Tuesday, June 29, 2010

My very own singing baby.. =)

I'm backkk.. =)
Ok, before I blog about my brother's wedding reception, I shall start with Rayyan Ariff's story first..
Coz I know, he's the star here..
Korang mesti tak berapa nak tahu pasal makcik, laki makcik ataupun abe makcik kan? :P
.Ada orang rindu saya tak??? :P
.
Sedari kecil, lena Rayyan Ariff sering diulit oleh suara atuk yang gemar mendodoikannya hingga dia tertidur.. Irama itu diperdengarkan berulang kali dan Rayyan Ariff bagaikan tidak pernah jemu mendengarnya. Mudah sekali dia tertidur dengan irama itu..
.
Lagu apakah yang dinyanyikan atuk? Sungguh saya tidak tahu.. Yang ada hanyalah humming sound sebenarnya.. =)
.
Bagaimana bunyinya? Dengarkanlah sendiri.. =)
.

*Sila abaikan rakaman telinga Rayyan Ariff, I was trying so hard to hide the camera from him* :P
.
Yes peeps, it is Rayyan Ariff's voice after mine! He knows how to do it on his own!! Another thing that can be put under his "development" list, right?
.
Sebolehnya dia cuba meniru irama yang kita hasilkan. Alhamdulillah..
.
Dan sebenarnya, inilah antara indikasi bahawa putera comel kami ini bisa mendengar. Dia mempelajari irama ini tanpa perlu menggunakan hearing aid, sepertimana yang telah ditunjukkan di dalam rakaman di atas. 'Petunjuk-petunjuk' seperti inilah yang membuatkan abah saya tidak berapa berkenan dengan keputusan kami mengenakan hearing aid pada Rayyan Ariff.
.
Namun, sesuatu yang perlu dilakukan tetap perlu dilakukan..
.
Istimewanya Rayyan Ariff ialah dia tidak hilang kesemua deria pendengarannya.. Pernah saya terangkan tentang ini dalam beberapa entri yang lalu.. Kerna itulah dia masih mampu memberikan tindakbalas terhadap arahan ataupun bunyi-bunyian yang dihasilkan dalam nada yang biasa.. =)
.
Dan kini, bukan hanya saya dan adik-beradik saya sahaja yang menghafal irama ini, malahan bibik saya juga semakin expert dalam mendodoikan Rayyan Ariff dengan irama ini. Apabila sahaja kita berhenti sebelum dia tertidur, Rayyan Ariff akan menguis-nguis tangan kita sambil menghasilkan bunyi ini sebagai tanda mahu didodoi.. Comel!
.
Anak bujang saya yang teristimewa tetapi takut berbuai.. :P

Friday, June 25, 2010

Sudah teramat besar rahmat dan nikmat yang diberikanNya kepada kita..

Bersiaran dari kampung.. Sekadar mencuri sedikit masa kerana agak sibuk dengan banyak perkara yang perlu dilakukan menjelang majlis esok hari..
.
Petang semalam, kami ke Pantai Cahaya Bulan atas ajakan Uncle Rayyan Ariff. Sepanjang di sana, saya hanya duduk di atas batu dan berbual-bual sambil memerhatikan abang dan adik saya dari kejauhan..
.
"Syukur Alhamdulillah.. Semua menerima Rayyan Ariff dan menyayangi dirinya seadanya.." Kata saya kepada Hubby..
."Apa la adik ni.. Mestilah terima, mestilah sayang.. Walaupun dia macam tu, dah banyak rahmat dan nikmat yang tuhan bagi pada kita. Dari 2/3 hari je doktor bagi kat kita, dah dua tahun lebih dia dengan kita.. Banyak dah progress yang dia tunjuk.."
.Ian & Uncle
.
Che Su, Ian & Uncle
.Baju hensem untuk budak hensem! ~@Tima kasih Ibu Habib, for the lovely gift@~

Thursday, June 24, 2010

~Untuk anak saya yang gilakan kipas~

Sudah agak lama kami tidak makan malam di luar. Bukannya apa, Rayyan Ariff sekarang agak sukar untuk dikawal. Mahunya hanya berjalan sahaja sehingga menyukarkan kami untuk makan dengan aman.
.
Namun semalam, hubby membawa kami sekeluarga ke sebuah restoran yang mengajikan masakan thai. Restoran yang biasa-biasa sahaja namun nilai sentimentalnya tinggi buat kami kerana di sinilah kami selalu menjamu selera dan berdating sebaik pulang dari kerja sewaktu zaman bercinta dahulu kerana ianya berdekatan dengan rumah saya.
.
Dan yang penting, masakannya juga menepati selera kami.. =)
.Telur bungkus dan siakap tiga rasa..
.Tomyam campur dan kerabu mangga.. Marvellous! =)
.
Kali ini, kami dapat menikmati hidangan dengan tenang.. Tiada gangguan daripada Rayyan Ariff. Malahan, semasa di suap sedikit makanan yang ada, ditolaknya mentah-mentah. Semuanya kerana, he's fully occupied!
.A happy boy.. =)
.
Bagi yang mengikuti blog ini sedari awal, pastinya teman-teman sedia maklum bahawa Rayyan Ariff adalah terlalu obses dengan kipas. Makanya, kami hanya membiarkan dia bermain dengan kipas kecilnya dan hasilnya, dia tersenyum dan tertawa tanpa henti!
.
OK, apa yang mengalih perhatian Rayyan Ariff daripada kipas kecilnya??
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Jawapannya;
.
A much, much bigger fan!
=P

Tuesday, June 22, 2010

Apa rasanya punya anak istimewa??

