. Tapi serasa saya, buggy ini agak tidak sesuai untuk digunakan bagi jangkamasa yang lama. Apabila bayi diletakkan ke dalamnya, belakang bayi seakan membongkok. Sangat tidak sihat. Apabila saya suarakan pada hubby, hubby mula membebel, "Itulah lain kali beli yang mahal sedikit.. Alah membeli menang memakai!"
A glimpse of Kerna Kasih Kita
Sunday, May 31, 2009
Hadiah hari lahir..
. Tapi serasa saya, buggy ini agak tidak sesuai untuk digunakan bagi jangkamasa yang lama. Apabila bayi diletakkan ke dalamnya, belakang bayi seakan membongkok. Sangat tidak sihat. Apabila saya suarakan pada hubby, hubby mula membebel, "Itulah lain kali beli yang mahal sedikit.. Alah membeli menang memakai!"
Saturday, May 30, 2009
Perbualan antara ayah dan anak..
Sibuk teething!
Sambil tengok TV
Friday, May 29, 2009
Pengikat kasih kami suami isteri..
.
Daripada tajuk di atas, kini saya sudah di upgrade kepada seorang ibu yang bersalah!! =(
.
Terima kasih di atas cadangan yang dikemukan oleh kawan2 sekalian. Tak sempat dipertimbangkan kerana sebelum komen-komen kawan2 di baca.. Saya sudah terlebih dahulu ‘berterus terang’ dengan hubby.. :P
.
Seawal pagi tadi, seperti yang dijangka, hubby mencari minyak wanginya. Lalu, dengan wajah seselamba mungkin, saya kumpulkan kekuatan untuk berterus terang..
.
“Abang, perfume abang pecah..”
“Alaa… Macam mana bleh pecah ni?”
“Semalam adik dukung Ian masuk bilik, pastu tunjuk2 cermin kat Ian.. Sekali Ian dok hayun-hayun kaki.. Kena perfume abang pastu jatuh!” (Saya selalu letakkan Ian di hadapan cermin untuk self discovery, sekarang dia lebih focus kepada dirinya sendiri)
“Yang awak bawak dia tengok cermin kat dlm bilik ni nape? Kan kat luar tu ada cermin..” Dia dah tukar kata ganti diri dah tu.. Terus awak-saya.. Takde abang-adik dah :P
“Yang abang letak kat tepi tu nape? Letak la kat dlm bakul tu elok2.. Baru tak kena..” Ni omputih panggil reverse psychology.. :P
“Ni botol dari mana ni? Adik campur ngan perfume adik ke?”
“Takde la.. Dah buang perfume lama adik. Basuh bersih2 pastu isi la abang punya.”
“Hurmm takpe la.. perfume ni bau dia tak best sangat.. Tak strong and tak tahan lama.. Nanti carik lain la..”
.
Fuhh selamat.. Selamat.. Laki mokcik ni mmg susah nak marah anak.. Tapi bila tengok muka Ian tengah tidur dengan mulut yang ternganga, rasa bersalah yang amat sangat.. Huhuhu.. Takpe Ian, kamu penyelamat! Demi kerukunan sebuah rumahtangga..Chewahhh.. Poyo..
.
From a fighter, this baby has turned into a savior.. Anak, kamulah pengikat kasih kami.. :P [Ayat cover rasa bersalah]
Untuk remedial action? Saya sudah membuka catalog reward points HSBC. Kalau saya redeem point saya yang terkumpul, saya hanya perlu menambah RM80 dan banyak juga pilihan minyak wangi yang ada. Issey Miyake, Ralph Lauren, Davidoff dan beberapa jenama lagi..
.
Perancangannya, apabila sudah sampai perfume baru nanti, barulah saya akan mengakui bahawa Ian tidak ada kena mengena dalam cerita ini. Masa tu dia sure dah cool giler kan?? Ke tak payah bgtau langsung ek? Hehehhe.. :P
.
P/s – Jgn tiru aksi ini. Tak baik wooo.. Siyan anak, siyan suami! Heheheh.. Berkata benarlah kamu walaupun kebenaran itu sesuatu yang pahit! Dear self, I will be telling the truth. By today or tomorrow Ok? :P
Seorang isteri yang bersalah!!
Aduhai.. Isinya baru luak sedikit sahaja. Melihatkan cecair-cecair yang terpercik di lantai, mahu sahaja saya ambil kemeja-kemeja hubby bagi mengelap lantai yang berminyak itu agar sisa-sisa bau wangi yang ada dapat melekat di situ. Tapi tidak sampai hati.. Sayang sungguh!
