.
Satu sebabnya, kerana majlis akan diadakan pada hari ahad, maka tentulah penat akan bersisa sehingga ke hari isnin dan untuk memohon cuti dari bekerja pada hari tersebut adalah mustahil kerana banyak lagi perkara yang memerlukan saya menyimpan cuti terutamanya temujanji Rayyan Ariff.
.
Sebab yang lain, kerana keluasan rumah yang terhad. Kalau tahun lalu, sambutan diadakan di rumah lama kami dengan mendirikan sebuah khemah di luar rumah. Maka ruang tidak menjadi isu, itulah kelebihan landed property.
.
Dan di kediaman sekarang, walaupun kawasan kondo kami menyediakan common area berhadapan dengan kolam renang untuk majlis-majlis seumpamanya, namun saya tidak melihat itu sebagai pilihan. Kerana majlis kali ini, saya mahu bersederhana sahaja. Cukuplah dengan kehadiran ahli keluarga, teman-teman rapat dan keluarga superkids sahaja.
.
Namun yang susahnya, walaupun disebut teman rapat sahaja, kalau A yang dijemput, risau B pula yang akan terasa hati. Andai dipanjangkan jemputan kepada B, bagaimana pula dengan C? Sudahnya, jemputan akan melebihi sasaran juga. Hmmm peninglah..
.
Lagi pun, makin besar majlis, makin tinggi darjah kepenatan yang akan ditanggung. Bukankah begitu? :P
Hari sabtu yang lalu, kami mengadakan majlis sambutan hari lahir Rayyan Ariff di kampung. Dengan hanya menjemput kaum keluarga dan jiran-jiran Abah dan mommy sahaja pun kami sudah tindak menang tangan. Apalagi kalau mahu diadakan majlis yang serupa di sini. Jumlah kakitangan tentulah tidak seramai sewaktu di kampung..
.
Nantilah.. Fikir-fikirkan dan perlu membuat timbangtara sewajarnya..
Majlis hari lahir Rayyan Ariff yang lalu --> Klik DI SINI
.
Dipenghujung bulan Jun nanti, adik bongsu saya akan memulakan pengajian di UiTM. Alhamdulillah, rezeki dia.. Kakak mana yang tidak gembira bukan? =)
.
Di dalam kegembiraan itu, hati saya sudah dipagut kerisauan sebenarnya. Sementara menunggu keputusan peperiksaan dan tawaran ke universiti, adik saya inilah yang bertanggungjawab menjadi pemandu Rayyan Ariff. Setelah semester bermula, siapa pula yang akan mengambilalih tugasnya menjadi pemandu Rayyan ARiff untuk ke SDMC?
.
Terlintas juga di fikiran kami, andainya terpaksa, mungkin saya dan hubby akan bergilir-gilir membawa Rayyan ARiff ke sana. Namun praktikal kah ia apabila memikirkan jumlah terapi dan temujanji yang mencecah sehingga ke angka 15 sesi untuk tempoh sebulan? Untuk 15 sesi, sekiranya kami mengambil cuti separuh hari bagi setiap sesi, bermakna kami memerlukan cuti sebanyak 7 hari sebulan.
.
Dalam tempoh 3 bulan sahaja, habislah cuti tahunan saya dan untuk tempoh tambahan 3 bulan lagi, cuti tahunan hubby pun akan surut! Itu tidak dikira lagi dengan cuti-cuti lain seperti cuti hari raya ataupun cuti peristiwa yang lain. Dan yang paling pasti, majikan saya juga akan 'menarik muka' untuk membenarkan saya bercuti selama 7 hari daripada jumlah 22 hari bekerja. Beban kerja kami bukannya sedikit!
.
Hmmm.. Pening. Entahlah apa jalan penyelesaian yang ada buat kami.. Ada teman yang menyarankan kami agar menyewa teksi secara bulanan untuk membawa Rayyan Ariff ke sana. Mungkin boleh dipertimbangkan namun kosnya nanti bukan sedikit. Satu trip pergi dan balik sahaja boleh mencecah RM65 termasuk tol. Kalau 15 trip, jumlahnya sudah mencecah RM975. Sesak nafas mendengarnya.. Maklumlah, Ampang ke Subang Jaya bukannya dekat!
.
Keadaan kewangan kami memang sedikit menekan sekarang ini. Iyelah, sudahlah wang simpanan digunakan untuk membeli dan membuat ubahsuai ke atas kediaman yang kami duduki sekarang, saya pula mengambil cuti setengah tahun tanpa gaji selepas selesai pembelian rumah. Makanya, sekarang ini, kami masih di dalam proses 'memulihkan' diri.
.
Hmmmm.. Apa pilihan yang ada? Penat mahu memikirkan. Mohon dipermudahkan jalan olehNya..
.
Pernah kami kerisauan sewaktu kami diberitahu tentang keperluan Rayyan Ariff untuk menggunakan hearing aid dan dengan jumlah sebanyak RM8.6K, ianya besar bagi kami (Read: wife tgh tak keje, expenses still berjalan seperti biasa i.e. kos speech therapy, music class for Ian, etc). Waktu itu, saya hanya berserah padaNya.
.
Usai solat maghrib, saya menadah tangan berdoa kepadaNya, mohon dipermudahkan jalan dan memudahkan segalanya buat Rayyan Ariff. Tentu sekali dengan linangan air mata kerana hati ini begitu tersentuh apabila tidak dapat memenuhi keperluan anak sendiri. Berkali-kali saya memohon kepadaNya agar dibukakan jalan kepada kami untuk wang sebanyak itu.
.
Esoknya, tanpa dijangka, saya menerima panggilan telefon daripada teman sepejabat memaklumkan bahawa bayaran bonus tahunan sudahpun dibuat. Jumlahnya? Subhanallah, setelah ditolak jumlah bulan yang mana saya tidak bekerja (pro-rate), bayaran EPF, cukai pendapatan dan lain-lain potongan, jumlah yang saya terima adalah tepat-tepat sebanyak RM8.6K!
.
Waktu itu, saya hanya mampu memanjatkan rasa syukur kepadaNya! Tepat sekali bahawa Rayyan Ariff tidak dikurniakan kepada kami untuk menyusahkan. Setiap adanya, Dia melorongkan penyelesaian kepada kami. Syukur Alhamdulillah!!
.
Berbalik kepada persoalan mencari pemandu untuk Rayyan Ariff.. Kalau perlu, mungkin kami akan menghantarnya ke sekolah yang berdekatan dengan pejabat saya.. Wallahualam.. Sekali lagi, kami bermohon padaNya agar dipermudahkan jalan buat Rayyan Ariff dan kami sekeluarga.. Aminnnnn..
.
Sesungguhnya kami yakin, Dia tidak akan menguji kami melebihi dari apa yang mampu kami tanggung.. =)