Masih memikirkan tentang siapa yang akan membawa Rayyan Ariff ke sesi fisioterapi, terapi carakerja dan juga terapi pertuturan setelah adik saya kembali menyambung pelajaran nanti..
.
Kalau, kalaulah saya mampu berada di samping Rayyan Ariff untuk sepenuh waktu seperti sebelumnya, pasti segalanya akan menjadi lebih mudah.. Lebih terurus..
.
"He was doing so well when you were taking care of him. He started to do most of the new things when he was with you. That's why I said that he may be able to walk within a short time. Because he was doing very well. But now, without you, it's a bit stagnant although he's still showing progress.. I expected more from him because he was doing better before.."
.
Aahh!! Pernyataan daripada Sarjit benar-benar menyentap tangkai hati ini. Menyuburkan rasa bersalah di setiap rongga jiwa. Namun apalah daya diri ini.. Kami telah mencuba sedaya yang termampu namun segalanya masih tidak mencukupi..
.
Masa yang ada untuknya terlalu terhad.
..
Melihat wajah mulusnya, saya terasa bagaikan 'berhutang' dengannya. Kerana kami semua maklum tentang potensi dirinya.. Namun banyak waktu, segalanya tertangguh kerana kekangan masa dan sumber.
.
Moga-moga dipermudahkan segalanya.. Aminnn..
.
Untuk menjawab soalan seorang teman tentang apa rasanya punya seorang anak yang cukup istimewa;- ianya satu perasaan yang sukar untuk digambarkan dengan kata-kata. Saya tidak melihat ini sebagai satu dugaan. Saya tidak merasakan ini sebagai satu balasan. Tidak lagi. Tidak sesekali.
.
Diri ini sebetulnya berada di dalam lingkungan rahmatNya apabila diberi peluang menyaksikan keajaiban ini sendiri. Setiap kali saya melihat telatah Rayyan Ariff yang mengundang tawa, hati dan minda seiring berkata, "Subhanallah.. Agungnya ciptaan tuhan. Besarnya kekuasaanMu ya Allah.. Terima kasih kerana memperlihatkan keajaiban ini di hadapan mataku Ya Allah.."
.
Sungguh. Ini perasaannya setiap kali saya memandang Rayyan Ariff.
.
Keajaiban itu bukan kerana Rayyan Ariff hebat apabila dia bisa merangkak..
Keajaiban itu bukan kerana Rayyan Ariff hebat apabila dia bisa diajar..
Keajaiban itu bukan kerana Rayyan Ariff hebat apabila dia bisa melakukan setiap sesuatu..
Keajaiban itu adalah apabila Dia memberikan Rayyan Ariff kelebihan di dalam setiap perkara walaupun kekurangannya bukan sedikit..
.
Segalanya berkait dengan kekuasaanNya..
Apabila Dia yang memberi.. Maha memberi..
Allahuakbar!
.
"For a child that was born with such condition, Rayyan is doing very very well!"
Thanks for the acknowledgement Sarjit.
.
Syukur Alhamdulillah..
Terima kasih tuhan..

Sunday, June 20, 2010

Selamat hari ayah~ Selamat hari abah~ Selamat untuk atuk.. :P

Alhamdulillah, dengan sekali lafaz, abang saya kini sudah bergelar suami orang..
Moga cepat dikurniakan zuriat buat menemani Rayyan Ariff.. =)
.Will update about this later!
.
Memandangkan hari ini adalah hari bapa, maka saya ingin mengambil peluang ini untuk mengucapkan selamat hari bapa kepada semua bapa-bapa.. =)
.
Kerana majlis perkahwinan abang saya, abah dan mommy berada di rumah kami sedari hari khamis lagi. Bapa dan ibu mertua saya pula tiba pada hari jumaat untuk bersama-sama memeriahkan majlis.
.
Sepanjang tempoh itu? Owh, manja Rayyan Ariff adalah berlebih-lebih.. :P
.
Saya sempat memaklumkan kepada abah tentang hasil perbualan saya dengan Sarjit, physiotherapist Rayyan Ariff tempoh hari.. Berkali-kali abah memberitahu saya bahawa Rayyan Ariff akan mendapat lebih perhatian sekiranya bersama dia di kampung. Abah juga dengan penuh yakin berkata, sekiranya Rayyan Ariff bersamanya, mungkin saat ini dia sudah bisa berjalan sendiri..
.
Saya cuma tersenyum. Manakan mampu saya berpisah dengan Rayyan Ariff. Cukuplah. Susah senang biarlah dia di hadapan saya..
.
Lagipun, sepanjang abah berada di sini, tahap mengada-ngada Rayyan ARiff meningkat. Sebaik saya mengenakan hearing aid pada telinganya, dia menangis menagih simpati. Sudahnya abah bersuara, "Dia taknak tu.. Janganlah paksa, bukannya takde hari esok.."
.
Masalahnya, esok pun sama. Bila Rayyan Ariff menangis, saya juga yang kena.. Begitu juga dengan sesi fisioterapi. "Sudah-sudahlah tu.. Dia taknak janganlah paksa.." Inilah ayatnya kepada saya dan adik saya sewaktu kami mahu 'memaksanya' merangkak..
.
Hmmm.. Lagak abah sama seperti hubby.. Terlalu lemah dengan tangisan Rayyan Ariff.. Saya sama sekali tidak rasa Rayyan Ariff cocok berada di kampung.. =)
.Rayyan & Atuk KB..
.
P/s - Jiji, I feel you! Patutla ko kata Anis manja semacam ngan nenek dia.. :P
Peace!

