak mahu mengangkat kepala, Ian dikatakan malas.
.
Saya bangkitkan isu 'malas' Ian. Percuma, Ms. Sarjit kelihatan cukup tidak berpuas hati. "You try to put yourself in his shoes. It's not easy for him. His body tone is not strong. He has lower body tone. For him to do the things that we asked him to do, is hard work. If he could, he would. He's not being lazy. It's not that he didn't try. He did. You can easily know when a child is throwing tantrum and don't want to cooperate. But it's definitely not Rayyan. He cooperate well. He's playful. He loves to communicate. If you try one thing and he's tired, make him do other things then only get back to the first one." Sekejaban saja, Ian mula menangis.
.
"See, I told you these are not tears of laziness. He's tired. If your baby is lazy and throwing tantrum, it will be merely screaming rather than crying with tears! Even if I ask you to sit on this ball, while holding your head straight, how long can you last? It's tiring. Furthermore, his muscle is not as strong as yours.."
.
Sewaktu Ms. Sarjit berbicara, rasa panas menyerbu ke muka. Saya tahan air mata yang hampir mengalir. Maafkan mama kerana salah sangka. Maafkan mama kerana tidak memahami. Maafkan mama sayang. Ms. Sarjit kelihatan cukup tidak berpuas hati dengan therapist yang mengajar saya bahawa Ian pemalas..
.
Apabila tamborine dibunyikan di bahagian sebelah kanan telinganya, Ian akan mengangkat kepala dan memerhati alat-alat yang dibunyikan kepadanya. Beberapa kali perbuatan yang sama diulang. Tiada reaksi di sebelah kiri. Hanya kanan sahaja..
.
Hebat tak saya angkat kepala? Saya anak yang kuat!
.
Oh, susahnya aktiviti ini.. Takpe, saya akan cuba tanpa berputus asa!
.
Ayah saya sudah booked bola ini. Minggu depan sampai yea..

Cubaan untuk membuat Ian berdiri. Ms Sarjit dibantu bibik..

Penerangan dari Dr. Tunku. Saya cukup berpuas hati dengan dia.

Sewaktu Dr. Tunku sibuk memberi penerangan, Ian tidak henti-henti memandangnya sambil memberi senyuman yang cukup manis. Kadang-kadang dia 'menyampuk', seakan Dr. Tunku sedang berbicara dengannya.

"Dr. I think he likes you. It's normal for him to smile at anyone that he sees, but it's something unusual for him to smile at someone whom he just met constantly.." Kami semua tertawa.

"Oh Rayyan, Dr. likes you too.." Kata Dr. Tunku sambil mencubit pipi Ian manja..

Sungguh. Senyuman yang Ian berikan kepada Ms. Sarjit juga tidak sebanyak yang diberikannya kepada Dr. Tunku. Lucu sekali Ian.

Sesi theraphy berakhir selepas sejam lebih. Dr. Tunku memberi masa 6 minggu untuk Ian mencapai sasaran yang diletakkan padanya. Dan saya, pulang dengan rasa bersalah yang teramat dalam.

Kenapa? Kerana saya sering meletakkan Ian di dalam keadaan meniarap dan meninggalkan dia untuk beberapa ketika. Sama ada membuat kerja rumah atau membancuh susunya. Kalau dia tidak mahu mengangkat kepala, lagi lamalah masa yang saya kenakan padanya. Semua atas dasar Ian malas hendak berusaha. Bodohnya seorang ibu!

On the other hand, saya sudah mendapat keputusan BAEP test Ian. Jiwa saya dilanda taufan untuk seketika. Tewas lagi.. Sukar untuk saya terima kenyataan ini kerana apa yang ada dihadapan saya bertentangan dengan apa yang diberitahu. Tapi biarlah.. Gagal berulang-kali bukan bererti tewas. Kita hanya tewas setelah kita mengaku kalah. Dan mama sama sekali tidak mahu Ian mengaku kalah! Bukan sekarang nak..