Lalu saya ambil botol minyak wangi saya yang sudah hampir kosong, basuh sebersih-bersihnya dan memasukkan sisa-sisa minyak wangi hubby yang masih ada. Dapatlah dalam lebih kurang 30ml. Agak sukar untuk memasukkan minyak wangi dari botol yang pecah itu ke botol minyak wangi lama saya. Makanya, saya ambil puting botol susu Ian yang sudah tidak digunakan, lalu hujungnya saya gunting. Puting itu saya jadikan corong untuk menuang minyak wangi dari botol yang pecah, namun masih ada yang tertumpah.. Huhuhu.. Sedih.. Sedih.. Kalau hati saya sudah sedih sebegini, hubby apatah lagi..
Hati saya turut berdebar-debar takut.. Esok sewaktu mahu bersiap ke pejabat, pasti dia akan mencari perfumenya itu. Alahai.. Apakah cara yang ada untuk saya menyelamatkan diri? Saya senaraikan beberapa pilihan.
- Buang botol yang pecah itu dan pura-pura tidak tahu. "Abang misplaced kat mana2 kot? Mana la adik tahu.. Bukannya adik pakai perfume abang!"
- Lari dari rumah dengan Ian, menyewa kat mana2.. Agak2 seminggu dua baru balik, hubby mesti dah lupa pasal perfume tu coz risau carik kitorang.. Tapi nanti, tak elok plak hubby berdua-duaan ngan bibik. Takkan nak lari ngan bibik skali kot??
- Ataupun salahkan orang lain, "Takkan Ian kot? Ntah2 Kak Faridah ambik coz nak bg boyfriend dia kot??" [Alasan tahap dajal dan tidak mungkin saya gunakan ke atas orang yang sudah berbakti menjaga anak saya sebaiknya]
- Pakai cantik2, wangi2, goda2 sket, pastu bgtau citer sebenar.. Mesti dia sejuk sket coz tgh tergoda kan? Tapi tak berkesan kot coz tgh bendera merah nih! :P
- Gi Midvalley masa lunch hour esok, pastu beli yang baru, ganti.. Mesti dia tak perasan!! Hadoii la.. Duit lagi.. (Dah la tengah ada projek besar untuk Ian nih.. Mmg pki duit byk la..). Pokai la mokcik! Dah la bulan 7 nih birthday hubby, hadiah lagi..
- Beli perfume yang harga RM10 kat pasar malam ganti? Dia perasan tak? Ke kejam sangat?
- Pura-pura koma pastu bangun balik lagi 3 bulan? Ok tak??
Hadoiii la... Pening kepala mokcik! Apa nak buat nih??
P/s - Ada sesape nak bagi idea yang lagi bagus dan bernas tak? Ataupun ada sesape bermurah hati nak bagi duit untuk beli perfume baru tak?? hua.. hua.. hua.. :P
Thursday, May 28, 2009
Mencari rentak yang hilang..
Semalam, saya bertungkus lumus cuba menyiapkan sambungan entry "episod setahun yang lalu".. Saya ingin terus melakarkan segala kenangan itu di sini agar perasaan penuh kesyahduan yang pernah saya rasai suatu waktu dulu tidak akan luput dari ingatan..
Tapi jika difikirkan kembali, sudah setahun peristiwa ini berlaku. Namun setiap detik dan saat masih lagi terasa. Seperti baru semalam segalanya terjadi. Serasanya, setiap detik dan waktu itu akan selamanya melekat di kotak memori saya.. Trauma kah ini? :P
Belum pun lengkap sambungan cerita itu, saya berhenti menaip. Ada rasa kurang enak di hati.. Satu rasa yang tidak dapat digambarkan.Sebetulnya, saya sering dihujani dengan pertanyaan dari mereka yang mengikuti kisah Rayyan.
Apa sebenarnya yang berlaku pada Rayyan? Sesungguhnya ia bukanlah satu rahsia besar.. Malahan, saya sering menceritakan kepada mereka-mereka yang berbual-bual dengan saya secara berhadapan. Dan ada juga yang dikongsikan melalui emel. Tapi sungguh, berat sekali jari-jemari ini mahu memperincikan segalanya di sini.
Saya takut. Bimbang andai disalahertikan. Saya kagum dengan ibu-ibu di dalam bloglist saya; "Amazing Journey Through Life" yang berani menceritakan segalanya dengan penuh informatif. Saya cuba mencari keberanian yang sama, dan setahun telah berlalu namun saya masih belum menemuinya..
InsyaAllah, andai saya menemui 'keberanian' yang saya cari, pasti akan saya ceritakan segalanya di sini.
P/s - Sedih masih bersisa. Emosi tidak stabil. Agaknya sebab 'kawan baik' datang berkunjung.. Susahnya jadik perempuan kan?? :P
Wednesday, May 27, 2009
Cinta hati mama..
.
.
Ian mahu mama!! Bukan bibik!!
Ian, maaf.. Mama tahu mama salah. Mencuri waktu yang paling berharga dalam seumur hidupmu. Membiarkan anak seistimewamu terbiar.. Maaf. Maaf. Maaf.