Friday, June 18, 2010

Satu perkara yang bagaikan mustahil namun iainya berlaku! =)

Yes, I know that the title is a bit long. But it really covers what I'm going to share here..
=)
.
Finally, Rayyan Ariff can crawl!! Yes peeps, he's crawling on his own!!
.
Okeh. I know I'm exaggerating. But it is something great. His therapist was telling me that she was trying so hard to make him crawl and it seems that he's totally against the idea of crawling..
.
And now, he still doesnt like the act of crawling i.e. putting weight on his hands, moving his feet and hands alternately and the hardest part for him is; balancing!
.
But it is such a major relief since we know that he can do it. We know that it's just a matter of time before he can really crawl nicely and we're so positive that he'll enjoy it. Just like creeping. He's very good at it now.. Before this, he really hates it!
.
So, that's how we know that he's going to be good at crawling, just like creeping..
=)
.Ok, till then dearest aunties, I have a wedding to attend and it's my uncle's wedding!
=)

Love,
A crawling baby named Rayyan Ariff

Tuesday, June 15, 2010

Kalau memikirkan title yang sesuai adalah susah, biarlah entri ini tanpa tajuk yang sesuai..

After a while, I went for Rayyan Ariff's check up with his ENT, audiologist and physiotherapist today.. I've been delayed it for almost a month (or maybe more..) due to some reason which relates to my work..
.
The appoinments turned out not so bad and not too good either.
.
Bottom line is that, I'm feeling a bit down about everything now.. So, I'll talk about the outcome of the appoinments later when I'm feeling a little bit better.
=)
.
Not wanting to leave this blog with no update, I think it's better for me to share some of Rayyan Ariff's birthday party photos here..
.
Cake and goodies for kids
.Some of the food served..
.It seems like I got the chance to do the cake-cutting every year.. =P
.
The birthday boy with Mama & Ayah.. He's such a cute and adorable boy.. :P
. Some of the guests..
.
The party was held quite some times ago at my parents' place. Just a simple one coz we're thinking of having another one here in KL. We dont have the date yet because something big is happening soon..
.
Rayyan's uncle is getting married! =)
So the birthday celebration need to be scheduled after the wedding ceremony..

Monday, June 14, 2010

Rasa yang bercambah kebelakangan ini..

Rayyan Ariff.. Apa perkara terbaru yang dicapainya? Banyak. It could be minor to others but we happily celebrate every little things that he managed to do..
. Putting on his socks..
.
Now, Rayyan Ariff can take his pants off by himself. Comel. Untuk memakainya kembali, kami hanya menunjukkan seluar tersebut dan dia akan memasukkan kakinya ke dalam. Same goes to socks and shoes. Tunjukkan stokin atau kasut dan dia akan mengangkat kakinya untuk dimasukkan ke dalam tempat yang sepatutnya..
.
Dan setiap kali kami menanggalkan pakaiannya atau pun menunjukkan tuala mandi kepadanya, dia akan berkata, "Aiiirrr.." Which means, Air = bilik air.
.
Tentang makan sendiri, he managed to coordinate his hands better. Untuk hearing aid, he doesnt show so much rejection any more. In fact, bila kami pakaikan alat itu kepadanya, dia akan membuat bunyi-bunyian bernada sebagai tanda menguji keberkesanan alat itu. Very cute! InsyaAllah kalau ada kesempatan saya akan cuba rakamkan.
.
Sekarang ini, dia punya kecenderungan untuk meniru bunyi-bunyian yang didengarinya. Bukan sebutan yang jelas tapi dengan cara membuat nada yang sama. Honestly, with continous stimulation, effort, and more usage of hearing aid, I know he can talk well. Tapi itu la.. Segalanya terhad pada malam hari atau pun hujung minggu sahaja.
.
Masa yang sangat terhad. Hendak harapkan bibik? I wish I could. Hearing aid tu kalau tersalah pasang, boleh menyebabkan bunyi berdengung yang menyakitkan. Kalau dah sakit, he will reject it. Rayyan Ariff bukannya bodoh.
.
Most of the time, Rayyan Ariff is a very sweet boy. So far, sesiapa yang meminta ciuman darinya, dia tidak lokek. Tapi seperti anak-anak lain, ada waktunya dia memberontak dan memberikan tamparan kecil sebagai ganti ciuman. =P
.
Dia anak manja mama. Tiap kali ayah meminta ciuman darinya atau pun memberikan ciuman kepadanya, dia akan memandang mama dengan senyuman manja seakan-akan memohon kebenaran.
.
Gelagatnya sama sahaja dengan anak-anak lain. Walaupun ada delay, but we know that he's getting somewhere.
.
Kenapa tiba-tiba sahaja saya membicarakan soal ini? Kerana sesuatu sebab. Sebab yang sama yang membuatkan saya agak malas untuk menaip di blog ini. Perasaan yang bercambah ketika ini adalah mahu membiarkan blog ini suram tanpa sebarang entri.
.
Seorang teman, akan ada bersama temannya bukan hanya apabila dia berkeperluan. Setelah beberapa lama menyepi walaupun mengetahui ada sesuatu yang berlaku, kamu kembali. Bertanya itu dan ini. Soalan yang sepatutnya kamu ajukan lama waktu dahulu. Semenjak dari tahun 2008. Sekarang, kamu mengutarakan persoalan itu kerana kamu rasa kamu perlu tahu. Kerana sekarang ianya signifikan dengan keadaan kamu yang kononnya sebagai langkah berjaga-jaga.
.
Saya bukan kedekut ilmu. Tidak pernah terlintas untuk semua itu. Sudah seringnya saya berkongsi dengan ramai orang, namun pendekatan kamu langsung tidak sesuai.
.
Terima kasih kerana singgah di sini.