Untuk tatapan auntie-auntie semua.. Terimalah....... Rayyan Ariff dlm mode : MUKA SERIOUS DAN BERSUNGGUH-SUNGGUH! - SAYA BUKAN PEMALAS OKEY??
.
Ku ingin selalu di sampingmu..
Tiap waktu siang melambai malam..
.
P/s - Perbualan antara saya dan bibik selepas pulang dari hospital :
.
"Kakak, Rayyan disayangi semua ya kak?? Ke mana-mana sahaja dia pergi, jadik perhatian dia. Mungkin kerana dia suka senyum ya kak??" Kata bibik kepada saya..
.
"Baby bik.. Sesiapa sekali pun, mesti suka pada baby kan?" Jawab saya bersahaja.
.
"Tapi rasanya lain sekali dengan Rayyan ini. Sayangggg banget" Jawab bibik lagi.
.
"Bagus la kalau bibik sayang sama Rayyan. Saya pun senang hati. Jaga Rayyan baik2 yea bik.. Inilah harta saya yang paling berharga. Amanah Allah yang tak ternilai!" Saya menjawab sambil tersenyum..
.
Saya tahu ramai yang mengatakan Ian bernasib baik kerana bibik menyayanginya. Rezeki dia mungkin. But the drawback? Dia terlampau memanjakan Ian. Kurang exercise. Asyik main sahaja. Sehinggakan Ian sudah tidak mahu mengikut arahan. Sampaikan duduk di bumbo chair juga tidak mahu, dia akan menolak-nolak kepalanya ke belakang. Meniru aksi yang sama semasa dia 'bermain' dengan bibik.. Aduhh.. Taktahu macam mahu terangkan lagi! Haihh..
.
~We are not challenging the reality of life.. But we are defying the odd~

Sunday, April 12, 2009

11 months old and birthday party..

Ian turns 11 months old today. I'm not going to blog about his achievement coz I've done that all the time. And also, because to us, the greatest achivement of all is, he's breathing. till now. Alhamdulillah.. Despite all the ups and downs, and all the prediction made by the doctors, he's still standing strong. Actually I should say laying strong or sitting strong in his bumbo chair! :P
.

Allahuakbar.. Besar sungguh kuasa dan nikmatMu...

A month from now, Ian will be 1 year old. We're still thinking whether we want to throw him a party or not. For now, what I've in my mind is to have kenduri kesyukuran and solat hajat agar dipermudahkan segalanya buat Rayyan Ariff.

Was talking to my friend, Intan, and she said there's no harm of celebrating Ian's birthday. Sekadar meraikan 'kejayaan' Ian yang sudah berjuang sejauh ini. I told her that I don't feel comfortable. Those who come will definitely will ask lots of question on his story and his progress. I can get easily tired when it comes to answering this type of question.
.
"Jemputlah orang yang Jiey rasa 'selesa'.." Usul Intan lagi. Hmm.. Mungkin juga. Hanya keluarga dan teman-teman rapat. InsyaAllah.. Kalau ada pun, mungkin hanya majlis kecil-kecilan.. Mungkin pada 10 May nanti.. Dua hari awal kerana hujung minggu berikutnya hubby sibuk.
.
Hari sabtu, seharian kami di rumah. Saya sibuk menyiapkan laporan yang perlu dihantar pada hari isnin nanti. Mungkin tidak dapat menyiapkan semuanya, sekurang-kurangnya, tidak banyak yang tinggal untuk disambung pada hari ahad.
.
Pagi ini, saya mengajak hubby ke kedai peralatan bayi untuk mendapat hadiah buat si cantik Sara Irdina yang lahir pada tarikh hari ini, setahun yang lalu. Sungguh pantas waktu berlalu.. Semasa melawat Intan di HUKM, saya masih membawa Ian di dalam rahim saya.. =)
.
Kerana sudah ada idea tentang apa yang mahu dibeli, kami tidak mengambil masa yang lama. Sebenarnya, saya sudah lama saya berkenan pada soft toy ini. Cuma hubby melarang saya membelikan untuk Ian, tidak macho katanya..
.