Sunday, June 13, 2010

80 peratus untuk Rayyan Ariff??

Hari minggu yang sibuk buat kami.. Penuh dengan jemputan kenduri kahwin dan sambutan hari lahir.. Kami sekadar memenuhi setakat yang termampu. Malahan sekejap lagi, kami akan ke Putrajaya untuk menziarahi anak sepupu saya yang sedang sakit. Disahkan menghidap demam denggi.. Kesian anak yang baru berusia 4 tahun itu..
.
Semalam, sewaktu kami ke rumah teman sepejabat saya kerana sambutan hari lahir anaknya, saya berbual-bual dengan isteri teman tersebut.
.
"Kak Ayu rasa, 80% Rayyan akan jadi budak yang normal bila dia besar nanti.. Tak sangka kan dia akan sampai ke tahap ini.."
.
Saya membalas, "Memang tidak pernah kami sangkakan.."
.
Kami sememangnya tidak pernah menyangka Rayyan Ariff akan tiba sejauh ini. Kalau dilihat pada keletahnya setiap hari, mungkin ianya sedikit nyata bahawa Rayyan Ariff tidak terlalu jauh bezanya dengan anak-anak lain. Namun kalau ditanya berdasarkan hari pertama kami menerima berita tentang kelainan anak yang masih di dalam kandungan, sama sekali kami tidak menyangka pencapaiannya akan sejauh ini..
.
Bagaikan bermimpi bahawa ini adalah anak yang sama yang pernah kami bicarakan tentang di mana kuburannya nanti seandainya dia pergi sebaik dilahirkan.. Sama ada di Ampang bersama kaum keluarga sebelah ayahnya, ataupun di Kota Bharu bersama arwah kaum keluarga saya..
.
Akhirnya, kami nekad memilih Ampang. Agar senang kami menziarahi pusaranya sekerap mungkin. Tapi kuasa tuhan siapa yang bisa menduga bukan? Alhamdulillah..
.
Suatu waktu dahulu saya agak takut untuk membicarakan tentang masa hadapan anak ini. Namun kini, saya positif bahawa segalanya akan datang dengan sendirinya selagi kami tidak berhenti berusaha. Bohonglah kalau sebagai seorang ibu saya tidak mahu melihat anak saya menjawat jawatan profesional. Namun saya tidak mahu meletakkan sebarang sasaran yang tinggi dan sekaligus memberi tekanan untuk Rayyan Ariff.
.
Cukuplah sekadar dia bisa menguruskan dirinya sendiri, mencari pekerjaan untuk meneruskan kelangsungan hidup walaupun hanya pekerjaan yang biasa-biasa sahaja, dan yang paling penting, dia bisa mendoakan kami setelah kami tiada nanti..
.
Mama tidak mahu meletakkan sebarang peratusan untuk kamu nak.. Tidak 70%, tidak 80%, tidak 100%.. Kerana seperti seringnya mama katakan, terokalah segala yang ada di sekelilingmu semahumu anakku..
=)
.

Owh, semalam, saya dan adik perempuan saya ke TS untuk midnite movie.. Bagi memenuhi janji saya terhadap adik saya yang sudah lama tertangguh.. Mujurlah hubby sudi menjaga dan menidurkan Rayyan Ariff. Sebaik kami tiba dirumah pada jam 1.20am, kedua-duanya sudah terlelap. Melekat. Dan lihatlah Rayyan Ariff, tertidur sehinggakan kepalanya termasuk di dalam sarung bantal.. Ayahnya? Langsung tidak sedar.. :P

Friday, June 11, 2010

Semenjak pemergian sang puteri..

Hati ini benar-benar teringatkan Ayu, mummy Alanna..
Andai mahu seringnya bertanya khabar, bimbang pula akan mengganggu..
Sesekali SMS dihantar tanda dirinya sentiasa di dalam ingatan..
.
Dan semalam, kami dapat bersua muka..
Tidak lama kerana saya hanya berkejar ke Kota Damansara dari pejabat sewaktu rehat tengahari..
Alhamdulillah, sahabat saya ini kuat orangnya..
Riak yang tabah dan manis bila berbicara tentang kenangan bersama sang puteri..
.
Dan dia juga, kelihatan lebih manis dengan tudung yang melitupi kepalanya..
Satu penghijarahan katanya..
Syukur kepada yang maha esa..
.
Dan saya sendiri, malu untuk kelihatan lemah di hadapannya..
Kerana saya juga mahu menunjukkan semangat juang yang sama..
=)

Thursday, June 10, 2010

Dia datang dengan lenggang lengguknya.. :P

Alhamdulillah.. “dia” sudah pun datang..
.
Ok. Mungkin ada yang berfikiran yang bukan-bukan apabila saya menyatakan kelegaan setelah ‘kawan baik’ yang ditunggu-tunggu itu datang..
.
Bukan niat mahu menolak rezeki seandainya sudah takdirNya saya hamil lagi dalam masa terdekat ini. Namun seperti yang saya katakan sebelum ini, saya mahu lebih bersedia..
.

Comel kan? =) Pic credit to google image

.
“A planned pregnancy is the best pregnancy..” Ini kata gynecologist saya kepada saya selepas saya melahirkan Rayyan Ariff suatu waktu dahulu.
.
“Consume folic acid for at least 3 months before you want to try for another baby. Take supplement so that you’ll stay healthy. Eat well, have a good rest..” Katanya lagi.
.
Kerana itu, saya menekankan bahawa saya mahu lebih bersedia. Jujur saya katakan, saya takut sekiranya segalanya berulang lagi. Trauma. Sakit yang bukan sedikit. Perit yang bukan sedikit.
.
Mungkinkah saya punya kekuatan yang sama sekiranya saya perlu menghadapinya sekali lagi? Sungguh saya tidak pasti! Adakah saya akan membuat keputusan yang sama sepertimana keputusan yang saya buat untuk Rayyan Ariff suatu waktu dahulu? Sumpah saya tidak tahu!
.
Mungkin, kalau diletakkan di dalam situasi yang sama, kali ini kami akan lebih teratur. Berdasarkan pengalaman yang lalu, kami tahu ke mana tempat yang harus dituju dan InsyaAllah, apa yang perlu dilakukan juga sudah ada di dalam senarai. But, we have to bear in mind that having two children with the same condition means that our efforts need to be doubled! Our list of appointments to the hospital will be doubled! Our tears will be doubled! Every little thing..
.
“Owh, dalam TV tu ada yang sampai 3-4 orang anaknya dalam keadaan sama. Boleh je mereka jaga. Boleh je mereka hadapi..”
.
Betul. Kita takkan tahu kemampuan kita selagi kita tidak diletakkan di dalam situasi itu. Namun bagi saya, apa yang saya lakukan untuk Rayyan Ariff bukanlah setakat ‘menjaga’.. Maka itulah saya katakan bahawa saya tidak tahu sama ada masih bersisa kekuatan untuk mengulangi segala yang sama.
.
Namun sebagai manusia, siapalah kita untuk menolak ketentuanNya.. Dan seandainya saya sudah mengikuti segala saranan doctor, namun jika perkara yang sama berulang lagi, apalah daya saya untuk menidakkan sesuatu yang telah tersurat. Namun sekurang-kurangnya, saya telah berusaha mengurangkan risiko.. Hanya ini yang termampu saya lakukan!
.
Lagipun, menyaksikan seorang anak kecil terlantar sakit bukanlah satu perkara yang mudah. Di sebalik wajah comel Rayyan Ariff pada hari ini, terselindung keperitan yang dilaluinya pada awal kelahirannya. Melihat kembali foto-foto lamanya bagaikan merobek kemanusiaan yang ada di dalam hati ini. Keadaan dirinya, terlalu jauh untuk dibandingkan dengan apa yang anda semua lihat sekarang. Terlalu jauh. Menakutkan.
.
Rayyan Ariff juga mengambil pelbagai vitamin dan ubatan sedari hari pertama kelahirannya. Folic acid untuk 6 bulan pertama kelahiran. Multivitamin, neurogain, piracetam, MCT oil dan epilim sehingga ke hari ini.
.
Cukuplah. Kali ini, biarlah saya yang mengambil folic acid secara teratur 3 bulan sebulan hamil dan sepanjang kehamilan. Bukan bayi saya lagi. Lagi pun, ‘kehilangan’ bayi bukanlah satu perkara yang mudah untuk dilalui. Melihat pemergian puteri Alanna sahaja hati ini bagaikan dirobek-robek. Sungguh sakit walaupun kami meredhai pemergiannya.
.
Kerna itu, saya mahu lebih ruang untuk persediaan.
.
Sebetulnya, saya suka apabila diberi lebih perhatian oleh sang suami di saat kehamilan. Saya suka dimanjakan sewaktu hamil. Manis, manis sekali..
.
In fact, sebelum datangnya period saya, setiap kali saya tidur meniarap, hubby pastinya akan menegur dan berkata, “Janganlah meniarap. Manalah tahu ada baby kat dalam. Siyan baby..”
.
Saya cuma tergelak, “Abang, nak ada baby kena buat dulu. Buat kena la cari the right timing..” Sungguh saya yakin bahawa saya tidak hamil sehinggakan saya ‘bergaduh’ dengan doctor yang tidak mahu memberikan saya ubat yang kuat kerana bimbang saya ‘berisi’.
.
“Doctor, I know my body.. I don’t have problem if you want me to repeat the test. But if it come back negative, you better give me RM10 being a payment for I have to pee in that small bottle and if it’s positive, I’ll give you RM10 for being right!” Dr. Sumi hanya tersenyum dan tidak mahu menyahut cabaran saya. Mungkin kerana dia tahu dia akan kalah. =P
.
Sebenarnya, hubby sedikit kecewa apabila tahu period saya datang. Namun dia memahami gusar di hati saya. Syukurlah.
.
Seperti yang telah saya katakan, sekiranya saya yang bakal menanggung, sekurang-kurangnya biarlah saya membuat persediaan sebaik mungkin dan sedayanya mencuba untuk mengurangkan risiko. Kerana sakitnya bukan sedikit.
.
P/s - Do you know what is the ultimate thing that you need to be prepared being parents of a special needs child?
.
To be stared by the publics!
.
.
It happened to us last night when we brought Rayyan Ariff out wearing his hearing aid. Siap ada anak bisik kat mak dia and the mother pusing belakang semata-mata nak tengok Rayyan Ariff. Me? Ohhh sangat bangga! Bukan semua orang ada anak pakai kearing aid kan? :P