Di luar kedai.. F1 racer in the making.. Gambar senyumnya tidak sempat diambil..
.
30minit setelah tiba di rumah, ibu dan bapa mertua saya sampai. Mereka mahu ke kenduri kahwin dan mahu pergi bersama kami kerana kami juga dijemput. Awalnya, hanya hubby yang bercadang untuk pergi. Bila ibu mertua saya bersungguh-sungguh mengajak, saya dan bibik ikut sama. Ian kami tinggalkan di rumah bersama adik lelaki saya. Sewaktu ditinggalkan, Ian sedang tidur.
.
Setelah pulang dari kenduri kahwin, kami agak terperanjat kerana Ian masih tidur. Mungkin kerana hujan yang mencurah, membuatkan Ian tidur lena walaupun kebiasaannya, tidur siangnya hanya 15minit sahaja. Atuk dan Wan gelisah kerana tidak dapat bermain dengan cucunya. Hampir pukul 145pm, barulah Ian bangun dan kami terus bersiap-siap mahu ke rumah Intan.
.

Happy birthday Sara Irdina!! Mama Jiey saaaaayang Sara!!

Suasana di rumah baru Auntie Intan. Saya suka rumahnya.. Cantikkk.. Yang berbaju hijau itu abang Sara, Adam.. Comel sekali apabila dia mencium Ian. Dia memang suka baby..

Ian is checking his goodie bag.. Ada whistle.. Yeayyy!! - T-shirt from Auntie Jue.. Thanks a lot Auntie!! Ian suka.. Lepas basuh terus pakai.. :P

Bibik bagi susu kat Ian. Hadiah sape la dalam paper bag cuti-cuti Malaysia tuh. Tak senonoh betul. Mesti tuan dia busy sangat sampai tak cukup masa nak wrap kan?? :P

Ian and birthday girl.. "Eeii.. Cantiknya.. Girlfriend Ian ke ni mama??"

"Pegang dia sikit.." Kata Ian berani.. - Masa Sara tido, berani la kacau. Bila Sara bangun, takde maknanya. Berair mata Ian kena cucuk ngan Sara.. Jangan Sara, anak Mama Jiey mahal nih.. Rege kondo sebijik.

"Oh mama, saya suka Sara! Kenapa Sara tak senyum balik?? Let my hand go!!"

Suka betul dia! Such a happy baby..

Senyum untuk Auntie Intan!! "Bleh saya jadi menantu Auntie? Saya comel.."

Rayyan behaved so well today. Alhamdulillah.. Nanti Mama leh bawak Ian gi jalan-jalan lagi. Ada lagi girlfriend yang mama nak kenalkan kat Ian nih.. *wink*wink* Nabila and Sarra.. :P

Rayyan asyik menghadiahkan senyum manisnya buat Intan. Mungkin dia suka Auntie Intan, mungkin dia 'kenal' suara Auntie Intan yang banyak memberi kata-kata dorongan kepada mamanya sewaktu dia masih lagi di dalam kandungan. Lucu sekali melihat aksi Ian bila bersama Intan.. Seakan-akan 'jatuh cinta' dengan Auntie Intan. Perkara yang sama berlaku bila Ian duduk dengan Doktor rehabnya, Dr. Tunku..

Bercakap tentang setahun, sebelum ini, jab Ian mengikut birth age dan bukanlah corrected age. Tapi jab untuk setahun Ian, dijadualkan pada bulan Julai. Kerana mengikut corrected age, Ian hanya akan mencapai usia setahun pada 12 Julai nanti. Jadinya, hanya setelah itu Ian dibenarkan untuk makan telur. Dan selepas makan telur, barulah jab itu boleh diambil.

Tadi saya berkira-kira mahu memberi Ian makan telur. Tapi bibik menghalang, "Biarla dulu.. Udah dibilang gitu sama dokternya.. Lagipun, kurang apa gizinya.. Ada daging, ayam, ikan, sayur semua.. Syukurlah tu.."

Ok la Ian, mama akur..

P/s - Dulu, Doktor hanya membenarkan Ian makan pada usia 8 bulan atau corrected age 6 bulan.. Tapi saya mula memperkenalkan nestum masa usia Ian 7 bulan ataupun corrected age of 5 months.. Hehhehe.. Bad me!!