Tuesday, June 8, 2010

Bila boleh tengok Rayyan Ariff jalan sendiri??

He may not be able to walk if he doesnt know how to balance himself..
.
This is a line that Rayyan Ariff's neurosurgeon told us when Rayyan Ariff was 6 months old. I was a bit worried but keep on thinking that InsyaAllah, things will turn out to be great for him.
.
When he was 13 months old, he was able to sit without support. We were so relieved back then because according to Sarjit, if he knows how to balance himself while sitting, the chances of him being able to walk will be greater.
.
And now, although he knows how to take step, we're still struggling with his balancing while standing. Everyday, my sister or my maid will bring him to the prayground and put him on the swing to increase his balancing ability..
.

.
It has been a few months since his first step, yet his balancing remains as our serious concern..
.
We dont know how long will it take for him to learn how to balance himself, but we'll keep on trying to find ways for him to improve.. =)
.
Our little mummy.. *Muka tak puas hati coz tangan kena wrap*
.
It's heart breaking to see Rayyan Ariff sitting on my maid's lap while she's watching her favorite sinetron. She watches 4 different sinetron everyday.. See how bored Rayyan Ariff can be? One day, when I reached home, I saw Rayyan Ariff sitting on her lap and he was pulling his own hair as a sign of "I had enough of sinetron for today!" I wish he can walk on his own really soon so that he can explore so many things on his own. No need to depend on others.
.
P/s - See dearest baby Alanna, you dont have to go through all this anymore.. No therapy, no wrappng, no hard work for you.. Just enjoy your stay there because you deserve it.. Such a strong girl!
Al-Fatihah..

Sunday, June 6, 2010

Bersemadilah kamu dengan tenang wahai puteri comel yang bersemangat waja..

Selesai sudah upacara pengebumian arwah anakanda Alanna Qish.. Suasana pilu menyelubungi bagaikan meratapi pemergian seorang pejuang.
.
Dia telah menyentuh banyak hati.. Dia telah membuka banyak mata. Itulah aura yang dibawa olehnya..
.
Berkali-kali Syafil Nadime bertanya, apa yang sedang semua orang lakukan.
.
"Papa buat rumah untuk Adik Nun.." Ayu menjawab dengan tenang. Dan Nadime bagaikan menerima penjelasan itu.
.
"Jiey, muka Alanna tersenyum.." Kata Ayu dengan senyuman bersama air mata yang bersisa.
"Alanna senyum sebab dia tahu mummy dan daddy dia dah buat segala yang terbaik untuk dia sepanjang hayatnya.." Saya membalas dengan sebak di hati.
.
Ayu, Syarul dan Nadime, selamanya kamu semua akan kekal di dalam keluarga kecil kita.. Kerana arwah Alanna tidak pernah pergi dari kita. Jasadnya mungkin tiada, namun semangatnya akan selamanya hidup di dalam hati kita.
.
Al-Fatihah.
Alanna Qish Binti Syarulniza
24 Ogos 2009 - 5 Jun 2010

Saturday, June 5, 2010

Andai mahu disimpulkan segala kekuatan, semangat juang yang tinggi dan hati yang waja menjadi satu perkataan..

Maka jawapan yang akan saya berikan adalah; Alanna!
.
Petang tadi, saya berkesempatan ke rumah Alanna. Walaupun tidak lama, cukuplah sekadar mengubat rasa yang terbuku di hati. Beberapi kali saya menahan batuk. Hampir sahaja niat ke rumah Alanna terhenti tatkala saya hampir muntah di dalam kereta.
.
Namun jodoh kami masih panjang. Sempat bersua muka walaupun Alanna tenggelam di dalam lena yang dalam.
.
Wajah itu cukup tenang.. Bagaikan sedang bermimpikan sesuatu yang indah.. Tidak tergambar lagi kesakitan pada wajahnya. Tiada lagi bunyinya mengerang kesakitan. Tiada lagi tarikan nafas yang dalam. Hanya tidur yang tenang. Sesekali, dia membuka matanya dan mengangkat tangannya.
.
Sedari mesin sokongan hayat dihentikan pada jam 10.00am dan Alanna dibawa pulang ke rumah, dia masih lagi bertahan. Kerna itu saya memandang tinggi kepada semangat juangnya. Tidak mudah mengaku kalah. Owh Alanna Qish!
.
Saya asyik menyaksikan lembut tangan Ayu dan Syarul membasahkan badan Alanna. Mengelap setiap ruang dengan teliti dan penuh kasih sayang. Momen itu terakam indah di dalam kotak memori ini. Sungguh hati ini teringin sekali merakamkan detik itu agar dapat diabadikan untuk selamanya. Namun tangan saya kaku untuk mencapai kamera. Minda ini begitu asyik mencerna momen yang indah itu. Lambang kasih sayang sejati seorang ibu dan ayah.. Sesekali, Nadime datang merebut botol bedak dari tangan mummy nya.
.
Saya tidak lama di sana. Saya juga tidak berkesempatan memeluk Alanna Qish. Kerana bimbang batuk yang masih menggila ini singgah ditubuh kecilnya. Saya tinggalkan kediaman Alanna dengan rasa berbaur-baur.
.
Dan sebentar tadi, saya menerima panggilan telefon daripada Ina, ibu Nabila. Dengan esakan tangis, dia membawa perkhabaran duka.. Bahawa Alanna Qish telah kembali ke rahmatullah..
.
Innalillahiwainnailaihirojiun..
.
Sebahagian dari petikan surah An-Nisaa ayat 78:-
ertinya : Di mana saja kamu berada, kematian akan mendapatkan kamu, kendatipun kamu di dalam benteng yang tinggi lagi kukuh..

Bersemadilah kamu dengan tenang di akhirat yang abadi wahai puteri yang bersemangat waja!

Al-Fatihah.
Alanna Qish Binti Syarulniza
24 Ogos 2009 - 5 Jun 2010

Pada satu saat yang mana kita merasakan kita telahpun memilih..

Lewat petang semalam, saya sempat bertanyakan tentang keadaan Alanna pada Ina. Tidak mahu mengganggu Ayu, mummy Alanna. Serba sedikit. perbualan dengan Ina mengundang pilu di hati.
.
Menjelang malamnya pula, saya menerima SMS daripada Put, bertanya sama ada saya akan ke HKL esok atau tidak. Ya Allah, kalau tidak kerana demam yang masih bersisa ini, pasti sahaja wajah saya akan berada di sana.. Sungguh..
.

Kami berbalas SMS dan seterusnya, saya menerima kiriman gambar Alanna Qish dari Put. Sepertimana yang dimaklumkan Ina, Put juga membawa perkhabaran bahawa mesin sokongan hayat Alanna akan diberhentikan pada jam 10pagi dan diikuti dengan bacaan yassin di wad KK5.
.
"Ayu minta satu malam lagi untuk tidur bersama Alanna. Buat kali terakhir.." Kata Put lagi.
.


Tenang..

Seterusnya, saya menghantar SMS kepada Ayu, Mummy Alanna.. "She looks so calm and at peace.. In fact, she looks so beautiful.."

"Sebab dia tahu dia nak ke sana.. Di sana, dia boleh bermain-main.. Berlari-lari.." Ada redha pada ayatmu wahai sahabat..

"Are you really sure about this? Whatever it is, I'll support you because I know it's for Alanna's sake.." Sekadar meneka isi hati Ayu..

"I swear.. I x sure.. Maybe that's why she's not sure and sad to leave. But I know she had enough.. All the family members advised me to redha for her.. It's complicated."

Ayat itu sudah menceritakan segalanya.

Apa lagi yang mampu saya katakan kepada Ayu selain daripada memberi sokongan penuh kepada setiap keputusan yang dibuatnya. Dia yang berada bersama Alanna saban waktu. Menyaksikan sakit perit anak itu. Bukan kita.

Pada satu saat yang mana kita merasakan bahawa kita telah membuat pilihan untuk satu nyawa yang lain. Kita sebenarnya silap. Kita lupa pada perjanjian denganNya sewaktu di Loh Mahfuz.. Ini semua adalah jalan takdir yang telah ditentukanNya.

Saya pernah merasakan bahawa saya yang telah membuat pilihan untuk melahirkan Rayyan ARiff walaupun majoriti doktor yang saya temui waktu itu menasihatkan saya untuk menggugurkan kandungan. Namun saya silap.

Sedari Loh Mahfuz lagi, saya telah memberikan kesanggupan kepadaNya untuk memelihara anak seistimewa Rayyan ARiff. Dan Rayyan ARiff pula, sudah berjanji dengan Yang Maha Pencipta bahawa dia sanggup dilahirkan dan dibesarkan di dalam keadaan ini. Maka dengan itu, Dia membukakan pintu hati saya untuk melahirkan Rayyan Ariff.

Kesimpulannya, saya tidak pernah memilih kerana ini adalah janji saya denganNya.

Begitu juga Ayu dan Alanna. Tidak perlu Ayu salahkan diri sendiri di atas apa yang berlaku. Sekiranya tuhan menyatakan ini bukan waktunya, beberapa kali mesin itu disambung dan dimatikan juga pun ianya tidak akan memberi sebarang kesan kepada Alanna.

Yakinlah, segalanya sudah tersurat.. Dan seandainya ini pengakhirannya, inilah janji Alanna kepada Penciptanya.. Adanya Ayu dan Syarul, adalah untuk melengkapkan sebuah jalan takdir..

Ayu, sungguh Jiey memandang tinggi pada kekuatanmu wahai sahabat..

Pagi ini, sewaktu Rayyan Ariff memberikan senyumannya kepada saya, mengucapkan selamat pagi melalui gelak tawanya, hati saya dipagut pilu. Di satu sudut di mana ada seorang ibu sedang tersenyum melihat telatah anaknya, pada sudut yang lain, ada seorang ibu sedang menyaksikan derita anaknya yang sedang bertarung untuk pengakhiran sebuah kehidupan. Allahuakbar..

Friday, June 4, 2010

Demam + Rayyan Ariff + Alanna Qish

Masih demam.
Agak teruk kali ini..
Hanya berbaring sahaja.
Badan masih sakit-sakit..
Kata doktor, 2/ 3 hari lagi, jika masih demam, dtg untuk screening H1N1 & denggi..
Hadoiiii..
.
Ubat? Tak banyak yang doktor bagi..
Sebab 'kawan baik' masih belum menjengah..
Takut nanti, lain pulak yang jadi..
=(
.
Penantian itu memang satu penyeksaan..
Bukan menolak rezeki andainya ada,
Cuma saya mahu lebih bersedia..
On folic acid for at least 3 months before getting pregnant again..
On supplement so that I will be healthy before getting pregnant again..
.
Sape suruh tak pakai protection?
Terima kasih untuk soalan wahai teman..
Acik kira hari subur okeh..
So far tak pernah terbabas..
Itu usaha jugak kan?
*Tunggu lagi sambil gigit jari*
.
Dah banyak hari tak pegang Rayyan Ariff..
Cium jauh sekali..
Macam mana Ian rindu, macam tu jugaklah mama rindu..
Mahu peluk, mahu cium Ian..
Syahdu..
=(
.
Semalam, terima SMS dari mummy Alanna..
Katanya Alanna sedang nazak di HKL..
Maafkan mama jiey yea sayang..
Mama Jiey tak dapat menjengahmu di sana..
Walau hati meronta-ronta mahu menatap wajah sucimu..
Keadaan menghalang..
=(
.

Thursday, June 3, 2010

What have I done that I deserves such a beautiful gift in my life?

Semalam, sebelum tidur saya sibuk melayan kerenah Rayyan Ariff. Terbuai dengan keletahnya, tiba-tiba sahaja saya terfikir, what have I done that I deserve such a beautiful gift in my life?
.

Looking at the sweetness of Rayyan Ariff's laugh..
The cuteness of his cheeky face..
The sincerity of his smile..
The littlest thing that he did..
Really makes me wonder..
.
Mungkin Allah SWT melihat kami dengan caraNya yang tersendiri sehinggakan kami diberikan peluang untuk menyaksikan keajaibanNya secara langsung..
.
On our own flesh and blood..
Right before our eyes..
.
Most importantly, He has chosen us to be a part of this miracle!
And we're truly thankful for this..



He still needs to improve on his hands' coordination.. But practice makes perfect, right? =)
*sila abaikan suara bibik n mama*

Wednesday, June 2, 2010

Down with fever ~ Penantian itu satu penyeksaan!

Saya demam, bercampur dengan batuk yang teruk. Kalenjar pun bengkak, sakit nak menelan makanan..
.
Kesejukan di pejabat, namun beban kerja menghalang saya daripada bercuti.
.
Sudah ke klinik dan menurut doktor, it's a viral fever.. Sudah dibekalkan dengan antibiotik.
.
'Kawan baik' juga sudah lewat walaupun hanya 2 hari. Doktor menyarankan ujian UPT dibuat. Hasilnya adalah seperti di bawah:
.
Result : -ve

.
Menurut doktor, to take the test again in one week kalau still tak period.
.
Ok.
Serious saya takut.
.
Viral fever.. Read: Virus infection.
.
This was how it all started with Rayyan Ariff.

Although no confirmation was made and my gyne said it could be that it just happened out of the blue, one Doctor that I've met recently said that it could be due to virus infection..
.
Serius, saya takut!!
.
owh penantian..